Tak Rugi Kalau Beli Buku.

Assalamualaikum,

Lama tak update, of courselah sebab busy. Banyak kena fikir. So sekarang berkesempatan nak update blog. Nak release tension jap. Sakit kepala mengadap lappy buat agsimen yang memang macam gunung Everest hahaha. Entry lepas ada cerita tentang pesta buku. Dan sekarang nak update pasal pesta buku yang all the best la. Dapat diskaun 20% and more untuk buku universiti lain. UKM adakan lelong buku. Memang hebatt la kepada peminat buku ilmiah.

 

Mungkin ada mulut manusia yang suka berprasangka buruk mengejek bahawa "eii setakat beli buku pun nak menunjuk dalam blog, riak la tu" ok..fine bukan niat aku nak menunjuk. Buat apa aku nak menunjuk kalau setakat beli buku. Kalau beli rantai harga 10juta tu..memang la menunjuk. Tujuan aku nak update about buku ni sebagai satu medium untuk mengajak student minat membaca bahan-bahan ilmiah.

Tak rugi kalau membeli buku ni. Takkan nak dapatkan ilmu pun nak berkirakan. Kalau beli benda lain boleh je kan. So bila kita di IPTA dan IPTS..kita kena tahu niat utama kita menuntut ilmu. So keperluan belajar perlu diutamakan, bukan kehendak peribadi. Pelik dengan manusia yang sangat berkira dengan keperluan belajar. Apa matlamat anda ke universiti? mana fungsi atau amanat yang anda pinjam dari PTPTN, MARA, biasiswa dan peruntukan daripada mak dan ayah serta keluarga tercinta? Tepuk kepala tanya niat anda. Aku bukan nak tujukan kepada sesiapa. Sebab benda ni aku tengok dari aku STPM dan universiti lagi. Bila suruh beli buku ramai yang mengeluh? Sedih rasanya pemikiran masyarakat macam tu. Kalau benar tak mampu tak pe tapi disebaliknya.

Ok stop membebel, pada 27 hingga 30 Mac 2012 lalu, UKM adakan jualan buku pengajian tinggi daripada semua penerbit universiti seluruh Malaysia serta penerbit lain seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan banyak lagi. Memang teruja sangat dengan pesta aka jualan buku ni sebab kita boleh dapatkan dengan best price berbanding kita beli di kedai biasa.



Hari pertama jualan buku di Dataran Censelori UKM. UKM memang bagi best price untuk buku terbitan UKM. Rugi wooo siapa tak beli!


Siapa yang tak nak kalau ada lelong buku terpilih dengan harga 3 buah buku cuma RM10. Nasib kami baik kerana dapat merembat 3 buah buku yang bersesuaian dengan course kami. Bila pergi esoknya memang buku yang bersesuaian dengan course Sains Pembangunan zero..buku kos lain je ada. Syukur.

Masa ni lebih kurang pukul 10 a.m. Ramai juga orang, kalau pergi lambat mesti tak dapat rembat buku lelong tu.

Pencinta buku, pasti bagaikan dirasuk ketika pameran jualan buku universiti ini. Termasuk....?


Me with Mira. Masing-masing penuh memborong buku kecintaan.


Ini antara buku yang dibeli masa hari pertama pameran buku. Aku beli yang berkaitan dengan course aku dan tajuk thesis yang akan di karang.



Hari terakhir jualan buku, beli 2 buah buku berkaitan dengan AL-Arqam. Untuk tajuk agsimen. Tajuk ini sangat kontroversi tapi menarik dikaji. Tapi aku bukan pengikut Al Arqam. Jangan salah sangka pula.

Perlu senyum walaupun ketensionan mula melanda jiwa :'( First time pakai pasmina macam pakai bawal, sangat complicated. Hahaha.

Marilah menjadi masyarakat yang sayangkan ilmu. Angan-angan nak jadi Professor. Aminnnn
Aminnkan ramai-ramai :)

Dia Sudah Tiada

 Rindu dia :'(


Biskut Kelapa yang sangat yummy.

Assalamualikum,

Hujung minggu? eh hari ni dan Monday la! Monday sick? no sebab tiada sebarang kuliah untuk Monday so not caller is Monday Sick but Wednesday Sick sampai Friday sick je. Tapi tetap home sick. Duduk kampus memang ketensionan. Nak hilang tension dan kesepian selalulah mengupdate blog. Nak ajak pakwe berjalan keliling dunia pun tapi calon tak ada. Eh!?


Semalam rasa sweet sangat, sebab mama dan saudara datang melawat kat kampus. Rasa macam duduk asrama je *padahal sebulan je duk asrama pastu homesick, lari balik. Serius rasa nak ikut mereka balik rumah je masa hantar mereka kat kereta. Sedih :'(

Lepas tu mereka ada bawakan jajan untuk kudapan puteri comel ini. Ada keperek dan pelbagai. Memang tak plan pun mama nak datang sebab mereka nak pergi rumah saudara kahwin kat KL so alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ketiak masam so datanglah melawat tuan puteri di bumi Bangi ni. Kesian juga nak bawa mereka ke bilik sebab aku duk atas langit nun sana..bilik aku tingkat 4. Memang kena mendaki tangga sebab lif tak ada hahaha.

Okeh, sekarang nak cerita pasal biskut kelapa yang sangat comel.


Sedap woo biskut kelapa kering ni, bentuk dia pun comel. Bila dikunyah sangat rangup. Bau kelapa tu sangat wangi.


Ada pelbagai rupa bentuk yang menyapa hati untuk memakanya.


Sweetkan bentuknya, dulu bentuknya bulat dan square je sekarang dah bermacam bentuk yang comel lote. Senang di makan.

Thank bekalkan jajan sedap ni.

Diletakkan di dalam balang plastik, untuk dinikmati semasa buat agsimen. Nak rasa? maii la sementara stock masih ada.

Baii!!! aku nak sambung buat agsimen tapi nak makan epal merah menyala  yang beli kat econsave kelmarin. Yummy!

Tutorial 134 : Background pada body post/entry.

Assalamualaikum.



Tutorial laju-laju. Cuma ubahsuai daripada tutorial ini. Kalau nak border yang sweet boleh belek SINI.

Sebab utama buat tutorial ni sebab banyak sangat permintaan, kalau korang pandai main coding just ubah-ubah je coding tutorial di atas.

1. Sign in Blogspot > Design > Edit Html

2. Cari code di bawah, Ctrl F dan paste dalam kotak find..enter!


/* Posts

korang akan jumpa code macam ni selepas cari:






3. Di bawah code tadi, korang akan jumpa code seperti ini ( lain template, lain code ) korang padam code je yang aku merahkan.. Padam sampai had .post blockquote {
.post blockquote { tu jangan gatal tangan usik apa-apa ye *amaran ni!
kalau coding korang tak sama macam code .post blockquote { ni, korang padamkan sebelum sampai perkataan blockquote sahaja. *asalkan ada perkataan blockquote pun tak apa




/* Posts
----------------------------------------------- */
.date-header {
  margin: 1.5em 0 0;
  font-weight: normal;
  color: $dateHeaderColor;
  font-size: 100%;
}
.post {
  margin: 0 0 1.5em;
  padding-bottom: 1.5em;
}
.post-title {
  margin: 0;
  padding: 0;
  font-size: 125%;
  font-weight: bold;
  line-height: 1.1em;
}
.post-title a, .post-title a:visited, .post-title strong {
  text-decoration: none;
  color: $textColor;
  font-weight: bold;
}
.post div {
  margin: 0 0 .75em;
  line-height: 1.3em;
}

.post-footer {
  margin: -.25em 0 0;
  color: $textColor;
  font-size: 87%;
}

.post-footer .span {
  margin-$endSide: .3em;
}
.post img, table.tr-caption-container {
  padding: 4px;
  border: 1px solid $borderColor;
}
.tr-caption-container img {
  border: none;
  padding: 0;
}
.post blockquote {
  margin: 1em 20px;
}
.post blockquote p {
  margin: .75em 0;
}



4. Gantikan tulisan yang merah tu dengan code ini, bawah code

/* Posts
----------------------------------------------- */


*/
h2.date-header {
color:#ffffff;
border:none;
background:#EF1A7F;
font-weight:bold;
font:Times New Roman;
padding:5px;
margin-bottom:-30px;
line-height:10px;
text-transform:uppercase;
text-align:center;
font-size:12px;
}
.post {
margin-top:30px;
border-bottom:0px dotted #000000;
padding-bottom:0px;
padding-top:0px;
}
.post h3 {
background:#F6A0BD url();
background-repeat:repeat;
background-position:bottom left;
padding:5px;
font-size:15px;
color:#000000;
text-transform:none;
text-align:center;
font-family:Arial;
font-weight:none;
line-height:25px;
font-size:20px;
letter-spacing:1px;
}
.post h3 a, .post h3 a:visited, .post h3 strong {
display:block;
text-decoration:none;
color:#000000;
}
.post h3 strong, .post h3 a:hover {
color:#000000;
}
.post-body {
background: url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhN1wSeGAeUoalCdkSvq4cBnXGPSMwspqQTIkAznl7UjMVRbbcaSo6J4j-lfvO6YV9TqEw8yIRdf_4bIzwyS1zJfmP3ILsLndKuvWUvJUaMRZtDW0wY0M0Rk9ztwIhr4Tz7MhG8fD2gbWuo/s1600/cutedottedciknurfarah1.gif);
background-repeat:repeat;
background-position:bottom left;
padding:20px;
line-height:20px;
text-align:justify;
margin-top:-15px;
border:2px solid #EF1A7F ;
}
.post-footer {
margin: -.25em 0 0;
color: #333333;
border: solid #F6A0BD 2px;
font-size: 100%;
background:#F6A0BD;
padding-left: 6px;
padding-right: 4px;
padding-top: 5px;
padding-bottom: 4px;
}
.comment-link {
margin-left:.6em;
}
.post img {
padding:0px;
border:0px solid #ffffff;
}
5. Sekarang korang kena tukar :


Tulisan merah dengan background url kegemaran korang.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhN1wSeGAeUoalCdkSvq4cBnXGPSMwspqQTIkAznl7UjMVRbbcaSo6J4j-lfvO6YV9TqEw8yIRdf_4bIzwyS1zJfmP3ILsLndKuvWUvJUaMRZtDW0wY0M0Rk9ztwIhr4Tz7MhG8fD2gbWuo/s1600/cutedottedciknurfarah1.gif

biru adalah warna background.
purple adalah warna border.
CLICK HERE for more colour.


Nak pilihan lain? boleh cilok mana yang anda suka. Lepas tu click iklan aku berjuta kali.


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhN1wSeGAeUoalCdkSvq4cBnXGPSMwspqQTIkAznl7UjMVRbbcaSo6J4j-lfvO6YV9TqEw8yIRdf_4bIzwyS1zJfmP3ILsLndKuvWUvJUaMRZtDW0wY0M0Rk9ztwIhr4Tz7MhG8fD2gbWuo/s1600/cutedottedciknurfarah1.gif


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfurtmu2nQcgZ1QaE1zpVfwpQG_27hYHpu7O4xkxLBgA9OonutbAdnv2SsFGyWzC5ES4iTxmIJNEWDdotG3y27gaV0TXRQPgzU_sIVpBCYU8jHeUYiD2jp9hiAoQQiWDJLKQkgwX_u6LpN/s1600/cutedottedciknurfarah2.gif


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6XRLXIWemPYg7xQpFjhts7W5wFwoJEZ9AOQ0d5oLb-ANedIFY9d7ermTBMZd8Cxna_m8nD3gxy14bfGIbKWeZ2I_9DRkY43Ko1o_A7vJ_AB-gwuLV2MYCHlgrdVafz0Q-TPF3MNERO9qb/s1600/cutedottedciknurfarah3.png



 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPtvjc0TB80x6ad3t-tlQjT2xVQRABQHJZsEITzbYM-N408g4P-wA9FjV5B18NxixZe6n3SMJsj_86CR8pIBG74tRKZ6TXee2fmBOzWZ42foXoVu4ETikIGanbtw-njWqd5f0Rrh46LRZV/s1600/cutedottedciknurfarah4.png


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHXifMn6uj9FpmTTAH4nSRj8FfIYzt6XUYr_9yz4XIcekd8keNm3QNXeEDpv-INHYLbwMcsA59mmRz0_SHXsC4gSBPDp6gjxa1JC3HdxE-Y_c-_5hPcRxm7yoD5u2uhLkukN3ib7KIaMYb/s1600/cutedottedciknurfarah5.png


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFK3QLligcxI5pONkUJKmQdB2793J4US2JFIzdWe5pV8-hEbJ78TCAwoV-oGHsAJWEkzosCp7wfkk4jSMQ4bqMoynolfT6WrJzZ9vewiXLQA96uQTnQzMEHMV7RFdMI0-TwoIzwG-v5ru1/s1600/cutedottedciknurfarah6.gif

#saiz gambar tu sama besar dengan background entry aku #yang love kecik-kecik tu, aku besarkan supaya korang senang lihat design dia. faham?

Setakat itu je free gift, nak lain design sila cari sendirian berhad yer. 

6. Dah puas membelik dan try PREVIEW, kalau menjadi dan puas hati, sila SAVE.

bye!

tester from my HTC

Kat library. Sambil tggu class petang ni. Ada presentation hope berjalan lancar

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tandas yang menyusahkan.

Assalamualikum,

Hari tu keluar berjalan-jalan tiba-tiba rasa nak ke tandas. Tandas itu berbau segar, bersih tapi sangat menyusahkan? Pergi bahagian lain, still tandas sama juga. Tak cukup tandas free, pergi tandas RM2 per entry pun still sama. Rasa nak mengamuk je sebab dah la bulan mengambang. Pada pendapat aku memang menyusahkan kalau tandasnya begini.



Serius memang tandas kat situ bersih tapi aku kurang selesa kalau hanya ada air pancut untuk bersuci. Susah kalau nak terbery ke, terbulan mengambang ke. Kalau dah biasa senang la kot tapi yang tak biasa, macam mana? Memang susah. Bersih tapi tak suci. 



Mungkin korang rasa selesa bertandas macam ni tapi pada pandangan aku, aku tak selesa. Tambah-tambah time bulan penuh mengambang. Korang fahamkan maksud aku? yang sengal je tak faham kot. Tapi memang menyusahkan. 

Kan senang tandas yang ada getah/saluran paip.
Kat mana ye? yang tahu sahaja tau.

Akhirnya keluar dari tempat tu, cari toilet yang selesa. 

Ok bai.

Hari-Hari Shopping.

Assalamualaikum..

Selamat malam semua warga alam. Esok tak sabar nak balik ke hometown kecintaan.
Sepanjang minggu ni asyik shopping je tapi bukan shopping yang terlalu kehendak tapi terasa juga macam air duit mengalir. Memang hidup sebagai seorang pelajar duit adalah perkara penting. Of courselah, yuran pengajian pakai duit, yuran kolej pun guna duit, beli buku pun guna duit cuma rm200 je guna voucher, makan minum pun sememangnya duit..duit duit duit..dimanakah engkau duit?

Dalam minggu ni banyak juga terasa duit mengalir dengan lancar dan turun macam air terjun. Hari Isnin dalam minggu ni, lepas discussion dengan kawan-kawan pasal agsimen, tiba-tiba kawan call cakap buku kaedah penyelidikan (buku 2 ) dah ada stock. Macam kilat kami ke Pusanika untuk merebut buku tersebut, sebab tinggal 5 buah je buku tu. nak suruh belikan dulu, buku tersebut agak mahal..murah kalau satu, mahal kalau belikan 3 sekaligus. Kami ke Pusanika. Semua set buku tu dah ada cuma buku 2 sahaja yang sudah habis stock.


Buku 2 adalah seperti pisang goreng panas. Kebanyakkan kedai buku kehabisan untuk buku 2, maka dengan ini boleh tersenyum sedikit *tak boleh senyum lebar sangat sebab kerja makin menghimpit hehehe. kerana dah ada semua set buku penyelidikan. Lepas ni jom ler kita buat research sampai lubang cacing.


Mampu berasa sekuman lega selepas ada semua set kaedah penyelidikan. Kena rajin-rajinlah tuan buku ini membaca ye. Jangan malas! Lepas kelegaan sebentar mengulurkan wang RM40 untuk memiliki buku 2 kaedah penyelidikan ini, singgah ke kedai buku UniKeb. Tengok-tengok buku penerbit universiti ( other university ) kat situ. Memang adore pada satu buku tu sebab tersangat suka dengan isi kandungan dan artikal. Jumpa je terus ambil, tak kira lagi..terbang RM 55.60. Tapi memang berbaloi-baloi. Isnin tu habis RM95.60 untuk 2 buah buku kesayangan.

Adore pada buku ni. Best sebab aku suka yang berkaitan alam sekitar. Kau milikku.
Kat Pusanika sekarang memang meriah dengan jualan tudung, baju, pakaian, telekung, buku, semua ada..cuma bawa sahaja duit berkepuk-kepuk. Pasti anda boleh merembat semua benda yang diimpikan dan aku beli 2 pasang telekung untuk diri sendiri dan untuk mama kesayanganku. Beli sebab nanti boleh minta kelim berganda-ganda hehehe..


Memang lama giler pilih telekung ni. Last-last pilih corak cream pink. Telekung Paris cotton, sangat lembut dan sejuk kainnya. Harganya sangat berbaloi-baloi. Sukeee :)

Telekung sulam untuk mama. Cadang nak ambil sulaman warna hijau tapi bahagian muka terlalu besar so pilih biru je la. Hope mama suka dengan pilihanku ni.
Semalam keluar ke kedai buku Penerbit UKM sebab nak temankan kawan beli buku include beli telekung pink aku di atas. Cadang memang nak temankan je. Tapi memang suka beli buku tapi bukan ulat buku. Rembat 2 buku Penerbit UKM. Tapi memang lama dah nak beli buku ni. Dapat juga beli semalam. Harga  RM40.25 untuk 2 buah buku. Best sebab dapat diskaun...Maka belilah di Penerbit UKM yang memang mengeluarkan buku-buku best di alam fana ini.

Buku yang dibeli.

Stop untuk semalam, maka kita bercerita untuk hari ini. Kepada warga Kolej Pendeta Zaba UKM tahukah kamu ada hari ICT kolej Pendeta Zaba. Tak tahu, mai aku promote banner ini.


Yang bukan warga Zaba pun boleh serbu hari ICT ini. Jom serbu ramai-ramai. Tapi aku tak dapat join sebab balik kampung. Kerana kecintaan dan sayangku kepada UKM, inilah buktinya :


Pakat dengan kawan beli baju ni, cuma RM20 sahaja. Boleh didapati masa hari ICT, di foyer cafe. Terbaik! I Love UKM.

Tadi masa nak tunggu kelas Globalisasi dan Pembangunan, lepak jap temankan kawan bershopping sakan dan ternampak tafsir al Quran. Dan beli sebuah untuk rawatan rohaniah.


Sangat best, kecil dan mudah di bawa kemana-mana. Best, semoga rajin membacanya selalu wahai Cik Farah.

Dan paling kena save duit sebab ada :



Memang tengah cari keluaran buku penerbit universiti. Jom beli beramai-ramai. Tak rugi beli buku kerana di dalamnya ada ilmu. Jadilah masyarakat yang rajin membaca! *jangan kau orang baca buku merepek lak.

Sekian terima kasih membaca coretan kalbu ni, aku nak packing barang dan esok balik kampung!!!

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH