Tutorial 42 : Membuat Header Transparent

Salam, apa khabar?
Hari ini nak buat tutorial yang menjadi permintaan ramai. Sebenarnya aku cukup malas nak buat tutorial Photoshop sebab banyak kena guna gambar dan upload gambar. Tapi kerana sayangkan korang..aku buatkan juga khas untuk my reader dan follower!!
Walaupun tutorial ini amat senang dan ramai yang tahu tapi ada sebilangan yang belum tahu lagi.
Jadi dimasa yang lapang ni aku merajinkan tangan aku untuk membuat tutorial yang penuh dengan gambar :)

Software yang aku gunakan untuk tutorial ini adalah Photoshop. Tak kira la versi apa..korang boleh guna.


1. Mula-mula korang kenalah buka Adobe Photoshop. Aku gunakan versi C3. So kalau korang versi lama janganlah risau. Tetap boleh ikuti tutorial ini. Kalau lagi up to date pun jalan jer.. OK! First step. Buka File > New ..


2. Selepas itu, dia akan keluar seperti gambar di atas. Sila click gambar untuk memudahkan penglihatan anda. Saiz header sebenarnya mengikut templete header korang tapi yang paling ideal aku pilih Width : 960 dan Height : 460 dan yang paling penting korang kena pilih Background : Transparent dan yang lain-lain korang tengok pada gambar OK..


3. Korang mesti nak letak gambarkan..so korang pilih gambar dengan menekan File > Open dan click gambar yang disukai..tapi kalau tak tahu nak masukkan gambar dalam header..jom teruskan belajar tutorial ini lagi. Kalau dah pandai pergi main jauh-jauh..



4. Ok..ini adalah gambar pilihan aku..cutekan :). Untuk mengambil gambar, ala-ala macam nak cropla. Sila click Magnetic Lasso Tool. Kalau tak faham lihat pada gambar di atas.


5. Untuk ambil gambar tersebut. Korang click pada keliling gambar seperti di atas. Kalau salah tekan Esc je. Kalau nak yang terbaik korang kena buat dengan teliti dan stabil. Korang kena click atau drag cursor sampai titik-titik itu bercantum.Bila dah bercantum dia akan jadi macam di atas. Faham?? Korang kena tekan CTRL C untuk copy gambar itu.


6. Selepas itu,  click semula pada header tadi dan tekan CTRL V untuk paste..korang drag la atau ubah la kedudukan gambar sama ada kiri, kanan, tengah..ikut suka suki koranglah. Ubahlah besar sama ada nak saiz besar atau kecil dengan mengunakan fungsi cursor korang. Senang je. Godek-godek la sendiri. Nak lagi gambar ulangi step 3 sampai step 6. Senangkan ?

7. Lepas tu mesti nak letak tulisankan. Cara nak letak click button T dan drag kat header tadi. Lepas tu tulis la apa yang sukakan...Tengoklah gambar di atas. Kalau tersilap delete je layer T kat sebelah kanan bawah tu. Korang test la dulu buat header olok-olok dulu. Dah mahir baru la tip top!

8. Aku puya dah siap..so sekarang apa perlu buat ye?


9. Dah siap dan puas hati perlulah di SAVE. File > Save As > Format : PNG. Kenapa perlu format PNG? sebab transparent perlu format Png. Kalau korang guna jpg atau jpeg dia tak jadi transparent dah. Gif pun boleh tapi tak secantik dan smooth macam PNG. Faham?
10. Dah siap!! amat mudahkan semudah ABC. So ini hanya demoje ..korang buatlah yang lagi cantik ye. 
Ok bye..sakit tengkuk aku buat tutorial ni. Korang komenlah bila dah cuba..

p/s : Click-click la nuffnang aku tu hahahaha :). Kalau korang masih tak tahu basic photoshop. Rajin-rajinkan tangan pergi ke Youtube dan cari Photoshop tutorial atau basic Photoshop. Kat situ berlambak tutorial. Kalau nak pandai kena la usaha banyak.


ooopsss : Kalau korang tak ada PHOTOSHOP sila DOWNLOAD HERE

39 comments

  1. nk cuba . .but x de software photoshop . .boley tlg bg link nk download photoshop x ? ?

    ReplyDelete
  2. cantek la ..huhu..
    jeles2..sebab xreti gune adobe..huhu

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kak,,,Knpe saya buat Mse na paste,gamba dye kecik,,???

    ReplyDelete
  5. @Miss Vampire!

    kena betulkan lebar dan pjg header sebelum save them masa nak upload as header kena unclick Shrink to fit terlebih dahulu sebab nanti dia jadi kecikk

    ReplyDelete
  6. akk Fara... Susah lah buat... adek dah ade photoshop CS5 .. Tapi mase nak buat header ni tak paham .. ada yang terbesar lah , ada yang tak pandai copy lah.. banyak lagi lah.. Macam mana ek akk ?

    ReplyDelete
  7. Kak farah nk tnya dwnload adobe photoshop tu free ker.......???

    ReplyDelete
  8. nak buat kat photoshop x tau laa.. tlg ajar leh x??

    ReplyDelete
  9. fara , awak tau x cm nak hilangkan background putih kat image @ icon? kan kadang2 bile kite donlod image @ icon , ade background putih.. leh x ajar saye cmne nk hilangkan background tu???

    ReplyDelete
  10. cmner nk upload msok kat header??

    ReplyDelete
  11. thanks fara.. so nice of u!!

    ReplyDelete
  12. akak farah . kenapa saya paste gambar jadi terlalu besar ? :(

    ReplyDelete
  13. wahhh best laaa awak ni...nantilaaa saya nak try...skang ni memang tak pandai lagi gune adobe

    ReplyDelete
  14. Salam (: Kak , Nak Tanye Kalau Buadd Header Gune Photoscape Boleh Ke ? Kalau Boleh Tolong Ajarkan Boleh Tak ?

    ReplyDelete
  15. kak fara, bley bg link download photoshop?

    ReplyDelete
  16. @meyra

    akak kan dah bg link di atas..sila dload

    ReplyDelete
  17. link tu x ley guna la. .

    ReplyDelete
  18. cmne na download photoshop ?? ble tkn at ats ue .. ta buleyh .. np eak kak farah ?

    ReplyDelete
  19. kak2 ohh kak!
    asal sayaa buat die da transparent au.
    tapii. bilee letak jeh kat blog. die ade wane putih lagih. kat background blkang tuh?
    ke die ade effect pade blogger template kite. pening2. tapi saya tak gune photoshop. saya gne gimp jeh.

    ReplyDelete
  20. dah lame cari tutorial camni,terma kasih bnyk2 kakFarah,:)

    ReplyDelete
  21. susahla ... saye x faham paet yg nak transparentkan 2

    ReplyDelete
  22. Thanks Cik Farah :) Saye dah faham :)

    ReplyDelete
  23. Mekasih Kak Farah :) DAH jADI :)))

    ReplyDelete
  24. akak knper syer nk buat x jdi ea??
    ia mcam klu kite nk tkn open file nk cri gmbor lyer 2 ilng..
    mcam akak??

    ReplyDelete
  25. akak knper syer buat x jdi ea???
    layer 2 ilng mser syer nk open file ,,trus yer ilang cumer kuluar gmbr jer..

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum..maaf..kalau guna photoscape mcm mna pulak eh? hehe

    ReplyDelete
  27. kak fara , kenapa ye bila dah download tu tak bole nak bukak ? bella pun dah pening lahh -,-

    ReplyDelete
  28. photoshop punya saya pakai versi cs3. udah upload foto, tp di photoshopnya gak ada menu bua magnetic lasso tool. apa karena photshopnya beda versi?

    ReplyDelete
  29. cantiknya.. baru bt blog xreti nk buat benda ni sume.. huhu thanks :-)

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH