Tuesday, April 19, 2011

Tip Berjimat dari Cik Farah

Assalamualaikum
Duit? Semua orang memerlukan duit, nak berak dan kencing pun pakai duit...jadi duit amat penting untuk hidup tapi jangan jadi hamba duit ye.
Kerana keprihatinan aku, aku nak kongsi serba sedikit tip berjimat yang aku rasakan relavan melalui pemikiran aku dan pemerhatian aku. Tadi aku belek-belek surat khabar Utusan Malaysia aku terbaca artikal tak cukup duit walaupun gaji 2, 3 k ke atas. Memang aku akui hidup di bandar memang amat mencabar..semua pakai duit cuma kentut je tak kuar duit tapi keluar angin dan mungkin bau aroma yang kurang menyenangkan..
Tip-tip dari aku :
http://farm3.static.flickr.com/2178/2231700862_305d2cd9ed.jpg

Bawa Bekal ke Tempat Kerja 

Aku sarankan korang yang bekerja sarapan di rumah dan bawa bekal ke tempat kerja. Cuba korang fikir kalau sarapan pun korang makan di kedai..Mungkin paling kurang RM5..lepas itu makan tengahari dalam RM10 paling kurang..kalau hari-hari macam mana? dalam RM400 untuk makan sarapan dan lunch. Tapi itu kalau minima RM10 dan RM5 kalau lebih ? ( aku tahu korang makan mesti lebih, belum masuk berpoya-poya dihujung minggu lagikan )  Mesti alasan korang tak sempat nak prepare semua tu kan..sebenarnya alasan itu untuk orang-orang yang PEMALAS je. Kalau sekali sekala korang lepak makan kat luar tak apa..ni kalau hari-hari boleh botak bulu ketiak. Contoh kalau korang prepare mee goreng dari rumah..1 bungkus mee tu boleh sumpat 3-4 tekak..Kalau beli mamak..RM4 pun korang tak ada kepuasankan (maklumlah kemuntahkandarah)..  Kalau mee basah (mentah) tu cuma RM1.50 ke 2.00 je. Nampak tu jimatkan.. Kalau korang tu rasa nak senang korang cuma blender cili siap-siap dan simpan dalam peti sejuk..then nak masak senang je. Jangan lupa bawa air dari rumah. Aku pergi kerja bawa bekas minuman paling gedabak sekali. Pahduli apa orang nak kata. Malu? Kalau tak pakai kain memanglah malu..kalau bawa bekal engkau rasa malu memang selayaknya ko pi duduk dengan monyet la.


http://4.bp.blogspot.com/-nqjC2Y2f268/TXCkT5eiFjI/AAAAAAAAAFM/Cp6Na0eKzzI/s1600/karena%2Bmenabung.bmp

Belajarlah Menabung

Menabung bukan sahaja digalakkan kepada anak-anak tetapi kepada semua peringkat umur. Anak-anak suruh menabung tapi mak bapak haramm nak menabung bukankah seperti ketam mengajar anak berjalan? Contohnya kalau korang ada gaji RM1000..apa kata korang simpan RM200 atau 100 sebulan? Paling kedekut korang simpan RM50 je.. Jangan gaji 10ribu korang lanyak semua gaji pergi shopping memanjang. Nanti kalau tersakit dan memerlukan kos perubatan yang tinggi kan susah nak mencari duit..motifnya menabung untuk masa depan..

http://2.bp.blogspot.com/-FdLlp9EwXAE/TVbDVef8dYI/AAAAAAAAADc/_mTF4xZr34E/s1600/cara-menabung-mudah.jpg

Simpan Duit untuk Anak

Pada pemerhatian aku ramai pasangan kahwin pada usia yang muda. Kebarangkalian untuk penghasilan anak pun tinggi. Sekiranya isteri korang atau korang tetiba mengandung haruslah korang mengambil inisiatif untuk melipat gandakan amalan menabung korang. Korang patut membuka akaun khas untuk masa depan anak korang. Jangan nanti nak bayar yuran sekolah pun terpaksa meminjam ah long atau ah gah.. @____@ last-last hancur family korang. Jadi fikirlah masa depan anak korang sejak dalam kandungan lagi! Bayangkan kalau korang simpan RM100 masa bini korang prenant lagi untuk your baby..kalau umur dia 18 tahun nak masuk universiti mungkin simpanan korang dah mencecah dalam RM21600 dan dicampur usia korang start simpan masa pregnant dah 22500..banyakkan..:) So merancang itu penting untuk masa depan.


http://2.bp.blogspot.com/_X8NpKEU_Dc4/SxV4SXWxcHI/AAAAAAAALpo/XK5fmgX6YoY/s1600/bride_1530986c.jpg

Ukur Baju di Badan Sendiri

Kalau tersalah ukur mungkin terjadi seperti gambar di atas. Dah saiz cup D korang hambik saiz A kan dah tersembul..melainkan korang memang suka fesyen macam inikan.. Gambar ini terlucah sedikit tapi korangkan open minded.. Semua itu hanya perupamaan sahaja. Kalau korang nak berbelanja seharusnya memikirkannya terlebih dahulu sama ada kepentingan atau nafsu semata-mata. Janganlah ikut hidup orang lain, orang lain tukar kereta tiap 2 kali satahun korang pun nak jugak. Kalau duit berkepok-kepok tak pe la...tapi kalau sengkek usahlah yeop oii..nanti makan biskut keringla korang. Jadi kena tahu kemampuan diri sendiri. Jangan jadi bayang-bayang ye..sedar diri engkau hanya bayang-bayang bukan realiti..tak faham? sila hempok kepala dengan penyapu..

http://jamalrafaie.com/wp-content/uploads/2011/01/akaun.jpg

Rancang Perbelanjaan Bulanan

Korang jangan ingat kalau buka bisnes je nak kena buat akaun bagai. Korang pun harus mendebit kreditkan sumber kewangan korang terlebih dahulu untuk mendapatkan bajet yang sistematik untuk korang. Contohnya masa awal gaji korang kena asingkan duit rumah, kereta, bil-bil terlebih dahulu. Jangan nanti dah kena halau dari rumah dan kereta di tarik baru nak ternganga. Dan baki yang selebihnya barulah korang plan untuk perbelanjaan lain, menabung atau bershopping. Dan paling penting kalau nak shopping kenalah listkan barangan yang perlu dibeli. Kalau nak shopping tanpa batasan seharusnya korang kena ada berguni-guni wang kertas RM100 barulah boleh nak shopping..so berfikirlah dengan bijak...


Itu sahaja tip yang ingin di sampaikan oleh aku. Harap serba sedikit dapat membantu korang dalam menguruskan sumber kewangan dengan lebih efisen. Tapi keberkatan itu amatlah penting. Kalau setinggi gunung pun gaji korang tapi tak berkat memang takkan cukup.. Kalau nak berkat kenalah tunaikan tanggungjawab pada Allah, jujur dan amanah masa bekerja dan ikhlas!!

Imej Sumber dari Pakcik Google

6 comments:

  1. berguna tips ni . thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. kite jgn rajin keluar berjimba @hang out ngn kwn2. nnt mula la terlari bajet.

    ReplyDelete
  3. saya suka...pic yg akak pkai bju tu pon sy suke.kelakar...hehehe

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.