Wednesday, June 22, 2011

8 Sebab Kenapa Aku Tak Nak Kahwin.

Assalamualaikum semua!
Umur aku dah 24 tahun..masih muda lagi la sayang-sayang hoii..
Bila tengok kekawan yang lain ramai sudah mendirikan rumah dan tangga..( hei rumah aku pun ada tangga la wei ) ok bahasa indahnya ialah berkahwin tapi aku still masih trang tang tang anak dara. Tapi bukan anak dara tua tau..muda lagi lorr.. Korang asyik tanya aku kenapa tak kahwin cepat-cepat..so ini jawapan aku.. Mai rapat-rapat..aku bagi tahu satu persatu..


Comelkan aku masa mykonvokesyen..


1. Nak Sambung Belajar.

Bila dah ada UPSR perlulah ada PMR, pastu kena ada SPM.. Bila result SPM tak boleh ambik kos medic  ( tak cukup hebat ) kenalah sambung STPM.. Alhamdulilah STPM bagus dapat sambung IJAZAH dan bila ramai sangat graduan ada IJAZAH nak lagi upkan education kena ambil MASTERS ..hummrr kalau best result dalam MASTERS aku hambikk la PHD muahaha.. Tak dapat jadi doktor biasa pun tak apa asalkan dapat doktor falsafahkan..lagi melotops.. Yang penting kalau i'm single but not available.. komitmen belajar itu boleh fokus dengan lebih baik lagi. Tak perlu ada komitmen sebagai seorang isteri dan ibu.. Im freedomm.


http://www.rldynamiceng.com/career_1.jpg


2. Kerjaya.

Kalau boleh aku naklah bekerjaya dulu sebelum married. Career just not "kerja biasa" tapi yang boleh menjamin ekonomi akulah kenn. Kalau setakat kerja-kerja sementara itu bukan kerjaya la pada pandangan aku.. Bak kata ayah aku.. duit gaji belum sempat bismillah pun dah habis. That mean bukan aku kutuk sesuatu kerjaya yang bergaji rendah tapi yang sesuai dengan kelayakan kita la kan.. Tapi itu semua rezeki daripada Allah.. Tapi kita sebagai manusia perlu merancang dan berusaha, Allah yang menentukan. Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum kalau mereka sendiri tidak berusaha! Tunggu aku jadi Pegawai Besar ekk atau bergaji besar..insyaallah..


http://2.bp.blogspot.com/_Xa57h42TPLA/TOvUJIlodJI/AAAAAAAAArQ/VAXm9K1xZY4/s320/mak%2Bayah.jpg


3. Berbakti kepada Ibu dan Ayah.

YEs! Mak dan Ayah adalah insan yang selayaknya berkongsi kejayaan dengan kita. Seharusnya aku kena berbakti pada mak dan ayah. Nak bahagiakan mereka. Sungguh pun mereka ada segala-galanya tapi aku nak mereka bahagia dengan apa yang aku ada. Tak puas lagi nak bermanja dengan mereka.. hahaha akukan anak manja..kau hadoo? kalau hadoo sila mengangguk!



4. Nak Ferrari sebiji!

Haa kau hengat aku ni tease biasa-biasa je ke baii?? Kalau ikut selera nak yang terbaik je kan.. Cukuplah kalau dapat Myvi Elegance  je kan.. Kalau rezeki lebih nak yang import mari.. I love quality than quantity.. Rasa lebih puas dapat dari hasil titik peluh sendiri.. takkan asyik mengharapkan suami..tu tak main la baii.. Akukan Superwomen!


http://2.bp.blogspot.com/-gqHqVIfsWgo/TaEJS5VQmlI/AAAAAAAAAWA/s1-kGufskz4/s1600/mata+duitan.jpg

5. Duit Mestilah Berkepok-kepok.

Sungguh pun aku mata duitan tapi aku bukan pisau cukur. Aku cuma akan menjadi pemotong rumput kepada mak dan ayah aku jerr...haa nayalah hahaha.. Kalau boleh nak lah dalam bank tu berkepok-kepok RM nya.. Sekurang-kurangnya boleh buat meletops kenduri kahwin kenn.. Tak mainlah harap duit hantaran je.. Duit hantaran masuk bank aku.. Duit mak bapak buat duit kenduri kah kah kah kah.. ( anak yang bijaksana )

http://4.bp.blogspot.com/_9RBfwEA5K-I/TGsWW867DNI/AAAAAAAAClE/JbJKLKA9sko/s1600/mr-right_0.jpg

6. Calon?

Calon tu maybe dah ada kot. Banyak betol, belum masuk yang hantar resume yang interview pun tak terinterview dan yang dah diinterview pun terpaksa direject. Hei! kau ingat senang ke nak cari Mr. Right? Macam cari baju? Kalau macam cari baju tak perla..rasa tak berkenan bakorrr jerr.hahaha. Pada pendapat aku la kan.. takkan baru kenal terus jatuh cheenta dan terus nak kahwin. Apa kau hengat aku sanggap sangat ke? Setahun belum tentu kita boleh kenal dia. Dan sudah semestinya kalau sebelum berkahwin tahap kehipokritnya tersanggatlah tinggi. So berhati-hati. Apa-apa pun wanita yang baik untuk lelaki yang baik, manakala lelaki yang baik untuk wanita yang baik begitu juga sebaliknya kenn. Yang penting pilihlah agamanya. Jangan gaya cakap macam orang beragama tapi peragai macam hareeemmm..

http://wajanhijau.files.wordpress.com/2007/10/cooking-mom.JPG

7. Skill Memasak

Walaupun kerja aku di rumah sebagai tukang masak yang berkaliber tapi aku kenalah meningkatkan lagi skill-skill yang sedia ada. Kalau boleh nak la pandai masak resepi yang hebat-hebat. Nak tambat hati suami kenalah tambat perutnya kan.. Takkan hari-hari nak mencekik kat kedai. Kang suami aku pula jatuh hati kat orang kedai.. Tapi aku memang suka buat kek..haa siapa suka makan kek meh sini isi borang?

8. Belum Puas Hidup Bujang.

Serius aku cakap aku belum puas hidup bujang. Jangan ingat dah kahwin ni sama macam bujang. Semua benda terikat pada suami. Kalau bujang ni nak kemana pun tak apa.. Nak kerja merantau jauh-jauh, nak ke hulu hilir dengan kekawan semua itu tiada halangan tapi kalau dah kahwin susahlah sikit kenn..


Ok sampai lapan je la sebabnya..kang jadi ardartu pulak aku.. Tapi yang sebenarnya belum sampai SERU.. Aku pun tak terfikir lagi hal kahwin-kahwin ni walaupun pakwe ada lapanplohlapan orang dan semuanya nak masuk meminang..aku bagi red light dulu ehh..  Yang penting gue punya CITA-CITA perlu tercapai dulu wehh..

OK DAAA....

( Gambar di cilok dari Abang Google )

6 comments:

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.