Saturday, April 28, 2012

Info tentang Perfumes.


Assalamualaikum dan selamat malam.

Hari ni saja membelik pages perfumes online shop. Banyak juga perfumes yang bekenan di hati tapi kena kawal diri sebab baru je rembat Britney Spears- Fantasy EDP so kena la tunggu sipi-sipi nak empty baru boleh beli. Ni lah nafsu wanita. Suka sangat bershopping tapi aku masih boleh kawal lagi tabiat shopping aku, tak la sampai semua benda yang bekenan di hati aku nak shoppingkan. Bahaya, silap-silap boleh licin semua duit. Bahaya!!


Entry kali ni nak share sikit info pasal perfumes yang aku rasa best! Aku nak share sedikit tips sebelum korang rembat perfumes. Perfumes ni tak sama, ada pekat lekat dan ada kurang lekat pekat. Sebelum korang beli, try tengok kat kotak dia akan tulis Parfum, Eau de Parfum, Eau de Toilette, atau Eau de Cologne.

Sebenarnya keempat-empat kategori ini melambangkan kepekatan perfumes. Sedikit info yang aku translit dari info perfumes.

Parfum - Adalah perfumes berkepekatan tinggi. Sukar didapati kerana boleh menghakis kulit kerana kepekatannya. Mengandungi  15% sehingga 40% pati minyak. Digunakan untuk "membuat" perfumes. Harganya mahal dan keharuman paling kuat.


Eau de Parfum (EDP) - Adalah yang perfumes kepekatan kedua tertinggi dan juga kadang-kadang dikenali sebagai Parfum de toilette (PDT). Tahan lama sehingga 8 -12 jam, bergantung kepada pemakainya. Mengandungi  15% sehingga 20% pati minyak.

Eau de Toilette (EDT) - Kurang pekat. Mengandungi  5% sehingga 15% pati minyak. Haruman ringan. Tahan lama sehingga 4 -6 jam, bergantung kepada pemakainya. Sesuai untuk aktiviti harian.


Eau de Cologne (EDC)  - Kepekatan terendah. Biasanya mengandungi 5% dan ada mencapai 8% pati minyak. Sesuai untuk cuaca panas sebab bau tahan lama. Tahan lama sehingga 2 - 3 jam, bergantung kepada pemakainya.

Splash - Mengandungi  1% sehingga 3% pati minyak. Mungkin 30 minit atau 1 jam, bergantung kepada pemakainya.


Tapi kategori di atas hanya untuk original perfumes. Kalau yang cap ayam tu memangla bau cepat je hilangnya.




Tip dalam memilih perfume:

1)
CUBA. Anda mestilah mencuba terlebih dahulu bauan dari perfume tersebut dalam masa sehari sebelum mengambil keputusan untuk membelinya. Kenapa? Wangian dari perfume biasanya berubah mengikut peredaran waktu. Baunya akan berbeza selepas disembur dan selepas 2-4 jam selepas itu.

2)
JANGAN TIRU. Membeli perfume berdasarkan perfume yang digunakan oleh kawan anda adalah tidak digalakkan. Mungkin bauannya di badan kawan anda selesa dengan anda, tetapi tidak semestinya ianya serupa apabila dipakai oleh anda sendiri. Ini kerana kimia dalam badan tubuh setiap orang berbeza, dan ianya mempengaruhi wangian yang digunakan seseorang.

3)
MINYAK. Wangian yang digunakan pada kulit berminyak akan tahan lebih lama berbanding digunakan pada kulit yang kering. Jadi orang yang berkulit kering perlu menyemburnya sebanyak 2 kali untuk ketahanan bau yang lebih lama.

4)
DIET. Diet yang berubah secara dramatik juga akan mempengaruhi wangian yang digunakan dan ianya boleh berubah.

5)
SERBUK KOPI. Apabila mencuba wangian di kaunter, hidu serbuk kopi yang disediakan untuk menghilangkan bau dari perfume sebelumnya, kerana kemungkinan ianya akan mempengaruhi wangian yang dicuba selepas itu.

6)
HARGA. Belilah perfume dengan harga yang berpatutan dan tidak terlalu mahal.

7)
MATAHARI. Jauhkan perfume dari sinaran matahari dan suhu yang panas, kerana ianya mampu mengubah bau yang terdapat pada perfume tersebut.


# Dari perkongsian sosial network.

Selalunya, perfumes yang tahan ni, daripada jenama antarabangsa seperti Lancome, Gucci, DKNY dan sebaginya. Yang jenama tempatan pun ok juga tapi kepekatan dia mungkin tak sepekat brand antarabangsa ni. Janji sesuai dengan hidung korang sudah la kan. Kalau jenama biasa ni aku suka juga AVON.

Oklah, nanti next entry, insyaallah aku update perfumes apa yang best. Yang pernah aku try la. Hehehe. Ok, baii.

Sekarang ni aku adore pada perfumes Jennifer Lopez Live Luxe sebab pemenang best celebrity fragrance. Ada komen?

9 comments:

  1. kalo berminat,bolehla ke page sy jenguk2 perfume:)

    ReplyDelete
  2. salam kak farah. Just to share info,
    I have many experiences about buying perfume. If u wish to buy original perfume just do buy it at any perfume house / perfume shops which one of them at one utama and another outlet at mid valley for a cheaper prices and some discounts. because price at counter (parkson, jusco, pavi and so on) is really expensive due to the mall taxes and etc.

    Can u believe I bought a Rose The One Dolce & Gabanna (75ml EDP) perfume for just RM302.++ after 20% discount. Market price at counter maybe rm378 or almost rm400.

    just so some info :)and may shopping happily

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kak farah, thanks for the info~ :D

    ReplyDelete
  5. terima kasih tuk info ni..:)

    * tengok botol pun dah nampak macam mahal kak..JLO live luxe ni, nak try jugak la..hihih

    ReplyDelete
  6. Haa..nk lbh menarik jom visit www.facebook.com/perfume.ss.shop hnya yang terbaik utk anda =)

    ReplyDelete
  7. Haa...jom visit www.facebook.com/perfume.ss.shop utk harga yang berbaloi-baloi khas utk anda =)

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.