Tuesday, December 17, 2013

Bahaya Krim Pemutih.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Atas rasa tanggungjawab sosial maka entry ini tercipta.

Aku tengok dekat facebook dan Instagram berlambak peniaga online mempromosikan krim pemutih. Kalau tengok testimoni memang rasa terkejut bila putih seawal seminggu. Memang aku akui semua orang nak hasil cepat, kalau boleh pakai hari ini esok terus jadi snow white tapi korang ada fikir tak side effect kemudian hari?

Begitu juga aku, aku pun rasa teruja tengok testimoni yang boleh jadi snow white seawal semiggu. Begini cerita nya, aku ni memang suka layan instagram..ok kalau nak follow boleh search puteri_nurfarah (sempat lagi promote ye). Aku memang terpikat dekat set pemutihan muka dan badan ni. Sebenarnya nak putihkan bahagian tangan sebab tangan selalu kena sinar uv yang banyak sebab pemalas pakai cream bila keluar. Aku jumpa satu instagram ni dan dia merupakan pengasas produk itu..mak aii memang putih melepak kalah Hanis Suraya tau putihnya. Dan lagi teruja bila tengok gadis India boleh jadi putih dengan memakai produk dia terus boleh jadi Juhi Chawla tau! Memang la nafsu perempuan yang menginginkan kecantikan memaksa dan membisikkan untuk aku memiliki produk tersebut! Dalam 1 set ada 3 barang iaitu sabun, cream siang dan cream malam.

Sebenarnya aku memang cerewet untuk pilih produk skin care ni. Rasa was-was dan dalam masa yang sama teruja sebab kesannya awal sangat. Bila tengok komen-komen kat instagram pengasasnya dia menjamin tak ada bahan kimia berbahaya dan tiada kandungan merkuri dan menyatakan bahawa produknya bersumberkan bahan semulajadi tapi tak ada KKM atau ujian makmal. Di situ dah mula merisaukan aku...banyak kali juga aku fikir sama ada nak beli atau tidak.


Kat instagram dia aku tengok dia ada beberapa orang agen di kawasan aku. Tak apa, aku cuba tapi dalam hati berbelah bahagi...aku cuma niat "Kalau cream tu tak membahayakan kesihatan aku, aku harap aku dapat guna tapi kalau membahayakan kesihatan aku..aku harap Allah lindungi aku"..ini bukan poyo..aku kalau selalu rasa berbelah bahagi aku akan berdoa macam tulah dalam hati ini..


Aku tengok senarai agen ada 3 orang berdekatan kawasan aku. Aku saja tak nak guna perkhidmatan pos sebab aku nak guna COD. Why aku nak guna COD, dan tak nak perkhidmatan pos? sebab aku nak tengok sendiri kulit agen yang pakai produk tu depan mata aku sendiri..putihnya macam mana? glowingnya macam mana? hebat ke?? so di situ aku memang beria-ia nak COD..tak nak guna pos-pos bagai. Aku nak tengok bukti!

Ok, mula-mula aku komen kat instagram agennya kata boleh COD tak dekat area kolej aku? no reply..tunggu..tunggu..tunggu..
Terus aku what apps agen tersebut..pun tak ada balasan..dah lepas 2 hari baru balas cakap dia tak dapat COD kat area kolej aku.. ok NEXT!

Aku hubungi agen lain, juga area kawasan aku. Aku tanya boleh COD tak area kolej aku..dia membalas cepat dan pantas..katanya minggu tersebut dia tak ada kereta.
Aku minta alamat dia sebab kalau free boleh COD dekat kawasan perumahan dia je. Dia bagi alamat dan janji untuk COD pada malam tersebut..dia kata OK. Masa mesej dia cakap dah cfirm nak COD, dia cakap sekarang dia di KL so kalau lewat baru boleh..dan aku batalkan terus temujanji tersebut.

Aku cuba SMS seorang lagi agen yang berdekatan tapi TIADA SEBARANG BALASAN. Ok lupakan sahaja niat itu pada malam tersebut.

Sebab masih lagi nak mencuba, hujung minggu tu aku ke perpustakaan negara untuk pinjam buku. Aku try what apps agen area KL.. Memang sangat peramah tapi malangnya stock sudah habis dan dia kata kalau nak kena tunggu dia restock dulu sebab laku macam goreng pisang panas katanya.

Masa on the way nak balik kampus, aku try what apps agen yang dekat dengan area kampus aku tu. Dah memang janji betul-betul ni. Dah bagi full alamat siap nombor blok rumah lagi. Dannnnn aku pun dah sampai depan rumah dia, memang mudah giler cari sebab belok je terus rumah dia..tak payah nak pusing-pusing. Aku call tak jawab dan dapat mesej dia dalam kecemasan sebab kena hantar mak dia ke hospital. Agak begang juga lah sebab dah sampai..terkejar-kejar sebab dah janji on time tapi kita merancang Allah yang menentukan. Aku tekad untuk lupakan pasal cream tu sebab Allah dah bagi hint berkemungkinan produk itu akan membahayakan aku.


Alhamdulilah, bunyi macam poyo tapi ini hakikatnya. Walaupun membuat keputusan kecil kita kena
minta petunjuk juga kan bukan nak kawin je kau minta petunjuk konon jodoh kau tau betul atau tak.

Kalau korang nak tanya apa jenama krim tu..aku takkan jawab. Aku akan bagi hint tentang ciri-ciri krim muka yang berbahaya. Hasil google dan percampuran maklumat sebab bukan krim tu je bahaya tapi krim jenama lain juga begitu.



Ciri-ciri krim pemutih berbahaya:  

1- Tidak Ada KKM dan sebarang hasil ujian makmal.
 -Produk baru dan paling pelik packingnya macam isian semula, label/pelekat produk macam print biasa-biasa je dan produk tidak berdaftar.

2- Warna Krim ala-ala "shining" dan warna terlalu pekat.
- Menggunakan pewarna berbahaya.
- Selalunya warna putih mutiara dan warna kuning.

3- Tekstur tak rata dan melekit-lekit dan tekstur kadang-kadang terpisah, ada bahagian yang berminyak atau padat dalam satu kemasan.  

4- Bau menyengat, bau ala-la logam dan selalunya berbau sangat wangi sebab nak sembunyikan bau logam dan bau pun tajam je.

5- Panas, pedih dan perit semasa korang pakai produk tersebut. Mula-mula pakai kulit akan menjadi merah-merah dan gatal-gatal.

6- Kulit kemerah-merahan bila kena sinar matahari. Macam udang kena bakar.

7- Kulit putih pucat dan tak nampak semulajadi. Bukan putih kemerah-merahan tapi putih yang terlalu putih, pucat (pucat mayat) dan putih kelabu.

8- Hasil sangat cepat.
- Dalam beberapa hari dan minggu dah nampak kesan.
- Produk tersebut mungkin mengandungi merkuri atau hidrokuinon dalam dos yang sangat TINGGI.

9- Kena terus bergantung pakai produk tersebut.
- Kalau tak pakai wajah semakin gelap, naik bintik-bintik hitam.
- Bila dah pakai terlalu lama akan menyebabkan sel badan dan daya tahan tubuh menurun dan rosak.




Selalunya bila kita tanya pasal KKM dan ujian makmal penjual akan selalu mengelak dan claim produk dia dari sumber semulajadi. Takkan lah dia cakap beracun padahal duit dah ribu raban banyak keluar untuk stock.

Selalunya produk macam ni dia bermusim..tak kekal lama di pasaran.

Selalunya produk ni mereka beli secara kilogram di Indonesia or Thailand lepas tu packing semula dan terus jenamakan produk tersebut dengan nama yang hebat-hebat untuk cairkan pengguna.

Hasil carian google dan forum-forum ini adalah antara gambar jenis cream pemutih bahaya:


Beli kilo-kilo cuma puluhan RM, jual 10 gram beratus-ratus henggetttt.









Boleh baca artikel ini for more info.


Semua pilihan di tangan korang. Tak kisahlah nak jadi snow white ke, nak jadi apa ke..yang penting kena bijak memilih. Nanti umur baru 30-an nampak macam umur dah 60 tahun kan sebab effect produk yang korang pakai.

Kalau nak elok pilih produk yang dijual di farmasi, dah stabil di pasaran, berusia berpuluh-puluh tahun dan good image.

Aku bukan nak cantas bisness orang, tapi sebagai seorang blogger takkan nak tulis blog hanya syok sendiri tergedix-gedix je kan..sekurang-kurangnya share info yang bermanfaat untuk semua. Kalau rasa nak ikut silalah ikut kalau tak mau ikut kau tanggunglah sendiri.

kenapa ye ramai yang suka produk putih memutih ni, kenapa tak nak cuba produk hitamkan pulak ye? barulah hitam mutu keunggulan!

ok bye!

p/s: kalau aku campur clorox dengan tepung dan jual kat korang dan boleh putih dalam masa setengah jam..agak-agak berebut tak orang beli??? 

( Olahan dari sumber carian forum, gambar from google image "krim pemutih berbahaya")

23 comments:

  1. akak dah pernah try 1 set produk sebijik kaler camni..kulit mmg cantik bbrp bulan selebihnya sakit..now alhamdulillah dah berjaya pulih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak beli produk apa ye utk pulihkan balik kulit?

      Delete
  2. Saya selalu jugak belek2 instashop yang jual brg2 macamtu. Kdg2 rasa mcm nak beli. Tapi bila difikir-fikir balik, takut pulak nak pakai sebab owner jual harga murah dan ramai yang beli.

    ReplyDelete
  3. @Afrah Fiadmui

    Ha tu lah bahaya sangat..beli kat farmasi lagi bagus..

    ReplyDelete
  4. sy pun penah guna krim macam ni..hahahaha..tp tak ok pun malah tambah burukkan muka.jarawat tumbuh besar2 siap bernanah lagi. sebelum pakai krim tu muka sy xda jerawat kalau ada pun jerawat pasir saja.menyesal sungguh. nasib baik sekarang dah pulih.huhuhuhu. tu pun lama gila nak pulih, haha..cuma ada parut saja. menangis sy. dari nak cantik terus jadi hodoh..pfftt.

    ReplyDelete
  5. err seramnya :O saya selalu pakai losyen aloe vera je ^^ lagi selamat ahaha

    ReplyDelete
  6. saya beli satu produk nie,,secara online..seminggu saya beli kemudian saya belikan mak produk yang sama cuma mak punya saya beli sendiri di kedai jamu..saya musykil bila warna kotak dan bau sabun pencuci muka sangat berlainan..hari kedua saya pakai..saya terasa panas di muka dan mengelupas..sangat memeritkan bila panas..cadang nak berhenti dan kembali ke produk lama saya tapi mak suruh tengok dulu..apa pendapat awak ?

    ReplyDelete
  7. @shalleyanna yana

    Better berhanti je dik tkt nnt effect lagi truk..guna skin care yg mmg dh kukuh kat pasaran...slalunya skin care yg jual kedai jamu tu dr indo or mrk packing smula..bahaya.

    ReplyDelete
  8. Akak nak tnya...pernah dgr x krim pola..44cahyaan tu...ok x..sbb kdg2 mcm rs xyakin..kdg2 tringin gk nk beli..

    ReplyDelete
  9. Wah..thanks sharing.sya ni pun jenis yg suka stalk kat ig2..tgk produk2 muka..hati mmg gatal nak try,tp blm lg la sampai nak membeli..risau jd lain pulak muka ni..hehe..x psl2 jd katak puru lak nnt :P

    ReplyDelete
  10. @Nurfarah Harryna


    Assalamualaikum.. nak tanya saya baru nak cuba 1 produk ni Fantabulous Skincare.. saya tengok ada tanda halal dan kkm.. ok ke? boleh dipercayai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun br juga guna produk ni. tp tak tahulah elok atau pun sebaliknya

      Delete
  11. Assalamualaikum . Sy pengguna q sarra beauty skincare . Boleh akak try search tentang skincare ni ? Agak-2 berbahaya tak ? Sy dh pakai setahun lebih tp tiada kesan buruk terjadi . Kalau rajin akak update lah blog tentang q sarra skincare ni ye:))

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.