Minggu Huru Hara

Assalamualaikum,

Sorry kepada reader sebab lama sangat tak update blog. Hehehe..jangan nagis-nagis tau sebab tak dapat baca coretan aku ni. Tau ada yang sampai demam tunggu aku update belogg..sorry ye my reader terchentaa..

Sementara nak tunggu mood kembali ber agsimen ni, take a time untuk corat-coret dalam belog comot ni.
Minggu ni, adalah minggu yang sangat busy, walaupun busy tapi masih nak luahkan dalam blog,,,terapi ni..:)
Sebenarnya semester ni adalah paling hebat daripada semester lepas, walaupun semester lepas asyik merungut dalam belog tapi semester ni, paling heaven. Kerja macam turun dari langit, semua kerja kena buat ala mini thesis (ala-ala thesis ijazah dulu tu)...Nahh beban kerja semester ni.


Semua ada 13 kerja, yang di highlight colour oren tu semua dah siap, tinggal 4 lagi kerja kena hantar. Minggu ni Jumaat ada exam method dan kena hantar 2 agsimen, next week hantar 2 lagi agsimen. Lepas tu boleh tidur sekejap, tapi kena fikir pasal thesis pula :')
Memang tersangat stress tapi masih mampu senyum, tak pernah rasa macam ini (degree dulu tak macam ni) sebab ada hari yang berjaga 24jam, tak tidur malam sampai ke pagi untuk siapkan segala tugasan yang hebat ni. Ubatnya terpaksalah menelan nescafe dan kopi untuk menahan mata daripada mengantuk. Heaven kan?

Macam minggu lepas tersangatlah stress sebab kena balik kampung uruskan biasiswa My Brain, syukur alhamdulilah dapat tapi kena bersusah sikitlah, back to hometown, buat medical check up, sign saksi, penjamin..tapi settle. Lepas balik dari kampung..fuhhh kena marathon tanpa henti untuk siapkan  3 agsimen macam ala thesis..dan siapkan take home exam. Memang tak rehatlah. Mata dan minda penat. sampai diri tak terurus, makan tak menentu, rasa diawangan. :')


Nahh ambik kesepahan kemejaanku. Memang lintang pukang. Semua buku kena keluarkan untuk betungkus lumusan membuat kerja. Mata sampai letih mengadapnya. Serius rasa nak muntah. Tapi sabar. Kena pegang kata-kata ni : bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..aminn ;')

Kita ni memang jenis tak suka lintang pukang, walaupun suka buat sepah tapi mesti nak kemas semula. Baru mata terang je tengok, maybe dah terbiasa dari kecil..mak ajar jangan jadi peyepah.


Aku nak bagi tips kepada sesiapa yang cepat gantuk, so minumlah Nescafe Black Roast aka Kopi O. Pasti sampai pagi segar. Yang perisa lain ok jugak tapi yang ni paling power..woo atau pun Alicafe.

Rasanya tak sesedap Latte, Mocha dan original sebab pahit sikit tapi sangat power untuk berjaga sepanjang malam. So cubalah *kalau terjadi apa2 bukan tanggungjawab aku yerr

Lepas ni kena berjuang siapkan 2 agsimen, harap mood datang dan kebal sampai siap, esok kena prepare exam pula. Risau ni.



Dengan Cik Mira, lepas hantar agsimen...semoga kami kuat mengharungi lautan luas.


Pucat woo
Nampak sangat editnya, sesaja belaja mengedit bukan mengedik. Mata saya nampak besarr la, tapi mata tak edit yee..


Yang ni tak edit cuma put water mark ye muahaha.. Keep your smile! Kepada kekawan selamat bergelumang dengan agsimen. Good Luck for exam!


Wish me LUCK and Good Luck to my friends :)




 Nak siapkan kerja ni, bye semua :)

Gambar : Yang tiada water mark from google.

7 comments

  1. yeahh!! u can do it, u can do it *gaya spongebob*

    ReplyDelete
  2. good luck kak ! ^___^
    jaga kesihatan jugak tau :)

    ReplyDelete
  3. goodluck. insyaAllah, awak boleh :)

    ReplyDelete
  4. ya! kuatkan semangat!

    farah,terima kasih banyak2 tau,banyak saya belajar tutorial dari sini.=)

    ReplyDelete
  5. kite pun bz.. bz ngan keje! uhuk!

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH