Telekung Siti Khadijah.

Assalamualaikum..

Dah lama nak share tentang telekung Siti Khadijah ni. So sekarang baru nak share untuk korang. Entry ni bukan iklan ye hehe cuma kepuasan aku terhadap kualiti so aku sharelah!

Sebenarnya memang nak cari telekung untuk hadiah kan kat mak. Hasil berblog dan design blog tu nak bagi sesuatu untuk mak dan diri sendiri. So, memang tertarik dengan telekung Siti Khadijah tu, sebab designnya berbeza dengan telekung lain yang dijual di pasaran. Jadi, terus ke butiknya di Bangi. Memandangkan aku ni duk kat Bangi so zass je ke butik tu, lagi pun memang dah pernah nampak pun..sebaris dengan restoren yang selalu aku makan kat situ.

Image from FB Siti Khadijah.
Sebelum aku ke butik tu, of courselah kena server2 dulu tentang telekung, harga dan apa patut aku beli..kang kot tak cukup cash pulak hehe... So kalau korang nak server2 dulu boleh ke laman web Siti Khadijah dan FB Siti Khadijah ye.

Masuk-masuk je butik tu, aku di sambut baik oleh jurujual butik tu. Boleh tanya macam-macam dan bestnya boleh testing tau. Belek punya belek aku terpikat dengan jenis klasik. Yang bestnya telekung tu ikut bentuk muka, selesa, rambut tak keluar dan kainnya sejuk. Kain nya pulak labuh dan selesa, so tak la kaki terkeluar bila solatkan.

Image from FB Siti Khadijah.
Sebenarnya banyak sangat pilihan, antaranya telekung jenis original, klasik dan moden. Boleh pilih ikut keselesaan dan bajet korang. Di samping itu juga ada pakaian untuk umrah dan haji. Semua best-best!

Image from FB Siti Khadijah.

Image from FB Siti Khadijah.

Rasa kemas je pakai telekung ni. Kalau korang nak pergi haji dan umrah aku suggestkan korang try telekung ni. Sejuk je kainnya...nak pergi sembayang terawih pun bagus juga..dan untuk solat hari-hari pun lagi bagus!

Aku borong 2 pasang telekung Siti Khadijah jenis klasik with kain sekali. 1 untuk diri sendiri dan 1 lagi untuk ibu tercinta :)

Lambang cinta abadi...

mak I satu, I satu...
Serius bila pakai sangat selesa. Tak rugi beli telekung mahal-mahal kan. Kalau baju, kasut dan tudung kita sanggup beli mahal-mahal..kenapa tidak telekung..ye dak?? Tapi itu atas kemampuan juga, kalau rasa mampu ok je kan, kalau tak mampu pakai telekung biasa-biasa je kan..


Telekung ni sepasang aku dah bagi kat mak aku, dia excited sangat dapat telekung ni. Terus cuba dan ngam-ngam sesuai dengan dia, kain selesa dan dia terus rendam dan basuh..katanya nak pakai malam tu juga nak bawa pergi mengaji kat masjid. Alhamdulilah suka tengok mak tersenyum gembira.

Lepas ni wist list nak jenis telekung moden pulak hehe..cun juga buat hantaran tunang kan kan :)

Harga? memang mahal sikit tapi sangat puasss hati! Korang try belek WEB nya ye. Macam-macam jenis dan harga di tawarkan. Better korang beli pakej dengan kainnya sekali..memang best!



Ni gambar kita pakai telekung Siti Khadijah, malu-malu pulak hehe..mata sepet je nihh. Tapi memang sangat puas hati sebab betul-betul ikut shape muka. Rasa macam nak sepasang lagi, ada sesiapa nak hadiahkan??

Ok, bye korang, kalau korang kat Bangi boleh singgah kat alamat ni:

Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd

Alamat: 11-G-1, Jalan Medan PB4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
HP: 013 210 2668
Tel: 03 8927 4277
Fax: 03 8927 3246
BBM: 26A7DDD1
Email: sk@sitikhadijah.com
Dibuka Setiap Hari : 10 pagi - 7 petang

Cawangan dan wakil jualan lain boleh rujuk web dia ye :)





11 comments

  1. kak farah tinggal bangi ke? sye pun duduk situ jugak. dulu slalu dtg kedai siti khadijah ni. berkualiti kain-2 dia :)

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Cuba visit website www.myvalorem.com untuk telekung berbatu rhinestones. Kami sedang membuat Year End Warehouse Sale. Free size, telekung extra besar, kain extra panjang dan ada 2 lapis dari kepala sampai bahu. Walau besar tapi sesuai untuk semua saiz badan kecil atau besar. Fabric japanese cotton. Sangat lembut, sejuk dan selesa dipakai.

    ReplyDelete
  3. Salam. Nak tanya u pakai telekung sk saiz apa ye

    ReplyDelete
  4. Cantik. Saya pun ada pakai tudung siti khadijah. meman sejuk

    ReplyDelete
  5. Mmg best.. follow fb SK... slalu de sale..dpt less.

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH