Thursday, December 26, 2013

Inner Shine Pati Beri

Assalamualaikum.


Ok, kali ini aku ingin berkongsi supplement kecantikan pula.

Suka sangat dengan produk ini iaitu Inner Shine Pati Beri. Aku merupakan peminat minuman berry ini macam pelbagai jenis buahan berry seperti strawberry, cranberry, acaiberry dan segala tok nenek berry tapi biri-biri ye.


1 kotak mengandungi 6 botol Inner Shine pati berry.
1 botol 42ml.
Harga dalam RM22-24 lupa pulak tapi range itu ler untuk 1 kotak (6 botol) ni.

My Review:

Yang BEST:
-Rasa sedap sangat, pekat dan lekat..mau minum 6 botol je terus.
-Badan rasa lebih segar dan bertenaga. Aku boleh stay up buat tesis sampai pukul 6 pagi yehaa.
-Rasa pati yang pure.
-Nak membuang tu pun senang, baik untuk sistem penghadaman, sesuai untuk sesiapa yang susah mau nak buang air besar.
-Rasa glowing je muka ni.

Yang TAK BEST:
-Harga mahal, hanya untuk 6 botol dah dalam avarage RM22-24 (lupa lak)
-Perlukan bajet besar kalau nak teruskan supplement ini, kalau minum 2 kali sehari korang kena beli 60 botol sebulan..itu pun kalau 2 botol sehari, kalau berbotol-botol memang pengsan sebab benda ni sedap!!!

Kesimpulan:

Kalau banyak $$$ aku rasa korang boleh je teruskan supplement ini tapi kalau macam aku ni setakat sekotak untuk sebulan boleh ler..tu pun kena fikir 2, 3, 4, 5..berkali-kali! MAHAL!!!! yela benda baik mestilah mahal.

rating 9.9/10



Kat mana nak beli?

Watson dan Guardian atau farmasi-farmasi lain. Cee try tanya..supermarket pun ada!


Nampak glowing tak?
lempang kang nak?


bye!


SHARE:

Saturday, December 21, 2013

Promosi DQaseh Beauty!

 iklan 24jam

Assalamualaikum
Promosi MCS & Qaseh Gold di D'Qaseh Beauty
Promosi sempena Hujung Tahun 2013 & Tahun Baru 2014
(boleh terus contact owner shop ye, sebab ini bukan aku yang jual, just iklan kan je)

 https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/v/1508240_636555756390128_1847667872_n.jpg?oh=beb7f6340aa4e112ccb80286f4296f9e&oe=52B706FE&__gda__=1387757546_1a6a9881a95aaa15a4dac9afd73ce354

 MAIXARA C SENTIAL hanya RM90 semenanjung & RM100 Sabah/Sarawak Percuma Poslaju & Hadiah Misteri untuk setiap pembelian MCS


https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/v/1502069_636556276390076_504783815_n.jpg?oh=4c0b922dafb2cbd72a9315d95c7f6cf7&oe=52B71100&__gda__=1387763692_ed9773c88439135b3a707639e1aaf75a


 QASEH GOLD ADINDA/KEKANDA Sebotol RM70 Semenanjung & Sabah/Sarawak (tidak termasuk caj pos) Percuma sepaket Rindu Cafe & Hadiah Misteri untuk setiap pembelian sebotol Qaseh Gold Adinda atau Kekanda


 


Sempena dengan kempen "Kembali ke Sekolah" Setiap pembelian QASEH GOLD JUNIOR RM60 sebotol (tidak termasuk caj pos) Percuma senaskah kisah-kisah Nabi SAW khas untuk anak - anak anda.
Promosi bermula Disember 2013 sehingga
Januari 2014.
(Sementara stok masih ada)
Siapa Cepat Dia Dapat
Jadikan Sihat itu Jihad!



SHARE:

Kryolan Supracolor

Assalamualaikum semua!

Kali ni nak review tentang foundation atau coverface.

Sekarang ni popular produk kryolan supracolor.

Sebenarnya aku ni di promote oleh adik sendiri agar membeli barang jualannya..(sekarang dia tak jual) mention awal-awal sebab kang korang kata aku nak promote barang pulak kan.. Oleh kerana aku seorang kakak yang budiman dan support bisnes adik sendiri maka dengan tawaran hebat dapat la seketul kryolan supra eko pack dengan harga RM20 sahaja untuk 7 gram. Ok belilah dengan jiwa yang membuak-buak ingin tahu tentang kehebatan produk ini seperti diwar-warkan dalam FB itu.



Ini ekonomi pack, cinonet je tapi tahan lama usah risau. Dia bagi aku warna NB sebab kulit aku cerah katanya chewaahhh..



Tekstur dalamannya, agak oil sikit dan melekit-lekit..ok jangan nak judge dulu sebelum pakai ye.



Saiz sebenar, comel je..senang nak angkut kemana-mana. Better beli saiz kecik macam ni daripada beli yang besar, kang tak sesuai jangan nak menyesal pulak sebab kulit kita berbeza-beza tau!



Calitan di tangan, no flash tau!


My Review:

Yang BEST:
-Tekstur agak ringan.
-Just apply dengan jari macam sapu cream tak payah berspan-span bagai.
-Bila apply mudah meresap dan rata dalam kulit.
-Nak hidekan scar dan jerawat pun boleh, lepas ni tak payah nak edit gambar sampai hidung dengan pipi pun tak dapat nak beza.
-Long lasting.

Yang TAK BEST:
-Teksturnya agak berminyak, kalau muka korang jenis berminyak muka rasa macam berminyak-minyak..(boleh terus goreng ikan, opps jangan marah)
-Rasa macam ada "sesuatu" dimuka.
-Kena ratakan dengan teliti jangan tebal sangat! nipis je! sebab nanti mudah bercapuk.


Kesimpulan:
It OK! aku suka juga, kalau malas nak berspan-span aku pakai supra ni je. Tapi lepas tu korang kena letak bedak compact dengan sapuan nipis agar "minyak" itu tidak terlalu berminyak. Ramai juru make-up suka guna ni.


rating 8.5/10


With camera 360

No edit2..so  nampak jerawat seketul di dagu!

Gambar memakai kryolan supracolor NB.


Nak beli kat mana?
Pandai-pandailah korang servei ye, sebab berlambak online shop ada jual.
Kalau 7 gram tu harga dalam RM25-RM35 (kena lah servei2 dulu kalau nak murah) Harga yang RM20 tu harga promosi adik aku je..(dia tak jual dah). Jangan tanya about that sebab aku memang tak jual just review sahaja. Sekian berjumpa lagi! bye...






SHARE:

Thursday, December 19, 2013

OMEGA GUARD SHAKLEE



Salam semua…..
ok….hari ni kita nak cerita pasal OMEGA GUARD SHAKLEE…..Apa tu???Ala, minyak ikan terbaik di dunia tu…..huhuhu….ayat bangga…Ni la nak bebel kat dalam blog ni..manfaat minyak ikan OMEGA GUARD SHAKLEE.
OMEGA GUARD SHAKLEE di ekstrak dari ikan laut air sejuk..Ikan apa tu ye kawan-kawan…ikan sardine, mackerel, herring di perairan Negara Jepun. Ia bukannya dari hati minyak ikan..tak percaya…sila baca fakta di bawah..




OMEGA GUARD adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, OMEGA GUARD SHAKLEE merupakan minyak ikan paling TULEN di dunia…Satu sajiian OMEGA GUARD dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.

Ok..OMEGA GUARD SHAKLEE ni sesuai untuk siapa…Mari Kita Lihat…

  •  Mereka yang nak kurus..Kenapa?? kerana OMEGA GUARD SHAKLEE berupaya  membako lemak-lemak yang terkumpul di dalam badan..
  • Mereka  yang mempunyai kolesterol tinggi dan strok. Bahaya ni…pembunuh senyap..Kandungan DHA dan EPA di dalam OMEGA GUARD SHAKLEE boleh mencegah penyakit saluran darah dan strok.
  • Sesuai untuk ibu-ibu hamil. OMEGA GUARD SHAKLEE membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin. 
  •  Mereka yang mengidap buasir, gout dan  tonsil bengkak…Ada yang smpai kena buang kan..OMEGA GUARD SHAKLEE berupaya mengurangkan bengkak tersebut.  
  • KANAK-KANAK berumur setahun ke atas.. Untuk pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak.   
  • Untuk pesakit asma, OMEGA GUARD dan NUTRIFERON adalah kombinasi terbaik kerana NUTRIFERON akan mengaktifkan interferon semulajadi dalam tubuh.OMEGA GUARD pula sebagai anti inflamasi dan anti radang. 
Kesimpulannya, OMEGA GUARD boleh di amalkan semua orang. Dan yang pastinya OMEGA GUARD SHAKLEE adalah mempunyai Omega 3 yang tertinggi dari jenama lain di luar sana..Yang lain banyak lemak jer…..huhuhu…Kalau korang nak consume, pastikan pilih yang paling terbaik macam OMEGA GUARD SHAKLEE….Kita mesti pilih…;-)
Psstttt….Bulan ni OMEGA GUARD SHAKLEE ada promo..beli 6 botol percuma 1..Jom Grab…Nak beli satu je….boleh2x…contact saya nanti yer..Jom kita grab….sampai hujung bulan ni jer…Jom kita ber OMEGA GUARD dengan Shaklee…Adios….







Berminat, Sila Hubungi Saya….Siapa Saya ?
Pengedar SHAKLEE yang peramah, dalam hati ada taman dan yang seangkatan dengannya..;-)


ZARINA TAHARIM
SID :   1030042
NO TEL : 012 – 614 2871
FB Page : Hidup Bior Sehat Bergaye ( Like ye semua follower, tak beli pun tak pe…LIKE anda sangat di hargai)

( Diskaun menarik dan mystery gift untuk Pembaca blog ni…Jeng..Jeng…Order cepat sebelum kehabisan stok.. Setiap pembelian, Free Consultant Seumur Hidup)





SHARE:

Wednesday, December 18, 2013

Losyen Sejuta Khasiat Anugerah

Assalamualaikum.

Lama tak buat my review collection kan..sebenarnya banyak barang nak review, hanya terperuk je gambar dalam hp..langsung tak public for review..almaklum busy!!!!!!

Segmen ni adalah segmen untuk review barangan so boleh bantu korang sama ada nak cuba atau tak or server barangan sebelum beli..

Sebab kenapa aku buat segmen ni??

Bila kita google je mesti yang bagi testimoni adalah penjual produk, kalau penjual produk yang bagi testimoni cfirm lah semuanya baik belaka, bagus belaka. berkesan belaka tapi hakikatnya hampas kelapa lagi bagus dari hampas kata-katanya itu ok!

Kononlah korang nak beli produk A dan google cfirm semua blog adalah dari penjual produk A tu... je kann..tak best macam tu, kita tak mahu testimoni fake!!! untuk segmen ni kita akan JUJUR beri pendapat berdasarkan kesan yang kita pakai..cuba bantu pembeli agar tidak jadi "tipah tertipu..duitku habis tapi tertipu sahaja"..ok just joke.


Kali ni nak review pasal losyen..losyen ni ala-ala untuk pecahkan lemak korang. That mean inilah losyen yang bagus dari losyen yang pernah aku pakai.

Sebelum ini pernah juga aku pakai losyen jenama lain tapi "cakap je lebat" tapi hasil tak lebat..

First sekali aku try Losyen sejuta khasiat anugerah warna hijau. Bau epal dan sangat wangi!!! segar.

1 botol ni 150 ml
Harga RM26 

My review:

Yang BEST:
-Bau sedap sebab bau epal hijau..wangi dan segar je.
-Pakai hari-hari pun tak apa sebab bau wangi ala-ala perfumes.
-Terasa macam lemak tu berkurang bila sapu tiap-tiap malam.
-Harga memang sangat berpatutan.
-Botol macam ni memang mudah je sebab korang boleh guna sampai licin tak payah nak picit-picit.
-Kalau waktu sengugut bulan penuh korang boleh guna sebab sangat lega...
-Membuang pun mudah kalau korang pakai masa nak tidur.

Yang TAK BEST:
Tak la lasting sangat just 3-5 jam je. Tapi kalau nak lasting sapu banyak-banyak ye.


rating 9/10 untuk losyen ini.


Lepas licin losyen warna hijau tu aku try yang warna pink sebab dia extra hot..tapi aku rasa macam lebih kurang je. Tapi aku tak berapa suka bau floral-floral ni..aku lagi suka bau epal..ni pendapat aku je. Kesan memang sama macam kat atas tu.

150 ml
RM 28 (mungkin extra hot so dia up sikit)

rating 8/10

Kesimpulan:
Aku suka losyen ni sebab dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-quran. Nak cuba? korang try lah sebab harganya sangat murah dan sangat berkesan pada aku. Aku lagi suka warna hijau dari warna pink walaupun aku adalah peminat pink. Tapi losyen ini aku suka warna hijoooo.


Lepas habis yang warna pink ni aku nak beli warna hijau pulak sebab aku suka bau epal yang segar tu rasa macam dalam ladang epal je kan...


Khasiatnya?? korang cuba google je, nak beli pergi kat mana-mana kedai jamu/ubat..mesti ada punya..berlambak agen dan stokis, lepas tu pandai-pandailah minta kurangkan harga kan hehe..setakat rm2-3 tu boleh la minta kurang hehehe..Serius ini best! I pun makin ramping tak perlu keluar $$$$ banyak-banyak semata-mata nak beli losyen slimming.






SHARE:

Tuesday, December 17, 2013

Bahaya Krim Pemutih.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Atas rasa tanggungjawab sosial maka entry ini tercipta.

Aku tengok dekat facebook dan Instagram berlambak peniaga online mempromosikan krim pemutih. Kalau tengok testimoni memang rasa terkejut bila putih seawal seminggu. Memang aku akui semua orang nak hasil cepat, kalau boleh pakai hari ini esok terus jadi snow white tapi korang ada fikir tak side effect kemudian hari?

Begitu juga aku, aku pun rasa teruja tengok testimoni yang boleh jadi snow white seawal semiggu. Begini cerita nya, aku ni memang suka layan instagram..ok kalau nak follow boleh search puteri_nurfarah (sempat lagi promote ye). Aku memang terpikat dekat set pemutihan muka dan badan ni. Sebenarnya nak putihkan bahagian tangan sebab tangan selalu kena sinar uv yang banyak sebab pemalas pakai cream bila keluar. Aku jumpa satu instagram ni dan dia merupakan pengasas produk itu..mak aii memang putih melepak kalah Show White tau putihnya. Dan lagi teruja bila tengok gadis India boleh jadi putih dengan memakai produk dia terus boleh jadi Juhi Chawla tau! Memang la nafsu perempuan yang menginginkan kecantikan memaksa dan membisikkan untuk aku memiliki produk tersebut! Dalam 1 set ada 3 barang iaitu sabun, cream siang dan cream malam.

Sebenarnya aku memang cerewet untuk pilih produk skin care ni. Rasa was-was dan dalam masa yang sama teruja sebab kesannya awal sangat. Bila tengok komen-komen kat instagram pengasasnya dia menjamin tak ada bahan kimia berbahaya dan tiada kandungan merkuri dan menyatakan bahawa produknya bersumberkan bahan semulajadi tapi tak ada KKM atau ujian makmal. Di situ dah mula merisaukan aku...banyak kali juga aku fikir sama ada nak beli atau tidak.


Kat instagram dia aku tengok dia ada beberapa orang agen di kawasan aku. Tak apa, aku cuba tapi dalam hati berbelah bahagi...aku cuma niat "Kalau cream tu tak membahayakan kesihatan aku, aku harap aku dapat guna tapi kalau membahayakan kesihatan aku..aku harap Allah lindungi aku"..ini bukan poyo..aku kalau selalu rasa berbelah bahagi aku akan berdoa macam tulah dalam hati ini..


Aku tengok senarai agen ada 3 orang berdekatan kawasan aku. Aku saja tak nak guna perkhidmatan pos sebab aku nak guna COD. Why aku nak guna COD, dan tak nak perkhidmatan pos? sebab aku nak tengok sendiri kulit agen yang pakai produk tu depan mata aku sendiri..putihnya macam mana? glowingnya macam mana? hebat ke?? so di situ aku memang beria-ia nak COD..tak nak guna pos-pos bagai. Aku nak tengok bukti!

Ok, mula-mula aku komen kat instagram agennya kata boleh COD tak dekat area kolej aku? no reply..tunggu..tunggu..tunggu..
Terus aku what apps agen tersebut..pun tak ada balasan..dah lepas 2 hari baru balas cakap dia tak dapat COD kat area kolej aku.. ok NEXT!

Aku hubungi agen lain, juga area kawasan aku. Aku tanya boleh COD tak area kolej aku..dia membalas cepat dan pantas..katanya minggu tersebut dia tak ada kereta.
Aku minta alamat dia sebab kalau free boleh COD dekat kawasan perumahan dia je. Dia bagi alamat dan janji untuk COD pada malam tersebut..dia kata OK. Masa mesej dia cakap dah cfirm nak COD, dia cakap sekarang dia di KL so kalau lewat baru boleh..dan aku batalkan terus temujanji tersebut.

Aku cuba SMS seorang lagi agen yang berdekatan tapi TIADA SEBARANG BALASAN. Ok lupakan sahaja niat itu pada malam tersebut.

Sebab masih lagi nak mencuba, hujung minggu tu aku ke perpustakaan negara untuk pinjam buku. Aku try what apps agen area KL.. Memang sangat peramah tapi malangnya stock sudah habis dan dia kata kalau nak kena tunggu dia restock dulu sebab laku macam goreng pisang panas katanya.

Masa on the way nak balik kampus, aku try what apps agen yang dekat dengan area kampus aku tu. Dah memang janji betul-betul ni. Dah bagi full alamat siap nombor blok rumah lagi. Dannnnn aku pun dah sampai depan rumah dia, memang mudah giler cari sebab belok je terus rumah dia..tak payah nak pusing-pusing. Aku call tak jawab dan dapat mesej dia dalam kecemasan sebab kena hantar mak dia ke hospital. Agak begang juga lah sebab dah sampai..terkejar-kejar sebab dah janji on time tapi kita merancang Allah yang menentukan. Aku tekad untuk lupakan pasal cream tu sebab Allah dah bagi hint berkemungkinan produk itu akan membahayakan aku.


Alhamdulilah, bunyi macam poyo tapi ini hakikatnya. Walaupun membuat keputusan kecil kita kena
minta petunjuk juga kan bukan nak kawin je kau minta petunjuk konon jodoh kau tau betul atau tak.

Antara tentang ciri-ciri krim muka yang berbahaya. Hasil google dan percampuran maklumat sebab bukan krim tu je bahaya tapi krim jenama lain juga begitu.



Ciri-ciri krim pemutih berbahaya:  

1- Tidak Ada KKM dan sebarang hasil ujian makmal.
 -Produk baru dan paling pelik packingnya macam isian semula, label/pelekat produk macam print biasa-biasa je dan produk tidak berdaftar.

2- Warna Krim ala-ala "shining" dan warna terlalu pekat.
- Menggunakan pewarna berbahaya.
- Selalunya warna putih mutiara dan warna kuning.

3- Tekstur tak rata dan melekit-lekit dan tekstur kadang-kadang terpisah, ada bahagian yang berminyak atau padat dalam satu kemasan.  

4- Bau menyengat, bau ala-la logam dan selalunya berbau sangat wangi sebab nak sembunyikan bau logam dan bau pun tajam je.

5- Panas, pedih dan perit semasa korang pakai produk tersebut. Mula-mula pakai kulit akan menjadi merah-merah dan gatal-gatal.

6- Kulit kemerah-merahan bila kena sinar matahari. Macam udang kena bakar.

7- Kulit putih pucat dan tak nampak semulajadi. Bukan putih kemerah-merahan tapi putih yang terlalu putih, pucat (pucat mayat) dan putih kelabu.

8- Hasil sangat cepat.
- Dalam beberapa hari dan minggu dah nampak kesan.
- Produk tersebut mungkin mengandungi merkuri atau hidrokuinon dalam dos yang sangat TINGGI.

9- Kena terus bergantung pakai produk tersebut.
- Kalau tak pakai wajah semakin gelap, naik bintik-bintik hitam.
- Bila dah pakai terlalu lama akan menyebabkan sel badan dan daya tahan tubuh menurun dan rosak.




Selalunya bila kita tanya pasal KKM dan ujian makmal penjual akan selalu mengelak dan claim produk dia dari sumber semulajadi. Takkan lah dia cakap beracun padahal duit dah ribu raban banyak keluar untuk stock.

Selalunya produk macam ni dia bermusim..tak kekal lama di pasaran.

Selalunya produk ni mereka beli secara kilogram di Indonesia or Thailand lepas tu packing semula dan terus jenamakan produk tersebut dengan nama yang hebat-hebat untuk cairkan pengguna.

Hasil carian google dan forum-forum ini adalah antara gambar jenis cream pemutih bahaya:


Beli kilo-kilo cuma puluhan RM, jual 10 gram beratus-ratus henggetttt.









Boleh baca artikel ini for more info.


Semua pilihan di tangan korang. Tak kisahlah nak jadi snow white ke, nak jadi apa ke..yang penting kena bijak memilih. Nanti umur baru 30-an nampak macam umur dah 60 tahun kan sebab effect produk yang korang pakai.

Kalau nak elok pilih produk yang dijual di farmasi, dah stabil di pasaran, berusia berpuluh-puluh tahun dan good image.

Aku bukan nak cantas bisness orang, tapi sebagai seorang blogger takkan nak tulis blog hanya syok sendiri tergedix-gedix je kan..sekurang-kurangnya share info yang bermanfaat untuk semua. Kalau rasa nak ikut silalah ikut kalau tak mau ikut kau tanggunglah sendiri.

kenapa ye ramai yang suka produk putih memutih ni, kenapa tak nak cuba produk hitamkan pulak ye? barulah hitam mutu keunggulan!

ok bye!

p/s: kalau aku campur clorox dengan tepung dan jual kat korang dan boleh putih dalam masa setengah jam..agak-agak berebut tak orang beli??? 

( Olahan dari sumber carian forum, gambar from google image "krim pemutih berbahaya")

SHARE:
Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH