Sunday, January 17, 2016

Tips Cinta: 15 Sebab Kenapa Wanita Tawar Hati ?



Assalamualaikum..

Tiba-tiba jadi doktor cinta pula. Sejak kebelakangan ini adalah juga jadi Dr. Cinta pada kawan-kawan yang putus cinta dan putus tunang. Aku dulu pun pernah putus cinta dan memang menyakitkan. Kali ini nak share tentang kenapa wanita tawar hati terhadap orang yang dia cintai?

Perempuan ni kalau dia dah sayang seorang lelaki tu, dia akan sayang seorang je la. Tiada kedua atau ketiga, dan dia akan setia pada seorang. Tapi bila dia dah tawar hati, jangan terkejut jika dia meninggalkan kamu secara tiba-tiba. Pada masa itu, kamu sendiri akan tertanya-tanya apa salah kamu yang telah kamu lakukan terhadap dia. Mungkin kamu merasakan dia kejam tapi kamu tidak tahu bahawa dia sudah lama makan hati kerana sifat kamu itu. Tapi kalau kes lain tu, aku tak tahu lah..kita fokus kepada 15 Sebab kenapa wanita tawar hati? Sebenarnya nak bagi banyak lagi tapi kita ambil point yang penting-penting sahaja. Penulisan ini hasil pemerhatian, pengalaman kawan-kawan, dan pengalaman sendiri.

1. Sering ditipu
Semua orang tidak suka ditipu, baik lelaki mahupun perempuan. Tetapi jika di awal pekenalan pun kamu sudah menipu dan cuba menutup penipuan tersebut dengan penipuan-penipuan lain dan akhirnya terbongkar. Selepas terbongkar kamu diberi kemaafkan tapi masih terus menipu... Layakkah seumur hidup untuk terus hidup dengan penipu? Kadang-kadang kita tahu bahawa orang itu sedang menipu dan berharap dia berterus-terang tapi malangnya masih bagi alasan yang indah khabar dari rupa.

"Orang yang suka berkata jujur  mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat"

2. Tidak Mengambil Berat
Perempuan perlukan perhatian tetapi jika kamu langsung tak nak ambil tahu tentang dirinya akan menyebabkan dia jauh hati. Contohnya, masa bersama teman, games ada masa pula...setakat nak tanya khabar buah hati tak ada masa. Kadang-kadang what apps online tapi langsung tak reply mesej buah hati walaupun dah baca mesej. Konon korang ingat dia dah jadi awek atau tunang korang so "tak perlu nak take care sangat" sebab rasa "memiliki" dan "zon selesa" tak sama macam zaman nak tackle dulu. Itu adalah silap besar, semakin hubungan rapat semakin kena ambil berat..habis tu kalau dah nikah nanti kau boleh tinggal-tinggalkan bini kau macam tu aje ke sebab dah "memiliki keseluruhan"...



3. Curang
Curang ni banyak kategori tapi kalau bertepuk sebelah tangan memang tak berbunyi melainkan kamu tepuk dahi sendiri. Contoh, mamat ni dah ada tunang, so memang la tunang dia ni untuk dinikahi tapi sesaja cari keseronokan luar untuk suka-suka. Curang ke tidak tu? Lepas tu terkantoi mesej mesra dengan perempuan lain. Alasan saja suka-suka tapi setia pada yang satu. Kalau setia tak adanya spare-spare stock suka-suka.



4. Panas Baran
Paling perempuan tak suka adalah sikap panas baran. Ada je masalah mesti nak mengamuk. Macam manalah kalau lepas nikah nanti yer...api tak boleh lawan api...carilah penyejuk.

5. Suka Maki Hamun
Bergaduh je semua perkataan kesat dah keluar. Perempuan akan fikir, jika sebelum nikah dah pandai memaki hamun..mesti lepas nikah sekali kaki tangan naik.



6. Terlalu Ego
Lelaki memang ego tapi kalau sampai tak boleh bertolak-ansur dan tak boleh fikir positif-negatif payah jugakan. Jenis ikut kepala hotak sendiri je.

7. Tidak pandai pujuk
Nampak remeh tapi punyai impak besar tahu! Kalau bergaduh buat hal sendiri. Masing-masing diamkan diri. Perempuan memang suka merajuk tapi jika rajuk tidak dipujuk maka terpaksa pujuk diri sendiri lama-lama memang hati makin keraslah. Bak kata orang antibiotik dah tak berfungsi dah. So fikir-fikirlah sendiri.

8. Tidak Serius dalam Hubungan
Konon hubungan dah lama tapi tanda-tanda serius itu tak ada. Nak ajak bertunang pun tidak..inikan pula nak ajak kahwin. Tapi ada pula yang berjanji manis bagai gula tapi habuk pun tak ada.

Don't trust words, trust actions

9. Tidak Tetap Pendirian
Hari ini cakap macam ni, esok cakap macam tu.. Bak kata orang "jenis tak boleh pakai punya orang". Kamu sendiri tidak pasti dengan apa yang kamu lakukan dan sering bertukar-tukar keputusan.

10. Kurang Memahami
Kesefahaman itu penting tetapi jika kamu sahaja ingin dirinya memahami kamu tapi diri kamu langsung tak memahami si dia. Adilkah?

11. Suka kongkong dan Paksa
Kongkong boleh tapi ada limitnya, jangan cemburu buta. Kamu suka dia jadi orang yang kamu nak tapi bukan kamu menerima dia seadanya.

12. Tidak Percaya
Semua benda nak siasat. Nak perempuan percaya dia tapi lelaki langsung tak percaya. Krisis sikit mulalah tuduh macam-macam. Serkap jarang sana sini. 

13. Kedekut dan Berkira
Kalau apa-apa perkara kamu sangat kedekut dan berkira tak kira tenaga atau wang. Siapa boleh tahan?

14. Suka Pinjam Wang Perempuan
Makin bagi muka makin naik lemak..lastly pijak kepala. Kalau dah perempuan kena tanggung kamu..janganlah jadi lelaki. Kalau lelaki tu "bermaruah" dia takkan pinjam duit perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Tambah-tambah jenis buat perempuan macam mesin ATM.
 

15. Tidak Ikhlas
Niat asal kamu untuk memulakan hubungan dengan perempuan tersebut ada "udang sebalik mee goreng mamak", mungkin sebab wanita tersebut berduit, pangkat tinggi atau apa-apa kepentingan untuk kamu gunakan. Jika wanita itu bijak dan perasan teknik kamu yang cuma nak jadi perasit sahaja lebih baik cepat-cepat cantas perasit tersebut. Sebab? tak perlu nak tanggung biawak hidup yang memang menyusahkan.

Coretan: Cik Nurfarah

p/s: Ini bukan karya copy paste ya... ok setakat 15 je..sebenarnya banyak lagi. Point di atas lebih kepada tidak menghargai yang dipecahkan kepada beberapa bahagian. So, hargailah orang yang masih bersama dengan kita di saat susah senang. Bila sudah tiada jangan menyesal sudahlah.



Dah baca entry ini, boleh baca entry 
SHARE:

Nama Saya Qu Uteh

Assalamualaikum.

Nak kenalkan kucing busuk ni aka my housemate juga.
Kehadiran uteh buat aku rasa happy dengan gelagatnya.

Hilang tension.
Kucing ni sebenarnya kucing jalanan je. Kesian kat dia tak ada orang nak jaga, so dengan rela hati aku adopt si Uteh ni.

Pada tarikh 10/12/2015 aku adopt si Uteh ni, dia manja tapi maybe first time orang jaga dia, so 3 hari juga la asyik menangis mengiau-meow. Tapi lepas tu dia boleh sesuai dengan persekitaran.

Uteh ni si kucing jantan yang lincah. Pagi-pagi dan kejut minta makan...sekali kejut bangun subuh la..kalau tak minta makan mesti dia datang kat aku mengesel2 muka kat kaki atau main tangkap-tangkap kaki. Sedar-sedar dah pukul 6.00 a.m.

Gambar beberapa hari lepas di adopt, muka sedih sebab belum sesuai lagi. Tapi manja sangat!

Special tentang Uteh, walaupun kucing jalanan tapi hanya sekali ajar je dah pandai berak dan kencing dalam litter box dia. Dan setakat ini belum pernah membuang merata-rata. Aku juga tak kurung dia dalam cage, main lepas je dalam rumah dan alhamdulilah after seminggu Uteh dah mula sesuaikan diri. Nak poo dah pandai tambus dalam litter box. Sangat senang diajar. Makan pula mula-mula macam tak pandai makan kibble so aku bagi wet food. Lepas tu macam dah jemu je dia makan wet food dan boleh terima kibble untuk kitten sebab dia ketegori kitten lagi. Now! paling dia suka ayam rebus..so lepas itu akan telentang la lepas makan.


Masa mula-mula adopt tu asyik nak berkepit je, tidur pun atas riba, kalau tak mesti nak tidur atas perut...naik rimas juga tapi layankan jer...tapi sekarang mesti nak tidur dalam bilik mummy dia je..kalau tak mesti atas laptop aku..si pengacau no 1.




Kat mana aku ada, mesti la kat situ dia ada...Uteh sangat manja dan mengada-gada plus gedixxxx.



Ada call mak hari tu, ada cakap bela kucing...cadang nak hantar balik kampung dan mak suka la sebab kat rumah tak ada kucing jantan tapi nanti sedih pulak aku kat sini tak ada Uteh.
Kalau kat kampung risau juga nak lepaskan Uteh, sebab kalau di kampung Uteh akan jadi kucing outdoor sebab pintu rumah sentiasa open...takut dia berjalan jauh atau kena langgar sebab rumah dekat dengan jalan raya besar...kalau di sini jadi kucing indoor je dan dia makin serasi duduk dalam rumah je.

Kat kampung dulu pernah bela kucing lebih daripada 10 ekor. Tapi kebanyakkan kucing jantan aku bila dah gatal nak mengawan mesti hilang. Kadang-kadang langsung tak balik-balik. Jenuh la ayah aku mencari-cari...tak jumpa. Paling sedih banyak yang mati kena langgar sebab rumah dekat dengan jalan raya. Kucing jiran-jiran juga begitu akan jadi mangsa nahas jalan raya.


Kawan aku suggest suruh sunatkan dia, sebab utama nanti bila dah dewasa dia akan mengencing merata-rata...sebab nak mengawan. Kalau disunatkan dia tak la kencing merata tapi kena sunat sebelum dia matang. Lepas sunat dia punya peragai akan behave (tak macam kucing jantan lain yang suka bergaduh) dan lebih suka lepak rumah je.

Uteh dah kenyang sebab semangkuk ayam rebus dah lesapp.


Sekarang Uteh makin gemuk sebab kuat melantak ayam rebus. Lepas makan terus tidur telentang. Lepas tu kalau nak ajak main mesti main tangkap-tangkap kaki dan tangan kita...so ambil tali ke atau apa-apa benda kasi acah-acah kat dia..biar sampai penat dia main..barulah tak kacau mummy dia.



Kalau waktu malam memang aku malas nak tidur dengan si Uteh sebab suka sangat tidur atas rambut aku..lepas tu acah-acah main rambut dengan tangan cute dia tu.. Uteh sangat manja dan gedikk...dia suka bergurau dengan orang-orang yang biasa dengan dia..kadang-kadang sampai melompat-lompat ajak gurau.


Teringin juga nak beli kucing gebu-gebu tapi bila fikirkan semula..dah la bajet banyak nak beli anak meow gebu-gebu,,,lepas tu kos pelihara pun mahal...cerewit segala-galanya.
So lebih elok kita adopt kucing yang perlukan tempat tinggal seperti kucing jalanan. Kucing kampung atau kucing jalanan ni antibodi kuat, tidak cerewet, lebih manja (sebab ada kawan cakap kucing parsi dia sombong berbanding kucing kampungnya yang lebih manja), bijak, rajin (suka tambus poo dia lepas yakk), aktif,  dan senang dijaga.


Itu sahaja kisah si Uteh yang bajet comel ni... Qu Uteh tengah membuta..nak dekat mangrib karang baru bangun...

Support la...kucing-kucing jalanan yang perlukan kasih sayang dan tempat tinggal.. 
ADOPT..DONT SHOP..
Berikan mereka peluang untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. 
Insyaallah mereka akan doakan kita juga.

p/s: Selalu cakap kat Uteh..Uteh doakan mummy murah rezeki ye..boleh bagi Uteh makan sedap-sedap dan belikan toilet cantik untuk Uteh... ameen.


SHARE:

Wednesday, January 6, 2016

Tutorial 142 : Kat mana tick Expand Widget Templates?


Assalamualaikum.

Busy sangat sampai memang tak bicara soal blog. Banyak sangat komen tanya pasal soalan ini Kat mana Expand Widget Templates?? Penat carikan..yang dah tahu sila duk diam-diam. Nak kasi tahu yang belum tahu je.


1.Login ke Blogspot, clik Template > Edit HTML >




2. Lepas korang buka edit HTML, akan jumpa coding macam ni. Pastikan kat tepi tu scroll atas sekali. dan jumpa tanda  dan akan keluarlah Expand Widget Templates.




3. Kalau nak find coding dalam tu, pastikan cursor korang click dalam kotak edit HTML dan tekab Ctrl + F untuk mengeluarkan button serach seperti gambar di bawah.



5. Sekarang boleh cari coding yang korang nak..Selamat Mencuba...




SHARE:
Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH