Saturday, March 30, 2013

Mencuba Maixara C-Sential.

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat yang berbahagia.

Penat semalam berjalan tak ingat donia telah menyebabkan diriku rasa mahu beradu semula. Tapi sebelum puteri ini beradu silalah baca update terbaru beliau dengan riang gembiranya.

Aku memang nak try supplement yang sangat hot di pasaran. Macam best gila tengok testimoni yang berjaya itu. Perasaan hati terpanggil-panggil untuk menjadi cun melecun juga sebab diri ni kurang cun..sungguh kasihan kan?


Terujanya! Malam ni aku nak makan sebijik. Makan sebelum tidur.



Inilah rupa supplement tu, korang nak telan dengan air pun boleh dan nak kunyah pun boleh. Rasanya sangat sedap tau, rasa strawberry. 


Mesti korang nak tahu apakah benda yang terkandung dalam Maixara C-Sential ni kan.
Mari sini aku bagi tahu kat korang.
Maii rapat-rapat :

TABLET 10,000MG MENGANDUNGI: 
1) Vitamin C (1,000mg) 
2) Collagen (4,000mg)
 3) Glutathione (3,000mg) 
4) Ekstrak Strawberry (2,000mg)


Banyakkan manfaatnya. Sangat jimat tau. Hanya makan sebiji sahaja sehari. Dalam setiap botol ada 60biji so korang boleh makan selama dua bulan. 

Harga sangat berbaloi iaitu RM 99.90 sahaja. Ini harga ini promosi sebab harga retail RM 125. Cepat sebelum terlambat. Kalau rasa tak mampu boleh share dengan kawan seorang dalam RM50, lepas tu korang sharelah 30 biji seorang. Rasa macam best, boleh order sekotak terus untuk stock 2 bulan.
Murah kan??

Apa khasiat Maixara C-Sential ni?


4 in 1
VITAMIN C + KOLAGEN TALAPIA + GLUTATHIONE 
EKSTRAK STRAWBERRY

Gabungan hebat daripada extrak strawberry, vitamin C, kolagen dan gluta dalam satu tablet. 
Kolagen yang digunakan dari sumber ikan tilapia yang sangat berkualiti tinggi
Tidak memberikan kesan alahan jika anda alergik kepada seafood seperti pure collagen marine (PMC).


Fungsi utama Maixara C-Sential:
1) Mencerahkan dan mengebukan seluruh badan dgn sekata
2) Melembabkan kulit dan menghaluskan kulit dan seluruh badan
3) Menganjalkan kulit (agen anti oksida dan anti penuaan)
4) Merawat jerawat, mengurangkan jeragat.



Mencantikkan kulit wajah & tubuh anda secara semulajadi
Berkesan dalam tempoh 2-7 hari sahaja


kesannya amat menakjubkan pastinya anda terpegun
Kulit cerah dan berseri, kulit menjadi lembut dan halus. 
Parut jerawat dan jeragat semakin pudar dan muka tidak kusam lagi 
Minum air dengan banyak. 
Sekurangnya 2 ke 3 liter sehari. 





Boleh diambil oleh:
Orang lelaki & perempuan umur 13 tahun ke atas
Ibu menyusu dan Ibu mengandung ( seelok slps 5 bln )
So cepatlah rebut peluang ni untuk menjadi cantik, menarik, kau memang debommm!
Kalau nak beli cepat-cepat contact akak ni :

sms/call QASEH
017-3008665
atau
0172622697
 atau korang ke blog beliau :



Sekarang ni aku baru ambil Maixara C-Sential ni. Nanti aku akan update testimoni nya dalam 7-10 hari lagi. Mana tau kot bangun tidur jadi Snow White pulak kan hehehe.

Kalau korang di area Kuala Lumpur/ Ampang dan minat dengan pelbagai jenis tudung bolehlah ke:



3 hari je tau..seawal jam 11 pagi dah adanya.

Banyak jenis tudung ada tau. Antaranya yang terhot sekarang yang digayakan oleh model ini:



Tudung tribal yang menjadi fesyen sekarang ni. Anda akan nampak lebih cun melecun macam gambar di bawah ni:




Sila jangan muntah hijau tau hehehe. 

Ok bai.




SHARE:

Friday, March 29, 2013

Jalan dan Shopping.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh isi alam. Chewahh..mood untuk blogging meningkat. So kita taip je entry ye. Maybe sebab aku tengah tension so aku kena more space for my life, tension sebab cik tesis hahaha.


Sebab kita mahukan space untuk diri ini, mahukan time yang berkualiti untuk rest my mind jadi telah berjalan sakan sampai rasa nak pengsan.

Malam tu berjalan pergi up town yang ala-ala pasar malam tu, saja nak ambil udara malam dan melihat gelagat manusia kota ini. Memang tak ada mood nak shopping sebab barang-barang macam tak in je dengan aku. Chewahh memilih nampak..yela, sebab macam tak berbaloi je beli handbag local sampai beratus, konon gred itu ini..tapi kalau pakai tetap palsu belaka kan haha..nak beli kasut bunga yang ala-ala selipar tu, mahal sampai harga RM 40. Kalau dah harga macam tu lebih baik aku beli kat shopping mall..baru puas hati sebab original. Lepas tu, macam kesian je dengan orang yang bawa kita kat situ sebab langsung tak beli apa-apa. Jadi aku telah memilih untuk membeli tudung tribal sebab coraknya yang memikat hati ni. Aku tak beli jenis shawl sebab ada orang tu cakap muka aku macam teddy bear bila pakai shawl. Lepas dikutuk sedemikian rupa aku telah stop dari memakai shawl, kalau rasa nak pakai kena pakai awning yang tidak melekat di muka tembam ku ini. Serius, bila orang dah cakap macam tu secara psikologi pun akan berubah mengatakan wahh lagi tembam muka ku walaupun hakikat nya memang tembam pakai shawl. Tak apa tapi tetap comel? mungkin? hahaha..



Aku telah menyebat 2 helai tudung tribal yang jenis empat segi ala-ala bawal tu. Harga cuma RM 15 sehelai dan beli 2 dapatlah RM 28 sahaja.

Banyak giler fesyen tribal, ada tudung, baju, seluar skrit dan bermacam lagi. Baju aku tak suka jenis tribal sebab coraknya melintang..kegumukan dan kependikan akan terserlah walalupun aku bukan jenis rendang hahahaha.

Esoknya pula, aku telah mengayakan my tudung tribal. Di situ nampak 10 tahun lebih muda, ala-ala budak umur 15 tahun. 

Nampaknya tudung tribal ni sesuai dengan aku, ketembaman tidak ketara hehehe..kemudaan terserlah. Jangan muntah dengan pujian itoo ye. Kalau korang nak pakai tudung tribal better guna baju color plain. Kang dah macam pertunjukan sarkas pula kang dari tudung, baju, seluar semua tribal. Tapi kalau nak mencuba apa salahnya, tak kena tangkap pun, tapi maybe ditangkap gambarnya hahaha.

Sebab utama nak berjalan ni untuk mencari buku di MPH. Alhamdulilah, limited edition itu sudah menjadi milik ku. 


Buku ni ada kaitan dengan tesis aku. Harga RM 60 sahaja. Guna voucher 1 Malaysia RM 50 dan dapat diskaun RM 6 dengan kat Siswa 1 Malaysia, just bagi cash RM 4 sahaja. Buku ni ada English versi tapi aku pilih BM sebab nanti aku malas nak translit semula dalam BM, dah ada BM lagi senang! Ada 3 copy je dalam Malaysia tau sebab dah habis cetakan. Aku dah ambil 1 so kalau nak pi cari kat MPH, ada 2 lagi. hehehe.

Ini yang versi English punya, lepas ni bolehlah pulangkan kat library sebab I dah ada buku I sendiri. Kalau English punya jenis hard cover, RM 100 sebuah, ada 2 copy je kat Bangsar MPH.


Complete buku yang aku nak :


Yang color hitam tu aku beli kat MPH Bangsar, ada 1 copy je lagi. Sebab dah habis cetakan. Kena tunggulah cetakan terbaru kalau korang nak beli. Ni jenis hard cover. RM 100. Guna voucher buku juga. Dua-dua ni dah siap balut cun-cun. Buku mahal of courselah kena balut cun melecun, sayang beb! Tapi memang semua buku aku balut covernya.

Dah dapat buku rasa happy sangat, cuma tinggal mau baca je. 



Time merajuk kena pujuk dengan Ferrero Rocher. Hilang moody terus senyum :)

Lepas tu jalan-jalan untuk teman dia pergi beli bajunya. Kita pun merembat baju juga sebab baju dalam almari sudah makin lusuh dan makin membesar. Chewaahhh!


Diadora, harga asal RM 60, so diskaun maut punya, hanya RM 15 sahaja. Rembatlah cepat-cepat sebab next week dah harga asal semula. Pilih color biru muda.Sedap pakai!



Cheetah T shirt 2 helai. Kelabu dan merah. Sale jugak.

Just shopping 3 helai T shit sebab lama gila tak shopping t shirt hehe. Suka Cheetah sebab kainnya best dan harga pun berpatutan. 




Lepas tu ke Daiso untuk cari benda ni :


Dah! cukup je beli 2 benda, walaupun hanya RM 5 untuk 1 barang. Beli keperluan sahaja. Jangan membazir!

Suka natural pack tu sebab dia boleh hilangkan segala benda di liang roma dan span untuk foundation yang sangat best tu.



Lepas tu pergi lunch sebab dah kebuluran. First time makan Burger King. Dari segi rasa aku lebih suka Mc D dan A & W.  Aku tak berapa nak minat sangat yang ni. Harga dah la mahal daripada Mc D dan A&W. Tapi rasa urmmmm (tekak aku je kot)

Ok itu je untuk berita hari ini. Sekarang jom tumpu tesis walaupun mood ke laut :(



bye!


 


SHARE:

Thursday, March 28, 2013

Marry Me by Lanvin perfumes paling best!

Asslamualaikum dan selamat pagi.

Semalam aku dapat perfumes Marry Me! Teruja buka kotak dan cium. Makk aii wangi sangat sampai tak boleh bayangkan perasaan  tu. Macam kena propose je kan hehehe. Sebenarnya kalau aku beli online aku memang tak test. Ala-ala blind buy je, just tengok review, komen org je. Tapi bila beli dan cium perfumes ni rasa sangat happy. Aku rasa perfumes yang aku cari selama ni dah jumpa.
Review aku tentang perfumes tu bau bungaan sangat segar. Bila sembur je mood akan rasa happy dan teruja dan rasa nak cium je bau tu. Tapi memang tak sama perasaan aku pakai perfumes aku yang lain tu. Aku rasa aku dh jumpa bau yang aku suka. Sebab tu kot namanya marry me sebab siapa yang cium je tau perasaan tu. Terharu plus gembira.


SHARE:

Sunday, March 24, 2013

Tutorial 141: Bunga-bunga bertaburan di blog.

Assalamualaikum,

Tutorial ni ramai yang minta tapi malas sangat nak buat. Sekarang baru bermurah hati mau buat.

Ok, tutorial kali ni ibarat gugurnya bunga-bunga cinta di blog korang..ala-ala musim gugur je.

Contoh gambar macam ni:


Makin lama makin berguguranlah cebisan bunga itu gugur dan rasa macam waahh macam di taman bunga hahaha..walaupun aku suka bunga tapi aku malas nak letak dalam blog aku..

Jom ikuti cara mudah nak buatnya ni:

1. Sign in blogger > Design > Add Gadget > Html/JavaScript
2. Copy code di bawah dan paste ke dalam Html/Java Script

<script>if(typeof jQuery=='undefined'){document.write('<'+'script');document.write(' language="javascript"');document.write(' type="text/javascript"');document.write(' src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.2/jquery.min.js">');document.write('</'+'script'+'>')}</script><script>if(!image_urls){var image_urls=Array()}if(!flash_urls){var flash_urls=Array()}image_urls['rain1']="http://2.bp.blogspot.com/-IQXNv-_CBLE/TpWcK7LL4VI/AAAAAAAAG0I/bcxYcqc_uI0/pinkpetal1.png";image_urls['rain2']="http://4.bp.blogspot.com/-teXCIicWPF4/TpWcLLg0A2I/AAAAAAAAG0U/IPPCr1gponc/pinkpetal2.png";image_urls['rain3']="http://3.bp.blogspot.com/-3JG9HLECCRU/TpWcLZGSYtI/AAAAAAAAG0g/zIJINua93TE/redpetal1.png";image_urls['rain4']="http://2.bp.blogspot.com/-BByhQEK5E24/TpWcLux4xRI/AAAAAAAAG0s/x2hIr1AV_Ac/redpetal2.png";$(document).ready(function(){var c=$(window).width();var d=$(window).height();var e=function(a,b){return Math.round(a+(Math.random()*(b-a)))};var f=function(a){setTimeout(function(){a.css({left:e(0,c)+'px',top:'-30px',display:'block',opacity:'0.'+e(10,100)}).animate({top:(d-10)+'px'},e(7500,8000),function(){$(this).fadeOut('slow',function(){f(a)})})},e(1,8000))};$('<div></div>').attr('id','rainDiv')
.css({position:'fixed',width:(c-20)+'px',height:'1px',left:'0px',top:'-5px',display:'block'}).appendTo('body');for(var i=1;i<=20;i++){var g=$('<img/>').attr('src',image_urls['rain'+e(1,4)])
.css({position:'absolute',left:e(0,c)+'px',top:'-30px',display:'block',opacity:'0.'+e(10,100),'margin-left':0}).addClass('rainDrop').appendTo('#rainDiv');f(g);g=null};var h=0;var j=0;$(window).resize(function(){c=$(window).width();d=$(window).height()})});</script>
<script>if(typeof jQuery=='undefined'){document.write('<'+'script');document.write(' language="javascript"');document.write(' type="text/javascript"');document.write(' src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.2/jquery.min.js">');document.write('</'+'script'+'>')}</script><script>$(document).ready(function(){var a=$('<img>').attr({'src':'http://2.bp.blogspot.com/-IQXNv-_CBLE/TpWcK7LL4VI/AAAAAAAAG0I/bcxYcqc_uI0/pinkpetal1.png','border':0});$('<a></a>').css({position:'absolute',right:'0px',top:'22px','z-index':'90'}).append(a).appendTo('body')});</script>


3. Lepas itu save SAVE dan tengok hasil yang terjadi.

Kalau rasa harum, segar dan indah teruskan memakai widget ni, kalau rasa menyemak sila buang je hehehe.. Bye, selamat mencuba.


SHARE:

Jom mandi perfumes!

Assalamualaikum semua sahabat dan pembaca tercinta!

Woowww happy je korang ye weekend boleh berjimba-jimba keseronokan tapi aku keseronakan terperuk dalam bilik sambil minum kopi segera cap econsave mengharapkan mata tidak mengantuk agar segala tugasan boleh disiapkan dalam masa yang sudah ditetapkan...

Kononnya nak diet tak mau ambil nasi tapi semalam ada orang ajak dinner..so makan juga nasi dengan tomyam, ikan tiga rasa, telur dadar, dan ulam-ulam+sambal belacan..licin nasikk sebab konon 3 hari tak sentuh nasi..semalam bekecai segalanya hahaha.. tak apa, kang sakit kang siapa nak jaga, dah la duduk sensorang kat kolej ni..mak ayah nunn jauh di kampung halaman tu, so hari ni kembali no say to nasikkk..just take Shaklee chinch je..sudahhh..

Sementara nak menelaah tesis yang bikin emosi tak keruan tu meh sini aku share hobi aku nih.. Memanglah rasa macam membazir tapi dah suka, cinta, minat, finatik so tak boleh nak buat apa. Aku memang bukan jenis yang suka pakai sekali sembur setengah botol..aku jenis suka pakai sikit-sikit..asalkan aku yang bau sudahlah bukan mau mengoda lelaki atau perempuan pun kan  hahaha..tapi seronok tengok perfumes banyak-banyak macam mereka sedang beramah mesra je kahkahkah..

Kepuasan kepada aku kalau pakai perfumes dia akan long lasting, baunya melekat kat badan..tu yang aku suka. Aku tak suka bawa perfumes dalam bag sebab berat..sakit bahu tau. So aku prefer masa nak out aku dah siap sembur dan bau tu boleh tahan dalam 8jam gitu..

Macam aku ni bukan jenis setia kepada perfumes hanya kepada satu jenis je..aku ni perfumes lovers. Kadang-kadang aku rasa wooww bestnya tengok orang yang boleh setia dengan 1 perfumes selama bertahun-tahun..repeat beli perfumes yang sama je. Macam aku ni dari dulu sampai sekarang asyik bertukar perfumes je kejanya tapi BF tak tukar-tukar lagi (ehhh?!)..tapi pink still pink kan :)


Ini adalah semua koleksi perfumes aku, semua original perfumes kecuali Flora Gucci dan 212 Sexy tu je gred AAA. 

Pendapat aku perfumes gred AAA :

Kalau korang nak merasa pakai perfumes branded tu dan bajet tak cukup, bagus juga cuba gred AAA or AA ni. Dari segi kepuasan memang tak ada kepuasan pun sebab baunya tak long lasting. Tak kisah la kalau penjual tu kata 90% sama macam perfumes original tapi memang TAK SAMA. Bau memang sama tapi ketahanan tu tak sama langsung. Kalau korang larat sembur sejam sekali ok je kot hehe. Pada aku memang tak tahan lama perfumes gred-gred ni, tapi pada korang tak tahulah. Lagi pun kalau gred ni kalau pakai macam bau semacam je kalau jenis tahan lama. Contohnya dulu ada beli Escada gred perfumes..lama-lama bau masam uuwekk..kang ada orang cakap aku bau masam..padahal perfumes yang masam.

Hari tu, aku ada buat eksperimen dengan perfumes aku ni, nak uji antara banyak-banyak tu mana paling long lasting sangat..ternyatalah yang original paling long lasting..yang lain out kan tapi ni rankingnya..mana tahu korang boleh rujuk hasil ni untuk pilih perfumes korang kan.

Paling ngetop long lasting perfumes milik Cik Nurfarah:

1. Fantasy by Britney Spear.
2. Orient Van Cleef & Arpels.
3. Bill Blass
4. Guess By Marciano
 (bau paling long lasting top 4, still kekal u olls)

5. Live Luxe Jennifer Lopez
6. Emporio Armani Diamonds Intense
7. Lovely in Pink Sweet Honesty by Avon
8. 212 Sexy ( gred AAA)
9. Flora Gucci ( gred AA)


Yang body shop lupa nak eksperimen..tapi dia memang pati perfumes.

Macam mana aku buat eksperimen?

Aku guntingkan kertas kecik-kecik 9 bahagian, aku semburkan perfumes tu 1 kertas 1 perfumes dan renamekan sekali. Lepas tu biarkan dalam suhu bilik selama 3 hari...dan lepas tu try cium 1 persatu..baunya..ternyata gred perfumes langsung hilang baunya. 

Kalau korang nak server pasal perfumes dan nak perfumes best-best boleh server kat WEB ni. Ada banyak forum, rate, komen dan macam-macam as rujukan untuk beli some perfumes tu.


Tip jenama perfumes:

Kalau korang suka bau manis-manis, buah-buah dan fresh..aku suggestkan korang beli jenama selebriti macam J.LO, Britney, Lady Gaga, Katy Perry dan macam-macam lagi. Sebab kebanyakan yang aku cium bau perfumes jenama selebriti ni lebih kepada bau manis-manis, buahan dan fresh.

Kalau rasa nak kelainan boleh try designer lain macam Gucci, Prada, Dior, Lanvin, Guess, Bill Blass, Channel dan macam-macam lagi. Contohnya kalau macam Dior dan Channel bau dia mewah dan keras. Ala-ala mak datin gitu..

Kalau selebriti, Britney Spear memang perfumes dia wangi-wangi dan long lasting..bau manis-manis caremel gitu. Aku pernahlah cium tapi tak semua brand dia lah. Tapi aku suggest kalau korang nak original dan bajet boleh beli perfumes selebriti sebab dia murah sikit berbanding perfumes lain yang super mahal tu hehe..

ini mini review bau perfumes milik aku ni :

1. Fantasy by Britney Spear. - Bau dia manis-manis caremel, makin lama makin meyusuk kalbu u olls. Tinggal setengah botol, lepas habis ni mau repeat lagi.
2. Orient Van Cleef & Arpels. - Bau mewah, macam channel Coco Mademoiselle dan dior cherry. Best long lasting, mula-mula bau keras lepas tu harum dan bau lembut..
3. Bill Blass- bau dia green je..macam bunga rampai yang sangat pekat dan mewah je pakai. Kalau dalam air cond memang long lasting sangat sebab ia sesuai dalam suhu dingin.
4. Guess By Marciano- bau dia citrus plus vanilla, suka sangat.ada macam bau coklat sikit tapi nyamann..

5. Live Luxe Jennifer Lopez- baunya fruity dan segar. Bau macam fimiliar as sun flower by Elezebert Arden, escada macam gitu. ketahanan not bad la. Aku suka pakai kalau pi fakulti. Untuk half day keluar ok lah.
6. Emporio Armani Diamonds Intense- woody, sweet je bau dia, ada bau laici sikit. Bau dia soft tapi still ada bau, prefer bawa sekali this perfumes dalam bag untuk kekalkan bau I.
7. Lovely in Pink Sweet Honesty by Avon- Kalau korang pernah pakai sweet honesty yang biasa ia sama bau tau dia macam bau bedak je.
8. 212 Sexy ( gred AAA)- Bau dia keras, tapi lama-lma lembut je dan masyukk. Teringin nak beli orginal.
9. Flora Gucci ( gred AA)- Kebanyakan Gucci EDT, bau bunga-bungaan..gred mmg cpt gila baunya hilang..

Tapii................aku dah order perfumes sebotol lagi jenama Lanvin..

suruh someone hadiahkan (amboi main suruh-suruh pulak ye) kalau tak mau, tak mau marry u tauuu..hahahaha (gelak jahat)

Perfumenya adalah :    Marry Me!



Ada maksud tu tau! hahaha..ok bye, nanti dah ada perfumes ni dalam tangan aku share ye! 

Bye.

P/s: Lepas ni kena nekad takkan beli perfumes lagi, habiskan yang 10 botol plus sebotol yang Marry me, sekarang nak belasah si J.LO Luxe sampai kering dulu.. Tapi boleh kah berhenti ketagihan ini? STOPPPP FARAH JANGAN MEMBAZIR!!! 









SHARE:

Friday, March 22, 2013

Transformasi Cik Nurfarah.

Assalamualaikum..

Naluri wanita memang nak cantik, menarik dan solid macam ratu donia..hahaha..

Aku pun sama. Ramai yang berhabis duit setiap bulan nak beli macam-macam supplement agar kekal menarik tertarik dabommm tapi senario sekarang ni aku tengok semuanyaa nak cepat. Kalau boleh makan supplement tu hari ni, esok bangun tidur terus cantik, kurus macam ratu dunia. Tak boleh lah macam tu kan. Badan ko nak gemuk pun bukan makan hari ni, esok terus jadi tong dramm kan so macam tu juga kalau nak kurus..bukan hari ni telan supplement esok boleh terus solid, lemak terus hilang..tak kan lah.

Dan aku memang tak percaya..ubat-ubat yang kat iklan, kononnn tanpa bersenam anda turun 15kg..20kg dalam sebulan..tu menipu namanya. Kalau ada ubat pun konon menahan nafsu makan, memanglah kurus..che try korang tak makan seminggu memanglah nampak susut tapi hakikatnya nutrien korang tu tak seimbang..last-last masuk wad emergency..pengsan dan boleh bawak maut.
Kalau nak kurus ni kenalah sabar. Memang sangat bosan bila badan gemuk gedempol ni sebab susah nak bergerak, nak melawa pun susah sebab susah nak cari baju cantik-cantik kan.. Dan lagi satu kalau gemuk ni macam tak kena je dengan gaya..macam setiap apa yang kita pakai macam pelik almaklumlah lemak banyak sangat.

Macam aku pun, aku lagikkk tension dengan badan sendiri kalau gemukk sangat. Mesti rasa nak kerat je lemak-lemak yang berlebihan atau kalau boleh bluetoot lemak bagi je kat orang-orang yang kurus kering tuhh. hehehe..

Masa kau form 5 dan 6..memang badan aku gemukk gila la. Serius masa tu memang hodoh. Benci tau sebab susah nak pilih saiz seluar dan baju. Jom tengok gambar ni tapi ni gambar aku masa first year masa kat USM, masa ni pun gemukk jugak tapi mesti korang boleh bayangkan masa form 6 kan hehe:



Masa ni first year kat USM..masa degree dulu-dulu hehe.. Gemukkss

Ni lepas makan BBQ..lemak makin mengembang second year kat USM. Rasanya makin gemuk lagikk huhuhu..

Masa ni lepak-lepak kat Queen Bay Mall..



Masa ni 1 hari sebelum konvo aku..2010.


Masa konvo aku 2010.



Semster pertama Master kat UKM.



Semster 1 2011.


Masa raya tahun 2012. Dengan anak buah kesayangan hehehe..



Pipi tetap maintain tembam..tapi asalkan badan dah tak sebesar dulu tak perlah kan hehehe.


2012.


2013. 



2013 terkini.



Sebenarnya aku banyak tangkap gambar sendiri so kang muntah hijau kang tengok gambar syok sendiri aku..ada gambar full tapi seksi nak bagi tunjuk..kang macam jual badan pulak kat blog kan hehe...

Sejak tahun 2012. Memang aku amalkan supplement Shaklee untuk kesihatan aku. Perubahan tang berat badan memang tak banyak beza tapi shape badan tu ketara sangat. Kalau masa aku zaman USM dulu blous/baju aku saiz 48, lepas tu bila masuk UKM aku dah boleh pakai saiz 46...lagiii lepas amalkan Shaklee aku pakai saiz 44 dan boleh saiz 42 sebab bahu aku jenis rangka besar so kena ikut saiz bahu la..

Kemeja/blous dan T shit aku yang besar gedabak tu aku bagi kat akak-akak dan adik aku. Nak buang sayangkan..so mereka boleh pakai dan masih elok bagi je la. Semua seluar jean aku pun aku kasi mereka. 

Serius masa mula-mula dulu saiz seluar aku 38..besar woo ..turun saiz 36..saiz 34 dan sekarang saiz 32 hehe..tapi stay pakai lagi saiz 34 tu. ada selai dua saiz 32 tu...sayang pulak nak let go yang saiz 34 tu kat orang..duit lagikan..just pakai tali pinggan je yang saiz 34 tu.. Nak turunkan lagi ni..masih gemukkk lagi ni. kalau boleh nak saiz 30 atau 27 aaauummmm hahaha..

Badan aku ni jenis rangka besar..macam susah sikit mau kurus hehe..kalau rangka kecik cfirm dah slim melimm muahaha..


Aku makan set ni :

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRRHFU2iPqqTcZn5dcCseA84zrMqTUNmVncclvazVN1YuCrH_C0SIoF5ZEjCjL8HicgFpUigBytqupL3HPlX-Gt_lFSWMmRNCl_yyxvrgUFZREaqrMz9K0-IW5I0Tm4ii1bAl0t0mTUb_b/s1600/IMAG1578.jpg


Kalau korang nak bajet boleh lah makan set 

Herb-lax + Licithin + Alfalfa je.

Harga boleh check kat SINI.





Yang ni memang mahal sikit RM 173.00 sebotol tapi kalau korang beli dengan aku memang best priceslah. Yang ni memang aku rasa banyak sangat perubahan makannya. Dia suggest minum ni 2x iaitu 2 skop sehari  tapi aku 1 skop je..so tahanlah sebulan. Aku minum dengan nestum. Pastikan nestum tu sejuk dalam keadaan suhu bilik je.


Kalau minum ni aku rasa macam fat burn je.. Cepat berpeluh, lepas tu badan rasa ringan, cepat kenyang..dan tang perut tu memang loss banyak..namanya pun dah cinch inch loss plan. Kalau naik turun tangga dah rasa macam pergi jongging 2 jam woii hehe.


Sebenarnya makan supplement ni kena sabar dan konsisten jangan nak jalan mudah je. Makan baru sebotol dah complain tak boleh kuruskan badan. Pasti kena displin. Supplement ni just mudahkan kita nak kurus..kita kena juga amalkan gaya hidup sihat..jangan nampak makanan asyik nak melantak je. Air kena minum 3liter sehari agar mudah supplement meresap.


Macam aku.

Pagi sarapan aku ambil Cinch Shake Mix+ careal atau kalau malas sangat tambah dengan susu dalam kotak je...


Tengahari- lunch dengan kuantiti nasi yang sikit tapi sayur lauk banyak.. makan 2 alfalfa 2 licithin

Petang - Makan biskut yang weetemeal tu yang Jacob punya atau sebuku roti gardenia yang inti sardin.

Malam- kalau lapar aku makan cereal macam nestum. 2alfalfa dan 2 licithin.

herblax tu kalau macam esoknya aku free aku amakn 4biji sebelum tidur..2 kali semiggu agar lemak-lemak tu keluar dengan jayanya.

Tapi aku kena displin la makan nasi sehari sekali je. Kalau nak makan yang lain tu cth macam malam-malam kebuluran sangat..aku just makan bihun sup je.

Tapiiii kadang-kadang bila tengok makanan sedap-sedap of courselah nafsu makan pun naikk..aku makan juga tapiiiiiiiii (eh tapi lagi) malam sebelum tidur aku pastikan ambil herblax sebagai penyelamatku untuk detoxxx semua tu..legaaaa tau.


Herblax ni sangat jimat sebab tak makan selalu..tapi dia memang bagus untuk buang semua lemak-lemak lama dalam perut tu tau..memang keluar semua..tapi tak la memulas macam nak tercabut perut. Simpanan wajib setiap orang yang nak diet dengan Shaklee. hehe..(patutlah stock selalu licin jee)

Kalau korang ada bajet lebih boleh try tea ni. Fungsi dia sama macam Cinch SHake Mix..

Mahal sikit harganya tapi berbaloi..ada 28 sticks di dalamnya, masukkan je dalam air putih..shakekan dan minum..memang kau rasa segar, bertenaga dan mudah berpeluh..macam bersenam je.

Harga RM138.00 nak best prices please contact aku hehehe..

Senaman?

Kalau malas nak pergi joging sebab malu ler kononn..korang beli je CD senamrobik atau senaman. Buat je depan lappy atau TV kat bilik/rumah korang..kalau malas lagi korang beli tali skeping..buat warm up dulu dan skipping la 20-50 loncatan je. Mudahkan?? senang sikit terbakar lemak tu.

nak lagi syok..pergilah bershopping atau window shopping..korang sukatlah shopping mall tu dari utara sampai selatan sebanyak 10 kali tapi itu bisa bagi poket keringg lahh hahaha.


Kalau rasa nak muka glowing boleh test SET D Shaklee dan ambil VCO A Treenea.
Aku makan VCO A tu macam nafsu makan boleh kawal dan rasa lebih sihat je.

VCO A Treenea aku pun ada jual, stock belambak ni, nak jadi ejen RM150 dah boleh dapat 5 botol VCO A Treenea..bolehlah berniaga dengan family, kekawan dan saudara-mara.

OKlah, aku tulis entry ni pun dah berpeluh-peluh je..ni mesti penangan makan cinch inch loss ni..

Ok bye.





SHARE:

Monday, March 18, 2013

Cerita hari ini.

Assalammualaikum semua dan selamat hari Isnin.

Seronok baca blog orang yang suka update hari-harikan. makan-makan, minum minum, jalan-jalan..hehe.
Bila keluar makan tempat best-best dan nak snap gambar ada orang tu cakap "isk tak payah la ambil gambar, nak makan pun nak ambil gambar ke..malu orang tengok"..ok lepas tu terus simpan handphone dalam beg dan hanya tumpukan pada makanan je. Lepas tu keluarkan handphone nak check emel dan FB..ada lagi teguran "eii dia ni asyik dengan handphone je 24 jam"..ok simpan dalam bag..kalau macam gitu macam mana lah aku nak update review makan-makan best-best asyik suruh simpan handphone je..

Minggu lepas aku balik kampung. Rindu sangat kat mak dan ayah serta kucing-kucing comot tu hehe..Bawak beg punyalah berat segala isi buku bawa kononnya nak settlekan bab-bab dalam tesis tu tapi buat sikit je kerja kat kampung. Selebihnya tidak.ALhamdulilah tadi dah summit untuk beberapa perkara yang perlu dibaiki.

Pagi tadi memang bangun sebelum subuh sebab perut memulas gila..asyik ke tandas je kejanya sampailah subuh. Dah la hari ni dah janji dengan SV nak hantar bab-bab tesis..tak suka la kalau mungkir janji..so ambil 2 kotak pil chi kit teck aun telan dan sleep kejap 30 minit. Lepas tu still ke toilet lagi.. Siap-siap bagai, kul 9.15pagi turun pergi print segala benda nak print out dan tunggu bus. Dah risau ni sebab janji pukul 10 pagi. Turun kat ATMA, pulangkan buku ATMA dan terus ke biliknya..jam dah pukul 10.10pagi..aduhh memang dah lewat ni. Aku memang tak suka lewat-lewat tambah-tambah lagi orang tunggu lama-lama sebab kelewatan/tak menepati janji ni akan mengurangkan kepercayaan kita pada orang lain. Macam aku juga la, kalau orang tu tak on time, mungkir janji, suka cakap lain buat lain dan batalkan something janji tanpa alasan yang kukuh..MEMANG aku TAKKAN BERCAYA orang tu lagi. Kalau sikit-sikit tu tak pe la ni kalau melampau memang la aku takkan deal apa-apa dengan kau..

Ok lepas hantar tesis tu, my SV kata nak baca dulu baru bincang. Risau wei my SV memang teliti tapi itu semua untuk kebaikan aku juga kan..
Lepas tu terus sarapan kat Pusanika..just take bubur dan mineral water je sebab perut memang dah empty ni. Cadang nak singgah beli tudung kat Pusanika tapi ekspo tu dah habis. Hari tu beli tudung bawal plain RM6 sahaja sepasang. Kainnya best tak macam setengah bawal kalau kena keronsang pasti ada jalur putih tu hehe.. Hari tu rembat 4 helai..sebab color tak ada dalam koleksi.

Kalau kat luar aku tengok RM10 sepasang, dah la kain keras tak best, tapi kat situ RM6 je..best pakai, hehe..

 
Yang ni aku pakai color teal.


yang ni color purple.

Amboi dah macam model tudung pulak kan tapi tak pelah blog sendiri maka model pun sendiri, nak syok sendiri pun tak pe sebab tak menempek kat orang lain hehehe..

Warna kelabu tu tadi dah rasmikan..tapi tak sempat snap gambar dan blue tu esok ke lusa ke I gayakanlah kihkihkih..
Geramnya sebab ekspo tu dah habisss..baru nak beli color kuning mustard, hitam dan pink. Tak pe, next time beli..save duit ku hehe.

Lepas tu terus ke library tapi perut ni dah mula memulas..tak tahu lah maybe aku tak tahan makan nasi beriani semalam semua benda dalam perut terpaksa dilepaskan...terpaksa la singgah kat "tempat pelaburan dulu" ..masa kat library tu memang nak stay lama tapi perut pun memulas-mulas je tak jadilah nak bertapa..cuma pinjam buku je laahh..sempat jugak beli pen color2 kat Unikeb hehe..sebab suka tulis literature review kat dalam note pen color  dan suka baca buku conteng dengan pen color2 baru nampak ceria! (buku sendirikk boleh la, buku library jangan tau!) hehehe..

Macam budak-budak je kan..pen pong nak tunjukk..ahh pedulikk apa! pink wajib ada!

Lepas tu zasss terus balik, sebab kesakitan keperutan ini terlalu hebakk. Tunggu bas kat bus stop nak balik kolej..tetiba...

nampak

---








 

V




V










V


















V


















Sumber Google


Ular kat bus stop bawah tempat duduk..terus bagitau seorang girl tu ada snake sebab dia duk dekat dengan tempat duduk ada snake tu..wahhhh takutt..

Ular tu macam ni la kedudukannya, tapi tak bergerak..tak tahu mati ke hidup ular tu tapi tak la besar ni..macam ular lidi tapi kepalanya macam tedung..maybe anak tedung, entahlah tak tahu jenis-jenis ular ni. Lebih kurang macam ni :



Sumber google

Walaupun dia kecik tapi sangat bisa tau, boleh menbawa maut. Eii takutnya, setiap kali student lalu dan nak duduk situ kena bagitau la..takut juga kot tiba-tiba menyerang..eiii minta dijauhkanlah.

Kalau pergi mana-mana kita kena alert..benda macam ni ada di mana-mana. So berhati-hatilah tambah-tambah di waktu malam.


So sekarang ni rehat-rehat kat bilik sambil update blog. Tiba-tiba dapat mesej dari SV suruh jumpa dia sekarang..makk aii risaunyaaa..so terpaksa la aku jumpa dia pagi esok jelah sebab tak larat deng nak ke fakulti lagi dah la badan tak sihat ni. Harap-harap tak ada masalahlah dengan my thesis ni..semoga Allah mudahkan urusan aku...aminnn.

Ok, bye korang!







SHARE:

Sunday, March 17, 2013

Telekung Siti Khadijah.

Assalamualaikum..

Dah lama nak share tentang telekung Siti Khadijah ni. So sekarang baru nak share untuk korang. Entry ni bukan iklan ye hehe cuma kepuasan aku terhadap kualiti so aku sharelah!

Sebenarnya memang nak cari telekung untuk hadiah kan kat mak. Hasil berblog dan design blog tu nak bagi sesuatu untuk mak dan diri sendiri. So, memang tertarik dengan telekung Siti Khadijah tu, sebab designnya berbeza dengan telekung lain yang dijual di pasaran. Jadi, terus ke butiknya di Bangi. Memandangkan aku ni duk kat Bangi so zass je ke butik tu, lagi pun memang dah pernah nampak pun..sebaris dengan restoren yang selalu aku makan kat situ.

Image from FB Siti Khadijah.
Sebelum aku ke butik tu, of courselah kena server2 dulu tentang telekung, harga dan apa patut aku beli..kang kot tak cukup cash pulak hehe... So kalau korang nak server2 dulu boleh ke laman web Siti Khadijah dan FB Siti Khadijah ye.

Masuk-masuk je butik tu, aku di sambut baik oleh jurujual butik tu. Boleh tanya macam-macam dan bestnya boleh testing tau. Belek punya belek aku terpikat dengan jenis klasik. Yang bestnya telekung tu ikut bentuk muka, selesa, rambut tak keluar dan kainnya sejuk. Kain nya pulak labuh dan selesa, so tak la kaki terkeluar bila solatkan.

Image from FB Siti Khadijah.
Sebenarnya banyak sangat pilihan, antaranya telekung jenis original, klasik dan moden. Boleh pilih ikut keselesaan dan bajet korang. Di samping itu juga ada pakaian untuk umrah dan haji. Semua best-best!

Image from FB Siti Khadijah.

Image from FB Siti Khadijah.

Rasa kemas je pakai telekung ni. Kalau korang nak pergi haji dan umrah aku suggestkan korang try telekung ni. Sejuk je kainnya...nak pergi sembayang terawih pun bagus juga..dan untuk solat hari-hari pun lagi bagus!

Aku borong 2 pasang telekung Siti Khadijah jenis klasik with kain sekali. 1 untuk diri sendiri dan 1 lagi untuk ibu tercinta :)

Lambang cinta abadi...

mak I satu, I satu...
Serius bila pakai sangat selesa. Tak rugi beli telekung mahal-mahal kan. Kalau baju, kasut dan tudung kita sanggup beli mahal-mahal..kenapa tidak telekung..ye dak?? Tapi itu atas kemampuan juga, kalau rasa mampu ok je kan, kalau tak mampu pakai telekung biasa-biasa je kan..


Telekung ni sepasang aku dah bagi kat mak aku, dia excited sangat dapat telekung ni. Terus cuba dan ngam-ngam sesuai dengan dia, kain selesa dan dia terus rendam dan basuh..katanya nak pakai malam tu juga nak bawa pergi mengaji kat masjid. Alhamdulilah suka tengok mak tersenyum gembira.

Lepas ni wist list nak jenis telekung moden pulak hehe..cun juga buat hantaran tunang kan kan :)

Harga? memang mahal sikit tapi sangat puasss hati! Korang try belek WEB nya ye. Macam-macam jenis dan harga di tawarkan. Better korang beli pakej dengan kainnya sekali..memang best!



Ni gambar kita pakai telekung Siti Khadijah, malu-malu pulak hehe..mata sepet je nihh. Tapi memang sangat puas hati sebab betul-betul ikut shape muka. Rasa macam nak sepasang lagi, ada sesiapa nak hadiahkan??

Ok, bye korang, kalau korang kat Bangi boleh singgah kat alamat ni:

Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd

Alamat: 11-G-1, Jalan Medan PB4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
HP: 013 210 2668
Tel: 03 8927 4277
Fax: 03 8927 3246
BBM: 26A7DDD1
Email: sk@sitikhadijah.com
Dibuka Setiap Hari : 10 pagi - 7 petang

Cawangan dan wakil jualan lain boleh rujuk web dia ye :)





SHARE:
Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH