Friday, March 29, 2013

Jalan dan Shopping.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh isi alam. Chewahh..mood untuk blogging meningkat. So kita taip je entry ye. Maybe sebab aku tengah tension so aku kena more space for my life, tension sebab cik tesis hahaha.


Sebab kita mahukan space untuk diri ini, mahukan time yang berkualiti untuk rest my mind jadi telah berjalan sakan sampai rasa nak pengsan.

Malam tu berjalan pergi up town yang ala-ala pasar malam tu, saja nak ambil udara malam dan melihat gelagat manusia kota ini. Memang tak ada mood nak shopping sebab barang-barang macam tak in je dengan aku. Chewahh memilih nampak..yela, sebab macam tak berbaloi je beli handbag local sampai beratus, konon gred itu ini..tapi kalau pakai tetap palsu belaka kan haha..nak beli kasut bunga yang ala-ala selipar tu, mahal sampai harga RM 40. Kalau dah harga macam tu lebih baik aku beli kat shopping mall..baru puas hati sebab original. Lepas tu, macam kesian je dengan orang yang bawa kita kat situ sebab langsung tak beli apa-apa. Jadi aku telah memilih untuk membeli tudung tribal sebab coraknya yang memikat hati ni. Aku tak beli jenis shawl sebab ada orang tu cakap muka aku macam teddy bear bila pakai shawl. Lepas dikutuk sedemikian rupa aku telah stop dari memakai shawl, kalau rasa nak pakai kena pakai awning yang tidak melekat di muka tembam ku ini. Serius, bila orang dah cakap macam tu secara psikologi pun akan berubah mengatakan wahh lagi tembam muka ku walaupun hakikat nya memang tembam pakai shawl. Tak apa tapi tetap comel? mungkin? hahaha..



Aku telah menyebat 2 helai tudung tribal yang jenis empat segi ala-ala bawal tu. Harga cuma RM 15 sehelai dan beli 2 dapatlah RM 28 sahaja.

Banyak giler fesyen tribal, ada tudung, baju, seluar skrit dan bermacam lagi. Baju aku tak suka jenis tribal sebab coraknya melintang..kegumukan dan kependikan akan terserlah walalupun aku bukan jenis rendang hahahaha.

Esoknya pula, aku telah mengayakan my tudung tribal. Di situ nampak 10 tahun lebih muda, ala-ala budak umur 15 tahun. 

Nampaknya tudung tribal ni sesuai dengan aku, ketembaman tidak ketara hehehe..kemudaan terserlah. Jangan muntah dengan pujian itoo ye. Kalau korang nak pakai tudung tribal better guna baju color plain. Kang dah macam pertunjukan sarkas pula kang dari tudung, baju, seluar semua tribal. Tapi kalau nak mencuba apa salahnya, tak kena tangkap pun, tapi maybe ditangkap gambarnya hahaha.

Sebab utama nak berjalan ni untuk mencari buku di MPH. Alhamdulilah, limited edition itu sudah menjadi milik ku. 


Buku ni ada kaitan dengan tesis aku. Harga RM 60 sahaja. Guna voucher 1 Malaysia RM 50 dan dapat diskaun RM 6 dengan kat Siswa 1 Malaysia, just bagi cash RM 4 sahaja. Buku ni ada English versi tapi aku pilih BM sebab nanti aku malas nak translit semula dalam BM, dah ada BM lagi senang! Ada 3 copy je dalam Malaysia tau sebab dah habis cetakan. Aku dah ambil 1 so kalau nak pi cari kat MPH, ada 2 lagi. hehehe.

Ini yang versi English punya, lepas ni bolehlah pulangkan kat library sebab I dah ada buku I sendiri. Kalau English punya jenis hard cover, RM 100 sebuah, ada 2 copy je kat Bangsar MPH.


Complete buku yang aku nak :


Yang color hitam tu aku beli kat MPH Bangsar, ada 1 copy je lagi. Sebab dah habis cetakan. Kena tunggulah cetakan terbaru kalau korang nak beli. Ni jenis hard cover. RM 100. Guna voucher buku juga. Dua-dua ni dah siap balut cun-cun. Buku mahal of courselah kena balut cun melecun, sayang beb! Tapi memang semua buku aku balut covernya.

Dah dapat buku rasa happy sangat, cuma tinggal mau baca je. 



Time merajuk kena pujuk dengan Ferrero Rocher. Hilang moody terus senyum :)

Lepas tu jalan-jalan untuk teman dia pergi beli bajunya. Kita pun merembat baju juga sebab baju dalam almari sudah makin lusuh dan makin membesar. Chewaahhh!


Diadora, harga asal RM 60, so diskaun maut punya, hanya RM 15 sahaja. Rembatlah cepat-cepat sebab next week dah harga asal semula. Pilih color biru muda.Sedap pakai!



Cheetah T shirt 2 helai. Kelabu dan merah. Sale jugak.

Just shopping 3 helai T shit sebab lama gila tak shopping t shirt hehe. Suka Cheetah sebab kainnya best dan harga pun berpatutan. 




Lepas tu ke Daiso untuk cari benda ni :


Dah! cukup je beli 2 benda, walaupun hanya RM 5 untuk 1 barang. Beli keperluan sahaja. Jangan membazir!

Suka natural pack tu sebab dia boleh hilangkan segala benda di liang roma dan span untuk foundation yang sangat best tu.



Lepas tu pergi lunch sebab dah kebuluran. First time makan Burger King. Dari segi rasa aku lebih suka Mc D dan A & W.  Aku tak berapa nak minat sangat yang ni. Harga dah la mahal daripada Mc D dan A&W. Tapi rasa urmmmm (tekak aku je kot)

Ok itu je untuk berita hari ini. Sekarang jom tumpu tesis walaupun mood ke laut :(



bye!


 


SHARE:

3 comments

  1. wahhh...shopping sakan :)
    if berminat dgn produk sophie paris leyh la melawat my blog ok :D
    hehehee~
    nak tanya..yg natural pack tu masker ka? berkesan x?

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH