Saturday, April 28, 2012

Info tentang Perfumes.

Assalamualaikum dan selamat malam.

Hari ni saja membelik pages perfumes online shop. Banyak juga perfumes yang bekenan di hati tapi kena kawal diri sebab baru je rembat Britney Spears- Fantasy EDP so kena la tunggu sipi-sipi nak empty baru boleh beli. Ni lah nafsu wanita. Suka sangat bershopping tapi aku masih boleh kawal lagi tabiat shopping aku, tak la sampai semua benda yang bekenan di hati aku nak shoppingkan. Bahaya, silap-silap boleh licin semua duit. Bahaya!!

Entry kali ni nak share sikit info pasal perfumes yang aku rasa best! Aku nak share sedikit tips sebelum korang rembat perfumes. Perfumes ni tak sama, ada pekat lekat dan ada kurang lekat pekat. Sebelum korang beli, try tengok kat kotak dia akan tulis Parfum, Eau de Parfum, Eau de Toilette, atau Eau de Cologne.

Sebenarnya keempat-empat kategori ini melambangkan kepekatan perfumes. Sedikit info yang aku translit dari info perfumes.

Parfum - Adalah perfumes berkepekatan tinggi. Sukar didapati kerana boleh menghakis kulit kerana kepekatannya. Mengandungi  15% sehingga 40% pati minyak. Digunakan untuk "membuat" perfumes. Harganya mahal dan keharuman paling kuat.

Eau de Parfum (EDP) - Adalah yang perfumes kepekatan kedua tertinggi dan juga kadang-kadang dikenali sebagai Parfum de toilette (PDT). Tahan lama sehingga 8 -12 jam, bergantung kepada pemakainya. Mengandungi  15% sehingga 20% pati minyak.

Eau de Toilette (EDT) - Kurang pekat. Mengandungi  5% sehingga 15% pati minyak. Haruman ringan. Tahan lama sehingga 4 -6 jam, bergantung kepada pemakainya. Sesuai untuk aktiviti harian.

Eau de Cologne (EDC)  - Kepekatan terendah. Biasanya mengandungi 5% dan ada mencapai 8% pati minyak. Sesuai untuk cuaca panas sebab bau tahan lama. Tahan lama sehingga 2 - 3 jam, bergantung kepada pemakainya.

Splash - Mengandungi  1% sehingga 3% pati minyak. Mungkin 30 minit atau 1 jam, bergantung kepada pemakainya.

Tapi kategori di atas hanya untuk original perfumes. Kalau yang cap ayam tu memangla bau cepat je hilangnya.

Tip dalam memilih perfume:

1)
CUBA. Anda mestilah mencuba terlebih dahulu bauan dari perfume tersebut dalam masa sehari sebelum mengambil keputusan untuk membelinya. Kenapa? Wangian dari perfume biasanya berubah mengikut peredaran waktu. Baunya akan berbeza selepas disembur dan selepas 2-4 jam selepas itu.

2)
JANGAN TIRU. Membeli perfume berdasarkan perfume yang digunakan oleh kawan anda adalah tidak digalakkan. Mungkin bauannya di badan kawan anda selesa dengan anda, tetapi tidak semestinya ianya serupa apabila dipakai oleh anda sendiri. Ini kerana kimia dalam badan tubuh setiap orang berbeza, dan ianya mempengaruhi wangian yang digunakan seseorang.

3)
MINYAK. Wangian yang digunakan pada kulit berminyak akan tahan lebih lama berbanding digunakan pada kulit yang kering. Jadi orang yang berkulit kering perlu menyemburnya sebanyak 2 kali untuk ketahanan bau yang lebih lama.

4)
DIET. Diet yang berubah secara dramatik juga akan mempengaruhi wangian yang digunakan dan ianya boleh berubah.

5)
SERBUK KOPI. Apabila mencuba wangian di kaunter, hidu serbuk kopi yang disediakan untuk menghilangkan bau dari perfume sebelumnya, kerana kemungkinan ianya akan mempengaruhi wangian yang dicuba selepas itu.

6)
HARGA. Belilah perfume dengan harga yang berpatutan dan tidak terlalu mahal.

7)
MATAHARI. Jauhkan perfume dari sinaran matahari dan suhu yang panas, kerana ianya mampu mengubah bau yang terdapat pada perfume tersebut.

# Dari perkongsian sosial network.

Selalunya, perfumes yang tahan ni, daripada jenama antarabangsa seperti Lancome, Gucci, DKNY dan sebaginya. Yang jenama tempatan pun ok juga tapi kepekatan dia mungkin tak sepekat brand antarabangsa ni. Janji sesuai dengan hidung korang sudah la kan. Kalau jenama biasa ni aku suka juga AVON.

Oklah, nanti next entry, insyaallah aku update perfumes apa yang best. Yang pernah aku try la. Hehehe. Ok, baii.

Sekarang ni aku adore pada perfumes Jennifer Lopez Live Luxe sebab pemenang best celebrity fragrance. Ada komen?

SHARE:

Wednesday, April 25, 2012

Tutorial 136 : Back to Old Setting/ Old Interface

UPDATE: OLD SETTING/ OLD INTERFACE SUDAH TIDAK WUJUD LAGI! HARAP MAKLUM.

Assalamualaikum,

Masa mula-mula sign in blogger tiba-tiba terkejut dan kaku bila melihat setting yang selalu aku guna untuk blogger bertukar rupa dan bentuk. Lagi complicated daripada yang lama. Lagi tak best dan nampak macam menyemak nak bagi pelempang berdas-das sampai pengsan.

Click for large.

Serius, adalah sangat tak cantik dan menarik. Aku lebih suka old setting!

Click for large.
Mula-mula korang kena :

1. Click bahagian Blogger Option. Seperti di atas.

2. Pilih Old Blogger interface.

Tunggu page loading. Dan taraaaa...back old setting!

Mudahkan? SO apa lagi click la my nuffnang berjemaah. Baii semua!

SHARE:

Contacts Lens Lagi.

Assalamualaikum.

Contact lens lagi? of courselah sebab aku memang pemakai contact lens. Bukan untuk gaya tapi kerana keselesaan takhala memakainya. Memang aku kerap order online shop for contact lens. Memang pernah ambil kat kedai spex mata tapi tak tahan pula nak pakainya. Memang ramai suggest untuk ambil di kedai spex mata yang bertauliah tapi kalau pakai just sekali dua lepas tu tak tahan. Aku rasa macam mata aku kena tarik je bila guna jenama mahal-mahal. Pedih dan merah-merah mata aku. Not good juga la kan? Beli mahal-mahal lepas tu buang kan membazir. Beli online ok je..so teruskanlah walaupun it from Korea. Aku tak suggest kan korang beli online shop, it ikut kepada keselesaan mata korang. Kalau ok, teruskan, kalau KO, korang stop je la kan. Karang kot aku pula kena saman kan.

Online shop pun, not all aku akan beli. Kenalah selected juga kan. Selalunya aku suka beli kat SINI. Bukan nak promote ke apa, cuma aku suka servisnya, today u pay, esok dia posting, lusa dah dapat. Cepatkan? Respon pun ok. But you must serious buyer la. Harga pun sangat berpatutan sebab boleh get harga borong. Memang dah banyak kali juga aku order. Include my sister pun dah 2kali order di situ. Dia pun suka. More comfortable than old her contact lens.

Aku beli stock untuk berbulan-bulan. 1pair for 3 -6 bulan. If 5 pair? Itu pun kalau open satu-satu ikut tempoh hehehe. Beli colour grey, green, pink, blue..hoho tak sabar rasa nak guna.

I love this colour. Grey is suitable in my eye. My sweet eye, look bling bling la hahaha.

Yang ni last stock before new order. Kalau aku pakai lens yang dark just like blue dark. My eye still look black. Melainkan pakai grey colour. Hari-hari memang pakai colour ni ye. Sebab last stock dalam tangan. Almost 2 month pakai ni. Ni dah ada stock baru. Mesti nak try yang baru.

Aku 2 kali je order colour coklat, sebab mata tetap nampak hitam. Lagi pun aku macam tak kena je coklat eye.

Still black eye kan? wahhal blue colour. Ini lens biru di atas. Janji selesa. Aku kesah?

Semester lepas punya picture. Grey, soft blue is suitable for my eye. Hahaha. Lepas ni nak try pink and green pula, Jangan terkejut.

Buat entry ni, of course penjual contact lens akan mengejar aku. Setia pada satu je sekarang. Mana yang suitable tu la yang diutamakan. Ye dak?

Baii.

P/s : Kalau tak rabun, aku pun tak hinginnn pakai benda alah ni.
SHARE:

Sunday, April 22, 2012

Tutorial 135 : Simple Oval Tab Menu.

Assalamualaikum,

Lama sungguh tak update tutorial kecintaan ni. Maka terdengar keluh kesah reader yang inginkan tutorial, maka aku dengan rela hati mengupdate tutorial ini untuk tatapan umum. Jom kita tengok apakah yang dimaksudkan dengan Simple Oval Tab Menu.

Gambar seperti di atas. Jom ikuti tutorial mudah ini..jommm!!

1. Sign in blogger > Design > Edit HTML
2. Cari code ini, nak mudah tekan Ctrl F, masukkan code dalam kotak find dan enter!

]]></b:skin>
3. Dah jumpa? copy code dibawah dan paste sebelum/di atas code yang dicari tadi.

.invertedshiftdown{
padding: 0;
width: 100%;
border-top: 1px solid #FFFFFF;
background: transparent;
voice-family: "\"}\"";
voice-family: inherit;

.invertedshiftdown ul{
margin:0;
margin-left: 40px;
padding: 0;
list-style: none;

.invertedshiftdown li{
display: inline;
margin: 0 2px 0 0;
padding: 0;
text-transform:uppercase;

.invertedshiftdown a{
background-color: #FFFFFF;
float: left;
display: block;
font: bold 12px Arial;
color: black;
text-decoration: none;
margin: 0 1px 0 0;
padding: 5px 10px 9px 9px;
border: solid #FC94B5 1px;
-moz-border-radius-bottomright: 1em; -moz-border-radius-topleft: 1em;
-moz-border-radius-bottomleft: 1em; -moz-border-radius-topright: 1em;

.invertedshiftdown a:hover{
background-color: #FC94B5;
padding-top: 9px;
padding-bottom: 5px;
color: white;

.invertedshiftdown .current a{
background-color: #FC94B5;
padding-top: 9px;
padding-bottom: 5px;

4. Boleh ubah tulisan MERAH dengan COLOUR KESUKAAN.
Boleh ubah tulisan BIRU dengan tulisan kesukaan.

5. Dan bolehlah SAVE.

Jangan Close dulu tutorial ni, ada perkara belum settle lagi. So sekarang ikuti langkah ini :

1. Sign in Blogger > Design > Add Gadget > Html / JavaScript
#Ambil di bawah header punya.
2. Sila copy dan paste ke dalam ruangan HTML/ Java Script

NAMA 1

NAMA 2

NAMA 3

NAMA 4

NAMA 5

3. Ubah:

LINK - Link url korang
NAMA - Tajuk tab menu korang.

4. Dah tukar semua. SAVE.

p/s : Nanti komenlah bila dah cuba k. :)Good Luck!
SHARE:

Memiliki Perfumes Original Britney Spears- Fantasy EDP

Asslamualaikum dan selamat hujung minggu kepada kekawan sekalian alam.

Terasa nak share minat about perfumes. Selalunya aku guna perfumes cap murah-murah, ala-ala nak ambil bau. Aku ni minat perfumes juga. Banyak juga dah try perfumes. So sedikit sebanyak tahu juga bau perfumes kecintaan dan bau perfumes kesakit kepalaan.

Aku memang nak merasa pakai perfumes original, tapi tak mampu nak beli sampai 300-400 hengget. Boleh beli benda lain dengan benda tu. So dalam aktiviti berblog ni, ada members blogging suggest online shop yang jual perfumes original, bukan gred AAA dan bukan reject perfumes dan bukan juga perfumes made in Dubai. Original 100%. So ada kesempatan ni aku merembat sebotol perfumes yang best seller kat situ iaitu Britney Spears- Fantasy EDP. Aku sell my old camera kat my honeydew, so ada balance yang belum pay, so aku gunakan kesempatan suruh dia pay kat online shop and I get this perfumes. Sama juga tukan, ala suruh dia beli aka bayar hutang yang balance tu hahaha. Aku beli kat Shah Fragrance, di facebook beliau. If kalau korang serius nak beli je pm tau, kalau main-main better tak payah nak menyibuk..tengok je. Memang good servis, you pay today, tomoorrow mereka post dan lusa dah sampai dalam tangan. Entry ini ala promote la, tapi no sebarang payment tau. Mula-mula ragu-ragu juga original ke tidak sebab harga jauh berbeza dengan supermarket. Tapi bila dah pakai bau dia tahan lama, semalam aku guna sampai ke malam baunya. Melekat beb.

Bau perfumes ni sangat sweet dan feminin. Halus tapi menarik. Suka 1000x. 100ml bersamaan dengan? Try tengok FB pembekal.

Selain tu, aku ada perfumes lain yang dipakai hari-hari tapi tak lama tahannya, kejap je, serupa dengan kualiti. Masa sembur je semerbak pas tu terus silent baunya haahaha.. Yang ni aku beli gred cap ayam je.

Baunya sweet juga tapi tak tahan lama sebab bukan original.

Aku juga peminat perfumes Avon, so guna juga yang ni.

Baunya sangat segar.

Dan perfumes ni paling lama tahan, bukan bau tapi tak habis-habis lagi, beli masa kat Madinah, kenangan umrah.

Ok sampai disini je kemerepekan. Beli perfumes bukan nak suruh orang lain bau tapi kepuasan diri sendiri hahaha..Boleh minta bakal suami hadiahkan 2 botol perfumes masa tunang? ehh merepek pulak.

# Aku minat yang perfumes yang sweet sweet, so boleh hadiah pada aku.
SHARE:
Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH