Thursday, April 12, 2012

My Canon IXUS 115 HS Pink!

Assalamualaikum Semua,

Lamanya tak update blog. Tuan blog sangat busy dengan tugasan negara. Ini pun take a few space for my comot blog ni. Karang tak update-update blog tak ada pembaca pulak kan :(

Ok, untuk pengetahuan umum, pada 5, 6 dan 7 aku ada field work kat Kuala Pilah, nanti aku update sepanjang field work tu, if ada masa dan mood, Okeh?
Balik dari field work, demam selsema teruk aku, so kena balik kampung. Semalam back ke kampus semula sebab kena berkorban masa untuk siapkan segala tugasan yang macam gunung Everest tu, padahal sekarang tengah cuti pertengahan semester seminggu. Sedihh wooo :'( Alhamdulilah, demam dah ok cuma ada selesema je. Maklumlah semalam pi makan ais cream kit kat, ambikk ko penangan nya time selesema makan ais cream... Doctor pesan suruh minum air kosong banyak-banyak sampai perut buncit #tipu je, minum plain water, jangan makan ais-ais bagai je.

Semalam, lepas balik dari kampung terus ke Low Yat dengan kawan sebab ada agenda penting iaitu ingin memiliki kamera compact yang diidamkan. Maklumlah Cik Olympus dan semakin uzur sebab hampir 4 tahun berkhidmat dengan tuannya, tapi jasamu tetap di kenang. Masa kat kampung try bodek mak untuk beli camera baru ni, uh uhhh dapat RM500 dari mak, yeehaaa..sayang mak sangat-sangat. Sangat memahami kehendak anak manja nye ni..

Sebelum nak beli camera ni memang aku server dulu mana brand yang best. Tanya kat akak, dia kata antara Canon dan Nikon. Aku memang adore pada Canon. Malas nak take Olympus sebab aku dah guna Olympus. Memang server kau kau la, kat website..tanya kekawan yang pro dengan kamera ni..akhirnya aku memilih Canon setelah membuat banyak perbandingan. Mula-mula tanya about Nikon, orang kedai tu kata kalau nak ambil DSLR camera better Nikon, kalau compact camera better Canon or Olympus. So aku choose Canon. Pink colour lagikk!

Bajet antara 500-600, walaupun peruntukan 500 dari mama tapi setakat 100-200 tu boleh la tambah-tambah hahaha..Untuk compact camera jenama Canon ni ada 2 jenis iaitu Digital camera (PowerShot) dan Digital camera (IXUS). Aku adore yang powershot sebab memang berada dalam bajet. So daripada nasihat dan perbandingan yang dibuat aku pilih Digital camera (IXUS) sebab gambarnya lagi better dari Powershot, malam-malam Powershot gambar tak cun. So i choose Digital IXUS 115 HS. Harga RM649.00 dapat harga RM630.00 sahaja.



Camera ni ada 5 pilihan warna, Oren, Biru, Silver, Kelabu, dan Pink. Sudah tentu aku memilih my adore colour, PINK! For more info about this camera CLICK HERE. 



Kenapa aku pilih camera ni?


1. Sebab gambar dia cantik dan terang.
2. Mudah digunakan.
3. Screen dia besar.
4. Walaupun cuma 12.1 MP tapi kualiti terbaik.
5. Ada more colour untuk pilihan.
6. Full HD.
7. Bateri tahan dari my old Olympus.
8. Harga berpatutan.
9. Chic simplicity at your finger-tips.
10. Auto rotate picture.

Daripada perbandingan yang aku buat semalam memang banyak kelebihan yang aku suka. Gambar dia kalau off flash pun cantik. Untuk Digital camera (IXUS), model aku ni yang paling murah berbanding Digital camera (PowerShot) yang boleh dimiliki dengan harga semurah RM249.00. Sebab tu Digital camera (IXUS) gambar dia cun sikit berbanding Digital camera (PowerShot) tapi apa-apa hal pun ikut kegunaan masing-masing. Macam aku ni, aku more pada field work, for my thesis, gambar-gambar kenangan dan sebagainya. Kalau nak yang baik punya belilah DSLR ye. Yang harga more 30ribu pun ada. Hahahaha..



Both is pink, my lappy and my camera.


My Olympus lama yang berasa segan di samping My Pinky Canon.


Full Set.


Free Gift, Camera Stand dan Lens Pen Cleaning.


My cute camera.


Full set.


Camera ni lain dengan hp with camera. Sebab camera memang specialist for picture.

Tip beli camera dari blog Cik Nurfarah.

1. Bajet camera. Perlu pastikan bajet anda berapa untuk beli camera. Nanti terover bajet pula kan susah. Kalau more money, more bajet pun tak apa.
2. Brand camera. Brand camera yang aku rasa bagus adalah Canon, Olympus, Nikon. Brand tu memang nama similar untuk pengemar photografi. Better korang pilih brand yang specialist pengeluar camera sebab memang mereka pakar dengan reka bentuk camera. Jangan pilih pengeluar yang keluarkan some brand macam hp, tv or some like that sebab kurang "specialist".
3. Tanya kawan-kawan anda yang pernah guna jenama yang korang nak beli tu. Atau tanya dengan orang yang pakar bab-bab camera tu.
4. Server dulu kat internet. Compare harga. Compare Specifications untuk semua brand dan model camera anda.
5. Kegunaan camera?. Kalau memang si photografi pilihlah DSLR.
6. Beli dengan kedai pengedar yang sah. Kot terkena cap ayam punya camera.
7. Semestinya kena original.
8. Pastikan ada guaranty.

 Itu je tipsnya, aku bukan lah profesional bab camera ni. Aku share ilmu yang aku tahu dan aku dapat tahu hahaha..SO jomlah share pendapat korang pula.

Baiii korang. Lepas ni nak berumah di library. Otak kena kuat!!!!!

 Image from MY CANON.



SHARE:

12 comments

  1. wah bagusnya ...
    sy pun nak beli kamera ni nanti...sbb kmera lama dah rosak..

    ramai yg suka kamera ni..kalau taip kat google
    "canon ixus" jenis ni la yg akan kluar..

    apa2 tahniah ada kamera baru..jeles ngn awak..ahha

    ReplyDelete
  2. pink gitu..sudah mata reena terbling-bling pula..teringin nak beli pula...=)reena came here..done follow u

    ReplyDelete
  3. wahh..untung nye dpt camera bru..

    ReplyDelete
  4. waa,kamera kita sama la >.< eksaitedd sudah... ngehngeh~ best pkai !

    ReplyDelete
  5. Nampak bagus, nak google Canon Ixus 115 terserempak pulak dengan blog u.. I suka pink too!!

    Nice to meet you there. :)

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH