Monday, December 31, 2012

Blog Cik Nur Farah masuk majalah Remaja 1 Jan 2013.

Assalamualikum,

Excited sangat bila terjumpa mesej ini di Cbox.



lepas tu ada lagi yang bagitahu :)


Mula-mula fikir juga, eh betul ka ni? atau sekadar gurauan nak sambut tahun baru. Nak publish terus rasa malu pula kang tetiba cuba gurauan sahaja.
 Apa-apa pun terima kasih kepada blogger yang bagitahu kat saya tu, sangat terharu :')

Then,
Call adik kejap suruh dia cari majalah REMAJA 1 Jan 2013 sebab aku kat kampus malas nak keluar hehe.




Lepas tu dia call dengan suara excited terus cakap memang masuk dalam majalah Remaja. Waaauu seronok sangat dan suruh dia tag kat FB sebab nak tahu apakah yang di tulis di Remaja. 



 
 
Syukur sangat rezeki tahun baru, dapat juga masuk majalah hehehe. Dan paling seronok dapat 5/5 markah daripada majalah Remaja. Terima kasih! dan petang tadi baru rasmi mendapatkan senaskah majalah Remaja. So apalagi dapatkan lah senaskah :)


Di kesempatan ini nak ucapkan terima kasih kepada pihak Remaja sebab siarkan blog comot ni, serta kawan-kawan dan follower yang selalu support blog Cik Nur Farah ni, sayang korang semua!!


Happy New Year, hope azam tahun ni termakbul..aminnn :)



SHARE:

Jalan-jalan Jom Heboh Bukit Jalil.

Assalamualaikum semua,

Hari ni last day untuk tahun 2012. So bye-bye 2012..welcome 2013 yehaaa...

Ok, hari ni kita nak share tentang aktiviti hujung minggu semalam, agak kepenatan jugalah semalam sebab meredah lautan manusia dan kepanasan mentari.

Semalam jejalan kat Jom Heboh Bukit Jalil. Sebab utama nak pergi adalah untuk release tension hehehe dan shopping cuci mata. Memang bestlah pergi sana sebab kita akan dapat special prices bila shopping kat sana, macam-macam gerai ada...so sediakan banyak-banyak duit RM50 seguni, confirm habis seguni juga hahaha...


Muka excited tak boleh blah la ni. Agak jem jugalah walaupun jam dalam 10 lebih.


Ni baru permulaan, belun naik atas-atas sana tu, time ni pun ramai gila orang, parking pun hampir penuh, jenuh juga menapak haha..boleh bakar lemak kan kan kan..




Korang tengoklah manusia penuh sangat, masa ni siaran langsung Melodi..panas gila, mentari atas kepala la. Of course kana beli payung..laku gila la payung time ni haha.


Waktu ni nak juga mencelah tapi mak oii dengan sesak, penuh orang dan kepanasan yang amat sangat. Kena pakai sun block banyak-banyak la macam ni.

Cuba teka mana Zizan??


 Pentas Jom Heboh untuk show penutup malam nanti. Aku tak berapa suka tengok show berhimpit macam ni tapi suka ke Jom Heboh untuk shopping-shopping je.



Masa ni on the way berjalan nak balik, snap gambar pengunjung yang makin ramai gila tu. Masa ni nak dekat pukul 2 tengahari. Memang sangat panas time ni. Nak cepat-cepat balik sebab takut duit mencurah lagi hehehe. SO kena selamatkan poket duit tu.

 TV3.


Stadium Bukit Jalil. 


Yang ada anak-anak kecil tu bolehlah singgah kat sini. Aku respect la ketabahan parent yang bawa budak kecit ni.. Aku memang tak tabah kalau jenuh mengejarnya dalam lautan manusia, maybe bagi pelempang berdas-das.

Hasil rembatan di sana, ni pun dah padatkan kalau tak lagi gebang bijik mata hehe.

Yang bestnya pergi Jom Heboh ni adalah :

Boleh shopping dengan harga murah, ok macam sabun Boom tu, harga dalam RM15 korang boleh beli dengan harga RM10 sahaja dalam beg comel tu. Begitu juga dengan makanan-makanan lain.
 Lepas tu, aku boleh dapatkan syampu dalam 3 beg dengan harga RM10 sahaja begitu juga produk yang lain...makanan dan jajan jangan cakaplah, tapi kena berpada juga kalau satu beg RM10..kalau berbeg-beg memang akan hancur bajet haha..so beware! Yang bestnya, macam Simply SIti dia ada offer 70% untuk semua brandnya..memang best tapi aku tak beli sebab kawal bajet lor. Kalau nak shopping tu memang bestlah, baju-baju memang harga tip top. Macam-macam pilihanlah, memang tak habis aku pusing sebab dah penat sangat ditambah dengan panassss mentari yang terikk.



dan paling best, I dapat kawan baru tau!



-









-









-














-














-














-















-














-








Si Smurf yang comel.

Sebenarnya nak beli cik teddy, tapi kualiti bulu tak best, pas tu terpikat kat Smurf ni sebab sangat lembut dan gebu..best peluk-peluk dia tau. Harga pun murah, yang besar ni RM45 je, kalau tengok kat luar harga dalam RM150.



 Hi! saya dah ada tuan baru!!


bye korang, hope korang enjoy dengan entry ni.






SHARE:

Friday, December 28, 2012

Shopping online perfumes lagikk.

Assalamualaikum dan selamat pagi warga blogger yang suka baca belog aku yang comot ni hehehe.

Hari itu cash out nuffnang dan haruslah beli barang untuk kegembiraan hati sendiri hahaha. Ye kalau shopping memang happy je.. Benda yang adore sangat nak beli sudah di beli hahaha. Saja nak share and caring kat korang, aku kan hantu perfumes maka telah membeli perfumes!

Barang yang diidamkan sudah sampai, mari kita buka dengan geloyohnya hahahaha.


-



-



-




-




-




-



-




-




-



-




-




-


2 untuk aku, 1 untuk someone special muahaha.

 inilah perfumes yang aku kecohkan tu hehehe. Suka gila dengan perfumes ni paling suka Carolina Herrera 212 Sexy dan Purr by Katy Perry. Jom kita review sikit bau dia untuk mudah korang nak beli lepas ni.

 
Carolina Herrera 212 Sexy 

Suka sangat bau ni, serius mula-mula pakai bau dia keras lepas tu bau dia lembut maybe sesuai dengan aku, tergiang-giang je bau dia. Ok bau dia lemak berkrim, manis dan sexy je. Masyukk je cium bau ni, long lasting for me sebabb aku sembur kat aku malam tadi, hari ni bangun tidur waa ada bau lagi tau. Siapa cium bau ni memang stim bukan stim benda lain tau sebab stim ketagih nak cium lagi je. Tak menyesal I beli u ollls!


 Purr Katy Perry

Wauuuu comel sangat si kucing tu kan, confirm jadi koleksi botol tu lepas ni, dah la aku sayang sangat kat kucing, nampak kucing rasa nak peluk cium je tapi kucing busuk tak mau tau kalau kucing bau Purr Katy Berry ni memang terus peluk bawa balik rumah hehehe..ok hentikan merepek merapu tu ye. Perfumes ni akak yang online shop tu yang suggestkan. Best tau! Bau dia macam gadis urban yang sweet dan sexy je. Bau dia segarr, rasa macam tak jemu cium, lepas tu rasa macam bergaya je. Style sangat!! hahaha..best!!



Coco Mademoiselle Chanel Paris

Ok yang ni bukan untuk aku, maybe yang suka akan suka kat bau dia tapi aku kurang sikit sebab bau dia agak mature sangat pada aku, aku ni tak la mature sangat kan so yang sexy, sweet dan fresh je kot citarasa aku hehehe.. Tapi long lasting juga bau dia, sembur memang tahan lama. Bau dia susah sikit nak gambarkan, nak kata sweeet tak juga tapi rasa mature je kot hahaha.




dan yang paling sukaaa sangat dapat free gives......suka bangat!! tepuk tepuk tangan hehehe :)





Dapat body mist tau...yang best dapat Body Mist Victoria's Secret tau...dapat bau sweet day dream. Bau dia fresh sangat...ada bau apple sikit dan semestinya sangat wangii. Thank kat akak online shop tu. I love it!

Mesti korang nak tahu aku beli kat mana kan?? sebelum ni pernah beli handbag kat situ untuk my mom. Memang macam-macam ada jual, ada perfumes original, gred AAA, gubahan hantaran, beg yang comel, pakaian dan macam-macam lagi. Harga sangat menarik!

So kalau nak shop online boleh la ke:

Fan Pages beliau : Butik Hatiku Tertarik


memang tertarik dan menarik la!!

p/s: best tau berurusan dengan akak ni, mesra pelanggan :) of courselah aku akan review shop online yang best dan dipercayai!





SHARE:

Monday, December 24, 2012

The Body Shop Perfumes.

Assalamualikum, hari ni update guna ipad je la sebab malas nak bukak lappy. Semalam lepas balik dari kampung kita pi lepak kat Aeon untuk mencuci mata hahaha. Memang orang ramai macam semut semua heboh nak bershopping maklumlah nak krismas ni dan nak bukak sekolah semua sebuk nak cari barang kan.

Aku ni kalau bab perfumes ni memang hantu sikit hahaha, hari tu dah bagi mama my perfumes yang selalu aku dalam handbag. Aku memang suka spare perfumes avon dalam handbag, tak kuasa nak bawa si britney dan j.lo sebab dia 100ml dah macam batu je bag aku hahaha, so memang letak women of erth dalam handbag tapi bagi kat mama sebab dia cakap bau wangi.

So semalam lalu kat the body shop tengok-tengok perfumes dia, memang nak beli yang kecik je supaya senang nak bawa ke hulu hilir. Sebenarnya memang tak pernah pakai perfumes the body shop ni. Ni first time pakai, bau dia memang wangi...so aku pilih yang pati punya iaitu er the parfum sebab tahan 8 jam gitu. Kecik-kecik 15ml pun harga rm55. Tapi sebab wangiiii sangat kita beli la sebijikkk. Aku beli yang madagascan vanilla flower. Bau dia vanilla dan sexy sweet je. Tahan lama juga dalam 6-8 jam gitu. Yang ni memang stock dalam handbag hehehe.

Lagi satu, ada jugak yang lain aku suka sangat bau Perfumes the body shop dream unlimited dan Love etc, bau dia so sweet dan romantic tau. Tu tak ada bajet sebab rm 100 lebih gitu, maybe si jlo dan britney tiggal sisa baru nak beli kot hehehe. Suka sangat bau perfumes tu. Korang suka perfumes apa ye kat the body shop??

Ni aku punya hehehe.







SHARE:

Friday, December 21, 2012

Perfumes yang best.




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.

Lama tak update sebab sekarang bergembira di rumah sambil relax-relax hahaha.
Ok ada juga pertanyaan tentang perfumes. Seronottt sangat bila memiliki perfumes yang sesuai dengan jiwa kita kan. Rasa lebih berkeyakinan dan hebakk je.

Kali ni aku nak share perfumes yang pernah aku try dan aku olah sedikit tentang bau dia tu. Saja nak sharing is caring, kalau shopping kat online shop memang sukar kita tak boleh nak bau so bila ada info sikit bolehlah decide mana nak beli kan. Memang beli blog shop lagi murah dari kaunter macam aku beli benda ni.

Sebenarnya aku adalah hantu perfumess hak hak hak..

ok jom aku kenalkan perfumes yang pernah aku pakai, cium, dan miliki. ni pendapat aku la, citarasa aku..kalau ok i say ok kalau k.o tetap aku cakap k.o. So, bau perfumes ni melambangkan personaliti seseorang..aku ni nak kata lembut tak juga, ganas sangat pun tak juga. so apa? hahaha. ok jom kita review perfumes yang pernah aku guna.

Jennifer Lopez Live Luxe

Jenama ni aku beli sebab aku terpedaya dengan Sasa best selebriti perfume hahaha...tapi best juga bau dia. Bau dia manis-manis mengoda gitu, tak terlalu kuat tapi lebih rasa segar je. Pada aku tak la long lasting sangat walaupun original perfumes, maybe kat aku je kot, kena sembur banyak sikit baru tahan lama hehehe. Tapi bau dia memang sangat segar je, rasa suka je ciumnya. Kalau korang rasa nak segar sentiasa bolehlah try perfumes ni. Aku suka pakai bila nak pi class. I like!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmmfhNoJIuja4iPSq97RPg-_ErFNfJt2mClRgR3Ob6L1xkURgi3WEaCMx8G4fSgTGNsDrLGsAlAPo4aU3w1zqjptVEkeS1Oz1zfNTQFr9k0v_DdaHFrPzf7LAadDY5usw_MvQVZYkGGXJN/s1600/IMAG0884.jpg


Fantasy Britney Spears.

Serius pakai rasa macam dalam fantasi. Ni memang long lasting bau dia. Sembur pagi sampai ke malam melekat bau dia. Bau dia sweet-sweet sexy gitu. Rasa macam diawangan je hehehe. Kalau aku sesaja nak keluar pagi balik malam or keluar lelama aku prefer pakai yang ni sebab bau dia sangat mengancam rasa macam artis u olls. Bau dia lembut tapi makin lama, makin wangi dan manis sahaja. Sembur kat tudung, confirm 2-3 still ada bau lagi hehehe. suka bangat!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgg1FyayDVJ-u0P8NTOTex3QFlvIfnn1-9mujg3kgcuCnK_plclZroTeDiwtCDSBPFG4Y1r8SE0NQqs62-N38WgDbHJrIpk9GTMMAWNmtYJRFUawGrqBt_f4ZML9PDf2N4Iy-KFbDLMFW1A/s1600/hyponese.jpg



Hypnose Lancome.

Jika  korang rasa macam tak yakin n tak ada semangat ye..aku suggest korang pakai hypnose ni. Serius rasa macam begitu berkeyakinan je ececece..serius wa cakap sama lu ye. Bau dia sweet tapi rasa macam rich je. Bila hidu tu rasa macam uhhhh ada urmm tau. Susah nak gambarkan perasaan itu sebab yang try je tau. Memang setiap perfumes yang berbeza kita akan rasa mood yang berbeza so pilihan di tangan anda. Mudah aku cakap korang maybe akan rasa macam lebih yakin dan rasa mature je.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFJ9MeKTIGwUeZqGxg-rrFYq_rWDu3wce2p9h2Y0YoW1xdtn2QdwS2r1fBCIvTDKuULf_hWZTQQKt3Y8t3B2m4Nf8__IqUWc84xaiWjM0hgOWf6iSitIno4TgXfUR4beGNoYXsezFmClxB/s1600/armani.jpg

Idole d'armani

Perfumes ni suka sangat, masa tu aku study kat USM pakai perfume ni. Bau dia romantikk sangat. Bau yang soft tapi (maybe sesuai dengan aku kot) makin lama bau dia makin kuat tapi taklah kuat sampai nak terpengsan kan..macam menusuk kalbu. Tahan lama juga..serius nanti nak beli lagi sebotol. 


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrnzzU6VaOFSpyt6X9DtR6GJsICAw2FwcTiK5hT_BZUbl2mllAlrHTYy3_WfPiYeHRXm7fuA77XcUcmLJctiULQ0szRD6sz0NfctLGj0mJ6W-MQjk0sfdArrCooXkp3rq2amwcKI7zL5zU/s1600/sun+flower.jpg

Sunflowers Elizabeth Arden

Fresh, sweet dan cool. Bau yang soft tu akan buat korang rasa sangat selesa. Aku pernah repeat 2kali beli perfumes ni. Tapi tak la long lasting sangat, kena rajin menyembur sebab dia EDT je. Bau dia ala-ala Escada Rockin Rio dan, Escada Sunset.


Gucci Envy me.

Serius!, korang rasa cemburu bila cium bau ni. Rasa nak memilikinya 1 hehe. Bau dia ala-ala rose yang sweet dan sexy je. Sesuai dengan jiwa kewanitaan rasa macam sopan dan lemah lembut je. I love it. Aku pernah beli sebotol..terasa cepat betul kosong botol itu kerana terlalu cinta akan di kau.

Yang lain tu biarlah aku senaraikan gitu-gitu je, malas nak upload gambar banyak sangat :

Cacharel - Amor Amor- Rasa macam manis-manis je, yang suka perfumes sweet-sweet is very nice.
DKNY - fresh blossom- Lembut tapi macam strong pada kau, sakit kepada pass pada akak.
Issey Miyake-leau iskey- poning, bau strong sangat hahaha.
Hugo Boss- boss intense- so sweet dan sexy girl bila pakai. Terawang di angkasa. Best!
Lancome-miracle- stock-stock sweet juga. 
Hugo Boss - X X women- Serius memang wangi, bau dia sexy woo tapi bau dia buat aku kesakitan kepalaan je,

Sekarang ni wist list nak memiliki 3 perfumes ini hahaha, adakah menjadi kenyataan?? $$$$$$$$

Carolina Herrera 212 Sexy


Coco Mademoiselle Chanel Paris

Katy Perry Purr


So korang share la brand yang pernah korang pakai?? mana tahu ada yang best, perlu dicuba? hehehe..
explain sikit baunya tu ye :)

bye :)



SHARE:

Thursday, December 13, 2012

Nak Samsung Galaxy Note II

Assalamualaikum,

Adore sangat pada handphong ni.

cun beb warna putih.


Entah kenapa terjatuh cinta pada brand Samsung walaupun aku pengemar Apple.

Sangat sweet macam gula-gula nakk satuu.


Tapi yang note 1 tu ada color pink tau, yang note 2 tu ada black dan white je.


tapi tapiiii yang galaxy note II yang lagikk powerkan??

 so korang yang pakai note I dan note II tu bagila komen sikit, kalau tak banyak beza, aku prefer ambil yang note I je sebab ada pink! kalau banyakkkk advantage and bezaaaa kena ambil yang note II la..

amboiii ambil??banyakk duit kau? ok wish list je, dapat tak dapat lain cerita kannn kann kan. Si new ipad ni pun tak terjaga, huahuahauhau...



p/s: memang gila gajet le..so cee bagi pendapat sikit.


 

Hadoiiii memang pink sangat mengancammm uolls!!!



lagi comel dengan casing bear yang comey lotey ni rasa macam kanak-kanak je hehehe.

ok bye! 


gambar from google.

+nak kasi hadiah kat I pun boleh :))



SHARE:

Pil Kurus Duromine.

Assalamualaikum semua.

Ramai sangat nak kuruskan sampai nak take pil yang boleh melayang-layangkan nyawa anda.
Kali ini aku nak share pil kurus Duromine yang memang berjaya kuruskan badan tapiiiiiiiiiiiiii

banyakkkkkkk sangat kesan sampingan. Kepada sesiapa yang nak ambil pil ni fikirlah masak-masak dulu sebelum anda kena masak.


Jom kenal apa itu Duromine.


Duromine yang mempunyai bahan aktif Phentermine merupakan ubat kurus atau pelangsing yg dikatakan mampu membantu dlm usaha menurunkan berat badan. Walaubagaimanapun, ia hanya boleh dijual kepada individu yang mempunyai masalah obesiti atau gemuk keterlaluan dengan menunjukkan surat kebenaran dari doktor bertauliah. Ia biasanya hanya akan disyorkan kepada pesakit sebagai pilihan terakhir sekiranya usaha berdiet serta senaman gagal menunjukkan hasil bagi menurunkan berat badan.

Bagaimanapun, phentermine hanya dibenarkan digunakan dalam dos tertentu kerana dibimbangi boleh menyebabkan ketagihan teruk. Duromine menyebabkan si pemakan hilang selera makan berikutan pusat saraf tertentu pada otak dimatikan.Akibatnya pengguna akan berasa beberapa kesan sampingan seperti tekanan emosi, jantung semakin cepat berdenyut, bibir kering, masalah jantung, muntah dan mengantuk dan beberapa kesan buruk lain.Disebabkan kesan sampingan itu, pesakit jantung, penghidap sawan, wanita hamil, pesakit jiwa dan penagih dadah atau alkohol dilarang menggunakannya sama sekali.
 
P/s: Serius aku cakap ubat ni sangat bahaya so jangan sesekali nak cuba, nanti takut rosak satu badan. Merana seumur hidup hang..

Duramine dalam kosmo :

KUALA LUMPUR – Keinginan mempunyai badan yang cantik dan langsing dengan cepat menyebabkan sebilangan pengguna hari ini tidak menghiraukan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan yang boleh membahayakan diri mereka.
Ada antara mereka yang cuba mengambil jalan singkat untuk mengurangkan berat badan tanpa mengamalkan diet yang seimbang sehingga menyebabkan mereka menderita penyakit seperti bulimia (memuntahkan makanan) dan anoreksia (takut untuk makan).
Lebih membimbangkan, terdapat pihak yang terlalu taksub dengan kempen penjualan pil-pil kurus seperti pil Duromine yang sebenarnya boleh memberikan kesan buruk kepada diri sendiri.
Pil berkenaan tidak boleh dibeli di farmasi ataupun kedai ubat kerana ia merupakan ubat kawalan dan boleh didapati melalui preskripsi doktor sahaja.
Menurut seorang pengamal perubatan, Dr. Hamdi Mohd. Noor (gambar kecil), pil Duromine sebenarnya hanya dibenarkan kepada mereka yang mengalami risiko perubatan sekiranya terus mempunyai berat badan berlebihan.
Beliau berkata, pil tersebut akan bertindak merangsang otak untuk mengawal selera makan seseorang.
“Duromine juga cuma diberikan kepada mereka yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang melebihi 30 agar berat badan mereka dapat dikurangkan.
“Ia selalunya diambil untuk tempoh masa yang singkat dan sekiranya tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas dua minggu maka pengambilannya harus dihentikan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Dalam perkembangan yang sama, Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Dr. Norfazilawaty Abdul Latif memberitahu, pil tersebut mempunyai banyak kesan sampingan yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.
“Sesiapa yang mengambil pil tersebut sebenarnya berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti kegagalan buah pinggang, gangguan atau susah untuk tidur, sembelit, mati pucuk dan banyak lagi.
“Pil tersebut juga akan mengganggu metabolisme hati di mana hati tidak dapat memproses glukosa dengan sempurna dan akhirnya ia akan menjejaskan kesihatan,” katanya.
Tambah Norfazilawaty, pengambilan pil tersebut merupakan jalan terakhir kepada mereka yang mengalami masalah berat badan kerana ia bukanlah cara yang betul untuk mengurangkan berat badan.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan supaya mengubah cara hidup yang sedia ada kepada amalan yang lebih sihat.
Ujarnya, menjaga pemakanan, bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang merupakan cara yang sihat dan tidak membahayakan kesihatan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm#ixzz2EvdGG3Qq

P/s: Cik Farah tak jual pil ni ye, sekadar perkongsian sahaja, yang PM Cik Farah pasal pil ni harap maaf, memang tak pernah jual..
SHARE:

Kebaikan dan Keburukan DIet Atkins.



Kebaikan.

Diet Atkins memang terbukti berkesan menurunkan berat badan, kenapa ? Dalam amalan Atkins, karbohidrat disingkirkan terus daripada pemakanan yang kita ambil. setiap makanan yang diambil terdapat 3 unsur penting iaitu karbohirat,protein dan lemak. Apabila salah satu daripadanya (karbohidrat) sudah di ‘keluarkan’ dari senarai pengambilan seharian, bererti pengamalnya juga telah berjaya mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, sekaligus membawa kepada penurunan berat badan.

Apabila pengambilan karbohidrat dikurangkan, yang tinggal sama ada untuk bergantung kepada makanan berasaskan protein ataupun lemak ke dalam diet pemakanan.kebanyakan makanan berlemak mengandugi gula, dan gula mempunyai karbohidrat ringkas yang tinggi, Jadi pengamal terpaksa melupakan lemak dan hanya mengambil protein.
protein pula mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Malah badan memerlukan banyak tenaga (kalori) untuk menukarkan protein sebagai sumber tenaga, dan ini membawa kepada peningkatan kadar metabolisma, sekaligus menurun berat badan.



Keburukan 

Pengambilan protein yang banyak boleh menyebabkan kita mungkin mengambil banyak kolestrol, contohnya makanan laut seperti udang dan ikan, ianya adalah berprotein tinggi, namun hampir kesemuanya mengandungi kolestrol. Pengambilan makanan berlemak secara berterusan juga akan memaksa badan kita untuk menghasilkan lebih kolestrol di dalam badan kita. Kesan kolestrol? macam-macam, yang paling utama sakit jantung.
Selain itu, tidak mustahil juga untuk turun berat badan dalam kadar yang pantas, namun jangan terkejut jika hasilnya kelak adalah bentuk badan yang kurus-lembik, kerana proses penurunan pantas itu hanya melibatkan penurunan berat air dan otot yang banyak.

Sumber : http://jusmate5best.com/blog/diet-atkins-kebaikan-dan-keburukan/



Kritikan Diet Atkins.

Konsep diet Atkins ini mudah, iaitu meletakkan tubuh badan kita dalam peringkat ‘ketosis’ – peringkat di mana tubuh badan menggunakan ketones bodies (ketones), iaitu produk sampingan untuk metabolisma protein, sebagai sumber tenaga. Ketosis mengurangkan selera makan dan membuatkan nafas berbau. Terdapat juga kajian pakar yang menunjukkan ia mampu memberi kesan kepada ketumpatan tulang (ostreoporosis) dan merosakkan buah pinggang, jika diamalkan secara berterusan, untuk jangka masa panjang. Selain itu, ketosis juga membawa kepada penghasilan Uric Acid, iaitu penyebab kepada penyakit-penyakit seperti gout (sakit sendi) dan batu karang.

Kita mungkin mengambil terlalu banyak lemak dan kolestrol sekiranya terlalu bergantung kepada sumber protein dan lemak. Meskipun makanan laut seperti udang dan ikan adalah berprotein tinggi, namun hampir kesemuanya mengandungi kolestrol. Pengambilan makanan berlemak secara berterusan juga akan memaksa badan kita untuk menghasilkan lebih kolestrol di dalam badan kita. Kesan kolestrol? Rasa-rasanya para pembaca sendiri mesti sudah mengetahui kesan paras kolestrol yang tinggi di dalam darah.

Selain itu, tidak mustahil juga untuk turun berat badan dalam kadar yang pantas, namun jangan terkejut jika hasilnya kelak adalah bentuk badan yang ‘skinny-fat-look‘ dan bukannya ‘ripped – nampak definisi otot’) kerana proses penurunan pantas itu hanya melibatkan banyak penurunan berat air dan otot yang banyak.

Apabila sumber karbohidrat menjadi sangat kurang dan defisit, badan akan mula merujuk kepada hati untuk mendapatkan glycogen sebagai sumber tenaga alternatif (masih ingat 4 hierarki tenaga yang aku ceritakan dahulu?). Badan memerlukan 3g air untuk setiap 1g glycogen yang disimpan, dan sebaliknya jika glycogen itu diguna pakai (reverse process). Bayangkan berapa banyak air yang akan hilang untuk setiap glycogen yang diguna pakai. Ramai yang mendakwa berat yang banyak turun ketika fasa pertama Atkins (atau low-carb diet yang lain) adalah penurunan lemak, tetapi hakikatnya kehilangan air juga banyak berlaku. Dan untuk menampung jumlah air yang hilang, pengamal Atkins juga harus minum jumlah air yang sangat banyak untuk memastikan diri dihidratkan semula.

Dari segi ekonomi, Atkins diet memerlukan banyak belanja. Para pembaca perlu ingat, harga pasaran untuk makanan berasaskan protein adalah mahal. Sebiji telur saiz A yang mengandungi 6.3g protein (dalam 30 sen sebiji) adalah jauh LEBIH MAHAL berbanding 2 sudu teh gula (berapa senlah sangat) yang mengandungi 8.4g karbohidrat. Itu baru aku ambil contoh sumber protein termurah, bayangkan kalau ayam, daging, ikan, dan makanan laut yang lain. Rasa-rasanya kalian mampu untuk makan protein semata-mata sepanjang hayat? Bagaimana pula dengan golongan yang berpendapatan rendah seperti aku?

Diet Atkins direka untuk orang barat

Atkins diet ini direka berdasarkan konsep hidangan makanan barat. Berbeza dengan corak pemakanan di negara kita, di barat makanan utama mereka adalah berasaskan sumber protein seperti ayam, daging, dan makanan-makanan laut, walhal corak pemakanan negara kita dan negara-negara Asia yang lain adalah berasaskan sumber karbohidrat seperti nasi, sebagai hidangan utama. Lihat sahaja contoh terdekat seperti KFC, di mana ayam goreng merupakan hidangan utama, manakala sumber karbohidrat seperti roti bun kecil dan kentang putar adalah sebagai makanan sampingan (side-dish).

Ingat, makanan utama kita adalah nasi, makanan utama orang Asia itu adalah nasi! Mengapa orang kita sering menyalahkan nasi, sedangkan nasi itu tidak bersalah. Yang bersalah adalah nafsu kita – makan sepinggan nasi secara penuh membubu walhal kerjanya bukanlah membanting tulang di sawah, mahupun bekerja kontrak di bawah matahari terik. Malah, orang barat sendiri sebenarnya kagum dengan diet orang Asia, terutamanya Asia Timur yang terbukti berkhasiat dan menyihatkan, malah rata-rata di kalangan golongan veteran mereka yang berpegang pada makanan tradisi hidup hampir 100 tahun! Makanan tradisi? Apa yang mereka makan? Ya, mereka makan nasi sebagai hidangan utama, malah nasi mereka juga jauh lebih berkanji berbanding yang terdapat di negara kita. Namun berapa banyak nasi yang mereka ambil dalam satu hidangan? Lihat sendiri dalam hidangan sushi itu sendiri, berapa banyak nasi yang dipakai?

sumber: http://sususejat.com/diet-dari-barat-bukan-untuk-orang-malaysia/


Pada pendapat aku, tak perlulah korang amalkan diet atkins ni sebab dia beri kesan jangka masa panjang. Memanglah berat akan turun tapi akan membahayakan kesihatan. Dietlah secara sihat, memang mustahil makan ubat harga ribu raban boleh kurus kalau tak diet, senaman atau makan apa saja melainkan kalau ubat tu ada mengandungi dadah/racun yang boleh beri korang hilang terus selera makan atau rasa kenyang sepanjang hari. Karbohidrat memang tak boleh skip tapi korang kena kurangkan pengambilannya tu dah better daripada terus tak ambil dan boleh buat korang pening, loya, dan pengsan. Macam aku, aku hanya take nasi sekali sehari dengan kuantiti yang sikit dan kalau lapar lebih suka minum quaker out, nestum atau bijirin. Kalau pergi dinner pun just take bihun sup/tomyam. Kalau kita kurus pun tapi ada penyakit tak best jugakan. Kita mestilah nak sihat, cantik dan kurus. Kalau kurus tapi sikit-sikit dah pening, loya dan selalu pengsan..memang susahlah tu. Tu tandanya cari penyakit. Say sorry la pada yang memang degil dengan cara begini. Kalau korang happy teruskanla..tepuk kepala pening ke tak???

Kadang-kadang diet yang keterlaluan ni macam tak ada nikmat hidup la pula. Semua tak boleh makan kan. So kalau korang rasa nak makan something, lebih baik korang makan je (tapi berpada-padalah) , kang dah tua/sakit tersadai kang orang bagi makan macam-macam pun dah tak larat makan..tu la yang dikatakan diet hahaha.
so dietlah secara berhemah jangan sampai macam rangka berjalan pula..tak syok langsung macam tu.



SHARE:

Adore pada baby G Casio.

Assalamualaikum dan selamat pagi, semalam kecoh dengan tarikh cantik 12.12.12. so hari ni nak update 13.12.12. Mesti ramai yang take tarikh 12 12 12 tu dengan tarikh special seperti pernikahan dan pertunangan, lagi pun time cuti sekolah kannn. so nak pilih tarikh cantik tahun depan apa ye?

13.3.13 kot hahaha mustahilll...atau 11.12.13 cun juga haha..merepek je la.

Ok stop pasal tarikh-tarikh tu ye.
Kalau lalu kedai jam mesti suka tengok baby G Casio yang sangat comel dan nampak sporty tu, terasa nak memilikinya sebijik tapi jam dah banyak.


Sweet kan Baby G Casio putih ni, ada skodeng-skodeng kat kedai harga dalam RM300 ke atas. Memang sweet sangat :)



Memang suka sangat yang ni, ada analog dan digital sama macam kat atas tapi lebih smart :) suka warna pinky tu.



Ni pun sweet juga tapi nampak serabut sikit. Tapi kalau yang bagi gift tu I terima dengan senyuman :)


 Yang ni nampak feminin sikit. tapi memang cun la. Yang bold dia keemasan tu cun.



Merah menyala semangat waja hahaaha. Cun juga nampak berani je.

Nak sangat memiliki sejibikk ini jam, cek nuffang sudah sampai. Rasa nak beli jam je..ohhhh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.





SHARE:
Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH