Thursday, December 13, 2012

Kebaikan dan Keburukan DIet Atkins.



Kebaikan.

Diet Atkins memang terbukti berkesan menurunkan berat badan, kenapa ? Dalam amalan Atkins, karbohidrat disingkirkan terus daripada pemakanan yang kita ambil. setiap makanan yang diambil terdapat 3 unsur penting iaitu karbohirat,protein dan lemak. Apabila salah satu daripadanya (karbohidrat) sudah di ‘keluarkan’ dari senarai pengambilan seharian, bererti pengamalnya juga telah berjaya mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, sekaligus membawa kepada penurunan berat badan.

Apabila pengambilan karbohidrat dikurangkan, yang tinggal sama ada untuk bergantung kepada makanan berasaskan protein ataupun lemak ke dalam diet pemakanan.kebanyakan makanan berlemak mengandugi gula, dan gula mempunyai karbohidrat ringkas yang tinggi, Jadi pengamal terpaksa melupakan lemak dan hanya mengambil protein.
protein pula mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Malah badan memerlukan banyak tenaga (kalori) untuk menukarkan protein sebagai sumber tenaga, dan ini membawa kepada peningkatan kadar metabolisma, sekaligus menurun berat badan.



Keburukan 

Pengambilan protein yang banyak boleh menyebabkan kita mungkin mengambil banyak kolestrol, contohnya makanan laut seperti udang dan ikan, ianya adalah berprotein tinggi, namun hampir kesemuanya mengandungi kolestrol. Pengambilan makanan berlemak secara berterusan juga akan memaksa badan kita untuk menghasilkan lebih kolestrol di dalam badan kita. Kesan kolestrol? macam-macam, yang paling utama sakit jantung.
Selain itu, tidak mustahil juga untuk turun berat badan dalam kadar yang pantas, namun jangan terkejut jika hasilnya kelak adalah bentuk badan yang kurus-lembik, kerana proses penurunan pantas itu hanya melibatkan penurunan berat air dan otot yang banyak.

Sumber : http://jusmate5best.com/blog/diet-atkins-kebaikan-dan-keburukan/



Kritikan Diet Atkins.

Konsep diet Atkins ini mudah, iaitu meletakkan tubuh badan kita dalam peringkat ‘ketosis’ – peringkat di mana tubuh badan menggunakan ketones bodies (ketones), iaitu produk sampingan untuk metabolisma protein, sebagai sumber tenaga. Ketosis mengurangkan selera makan dan membuatkan nafas berbau. Terdapat juga kajian pakar yang menunjukkan ia mampu memberi kesan kepada ketumpatan tulang (ostreoporosis) dan merosakkan buah pinggang, jika diamalkan secara berterusan, untuk jangka masa panjang. Selain itu, ketosis juga membawa kepada penghasilan Uric Acid, iaitu penyebab kepada penyakit-penyakit seperti gout (sakit sendi) dan batu karang.

Kita mungkin mengambil terlalu banyak lemak dan kolestrol sekiranya terlalu bergantung kepada sumber protein dan lemak. Meskipun makanan laut seperti udang dan ikan adalah berprotein tinggi, namun hampir kesemuanya mengandungi kolestrol. Pengambilan makanan berlemak secara berterusan juga akan memaksa badan kita untuk menghasilkan lebih kolestrol di dalam badan kita. Kesan kolestrol? Rasa-rasanya para pembaca sendiri mesti sudah mengetahui kesan paras kolestrol yang tinggi di dalam darah.

Selain itu, tidak mustahil juga untuk turun berat badan dalam kadar yang pantas, namun jangan terkejut jika hasilnya kelak adalah bentuk badan yang ‘skinny-fat-look‘ dan bukannya ‘ripped – nampak definisi otot’) kerana proses penurunan pantas itu hanya melibatkan banyak penurunan berat air dan otot yang banyak.

Apabila sumber karbohidrat menjadi sangat kurang dan defisit, badan akan mula merujuk kepada hati untuk mendapatkan glycogen sebagai sumber tenaga alternatif (masih ingat 4 hierarki tenaga yang aku ceritakan dahulu?). Badan memerlukan 3g air untuk setiap 1g glycogen yang disimpan, dan sebaliknya jika glycogen itu diguna pakai (reverse process). Bayangkan berapa banyak air yang akan hilang untuk setiap glycogen yang diguna pakai. Ramai yang mendakwa berat yang banyak turun ketika fasa pertama Atkins (atau low-carb diet yang lain) adalah penurunan lemak, tetapi hakikatnya kehilangan air juga banyak berlaku. Dan untuk menampung jumlah air yang hilang, pengamal Atkins juga harus minum jumlah air yang sangat banyak untuk memastikan diri dihidratkan semula.

Dari segi ekonomi, Atkins diet memerlukan banyak belanja. Para pembaca perlu ingat, harga pasaran untuk makanan berasaskan protein adalah mahal. Sebiji telur saiz A yang mengandungi 6.3g protein (dalam 30 sen sebiji) adalah jauh LEBIH MAHAL berbanding 2 sudu teh gula (berapa senlah sangat) yang mengandungi 8.4g karbohidrat. Itu baru aku ambil contoh sumber protein termurah, bayangkan kalau ayam, daging, ikan, dan makanan laut yang lain. Rasa-rasanya kalian mampu untuk makan protein semata-mata sepanjang hayat? Bagaimana pula dengan golongan yang berpendapatan rendah seperti aku?

Diet Atkins direka untuk orang barat

Atkins diet ini direka berdasarkan konsep hidangan makanan barat. Berbeza dengan corak pemakanan di negara kita, di barat makanan utama mereka adalah berasaskan sumber protein seperti ayam, daging, dan makanan-makanan laut, walhal corak pemakanan negara kita dan negara-negara Asia yang lain adalah berasaskan sumber karbohidrat seperti nasi, sebagai hidangan utama. Lihat sahaja contoh terdekat seperti KFC, di mana ayam goreng merupakan hidangan utama, manakala sumber karbohidrat seperti roti bun kecil dan kentang putar adalah sebagai makanan sampingan (side-dish).

Ingat, makanan utama kita adalah nasi, makanan utama orang Asia itu adalah nasi! Mengapa orang kita sering menyalahkan nasi, sedangkan nasi itu tidak bersalah. Yang bersalah adalah nafsu kita – makan sepinggan nasi secara penuh membubu walhal kerjanya bukanlah membanting tulang di sawah, mahupun bekerja kontrak di bawah matahari terik. Malah, orang barat sendiri sebenarnya kagum dengan diet orang Asia, terutamanya Asia Timur yang terbukti berkhasiat dan menyihatkan, malah rata-rata di kalangan golongan veteran mereka yang berpegang pada makanan tradisi hidup hampir 100 tahun! Makanan tradisi? Apa yang mereka makan? Ya, mereka makan nasi sebagai hidangan utama, malah nasi mereka juga jauh lebih berkanji berbanding yang terdapat di negara kita. Namun berapa banyak nasi yang mereka ambil dalam satu hidangan? Lihat sendiri dalam hidangan sushi itu sendiri, berapa banyak nasi yang dipakai?

sumber: http://sususejat.com/diet-dari-barat-bukan-untuk-orang-malaysia/


Pada pendapat aku, tak perlulah korang amalkan diet atkins ni sebab dia beri kesan jangka masa panjang. Memanglah berat akan turun tapi akan membahayakan kesihatan. Dietlah secara sihat, memang mustahil makan ubat harga ribu raban boleh kurus kalau tak diet, senaman atau makan apa saja melainkan kalau ubat tu ada mengandungi dadah/racun yang boleh beri korang hilang terus selera makan atau rasa kenyang sepanjang hari. Karbohidrat memang tak boleh skip tapi korang kena kurangkan pengambilannya tu dah better daripada terus tak ambil dan boleh buat korang pening, loya, dan pengsan. Macam aku, aku hanya take nasi sekali sehari dengan kuantiti yang sikit dan kalau lapar lebih suka minum quaker out, nestum atau bijirin. Kalau pergi dinner pun just take bihun sup/tomyam. Kalau kita kurus pun tapi ada penyakit tak best jugakan. Kita mestilah nak sihat, cantik dan kurus. Kalau kurus tapi sikit-sikit dah pening, loya dan selalu pengsan..memang susahlah tu. Tu tandanya cari penyakit. Say sorry la pada yang memang degil dengan cara begini. Kalau korang happy teruskanla..tepuk kepala pening ke tak???

Kadang-kadang diet yang keterlaluan ni macam tak ada nikmat hidup la pula. Semua tak boleh makan kan. So kalau korang rasa nak makan something, lebih baik korang makan je (tapi berpada-padalah) , kang dah tua/sakit tersadai kang orang bagi makan macam-macam pun dah tak larat makan..tu la yang dikatakan diet hahaha.
so dietlah secara berhemah jangan sampai macam rangka berjalan pula..tak syok langsung macam tu.



SHARE:

20 comments

  1. kena diet pelan2..kita sendiri kawal makan..

    ReplyDelete
  2. atkins ni sesuai utk org barat je kan. kita org Asia ni diet la secara berhemah. byk je kwn2 yg kurus tp x sihat. xbest la centu kn.

    ReplyDelete
  3. @Aesya Zealous

    btul tu, kalau kurus tapi sakit susah juga.

    ReplyDelete
  4. baru nk suh hubby diet cara nie ... cancel !! hehe thnx utk info nie ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis,ramai je yg da cuba diet ni.ramai yg mula dgn penyakit mcm kencing manis, gout, darah tggi n dll.bile bt diet ni penyakit pom jd normal balik.ada sorg tu smpai doktor yg selalu pantau penyakit drh tggi dia nk cuba jgk diet atkin ni.mmg diet atkins ni ada buruknya jgk.kolesterol tggi.tp bkn smpai mati kami nk bt diet ni.bile penyakit n masalah obesiti da dpt dikawal n dpt berat ideal,kami blh je mkn nasi sume tu.cuma kena had la.spya mkn secaea bersederhana bknnya melantak.bg yg kencing manis mmg doktor syorkan utk kurangkn nasi n gula.kita mmg org asia.tp org asia ke barat ke tetap dpt jgk kencing manis.sy rasa better sis cari lbh byk info lg.lps tu baru sis pk balik nk suh hubby sis diet atkin ke x.sis blh buka blog bicikut.blogspot.com..dia antara salah seorg yg da berjaya dlm diet atkins ni

      Delete
    2. Actually i dah buat diet ini, alhamdulillah telah hilang 14 KG dalam masa sebulan. selepas itu sy mengambil nasi semula dlm kadar yang sedikit. So Far sihat sehingga sekarang. Sebab tu kena ada ilmu bkn main ikut diet shj. isu bahaya sekiranya berada di fasa 1 terlalu lama. dietlah ikut kesesuaian tubuh badan. yang peting sisiplin okey....selamat berdiet semua..:)

      Delete
  5. Hello Semua Warga Malaysia Fat Burner
    Adakah tahu Green Coffee Bean Extract Fat burner boleh bantu kamu kurunkan badan dan bakar lemak cepat tanpa diet? Lagipun 100% halal
    www.malaysiafatburner.com

    ReplyDelete
  6. @Puan Ira
    suka la byk info bgs, mesti cik nur farah ni org terpelajar,,

    ReplyDelete
  7. Very informative post. Let me share 1 interesting video berkaitan fenomenal Magic Diet di Amerika. Ini slot dari program bual bicara ABCTV di USA. Just go and watch at http://tinyurl.com/kwuwuqu

    ReplyDelete
  8. untuk kesan yang baik, mestilah mengikut TEKNIK KURUS DENGAN ATKINS yang sebenar...

    ReplyDelete
  9. kebanyakkan yg mengamalkan diet atkins nie semuanya sihat2 belaka.. bukan tak consume karbo langsung.. karbo bukan hanya ada pada nasi..

    pengamal diet nie tak sekat makan.. takde istilah lapa...

    boleh refer dkt sini
    http://bicikut.blogspot.com/

    salah seorang pengamal atkins yg berjaya turunkan berat badan dan juga sihat

    ReplyDelete
  10. Lain org lain pndangan..diet atkins ade fasa-fasa..kalau ikut..mmg xde masalah..kaji dulu..baru tau baik buruk....:-)

    ReplyDelete
  11. Lain org lain pndangan..diet atkins ade fasa-fasa..kalau ikut..mmg xde masalah..kaji dulu..baru tau baik buruk....:-)

    ReplyDelete
  12. diet atkins adalah bahaya sekiranya kita tidak mengikut peraturan dan cara yang betul.Sebenarnya ia adalah diet yang selamat,Pemakanan protein yang berlebihan adalah tidak digalakkan , oleh sebab itu kita mestilah mempelbagaikan makanan kita bukan sekadar makan protein shj,sila tengok menu menu diet atkins di Malaysia dan luar.Pengambilan makanan yang cukup seimbang dari proteinnya,vitaminnya dan zat zat lain..pastikan anda faham dahulu apa itu diet atkins.
    contoh: Memandu kereta itu bahaya sekiranya kita tak tahu caranya..tapi apabila belajar dan tahu caranya..ianya menjadi mudah.

    IMHO

    ReplyDelete
  13. Ramainya yang menghentam pasal entry ini..saya kongsikan entry ni berdasarkan sumber yang telah saya kreditkan..jika salah info lebih baik menegur daripada menghentam tidak tentu tempat.. terima kasih semua.

    ReplyDelete
  14. Betul tu. Kawan saya amal diet ni. Buah pinggang dia masalah padahal dia ikut cara atkin mcm bykkn syur dan mnun ikut brt bdn. Lbh baik diet ikut calories.

    ReplyDelete
  15. sebab tu laa diet atkins ni ada 4 fasa... xkn nk buat fasa 1 smpai mati.... fasa 2 3 dgn 4 nk pegi mna... hahahhah

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH