Tuesday, May 31, 2011
Lepas Asmara 2, ada sambungan ke?
Assalamualaikum..
Aku ni memang tak miss tengok drama Asmara 2 di TV3. Yang siri 1 aku tak tengok pun tapi yang kedua memang melekat sampai akhir episod. Memang rasa tak sabar tunggu hari Selasa sebab nak mengadap cerita ni.
Dan malam ni episod terakhir dan rasa tak sabar-sabar nak tahu endingnya. Tapi rasa kecewa dengan endingnya sebab Asmara dan Zalia tak bersama. Dan endingnya seolah-olah tergantung. Mungkinkah ada Asmara 3 yang lebih menyentuh hati? Aku pun tak tahu tapi kalau ada mesti meletopkan.. :)
Adakah cerita seterusnya akan menarik aku sampai melekat sampai last episod..entahlah.. Selain Asmara 2..aku tengok Juvana.. memang best!
OK sampai sini je..daaa.
Sunday, May 29, 2011
Koleksi Header Miss Farah
Assalamualaikum dan selamat malam..
Malam ni aku nak tunjuk header dari hasil tangan aku. Header ni aku guna dari awal aku berblog sampai sekarang. Alhamdulilah semua makin improve berbanding dulu-dulu. Aku juga sekarang tengah cuba meningkatkan taraf kemahiran Photoshop aku..cuba dan cuba.. Dan ada hajat nak ambil tempahan header dan template blog.. Jom tengok.. Tak la cantik cuma comel macam tuannya hahaha :)
Itu sahaja koleksi header yang aku design sendirian berhad...

Blog My Hamster |
Itu sahaja koleksi header yang aku design sendirian berhad...
Korang nak kerr buat tempahan dengan aku?
Belong Sudah Bersalin Kulit Lagi..
Assalamualaikum dan selamat hari Ahad..
Esok jangan "monday sick" lagi..
Macam aku ni tak adanya monday2 sick sebab cuti hari Ahad je..
Ngah kira hari nak dapat gaji..hehehe.. Nak beli benda ini jugakk tak kira..
Sebenarnya aku kena limitkan belanja.. Paling kurang kena simpan 300 hengget untuk beli laptop baru..balance yang tak cukup kena la minta parent hahaha..
Sebenarnya nak bagitahu yang aku punya belong dan salin baju baru.. Cantekkk takk?
Amacam nak kerrr???

Sebenarnya aku saja nak testing buat 3 column ni sebab rasa nak sumbat macam2 kat sidebar.. Selama ni asyik pakai 2 column je so kena la ubah yang lain pula..
Thema tetap pink.. I love pinky..coz im girly hahaha..
Kalau aku buat tempahan header dan servis edit blog korang nak tak order kat aku??Semua tu tengah dalam perancangan aku..
Insyaallah aku akan buka tempahan
Edit BlogHeader biasa/transparentsBannerDesign Template Full
Saturday, May 28, 2011
Retak Menanti Gempa Bumi
Assalamualaikum..
Tak tahulah kenapa rasa sangat sedih..
Bukan meroyan tapi rasa geram sangat sampai sedih..
Apa korang buat kalau someone special korang tak pandai nak pujuk bila korang merajuk..
Mesti korang sedihkan..
Mak dan ayah aku pun pandai pujuk aku bila aku merajuk dengan mereka..
Tapi kalau someone special yang bakal menjadi soul mate langsung tak tahu nak pujuk korang..
Macam mana ye? After marriage adakah akan bahagia atau makan hati berulam usus perut?
Mungkin itu salah satu petunjuk dia bukan "cinta sejati" aku..
Kerana...
Jika dia adalah JODOH aku,
Aku mohon ENGKAU rapatkan dia dengan aku Ya ALLAH..
Permudahkan jodoh kami TAPI
Jika dia bukan jodohku, ENGKAU buangkan dia dari hatiku YA ALLAH..
Jauhkan aku darinya..
Temukan aku jodoh yang terbaik untukku di dunia dan akhirat
Amin
Thursday, May 26, 2011
Rasa nak Beli Ubat Kurus..
Assalamualaikum..
Yehaa hari ini sesaja buat halfday..tapi sebenarnya perut meragam dan kepala sakit so terpaksa merehatkan diri untuk tidur..ZZZZ
Entah apa mimpi semalam terasa nak slim dan solid macam model.
Nak kurus...
Nak beli ubat kurus..
Boleh ke?
Sebenarnya aku taklah gemuk gedabak sangat..tapi gemuklah juga..tembam versi gebu..muahaha..
Hari tu jumpa kawan lama dan dia kata aku dah kurus..terkejut juga. Aku tak rasa aku dah kurus..gemuk lagi adala.. Masa study dulu that mean masa di USM aku rasa badan aku tak naik macam sekarang.. Maklumlah kena naik tangga je..bilik tingkat 4..dah la tak ada liff..hambikk kau. Sekarang duduk rumah..pergi kerja balik kerja..( kerja pun duduk je ) so makin naik dan naik.. Tetiba rasa nak belari 1000km tanpa henti @___@
Sebenarnya benda ni tiba-tiba muncul dalam kepala otak aku.. "nak kurus dan cantik"..bukan kurus macam lidi ye..kurus yang seksi muahaha..(giler ke haper aku ni ).. Dan semalam tiba-tiba rajin nak search ubat apa yang bagus untuk kurus yang sihat..
Dalam kepala hotak aku cadang nak beli Lax 6 or 7 dari Ombak Besar. Sebab harganya berpatutan juga. Aku tinjau-tinjau ruangan forum semalam. Memang produk ini berkesan tapi ada effect yang membuatkan aku tak berani aka "tawar hati" nak testing. Ada yang kata boleh turun 10kg dan lebih dalam masa 2bulan tapi kalau tak ambil produk ini secara berterusan akan mengakibatkan sesak nafas dan berat badan akan naik secara mendadak.. Betul ke tak aku tak surelah tapi itu semua pendapat mereka.. Tapi eloklah kita buat research dulu sebelum gunakan kot ada kesan sampingan dikemudian hari. Tapi ada satu produk yang menarik perhatian aku sebab banyak thing positive tentang produk ini..
NH Detoxlim ni memang ada banyak variasi produk tapi yang popular produk adalah Natural Clenx Tea. Nak tahu pasal gosip produk ini boleh pergi SINI. Banyak jugalah yang positif tentang benda ni. Ini rasa nak kuatkan semangat nak cuba ni. Benda ni senang nak cari kat Watson dan Guardian pun ada. Nak try nak try juga.. Nanti bila aku try aku bagitahu korang semua yeee.. Info lagi sila ke SANA.. Ok daaaa.
P/s : Kepada sesiapa yang pernah cuba tea ni boleh la sharing-sharing..

Sunday, May 22, 2011
Tutorial 52 : Cara untuk Print Screen
Assalamualaikum dan selamat hujung minggu..
Hari ini aku nak ajar korang macam mana nak print screen macam gambar-gambar di bawah.
Hari ini aku nak ajar korang macam mana nak print screen macam gambar-gambar di bawah.
Print screen ini amat berguna untuk print blog orang ke..destop ke atau apa-apa yang korang nak. Cara ini lagi berkesan dan mudah daripada mengunakan kemera-kamera yang canggih manggih kerana itu semua membuang masa dan hasilnya tidak sehalus cara yang bakal aku ajar ini.
Benda alah ini sememangnya sudah lama wujud opps sudah sedia wujud kat laptop dan komputer korang melainkan laptop korang brand zaman batu dahulu kala :)
Rahsia untuk capture atau print screen ini tersembunyi di bahagian keypad lappy atau komputer korang. Kalau korang tak dapat cari butang rahsia itu memang tak dapatlah deng menolongnya..
Mula-mula korang kena cari butang ini..
Masih tak nampak..nak hambikk yang ini pula..
Butang
PrtSc SysRq
Butang ini selalunya berada bahagian atas Backspace korang.
1. Pilih gambar/everything yang korang rasa nak capture/print screen dulu.
2. Lepas pilih gambar sila tekan butang PrSc SysRq seperti yang aku tunjukkan di atas. Faham?
Kalau tak faham. Sila click gambar. |
3. Lepas itu, pergi ke Start > All Programs > Accessories > Paint
4. Open Paint tadi, Sila click Edit dan pilih Paste ( nak mudah tekan Ctrl V sahaja)
5. Bila korang dan tekan paste maka gambar yang korang capture/print screen itu akan muncul. Dan kena buat langkah seterusnya...
6. Jangan lupa File > SAVE AS dia.. dan pilih format gambar yang korang nak. DONE!.
Senang sangatkan.. Kalau suka tutorial ini LIKElah.. Kalau taknak like tekanlah nuffnang aku 1001x muahaha..
p/s : Kalau tak faham silalah rajin tangan menaip di kotak komen saya.. Sekian tata..
Follow Me If You Want To Live!!!
Gambar dari abang GOOGLE |
Assalamualaikum..
Kasar title?
Apa kes?
Tak kira korang kena follow blog aku kalau tak aku tembak korang!
OK..stop..
Korang selalu tak jumpa kat chat box, komen box, fan page dan seadik-berak dengannya..
seperti :
I Follow U, You Follow MeIf u follow, i'ii will follow back!Follow balik!Follow back!!
dan semua paksaan untuk memolow-molow
Pastu kalau orang tak follow balik blog mereka mereka akannnn
UNFOLLOW
blog kita...
Kalau kita nak follow blog someone kenalah ikhlas..
Maksudnya kalau kita suka sangat kat blog dia kita akan follow.
Contohnya..Aku akan follow blog someone kalau aku rasa happy baca blog dia, atau ada banyak information yang berguna di dalam itu. SURE! aku FOLLOW
atau pun aku memang saja-saja nak follow aku akan follow je..tapi takklah sampai tinggalkan mesej paksaan untuk follow balik..
Kalau paksaan macam itu aku memang tak open pun blog korang..atau aku just open dan X semula..
Kalau hati aku ni di tarik-tarik untuk tekan follow..itu memang lain ceritalah.. ( mesti ada pelaris kot belog korang )
Tak salah kalau nak suruh orang lain follow blog kita tapi kenalah beradab..jangan main paksa-paksa..
Ayat tu kenalah buat hati orang rasa terbuka nak open blog korang atau follow korang..
Contoh :
Saya Follow awak, kalau sudi follow saya balik.
Aku rasa walaupun ayat itu ada "paksaan lembut" tapi dia lebih manis berbanding..
Saya Follow awak, awak follow saya balik..
Tapi kalau orang itu tak sudi follow korang janganlah korang unfollow mereka balik..
Selalunya kalau korang just type..
SAYA FOLLOW AWAK
maybe ada sesetengah blogger follow u back..
Tapi..yang sengal dan bengal..bila ada yang suka menipu..
kata dah follow tapi haramm langsung follow..ala teknik BW PALSU tu atau memang saja dia BW dan just left mesej macam itu..
Apa-apa pun berblog la dengan cara yang berhemah.. Kalau blog korang ada "value"..pasti ada follower tapi yang jenis suka ciplak tu..lu sendiri ingat la beb..
Tak guna juga kalau follower beraban tapi pembaca haremmm ada..
apa-apa pun
p/s : Just for fun..aku tak paksa korang follow blog aku tapi aku berbesar hati menerima korang sebagai FOLLOWER aku... Sayang korang semua..@_______@Follow Me If You Want To Live!!!
Saturday, May 21, 2011
Ada apa dengan TUMBLR
Assalamualaikum..
Aku nak tanya korang apa ke bestnya tumblr..??
Ramai juga yang create tumblr..
Aku baru je create..cuma nak testing je..
Aku rasa macam susah je nak handle..maybe aku masih baru lagi..
Tapi aku tak nak publish tumblr aku..hahaha...sebab ..
UNEDITED TUMBLR...
Apa yang aku nak tulis aku tulis je dalam tumblr tu..sebab kalau kat blog ni terlalu public ( semua orang dah tahu )...
Siapa yang master dalam tumblr jangan kedekut sharing ye..
Thursday, May 19, 2011
Jangan Nak Tipu Aku
Assalamualaikum semua dan selamat hujung minggu. Esok jangan Monday Sick ye..aku? Merdeka!!
Aku nak share tentang sesuatu yang perlu korang tahu.
Maklumlah aku ni kan penyelidik sosial secara sendirian berhad. Praktikkan apa yang dibelajar dengan kehidupan sekarang.
Mak aku ini suruh aku cari teh halia untuk buang angin. Sementara jalan-jalan kat Teluk Intan ni aku pun pergi la kat kedai yang jual produk-produk kecantikan. Sambil tengok-tengok produk ni aku saja-saja bersembang dengan penjual kat situ. Sebenarnya benda tu aku tahu sesaja nak test IQ dia.
Aku tanya tentang produk Sendayu Tinggi. Sebenarnya bukan niat nak beli produk tu pun cuma rasa nak bertanya untuk tambahkan knowledge je keann. Aku dah "study" siap-siap produk set slimming nye..
Aku tanya dia, antara 3 jenis pil ini mana yang tak boleh makan waktu period?
"Eh, semua boleh makan la adik..cuma dfolia je".. Ok fine aku diam.. Setahu aku dfolisa bukan 3 set produk slimming tu..
Lepas itu aku tanya kalau makan produk ni kena pantang ke? Dia jawab semua boleh bedal..
SAH IQ ZERO!!
Semua FAIL..
Nak kata dia cuma pekerja kat situ dia kata dia punya kedai tu..Tapi tak tahu info apa-apa pun!
Habis tu macam mana nak berniaga? Sepatutnya paling "kureng" pun dia kena tahu some produk tu. Jangan main jual tanpa apa-apa info!
Kalau pelanggan main makan je ubat tu tanpa infomasi sebenar produk tu kan ke dah terinaya..
Banyak jugak aku tanya tapi memang gagal la kalau dia masuk exam hahahaa..
Korang jangan ingat semua penjual arif pasal produk dia..
Sebelum beli sesuatu jenama research dulu kat internet. Tengok laman web rasmi produk tu atau mana-mana forum yang ada bincang tentang produk tu ye.. Cuba Tips ini yee..
Ok daa..
.
Tuesday, May 17, 2011
Tutorial 51 : Membuat Search Engine pada Blog
Assalamualaikum..
Bertemu lagi kita dalam slot tutorial yang mudah untuk diikuti..
Korang pernah nak masuk mana-mana web then rasa nak cari sesuatu tapi
Lepas tu rasa meradang sebab kecekapan mata korang susah nak find and see..
Korang mesti taknak reader korang mengalami nasib buruk yang sama bila landing di blog korangkan..
Jadi terciptalah tutorial yang memudahkan your readers find something else in yours blog kan.......
Kotak search engine atau carian ini memudahkan kerja pencarian bahan dalam blog korang. Sungguh senang..contoh kalau korang type keywords apa-apa then dia akan keluarlah entry-entry yang berkenaan dengan keywords yang korang type. Contoh cuba korang taip "kucing" kat blog aku..mesti semua kucing-kucing comel aku akan keluar dengan bangganya..cee try..cee try.. semua entry yang ada word kucing akan terpapar..
Cara-cara nak memasang Search Engine dalam blong adalah :
1. Sign in blogger > Design > Add Gadget > Html/JavaScript
2. Copy code di bawah dan paste ke dalam Html/Java Script
<form action="http://bicarafarah.blogspot.com/search"3. Korang kenalah tukar link di atas terlebih dahulu..kang benda dalam blog aku plak yang keluar @___@
method="get"> <input class="textinput" name="q" size="30" type="text"/> <input value="search" class="buttonsubmit" name="submit" type="submit"/></form>
Manakala 30 tu saiz yang korang rasa nak ubah...
4. Dah ubah semua itu, silalah SAVE.
Dah save tu dan rasa suka tutorial ni..silalah LIKE,,baru berkat. muahaha..
Sunday, May 15, 2011
Komen Aku untuk 3 filem seram ini.
Assalamualaikum..
2-3 hari ini mood aku adalah melayan filem seram.
Sebenarnya aku ni bukan kaki movie sangat cuma dulu-dulu ( time study kat USM ) memang suka tengok wayang.. Kalau jalan-jalan window shopping mesti aku nak tengok wayang sebab saja nak berehat-rehat..penat kaki weh hehehe.. Memang akan plan awal-awal sebelum pergi jalan dengan kawan-kawan. Aku akan "cari" kat internet filem apa yang best and also cinema online.. Tapi sekarang hanya layan cd atau download movie kat internet je..maklumlah kawan-kawan semua dah buat haluan masing-masing..aku pula terperuk di daerah yang terpencil ini dan bekerja je life aku sekarang..cuma hari minggu je dapat layan blogger hahhaa..blog walking plak memang dah tidak lagi sekarang..sebab memang kesuntukan masa.. @_____@
Hantu Kak Limah Balik Rumah
Memang aku ada tengok cerita ni dulu tapi sekerat je tak sempat nak tamatkan..kerana mood movie sudah datang aku tengok dari awal sampai habis. Ketinggalan gila aku weh..orang dah heboh dan terpengaruh dengan cerita ni aku baru nak layan hahaha.. Cerita ni memang seram komedi.. Memang aku ketawa jugaklah tengok cerita ni hahaha.. aku bagi 4 bintang.. Pada aku cerita ni tak membosankan.. Ku sangkakan kak limah yang hantu rupanya cik in yang hantu..
Sini Ada HANTU
Bila first time aku tengok posternya macam seramlah juga tapi langsung tak seram. Kerana posternya jugalah aku merajinkan mata aku untuk menonton filem ini. Pada pendapat aku cerita ni ala-ala drama je.. Memang tak seram dan amat bosan..tambah-tambah hantu pokok pisang dan hantu nombor ekor..aku skip-skip je tengok cerita ini.. Tengok waktu malam pun tak seram, 1 bintang je.. Nak kata kelakar tak juga hahaha (gelak paksa )
Senjakala
Filem ini seram jugalah terutama masa Lisa ( Liyana Jasmay ) nak balik kampung tu. Tapi cerita ini seolah-oleh macam sama seperti cerita seram Ahmad Idham yang lain.. Orang memang dah suspect Opah si Lisa ni hantu.. Dia patut buat penonton tidak menyangka bahawa opahnya hantu.. Tapi filem ini lagi batter dari "Sini ada Hantu"...3 bintang untuk Senjakala..
Semua komen-komen ini adalah pendapat peribadi semata-mata tak ada kena mengena dengan sesiapa..so jangan marah ye...
Ok da..

Saturday, May 14, 2011
Bila Aku di Bawah..
Image from Google |
Bila kita tak SPECIAL di mata manusia..
Maka dia menganggap kita tiada harga yang perlu dibanggakan..
Cuma hanya ada kutukan sahaja..
Bila kita belum mampu BERDIRI di atas KAKI SENDIRI..
Mereka menganggap kita terlalu kerdil berbanding mereka..
Bila kita tiada kedudukan..
Maka tiada tempat di hati mereka..
Bila kita tiada harta..
Jangan pandang mata mereka..
Jangan kau bersuara..
Dunia bila kita di atas kita akan disanjung..
Tapi bila di bawah..terpaksalah kena "PIJAK" dengan mereka
Dunia oh dunia.. :'(
p/s : Akan ku buktikan..
Monday, May 9, 2011
Nak Jadi Cikgu!
Assalamualaikum..
Aku nak share sikit tentang diary aku hari ni..
Hari ini aku pergi sekolah asrama penuh yang berhampiran area tempat tinggal aku untuk apply cikgu ganti atau sandaran. Sekolah itu di bawah kerajaan negeri Perak. Memang ada desas desus yang sekolah itu memerlukan cikgu ganti tapi aku ni memang suka melambat-lambatkan masa. That mean aku tak pergi apply awal-awal. Maklumlah aku dah kerja sekarang. So hari ini pergilah. Bawa segala sijil bagai. Kalau nak pergi apply seharusnya kena pergi ke sekolah itu sendiri bukan bawah PPD.
Aku memang nak menukar kerjaya, sebelum continue study. Sebab rasa amat bosan dengan kerja aku sekarang yang kurang mencabar ni. Istilah bahasa yang lembut bukan jiwa aku.. Aku memang inginkan cabaran. Cabaran memang susah dipikul tapi puas bila kita berjaya mengalasnya. Ibarat meminum air di waktu kehausan di panas yang terik..hahaha..
Berbalik pada cerita nak apply cikgu ganti tu..memang bukan rezeki aku kot sebab dah ada yang apply terus dapat..that mean aku terlambat 2 minggu.. Tapi alhamdulilah pengetua itu terima permohonan aku dan dia kata kalau ada kosong dia akan panggil aku. Risau jugalah sebab aku bukanlah pelajar genius yang mendapat tip top result sebab sekolah itu sekolah budak pandai plus rajin.. Tapi seronok jugalah sebab pengetua tu kata result aku memang layak jadi cikgu kat situ. Waa BM A sejarah A..dan AAA...hahaha...masuk liff tekan sendiri hahaha.. Dia kata apa mata pelajaran yang nak ajar kalau ada kosong nanti.. Aku kata la BM, BI, SEJ, Science form1-3 dan banyak lagilah.. yang aku rasa aku fikir mantap je aku senaraikan untuk form 1-5..yang kureng mantap aku just listkan form 1-3 jer..
Tapi aku memang respect la pengetua kat situ sebab dia memang caring their stuff.. Dia kata kalau jadi cikgu sandaran kat situ contohnya dah setahun lebih ( yang berijazah ) akan di hantar terus untuk DPLI melalui sekolah. Dan di situ cikgu sandaran akan diserap terus dalam bidang pendidikan. Tapi kalau cikgu ganti tak..cikgu ganti cuma gantikan cikgu yang beranak, haji atau sakit ect.. Dan dah 5 orang cikgu sandaran telah di hantar untuk DPLI.. Memang bertuah badan sebab bukan senang sekarang ni nak masuk KPLI dan DPLI. Terlalu banyak persaingan..
Tapi bukan rezeki aku untuk bergelar cikgu walaupun cikgu sementara di situ. Bak kata orang, kena rebut peluang yang ada..kalau tak berputih mata lah engkau..
Aku yakin dengan Allah. Kerana Allah akan merancang lebih baik untuk aku. Mungkin aku tidak bergelar cikgu di sekolah-sekolah tapi insyaallah aku akan bergelar PENSYARAH di universiti-universiti. Kita tak perlu rasa GAGAL dalam hidup sekiranya keinginan kita tidak tercapai tapi kita perlu YAKIN bahawa apa yang dirancang oleh ALLAH itu adalah yang PALING TERBAIK untuk kita. Tapi perlu diingatkan bahawa kita PERLU BERUSAHA terlebih dahulu dan kita kena TAWAKAL kepadaNYA. Kalau kita hanya menyerahkan nasib kepada suratan takdir itu adalah SALAH kerana ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka BERUSAHA.
Jadi USAHA, DOA dan TAWAKAL...
Tunggu aku jadi Lecturer korang ye @_______@ |
Ok daa..
P/s : Nak tidur..gantuk dan rasa sakit kepala pula..esok kena pergi kerja..aduhai..kenapalah aku rasa sangat BOSAN dengan kerja aku ni.. Sabar..tak baik merungut!
Saturday, May 7, 2011
Tutorial 50 : Membuat Bloglist di Blog
Assalamualaikum..
Baru 3 hari tak online dah rasa macam 3 tahun lamanya, semua ini gara-gara abang berokband yang meragam tak diberi makan. Kalau terskip tak bagi makan mesti terus tidur tak bangun-bangun.. Jadi kenalah belanja abang beruk makan sebanyak RM191.. Bagi makan baru dia berfungsi semula. Memang cekik darah betul abang berukband aku ni..Baru terskip sebulan dan block..CILAKAA.. Bakor je!!
Ok hentikan membebel dan "soft" makian itu. Sebenarnya aku nak pencen kejap dari menjadi cikgu tutorial tapi dah ramai sangat minta macam mana nak buat bloglist.. Kepada sesiapa yang tahu dan kutuk-kutuk "elehh benda senang pun nak buat tutorial "..so pergi main jauh-jauh. Tutorial ini khas untuk blogger muda yang baru lahir so korang yang dah handal segala coding ni jangan belagak hidung galah muahaha.. @_____@
Ikuti langkah demi langkah untuk membuat bloglist ( Jangan lupa masukkan link blog ini sekali ecececeh )
1. Sign in blogger > Design > Page Element > Add Gadget >
Baru 3 hari tak online dah rasa macam 3 tahun lamanya, semua ini gara-gara abang berokband yang meragam tak diberi makan. Kalau terskip tak bagi makan mesti terus tidur tak bangun-bangun.. Jadi kenalah belanja abang beruk makan sebanyak RM191.. Bagi makan baru dia berfungsi semula. Memang cekik darah betul abang berukband aku ni..Baru terskip sebulan dan block..
Ok hentikan membebel dan "soft" makian itu. Sebenarnya aku nak pencen kejap dari menjadi cikgu tutorial tapi dah ramai sangat minta macam mana nak buat bloglist.. Kepada sesiapa yang tahu dan kutuk-kutuk "elehh benda senang pun nak buat tutorial "..so pergi main jauh-jauh. Tutorial ini khas untuk blogger muda yang baru lahir so korang yang dah handal segala coding ni jangan belagak hidung galah muahaha.. @_____@
Ikuti langkah demi langkah untuk membuat bloglist ( Jangan lupa masukkan link blog ini sekali ecececeh )
1. Sign in blogger > Design > Page Element > Add Gadget >
2. Pilih bloglist seperti gambar di atas.
Lepas itu dia akan keluar seperti di atas.. Apa yang korang kena buat lepas ni ye??
Meh aku ajar macam satu persatu biar faham...
Title : Ubahlah ikut yang korang nak contoh "blog gedik"
Sort : Eloklah kalau korang pilih yang most recently updated takkan nak baca blog berhabuk kot
Show : Korang boleh pilih untuk all atau yang top5..kalau mereka rajin update maka mereka akan berada di tangga teratas dalam senarai bloglist korang.
3. Masukkan link-link yang korang nak bloglistkan..
Blog I'm Following : Blog yang korang follow sahaja akan terlist..
4. Lepas masukkan semua link untuk di"listkan" maka mari beramai-ramai tekan SAVE.
Kalau korang nak buat bloglist banyak-banyak ulangi step yang sama.. Nanti korang namakan setiap ketegori blog yang korang rasa suka nak baca..
Selamat mencuba.. Daa..
SIla LIKE beramai-ramai!!
Monday, May 2, 2011
Saya dah 24 tahun tapi tetap nampak belasan tahun...
Assalamualaikum dan selamat bercuti bagi yang masih bercuti lagi. Yang kena bekerja janganlah jeless yerr!!
Semalam 1 Mei 2011 genaplah usia aku 24 tahun. Rasa tak bercaya pula umur dah makin meningkat :)
Ingat masih umur 17 tahun lagi tapi tak per usia tua tapi still nampak muda remaja lagi...
Semalam tak la sambut meriah kat hotel lima bintang cuma sederhana sahaja. Belah kek dan makan-makan sahaja...
Ini adalah kek hari jadi aku..yang disponser oleh mak su.. Thank ye mak su dan paksu serta my sepupu Wani.. Lepas belah kek bagai.. Mak su ajak jalan-jalan cari makan kat Lumut. Plus memang aku janji nak belanja semperna hari gaji aku muahaha...
Pusing-pusing, jalan-jalan nak cari tempat makan semuanya ramai orang. Restoren kegemaran pula tutup. So kami pun memilih Restoren Bakau "D" Muara cawangan Lumut. Tempat ini memang popular makanan laut dan ikan bakar special.
Aku order Ikan Siakap 3 rasa..sedap tapi aku bagi 3 bintang je dari 5 bintang sebab ikan bakar Queen Bay lagi sedap dan maness..Tapi ikan siakap ini not bad lah sedap!!
Tomyam campur mangkuk besar. Memang berbaloi sebab tomyam ini sungguh pekat, lekat dan melekat-lekat. Kaya dengan seafood.. Kalau tersilap hirup boleh terbelahak sebab terlalu pekat. 4 bintang untuk tomyam ini..
Lepas solat Zohor, kami jalan-jalan di pekan Lumut. Cuma jalan-jalan dan cuci mata je tengok gelagat couple yang cinta sampai mati ( sampai matilah sangat!! ).. Memang tak ada hati nak membeli belah di situ. Sebab barang-barang kat situ tidak menarik perhatian aku walaupun banyak cenderahati from Pangkor.. Just looking around..
With mak su..memang just capture gambar je kat situ.. Karang aku letak banyak-banyak kot muntah lak korang menegoknyerr.. Akukan comey muahaha..
Pak su masih menunggu ABC |
Lepas jalan-jalan terasa tekak amat haus tapi hauskan ABC. Destinasinya ialah ABC kapal besar. Gerai kat situ memang semua jual ABC.. Kami order.. tunggu 10 minit tak datang lagi ABCnya, 20 minit pun tak datang..lepas itu pak su aku tanya dia kata tengah buat. Tapi aku tengok dia bagi pelanggan lain yang datang lewat dari kami.. tanya kali kedua pun cakap tengah buat..jadi kami terpaksa blah dari situ..
Masih sabar tunggu ABC..walaupun dah hampir setengah jam! |
Tak puas hati tak dapat ABC sebab tekak haus.. |
Kami pun blah pergi tempat lain..Lepas asar tu kami pergi Restoren Bawah Pokok.. Nama je restoren bawah pokok tapi tak plak di bawah pokok hahaha.. Aku makan char kuew tiaw..sedapp sampai licin aku makan..
Walaupun rupamu tidak cantik dan menyelerakan tapi kamu tetap sedap sampai licin aku makan..muahaha..
Lepas Magrib tu kami pergi Tesco..just nak beli barang adik sepupu sebab esok dia dah nak balik asrama. Masa balik dari membeli-belah kat tesco tu nampaklah kedai kasut membuat sale giler-giler sempena hari jadi aku hari pekerja. Dia buat separuh harga. Orang kat situ perpusu-pusu datang. Maklumlah dia buat promosi sehari je. Aku pun terpikat nak masuk sebab banyak kasut cantik-cantik. Lagi pun half price so perlulah beli seploh pasang hahaha.. Aku cuma pilih sepasang je. Cuma nak buat kasut pergi kerja. Padahal kasut dah beriban-riban dalam kotak..itu cuma alasan je. Cadang nak beli dua pasang tapi aku kena berjimat-cermat untuk beli laptop baru muahaha...
Kasut ini simple tapi selesa. Saja nak yang berketinggian tinggi untuk look like model..( model tembam muahaha ) Cadang nak pilih yang reben-reben bagai tu tapi kalau kucing aku gegettt reben tu..kan dah cacat kasut aku.. :)
Lepas beli belah dan jalan-jalan memecahkan lemak..akhirnya sampai rumah jam 12 malam.. Tapi puass berjalan..
Sampai disini sahaja entry banyak gambar dan banyak bebel.. Sila LIKE ramai-ramai kalau tak nak jadi tua..muahaha.. @____________________________@
bye..