Friday, November 30, 2012

Apa produk kecantikan yang korang gunakan?

Assalamualaikum semua.

Hari ni bermood nak update entry. Pekasam saja blog ini dibiarkan berhabukan dek waktu.

Aku suka sangat baca entry kawan-kawan blogger tentang travel, shopping, review produk, kecantikan, resepi, makan-makn dan macam-macam lagi.
Maybe ada pembaca yang beranggapan bahawa bila seseorang itu shopping some barang or makan-makan sedap dan update entry dia fikir macam nak menunjuk or show off tapi itulah yang orang suka baca dan belek. Betul tak? tak bestlah entry kosong tanpa gambar menarik dan tertarik ye dakk? Baca paper pun mesti ada gambar baru menarik- hitam putih je maka putihlah bijik mata nak membacanya.

Hari ni kita nak update pasal produk kecantikan yang digunakan untuk kekal cun melecun sepanjang zaman hehehe. Suka tau benda-benda macam ni. Macam aku, aku tak gunakan produk yang mahal-mahal sebab memang tak mampu nak beli yang beribu raban punya brand tu dan kedua aku selesa dan sesuai dengan produk yang aku gunakan ni dan ketiga mudah didapati.

Ketiga syarat itu sangat penting buat aku untuk beli produk kecantikan. Dan aku paling titik beratkan adalah produk itu adalah original, bukan cap ayam. Memanglah dengan bayar RM30 boleh dapat satu palet shadow yang beraneka warna tapi cap ayam walaupun brand "Mac", "Channel" or apa-apa brand beribu-raban yang di "local"kan. Anda faham kan? Tak logic bila Mac sepelet besar tapi bayar RM50 wahhal berus Mac je pun dekat RM100. So benda ni akan bagi kesan jangka masa panjang so belilah produk yang original walaupun jenama tak se gah brand antarabangsa, kalau berkemampuan tak salah beli produk original kan?



Ini bag make-up aku. Future MIL yang bagi, eh eh eh..sorry. Macam tau je aku memang adore pada pink colour. Semua nak pink, lappy pink, camera pink, Ipad casing pink all is PINK!


Benda asas yang aku gunakan untuk skin care luaran ialah OLAY! Memang aku pakai Olay dari form 5 lagi. Hari tu, tertukar aka curang dengan cik Olay, makan jerawat berketul naik. Maka balas dendam dengan membeli cream siang dan malam. Untuk cream siang aku pakai hari-hari, di malam hari pakai cream malam. Untuk keluar dating akan pakai foundation Olay yang sangat best gila! So kena setia, tak boleh curang lagi. Curang dengan produk skin care maybe tak pe, kalau produk baru tu bikin onar boleh buang dalam dalam tong sampah dan boleh dapatkan yang lama di farmasi tapi kalau curang dalam percintaan/perkahwinan mungkin menyesal seumur hidup tau. So jangan curang-curang tau hehehe.



Kan kita cakap, kita memang tak pakai barang mahal-mahal cuma pakai bedak compact Pixy dan Temulawak je. Janji beli yang original. Beli kat My Din je pun. Temulawak murah gila RM12.90 dah boleh dapat, pixy tak hengat pula berapa sebab selalu repeat beli Temulawak je hehehe. Sebelum ni ada juga pakai Simply CT, Maybelline dan In 2 It tapi tengok sama je bila pakai temulawak. Benda tu harga RM50 ke atas semua so I choose yang murah dan sesuai dengan kulit muka I ni. Aku memang prefer pakai Temulawak sebab kemasan bedak dia setanding jenama sebelum ini yang aku gunakan. Tapi kalau korang banyak duit tak salah beli yang mahal-mahal..aku pun tak kisah kalau korang nak hadiahkan hehehe.


Ini je koleksi lipstick aka gincu aku. Serius aku memang paling sesuai dengan jenama Nutrimetic je. Empat dari kiri adalah semua Nutrimetic. Best tau pakai brand ni sebab tak hitamkan bibir, ada vitamin E dan kolegen so bibir tetap mungil tanpa lipstick dan kekal kemerahan gitu. Walaupun aku ahli Nutrimetic tapi aku tak jual tau, korang pi la beli kat kedai Nutrimetic. Avon pula ada orang yang bagi, bolehlah pakai tapi kena letak Nivea lip balm, sedap tau perasa Cherry rasa nak makan je. Lip gloss pula tak selalu guna- malas, guna bila ikut mood je. Beli brand Essence- boleh didapati di Guardian dan Watson.



Ini adalah koleksi untuk mata I yang sepet macam Korean girl tu. Dulu pakai Simply CT untuk gel eyeliner tapi guna Maybelline lagi smooch hehe. Pensel eye liner aku suka Silkygirl, pen eyeliner in2it, untuk eyebrow aku prefer guna missrose dan babyblue. Semua boleh dapat di Watson or Guardian. Missrose boleh beli kat kedai jual make-up dan jamu. Pastikan ori baru beli hehehe. AKu selalu pakai yang gel eyeliner dan Silkygirl punya pensil eyeliner. Bestt wooo.


Serius wooo, ada satu je blusher tu pun jenama Nutrimetic juga. Aku paling berkira nak beli benda ni sebab benda ni lambat sangat habis. Rugi kalau beli lebih daripada satu hehe. So pakai sampai licin baru boleh guna sebab takut expied date pun masih tak habis. Kan dan membazir namanya tu. Aku suka warna pink natural..tak la nampak macam badut je kan..hahaha.

Benda ni pun aku berkira juga nak beli. Memang lambat habis. Beli warna yang selalu pakai je pun. Malas nak beli yang berdosen warna. Pakai baju pink, shadow hijau pun aku peduli apa kan??
Kat Watson dan Guardian belambak jenama Rimmel London ni. Naik jemu menuggu benda ni habis. Nak test color lain lak. Sorrylah, stock make-up aku kebanyakan kat Watson dan Guardian je sebab jenama cikai je ponn, tak mampu nak beli brand butikk u olls.


Set penjagaan untuk kekal segar dan wangi. Asalkan aku bahagia, kau orang peduli apa.



Aku memang suka perfumes. Original perfumes from Live Luxe Jennifer Lopez dan Fantasy by Britney Spears. Nampak tu semua selebriti gitu. Berazam ingin habiskan semua ini baru tangan gatal nak beli yang baru. Avon pun aku suka, suka letak dalam handbag sebab dia 50ml je. Sembur je bila bau badan dah ehem ehem hahaha. JL punya memang bau nyaman dan Britney so sexy n sweet gitu.

dan untuk skin care dalaman adalah

-

-




-














-











-

















-






















=



















-
-
-
-
-
-
-
-
-





















Aku amalkan SET D iaitu set asas skin care jenama Shaklee. Terdiri daripada vitamin B-complex, vitamin C organic dan vita e. Best woooo.. Yang ni aku ada jual. Tunggu bulan depan untuk next order ye. Murahh je punn.

Ok sampai di sini sahaja perkongsian aku untuk korang. Jumpa next entry ye! Bye..


p/s: Produk ni hanya sesuai dengan kulit aku, so kalau korang tak sesuai tak usahlah ikut ye.


Kan aku cakap aku natural je, tak suka make-up tebal-tebal macam badut hehe.


SHARE:

Tuesday, November 27, 2012

Supplement untuk kulit.

Assalamualaikum,

Lama sangat tak update blog. Reason adalah malas dan malas.

Bila malas otak pun tepu nak tulis apa.

Hari ini aku nak cerita tentang supplement.

Rasanya wanita/perempuan mesti nak kulit cantik, putih, licin, glowing dan cun meletop-letop.

Tapi produk kecantikan luaran sahaja tidak mencukupi untuk terus kebabomm macam tu. Of courselah kena ada dalaman sebagai booster untuk kulit anda kan.

Supplement yang aku amalkan untuk skin care adalah SET D Shaklee.

Best tau amalkan set d Shaklee ni,

Kalau nak tau, kulit muka makin berseri, liang roma makin mengecil dan licin.

Kalau korang tak mampu beli sampai beratus tiga botol ni boleh try ekonomi pack hanya RM80 sahaja untuk sebulan.

Tapi kalau korang rasa mahalllllllllllllllllll juga boleh take vitamin C organik SHaklee yang hottt itu.
Stock akan ada bulan 12 ni sebab seluruh cawangan Shaklee Malaysia kehabisan stock sebab laku macam goreng pisang panassss lagi kau..



30 biji (untuk sebulan) cuma RM 28 sahaja dan plus RM6 untuk posting.

Nanti aku buka order, korang boleh order ramai-ramai yeee..




For more info visit my BLOG SHAKLEE.



SHARE:

Tuesday, November 6, 2012

Beza tak?

Assalamualaikum,

Sambil buat kerja godek gambar. Terkejut tengok gambar zaman dulu. Mak aiii gumukknya..pipi pun bam bam sangat, skrag pun stay gemuk juga dalam proses mau slim mlim hahaha.. Tapi adala beza cket dulu dan kini. hehehe...



Ni zaman masa kat USM. Semangat gila badan aku hehehe..


Ni masa konvo, still gumukk jugak.

Kalau duk USM, mesti jadi gumuk sebab makanannya sedap sangat, banyak pilihan!



 
Tembam n gumukk gila time ni. Masa ni tahun 2010..rasanya bulan Ogos. Makan tidur je masa nak tunggu konvo..of courselah naikkk macam belon.


Haa ini gambar semester lepas. awal 2012. Tapi gumuk memang gemokkk. Ada aku kisah??


Gambar terbaru, baju purple masa hari raya Aidilfitri..dan sebelah dalam bulan lepas.

Ada la perbezaan sikit, tahun 2012 ni yang banyak berat turun hehehe. Seluar jeans semua bagi kat kakak dan adik sebab dah longgar. Skarang ni pun saiz seluar yang baru pun loggar..baju blous semua saiz besar bagi kat kakak dan adik yang of course lagi besar dari aku.. Baju kurung pun dah besar haaha..adakah sindrom baju membesar?? hehehe..


Sekarang ni proses menurunkan berat badan dengan produk Shaklee. Proses nak shapekan badan. Kurus kenalah shape agar badan tak mengelebarkan.

Alhamdulilah ada perubahan sikit makan Shaklee..baru je lagi tapi best sangat. Target, nak dapatkan berat ideal, kurus dan shape! Bukan mudah nak cantik dan kurus. First kena displin, dan kena keluarkan $$$$ juga.

Ubat-ubatan tu sebagai pelangkap je tapi corak pemakanan di tangan kita juga.

Kalau rasa berminat nak try produk Shaklee. Boleh contact aku. Aku akan sarankan mengikut bajet korang. Bukan main paksa sampai $$$$ pun kering tau. hehehe.

Untuk kulit muka glowing, cantik, gebu pun ada. Set skin care. Nak murah boleh pakai ekonomi pack je..RM 80 untuk vitamin C, B dan E, stock untuk sebulan..murahkan???

fara_idola@yahoo.com





SHARE:

Sunday, November 4, 2012

Slimming Set Shaklee.

Assalamualaikum.

Lama sudah tak update blog. Busy dan tension akibat kerja yang berlambak-lambak.

Kali ni aku nak share rahsia untuk kurus/ mendapatkan berat badan ideal untuk korang.

Aku belum lagi dapat berat ideal tengah cuba lagi walaupun jarum penimbang sudah turun dan turun. Baju saiz bloos dari saiz 46 turun ke 44 dan tak sangka boleh pakai saiz 42. Lepas ni target ke 40 dan 38 pula hehehe.

Ramai yang tercari-cari produk kurus yang berkesan tapi harga mai aii mahal sangat. Jadi aku sarankan Shaklee untuk korang. Korang boleh rancang bajet berdasarkan produk yang ditawarkan. Berminat dengan best prices ? boleh contact aku fara_idola@yahoo.com

Aku takkan promote kalau aku tak pakai produk tu. Aku beli set lengkap slimming.

Herb-lax, cinch shake, lecithin dan alfalfa.

Kenapa perlu semua aku ambil full pakej? BACA SINI.


Yang penting produk ni selamat dan ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Kalau untuk cinch ni aku suka campur dengan susu or careal. Sangat bagus untuk jaga body agar tak gelebeh/mengelebar bila dah kurus.


Quaker oat dan nesvita 3 in 1 of course ada dalam simpanan sebagai penganti dinner. Target makan nasi sekali sehari.

Kalau korang ambil produk or pakej slim beribu pun kalau tak ikut nasihat, diet dan aturan makan yang betul pun akan hancur juga. Kita bukan je nak kurus tapi nak sihat, cantik dan menawan.

Korang rasa mahal nak ambil full pakej. Boleh PM dan emel aku untuk saranan atas bajet korang. Best prices tau!! so nak info boleh lihat blog aku yang khas untuk produk Shaklee.
Kesan pada aku:

Berat turun, perut rasa solid..dan rasa bertenaga!! Nanti apa2 aku share.

Ok baii..



SHARE:

Saturday, November 3, 2012

Set Slimming dari Shaklee


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi Slimming Set Shaklee. Ramai wanita dan lelaki di luar sana inginkan badan yang ramping dan menawan. Tapi masih tercari-cari produk yang sesuai untuk program menurunkan berat badan. Dengan Slimming Set Shaklee anda bukan sahaja mampu mencapai berat badan ideal, lansing, cantik tetapi anda juga semakin sihat dan bertenaga. Tidak perlu mengambil ubat terlarang tanpa kelulusan KKM. Dengan Shaklee ternyata mendapat kelulusan KKM, Halal dan selamat digunakan. Bukan sahaja untuk kurus tapi lebih sihat dan bertenaga.

Risau tentang bajet untuk menguruskan badan anda. Usah risau. Saya ada cadangan produk berdasarkan bajet anda di entry akan datang. Tapi sebelum itu, saya ingin perkenalkan Slimming Set Shaklee.


Langkat 1 : DETOX

Anda sering mengambil pelbagai ubatan untuk membantu diet anda. Tapi sangat liat untuk berfungsi. Masih tak turun dan nampak perubahan? Dengan Shaklee akan memudahkan proses pelangsingan anda. Langkah pertama untuk anda lakukan adalah dengan proses DETOX.
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Proses pembakaran lemak dan pelangsingan badan anda pun lebih mudah berlaku.

Herb-lax
Apa yang sesuai untuk detox? Produk Shaklee yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa Complex atau Fiber. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa Complex atau Fiber dan Herb-lax sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak syorkan Herb-lax pada ibu-ibu yang menyusukan anak kerana bimbang jika kesannya akan dapat pada anak (anak mungkin cirit birit). Saya mencadangkan Alfalfa Complex untuk ibu mengandung.



Alfalfa
Untuk detoks, anda boleh pilih samada Alfalfa Complex atau Herblax


Langkah 2 : Protein

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sebanyak 35%. Protein juga mengelakkan berlakunya diet yo-yo dan menghalang berat badan badan naik dengan mendadak.
 
Selepas kurus, badan akan mudah mengelebar/gelebeh, dengan pengambilan protein akan shapekan otot yang gelebar dan membuatkan badan solid.

Cadangan saya anda boleh mengambil Cinch™ Shakes atau Soy Protein Isolate Powder (ESP) untuk protein bergantung kepada bajet anda.

Cinch™ Shakes
Cinch™ Shakes

Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
•    Bebas Laktos
•    Rendah glisemik
•    Soya Bukan-GMO

Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan.
•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa
      anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang
      dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Langkah 3 : Lecithin

Berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak. Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.





Gabungan ketiga-tiga produk ini sangat berkesan untuk menurunkan berat badan.
Pengambilan makanan yang seimbang dan diet yang teratur sangat disarankan kerana itulah kunci utama untuk langsing. Anda juga disarankan mengambil 2-3 liter air setiap hari untuk memudahkan proses pelangsingan dan penyerapan vitamin yang diambil. Dan paling penting anda perlu mengambil suplement di atas dengan konsisten untuk result yang TERBAIK dan SUPERB!

For more info boleh follow this BLOG.

 Sumber info : Shaklee

SHARE:
Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH