Buat Kek je tahun ni.

Assalamualaikum semua!

Tadi shopping barang dapur untuk raya. Shopping barang-barang kering jer. Termasuk biskut raya. Malas nak menempek buat biskut.. sorang-sorang plak tu membuatnya. hahaha.. kalau nak buat, kena buat waktu siang..malam dah malas sebab perut pun dah kenyang haha. Jadi seperti hari raya yang lepas-lepas ( ala bulan tak raya pun sama ) aku buat kek dan muffin sahaja.. Mak saudara aku pun dah booking suruh aku buatkan kek untuk mereka. Sedap kot kek yang aku buat tu hahaha..

Dah lama juga ketuhar ni tak bekerja. Dulu selalu buat kek. Al maklumlah baru beli ketuhar. Tiap kali balik kolej mesti buat kek untuk kawan-kawan. Sampaikan buat pizza sekali. Bukan pizza segera yer tapi piza buatan sendiri. Tapi serius la, buat pizza lagi rumit berbanding buat kek sebab pizza ni kena tunggu tepung naik, kena perap, kena buat sos, kena gentel, topping dan banyak kerja hooii..tapi bila makan sangat la sedap ( naik lif kena tekan sendiri yek ) sampaikan adik saudara aku kata boleh bukak kedai pizza sendiri hahaha.. Tak kuasa aku sebab it just suka-suka..jangan sebut pasal pizza lama-lama..perut aku nih macam dah nak menjerit :)

@sumber google

cutenya cake ni !

teringin nak buat cup cake yang comel-comel..tapi macam ne???tulun ajar.. :)

Aku akan start buat kek Sabtu ni.. oh yes!




Resepi Puding Caramel Cik Nurfarah.

Ambil gambar yang nampak enak..from google


Assalamualaikum..
Masih terasa keenakan puding caramel yang aku buat semalam..
Nampaknya percubaan pertama aku menjadi..alhamdulilah..

Memang sangat senang nak buat. Semudah ABC kalau orang malas je yang taknak buat asyik kena sumbat masuk mulut baru nak makan kan..hahaha..ok jangan jadi pemalas!

Jom aku ajar cara nak buat puding caramel cara Cik Nurfarah.. sedap wehh..


Bahan-bahan :

Untuk kuah caramel :

1/2 cawan gula pasir.
1/2 cawan air.

Untuk Puding :

5-6 biji telur.
1/2 cawan gula pasir.
1 sudu teh esen vanilla.
1 tin susu sejat/ kalau susu pekat letak dalam 4 sudu makan.
1 1/2cawan air.



Cara penyediaan :

Adunan Puding :

1. Blander telur, lepas itu masuk gula..blander sampai sebati.
2. Masuk air, susu sejat dan esen vanilla ..blander semua sekali sampai sebati.
3. Letak ketepi.


Aduanan Kuah Caramel.

1. Panaskan kuali/periuk.
2. Masukkan gula. Kacau sampai cair. Api kena pelahan nanti rentung hahaaha..
3. Dah cair masukkan air. Korang kena ready air siap-siap kat tepi. Kacau sampai sebati.


Penyediaan :

1. Lepas korang dah masak gula ( kuah caramel ) tu cepat-cepat masukkan dalam loyang yang kering.
2. Lepas itu terus letak adunan puding selepas letak kuah caramel dalam loyang.
3. Kukuskan loyang tadi.
4. Pastikan semasa masak jangan buka penutup periuk dan penutup kena kedap ( tutup kukus dengan kain kelilingnya ) supaya puding korang smooth dan tak gelembung/berlubang )
5. Kukus selama 25-30 minit.
6. Angkat dan sejukkan di bawah edaran udara.
7. Dah sejuk masukkan dalam peti sejuk 2 atau 3 jam. (pastikan dah sejuk )
8. Bolehla keluarkan dan letak dalam pinggan..sedia untuk di makan!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhumdMoKf9HB3h3dmZ6BSd6EOEiRywuuJC2T1XgbS0bbk9udWNGsV6aNJouJihyphenhyphenDlIbzxXe88ZJ7ZZKfJKzYI8ZxQAChf9zJsWdZTOJ3YKWkK11gsQzz0ao4nOsD_ig8y84_o9J1sEMUv4/s400/fara1498.jpg
Flash kuat sangat sampai nampak pelik tapi sedapp gilerr!
p/s : nak makan puding ni kena minum bersama air kosong sebab manis sangat. Jangan makan selalu kang kencing manis...tapi sedap! cubalah :)

Puding Caramel Cik Nurfarah

Assalamualaikum..
Akhirnya berjaya buat puding caramel sendiri.
Sebab teringin sangat nak buat sendiri!
Akhirnya aku buat juga dengan carian resepi di google..

Sebenarnya ni first time buat puding caramel..
Taraaaa......


Sorrylah flash HP kita kuat sangat...




Oklah tu..baru belajarkan..

Rasa? tak tahu sedap ke tak..kalau sedap aku bagi resepi. Sangat simple. Tadi masa potong nak bagi jiran, dia punya isi dalam sangat smooth dan licin..

Tak sabar nak rasa!

p/s : Nanti kalau sedap aku bagitahu, tak sedap diam-diam sudah..

Jom masak-masak dihujung minggu.

Assalamualaikum. Apa korang buat hujung minggu ni? Mesti asyik tidur membesarkan perut je kan. Wahai anak-anak dara sekalian silalah ke dapur menolong ibumu atau sediakan hidangan untuk family. Pasti menjilat jari. Cik Farah ni bukan sahaja cantik, comel, pintar, baik tapi pandai sangat memasak. Memang amat sesuai buat calon isteri..hehehe..sila muntah bersama-sama. Okeh..aku bergurau canda je janganlah berasa jelik walaupun memang hakikatnya begitu hehehhe. Entry kali ni aku tak update pasal resepi sebab tak prepare nak snap gambar untuk resepi. Jadi jom layan resepi yang aku buat baru-baru ni. Teramatlah sedap.

 Sos ini untuk penambah perasa. Sos utama aku buat sendiri barulah ada kepuasankan. Tapi sorry gambar tak ada..next time buat akan di snap gambar-gambarnya.

Masa beli ais cream kegemaran ternampak benda alah ni. Jadi teringin untuk masak spaghetti. Lama tak makan benda ini. Bercayalah kalau kita buat sendiri kepuasan lebih tiptop dari makan di kedai.

 Kalau nak buat kuah yang sedap letaklah ayam atau bebola daging. Aku just letak ayam dan fish ball je. Tak ada bebola daging. Cuma ada bebola cinta je hehehe.



Untuk extra sedap lagi bolehlah letak sos spaghetti. Kalau korang pemalas sangat boleh makan dengan sos spaghetti yang sedia ada. Tapi rasanya tak ler sesedap mana pun.. tapi mesti ucap ALHAMDULILAH. Mak aku pun kata sedap..yummy!! Nanti bila aku buat lagi spaghetti..aku akan update resepi sos spagetti Miss Farah yang memang takkan dapat dimana-mana .

Ini pula mee bandung. Sangat sedap dan menjadi kegemaran ayah. On da way praktik memasak untuk lebih kaaauuu..

Ini sahaja sajian mata untuk hari ini. Ok daaa...

Resepi : Hati Bakar Black Paper.

Salam.
Malam yang sepi ni aku nak update pasal resepi special yang korang patut cuba!
Sempena Tahun Baru Cina ini aku pun mereka cipta resepi ini..oppss tipu je la..tak ada kena mengena langsung la hahaha..Aku ni suka juga memasak. Kadang-kadang teramat rasa jemu dengan masakan yang sama je. Jadi apa salahnya sekali-sekala ( banyak kali pun tak apa ) mencuba resepi barukan. Ini yang dinamakan kreatif. Aku tujukan resepi ini untuk semua reader aku terutama sekali Puan Izzah.. :). Yang belum status Puan pun kena cuba juga tahu.

Bahan-bahan :

Hati  ( 500 gram )
Kicap Manis
Kicap Masin ( kicap aku guna Cap Kipas Udang )
Sos tiram
Garam+ Gula ( secukup rasa )
Cili Kisar ( bawang+cili+serai+halia+bawang putih )
Bawang besar ( dihiris )
Black Paper ( lada hitam )
Cili api ( kalau nak pedas )
Bawang kecil + bawang putih+halia( tumbuk )
Asam keping kalau tak ada boleh guna asam jawa



Mari kawan-kawan kita cuba resepi bergambar versi Cik Farah

Sebelum tersalah sangka, hati apakah ini..mari aku bagitahu bahawa ini hati Kucing oppss bukan aku belum kejam untuk sembelih kucing..ok..ini hati AYAM. Sebelum korang membuat aksi seperti di atas. hati ayam ini perlu diperap dengan kicap, sos tiram dan sedikit garam ( letak sedikit je sebab kicap+sos tiram dan masin ). Bakar hati di atas kuali leper dengan sedikit minyak dan api yang kecil. Jangan sampai hangus ye..dah garing-garing sikit bolehlah di angkat.


Sementara korang tunggu hati itu masak. Sila la menumbuk bahan-bahan seperti black paper, bawang merah, bawang putih, halia, dan cili api sekiranya ingin pedas.

Bila hati sudah masak. Potong-potong hati itu untuk rasa hati yang lebih sebati dengan ramuan kita tadi.


 Panaskan minyak dalam 4 sudu makan, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi + kulit kayu manis dan 2 bunga lawang dan masukkan cili blender 2 sudu tujuan untuk rasa yang lebih pekat dan melekat. Bila sudah naik bau aka naik minyak. Letakkan kicap masin dan kicap manis, gula dan garam secukup rasa.. Letak asam keping 1 keping atau air asam jawa secukup rasa.


 Masukkan hati dan masakkan dia sampai masaklah..nak kuah lebih boleh tambah air lagi. Lepas itu masukkan bawang yang telah dihiris halus.





Gambar kucing nakal yang selalu mengacau tuannya yang comel :) Muka dia bengang tak dapat fish!


Hambikkk ni panas meletopp u ollss..


 Amacam ok tak?



Tak puas tengok..meh tengok dekat-dekat.. Nak rasa? masak la sendiri..:)


p/s : Aku tak suka guna tepung jagung untuk pekatkan sebab cepat basi. Tapi masakan aku ni tak sempat ke malam sebab dah habis kena ngappp...yummy!!

Resepi : Kepah Cik Farah

Salam.
Hari ini aku rasa nak share satu resepi yang amat simple mimple ..
Semua orang boleh cuba tak kira la kaum Adam, Hawa atau apa-apa kaum di atas muka bumi ini ..
Hujung-hujung minggu ni aku cadangkan kepada anda semua boleh la mencuba resepi ini.
Kepada anak-anak dara, mak-mak dara tu jangan asyik mengadap TV je 25jam.. Apa kata korang ringankan tulang ke dapur membantu mak atau masak sendiri di dapur. Masak sendiri adalah lebih nikmat daripada makan di kedai..hehehe..
Resepi ini aku reka sendiri je..tak la special..tapi special kalau korang mencuba sendiri..:)

Bahan-bahan :
Kepah ( 1 kg )
Bawang putih yang dicincang halus 3 ulas
( cili kisar )Cili+bawang+serai+bawang putih+halia = kisar halus ( nak lagi pedas letak cili api )
Lobak merah 2 batang ( potong dadu )
Garam + Gula
Sos Tiram ( 1 sudu kecil )
Secubit belacan ( kalau suka )
Kicap ikan ( tak nak letak pun tak apa ) 1 sudu besar
Tomato ( hiasan )
Limau nipis sehiris

Ikuti langkah-langkah bergambar ini. aku tahu korang suka tengok2 gambarkan, ala-ala kamus bergambar gitu :

 Mula-mula panaskan minyak dalam 5 sudu makan, lepas itu goreng bawang putih sampai wangi. Jangan sampai rentung dah la.


 http://3.bp.blogspot.com/_bcMacWlTXWs/SP243Xa2gbI/AAAAAAAAB6E/KR8OYI81_1Q/s400/DSCN6533.JPG

Selepas itu, masukkan cili yang telah dikisar. Ingat jangan guna cili boh tak sedap! lagipun cili boh ada bahan perasa..tak baik untuk kesihatan. Masukkan belacan + kicap ikan ( kalau tak ada letak kicap biasa 1 sudu besar ) + sos tiram+ gula garam secukup rasa..


Lepas cili itu masak dan naik minyak masukkan lobak merah yang dipotong dadu tadi..



Biarkan mereka beramas mesra di dalam kuali untuk mendapakan rasa yang nikmat.


Inilah kepah..sebenarnya aku nak lala tapi kat pasar tak ada so belilah kepah. Kalau korang guna lala pun tak apa. Sebab lala lagi manis dari kepah..dan lagi sedap!! Sebelum masak tu cuci la bersih-bersih kepah tu ye..


Masukkan kepah itu ke dalam kuali..Bila kepah itu dah terbuka semua cengkerang dia bolehlah di angkat.. Sea food tak sesuai di masak lama-lama sebab kurang enak pulak!

Inilah Kepah Cik Farah
Siap untuk dihidangkan...letakla tomato sebagai hiasan..tapi sebelum tu perahkan limau nipis atas kepah tu untuk rasa yang lebih mengancam.
Nak tambah hiasan lagi pun boleh, ikut citarasa anda.

p/s : Sedap dimakan begitu sahaja..tapi better dengan nasi baru la kenyang.
      : So apa lagi! cuba la..mana tahu boleh pikat hati mak mertua nanti :) hehehe..

Bubur Assyura

http://www.jawi.gov.my/masjid.wpkl/images/stories/IMG_2071X.JPG
Gambar Hiasan. Sumber Google
Salam..
Cepat sungguh masa berlalu..
Sekarang dah 10 Muharam..

Lepas ini kita akan berubah tahun iaitu 2011..
Umur pun makin hari makin tua..
10 Muharram merupakan Hari Asyura..
Pada 10 Muharram ini disunatkan berpuasa..
Untuk info sila baca di bawah



Bulan Muharram
Di antara keutamaan dan keberkahan bulan ini, sebagaimana yang tercantum dalam Shahih Muslim dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, ia berkata, “Rasulullah Shalallahu ‘Alahi Wassalam bersabda:
“Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah (puasa yang jatuh pada) bulan Allah, (yaitu) Muharram…” (HR. Muslim)
Ibnu Rajab rahimahullah mengatakan, “Nabi Shalallahu ‘Alahi Wassalam menamakan Muharram dengan bulan Allah (syahrullaah). Penisbatan nama bulan ini dengan lafazh ‘Allah’ menunjukkan kemuliaan dan keutamaan bulan ini, karena sesungguhnya Allah tidak menyandarkan (menisbatkan) lafazh tersebut kepada-Nya kecuali karena keistimewaan dan kekhususan yang dimiliki oleh makhluk-nya tersebut dan seterusnya. (Laatha if al Ma’aarif).
Sebagian ulama memberikan alasan yang mengaitkan tentang keutamaan puasa pada bulan ini. Maksudnya, bahwa sebaik-baik bulan untuk melakukan puasa sunnat secara penuh setelah bulan Ramadhan, adalah Muharram. Karena berpuasa sunnat pada sebagian hari, seperti hari ‘Arafah atau enam hari di bulan Syawal lebih utama (afdhal) daripada berpuasa pada sebagian hari-hari bulan Muharram. (Laatha if al Ma’aarif)
Diantara keberkahan bulan Muharram berikutnya, jatuh pada hari kesepuluh, yaitu hari ‘Asyura. Hari ‘Asyura ini merupakan hari yang mulia dan penuh berkah. Hari ‘Asyura ini memiliki kesucian dan kemuliaan sejak dahulu. Dimana pada hari ‘Asyura ini Allah Ta’ala menyelamatkan seorang hamba sekaligus Nabi-Nya, Musa ‘Alaihis Salam dan kaumnya serta menenggelamkan musuhnya, Fir’aun dan bala tentaranya. Sesungguhnya Nabi Musa ‘Alaihis Salam berpuasa pada hari ini sebagai bentuk syukurnya kepada Allah. Sedangkan orang-orang Quraisy di zaman Jahilliyah juga berpuasa pada hari ini, begitu juga Yahudi. Mereka dulu berpuasa pada hari ‘Asyura. Berdasarkan pendapat kebanyakan ulama, puasa ini pada mulanya wajib bagi kaum muslimin sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan, kemudian (berubah) menjadi sunnah. Sebagaimana yang tedapat dalam ash Shahihain dari ‘Aisyah radhiallahu anha, ia berkata:
“Dahulu orang-orang Quraisy berpuasa ‘Asyura pada zaman Jahilliyah. Dan Rasulullah Shalallahu ‘Alahi Wassalam sendiri juga berpuasa ‘Asyura. Ketika beliau hijrah ke Madinah, beliau terus melaksanakan puasa ‘Asyura, dan memerintahkan orang-orang untuk berpuasa. Lalu ketika diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan, beliau bersabda:’Barangsiapa yang mau berpuasa ‘Asyura, berpuasalah dan barangsiapa yang ingin meninggalkannya, tinggalkanlah.’” (HR. Bukhari dan Muslim)
Dan juga tertera dalam ash Shahihahin dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu anhuma, bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alahi Wassalam datang ke Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura. Maka Rasulullah Shalallahu ‘Alahi Wassalam bertanya pada mereka, “Hari apakah ini, yang kalian berpuasa di dalamnya?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang agung, pada hari inilah Allah menyelamatkan Musa ‘Alaihis Salam dan kaumnya, dan menenggelamkan Fir’aun dan bala tentaranya. Maka Musa berpuasa pada hari ‘Asyura ini sebagai tanda syukurnya.” Kemudian Rasulullah Shalallahu ‘Alahi Wassalam bersabda: “Maka, kami lebih berhak terhadap Musa ‘Alaihis Salam dan lebih diutamakan daripada kamu sekalian.” Lalu Rasulullah Shalallahu ‘Alahi Wassalam berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan kaum muslimin agar berpuasa. (HR. Bukhari dan Muslim)
Dan puasa pada hari ini memiliki keutamaan yang besar, dimana puasa ini dapat meleburkan dosa-dosa setahun yang lalu, sebagaimana tertera dalam Shahih Muslim, dari Abu Qatadah al Anshari radhiallahu anhu. Sesungguhnya Rasulullah Shalallahu ‘Alahi Wassalam ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura, maka beliau bersabda, “Dia akan menggugurkan (dosa-dosa) setahun yang lalu.” (HR. Muslm)
Sebagian ulama berpendapat sunnah berpuasa pada hari kesembilan bersamaan dengan hari kesepuluh karena Nabi Shalallahu ‘Alahi Wassalam berpuasa pada hari kesepuluh dan berniat akan berpuasa pada hari kesembilan. Imam Nawawi rahimahullah menyatakan, “Barangkali sebab dari puasa dua hari ini agar tidak tasyabbuh (serupa) dengan Yahudi yang berpuasa hanya di hari kesepuluh.” (Syarhun Nawawi li Shahih Muslim)
Tidak ada lagi yang disyari’atkan pada hari ‘Asyura ini selain puasa. Namun sebagian orang mengada-adakan perkara baru (bid’ah) yang tidak ada dasarnya sama sekali, atau hanya bersandar pada hadits-hadits maudhu’ (palsu) atau hadits-hadits dha’if (lemah). Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menyebutkan beberapa perkara mungkar, yang diada-adakan oleh ahlul ahwaa’ (pengikut hawa nafsu), yaitu kaum Rafidhah yang pada hari ‘Asyura pura-pura haus dan sedih, serta perkara-perkara baru lainnya yang tidak disyari’atkan oleh Allah Ta’ala dan Rasul-Nya. Dan tidak pula dilakukan oleh seorang pun dari generasi Salaf dan dari ahli Bait Rasulullah Shalallahu ‘Alahi Wassalam maupun dari yang lainnya. Sesungguhnya musibah terbunuhnya al Husain bin Ali bin Abu Thalib pada hari ‘Asyura ini, wajib disikapi seperti penyiikapan terhadap berbagai musibah dengan mengembalikannya kepada penyikapan yang disyari’atkan.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah juga menyebutkan bahwa sebagian orang mengada-adakan perkara baru (bid’ah) dalam masalah ini dengan bersandar pada hadits-hadits palsu yang tidak berdasar seperti fadhilah mandi pada hari ‘Asyura, bercelak atau berjabat tangan, atau menampakkan rasa senang dan bahagia, dan meluaskan nafkahnya pada hari itu. (lihat Iqtidhaa-ush Shiraathil Mustaqiim li Mukhaalafatil Ash haabil Jahiim).
.


Kalau kat area i, hari Assyura ini orang akan buat bubur dan bagi kat setiap rumah..sebagai sedekah..kadang-kadang tukar bubur dengan jiran. Bubur ini dinama bubur Assyura. Buat bubur ini pun bukan ada maksud lain just saja bagi kat jiran tetangga..sebab kalau sesetengah orang akan berpuasa pada 10 Muharram ini.

I pun dah pandai buat bubur asyura yang sedap hehehe...nak tengok..haa ini dia..



Sedap sangat tau..hehe...mantap ramuannya..sampai i hari ini tak makan nasi sebab asyik mamam ini benda!!Selalunya kalau kat kampung i bubur ini akan dimakan bersama pencok..pencok itu a all tau tak apa? kalau orang perak sebut pencok..bahasa rasminya kerabu...selalunya kalau buat bubur assyura akan buat pencok taugeh dan pucuk paku!! wawawa sungguh sedap sekali..

i punya bubur yang sedia untuk di makan
Sebenarnya i just tolong my mama buat bubur ini je hehehe..:) yang makan lebih adalah i..

Hari-hariku

Hari ini mood memasak tidak ada tapi kena masak juga...mungkin aku kurang tidur kerana pagi-pagi sudah dikejutkan untuk memasak nasi goreng. Selalunya selepas subuh aku continue tidur tapi baru beberapa minit melelapkan mata ayah aku panggil suruh masak nasi goreng...ahhh malas betul rasanya, dah la sedap-sedap tidur di pagi hari yang hujan begini..Kerana aku anak yang taat kepada ibu bapa ( chewahh ) aku wake up terus ke dapur then pasang radio Era..agar ngantukku hilang..sebelum prepare masak aku kena bagi si comel miow makan dulu then si kecil hamster..pas itu masak la..masak nasi goreng kampung je..sedap juga..nyam-nyam..
Lepas masak aku terus mencuci kain then sidai..sekarang tengah manaip di blogger selepas ini misi memasak..
Aku nak masak kerang rebus, ikan bakar, sayur kobis dan buat sambal belacan..ok tak? malas nak masak yang remeh--hari ini simple sahaja..

Gooo gogo miss farah...jam pukul 11.15..cepat prepare masak..lepas ini baru boleh mengadap laptop ini..
Sekian tata...aku blah dulu






Cucur Ikan Bilis Ranggup


Petang ini aku sediakan hidangan minum petang yang tak seberapa special tapi sedap. Entahla hari ini mood memasakku semakin bagus, kalau tak kuih muih hanya kuih tunjuk sahaja. Dikesempatan ini aku nak share resepi aku untuk tatapan umum. Tak salahkan kalau berkongsi ilmu kerana kalau kita kongsi ilmu, kita akan bertambah lagi ilmu tapi kalau kedekut ilmu otak pun tak berkembang macam katak dibawah tempayan huhuhu. Betul tak?


Resepi aku kali ini memang macam biasa-biasa sahaja. Mungkin semua orang tahu macam mana nak buat cucur tapi tahu ke nak buat cucur yang sedap? Nanti aku akan tulis satu entry bertajuk “ Tahu memasak atau Pandai memasak” so jangan lupa baca kepada yang nak baca tapi kalau tak nak baca tak payah. Tak ada paksaan untuk membaca blog Miss Farah ( bukan subjek wajib ).

Berbalik pada cucur. Tahu tak apa itu cucur? Try la Tanya abang google. Kalau tak mahu Tanya abang Google Miss farah bagi tahu kepada kalian. Cucur ni macam cekodok. Dibuat dari tepung dan digoreng. Lepas goreng baru boleh mamam. Nanti aku share my picture ok!


Cucur ini macam cucur biasa tapi ranggup di luar, lembut di dalam. Mak aku kata sedap dan amat meyukainya begitu juga dengan nenek di sebelah rumah aku. Dia kata lain dari cucur lain sebab ranggup tapi lembut, tak sama macam dia buat! Wawawawa nampaknya Miss farah sudah makin maju dalam skill memasak. Mesti menjadi rebutan mak cik- mak cik di luar sana untuk dijadikan menantu heheheh…


Walau apa pun aku rasa puas kalau masakan aku disukai ramai. Walaupun bukan cheff tapi aku suka tengok mak dan ayah aku makan dengan berselera masakan aku. Nak resepi? Kena bagi pengkeras kalau nak sedap dan rasa real macam Miss Farah masak..

Ok! Ini resepinya, Tepung gandum secawan dan mix dengan tepung kek secawan. Gaulkan sehingga rata dan sebati..

Tepung gandum dan tepung kek berserbuk penaik ( Blue Key )


 Sediakan bahan-bahan ramuan seperti bawang merah ( 2 Ulas ), bawang putih, cili kering dan ikan bilis.( jumlah terpulang kepada citarasa.
bahan-bahan ini perlu dipotong atau dicincang. Cili itu hiris halus-halus. Ikan bilis perlu dikisar kasar, jangan sampai hancur.

Tepung gandum yang dah di mix dengan tepung kek perlu dibancuh dengan air sejuk ( air kosong yang di simpan di dalam peti sejuk ). Perlu air sejuk, nanti tak ranggup kalau anda letak air biasa. OK!
Kuantiti air itu kena la agak2. Jangan cair sangat atas pekat sangat. Then masukan semua ramuan yang di atas ke dalam tepung itu tadi. Masukkan garam secukup rasa dan kunyit untuk nampak kekuningan. ( tak nak kunyit pun tak apa )

Macam inilah ramuan yang telah digaul rata. 
Dan tibalah masa untuk mengoreng. Goreng tu jangan hangus pulak. Saiz cucur jangan besar sangat sebab tepung itu akan naik sendiri dan mengembang. Nanti gedabak pula.

Taraaa...dah siap cucur aku!

warna kekuningan dan amat wangi sekali. Jom2 makan! My cucur ikan bilis ranggup
Cucur ini amat enak di makan waktu panas-panas bersama kopi panas.

masa untuk makan..yummy!

 Sangat enak jika dicicah bersama Sos Cili Somano!


makan sampai menjilat garpu!
So, jangan tengok je..cubala..rugi kalau tak cuba. Cucur ini amat enak kerana ia ranggup di luar dan lembut di dalam...selamat mencuba!


 Pesanan penaja, kalau dah cuba jangan lupa komen!

♥♥Hidangan Istimewa??

Semalan ada la "orang" itu..
Dia kata dia buat hidangan istimewa dan sedap sangat!
Teruja betul nak tahu..
Then aku suruh dia mms aku..nak tengok apa makanan yang dia masak itu!
Dia kata kalau dia bagi tengok jangan kempunan pulak..so i say no...nak tengok apakah hebat sangat makanan dia! masa tu waktu malam..aku ni ngah lapar plak..teruja......mau tau..

Nak tahu apa hidangan lazat yang dia kata!!





^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^




Haa ini dia KFC!!
Aku ingatkan dia masak apa ke..rupanya masak kat KFC then bawa balik rumah..
ciss..


Dah lama tak makan KFC..ada siapa-siapa mahu belanja? JOM !!

Dia kata, kalau dia rindukan aku dia makan KFC...

I miss you too!

Muffin Oh Muffin!

Muffin dan kek lebih kurang sama..
Aku memang suka sangat buat muffin..
Masa mula2 buat tu memang la tak berapa nak jadi..lembik la dan terkeras la..macam2
Belajar dari kesilapan merupan pelajaran yang amat bermakna..
Akhirnya aku berjaya buat kek dan muffin..
Dulu masa balik ke USM, mesti bawa kek buatan sendiri...
Aku nak share pengalaman buat muffin..sedap!


Nak buat kek ni mesti ada telur!
Amat penting, kalau tak ada..jadi lempeng.





Tepung memang kena ada, campur dengan baking powder, soda bikarbonat!
Bahan2 kena ikut sukatan..



Gula dan majerin ( + mix susu cair )kena pukul sampai kembang, then letak telur dengan tepung berselang seli..letak esen vanila..pukul sampai kembang ( berkrim )



Masukkan kertas muffin ke dalam acuan..siap untuk dibakar 180 darjah cel..
selama 15-20 minit..





Yehaaa...dah siap muffin ni..kalau rajin buatla cream kat atasnya atau kuah coklat dan tabur coklat rice..sedap!
Enak dimakan, sedap dirasa!!



P/s nak resepi? next time aku update..tapi kalau ada permintaan la..!






Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH