Wednesday, June 1, 2011

Wanita Berusia 29 Tahun Berkahwin dengan Anjing Peliharaannya

Assalamualaikum
Hari ini nak kongsi berita yang paling sengal sekali. Tapi sebelum aku repost semula berita ni aku nak tanya dengan korang.. Korang nak tak kahwin dengan binatang peliharaan korang seperti kucing, hamster, lembu, ayam atau seangkatan dengannya? Kalau ya..mesti korang mengalami tekanan dan kemurungan yang tingi. Cepat-cepatlah pergi berubat hahaha.. Tapi berlainan pula dengan gadis ini..

http://api.ning.com/files/u6XUeysIPpx4HJRWDIdR6reIuDSvz7vC*yZ4tHWZishH-EJZMVMxNZICAB0qv9YHczpQBQREd0nIGNSbGzf44niek7PSWyHF/aneh_37.jpg


Emily Mabou, 29 tahun yang berasal dari Desa Aburi, Togo telah memutuskan untuk berkahwin dengan anjingnya sendiri. Alasannya, anjing itu mempunyai personaliti seorang lelaki yang dia inginkan selama ini. 
"Saya sudah menjalinkan hubungan dengan banyak lelaki tapi mereka semua sama sahaja, cuma mahukan seks dan suka berbohong. Anjing saya lain, dia baik, setia pada saya dan selalu menghormati saya," jelas Emily.
Akhirnya, majlis perkahwinan Emily menjadi kenyataan dan telah diuruskan oleh paderi dari kampung beliau. Perkahwinan Emily dihadiri oleh ramai orang dek kerana kehairanan dan ingin tahu. Akan tetapi, majlis itu tidak dihadiri oleh keluarga rapat Emily kerana meraka menganggap ini adalah "perbuatan gila untuk menghilangkan rasa sunyi". 
Apabila ditanya bagaimana dia ingin mempunyai anak dengan suaminya, Emily menjawab dengan tegas bahawa dia akan mengambil anak angkat.

Korang jangan jadi macam ini pulak..kalau korang kecewa dengan cinta or hidup korang memadai la dengan memelihara pet je..jangan sampai kahwin dengan pet korang..

p/s : Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum..dunia belum berakhir :'(

6 comments:

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.