Friday, January 6, 2012

Apa keistimewaan Samsung Galaxy II

Assalamualaikum,

Aku adore pada Iphone tapi kerana status aku sebagai student semua itu tolak ke tepi. Pada aku fungsi utama hp adalah text sms dan calling je, yang lain tu sampingan. Aku lebih suka online kat lappy, lagi puas menghadap lappy dari screen hp.

Sekarang ni pula kegilaan pada Samsung Galaxy pula muncul, dulu blackberry, HTC dan sekarang Samsung Galaxy. Sampaikan Mr. H aku pun tergilakan Samsung Galaxy.. pada aku kalau dah ada hp tak perlu beli gadget tu lagi lebih baik simpan duit tu untuk kahwin, eh eh eh gatai plak.



Harganya pulak boleh dapat satu lappy, hurmm kalau minat memang tak boleh terhalanglah. Apa specialnya Samsung Galaxy II sampaikan menjadi kegilaan ramai? Memang nampak menarik tapi pada aku fungsi tetap sama, sama macam touch screen yang lain, sama macam hp lain juga? Aku? memang suka gadget tu tapi aku tak suka bazirkan duit aku kerana itu melainkan ada yang hadiahkan? selalunya ayah akulah yang suka belikan hp. Masih terlalu sayangkan E72 aku nih. Sayang lah hoi sebab bateri super tahan, 7 hari baru habis.. Apa kau ingat senang nak dapat hp macam ni?

Walaupun aku ni jenis boros berbelanja, tapi masih ada landasan nak fikir..bukan main ikut nafsu nafsi je kan. hahaha..cukuplah ada E72 dan Sony Ericsson Xperia Pro Mini aku tuh sebagai peneman takhala sunyi.

Tak suka full touch screen!
Dah setahun rupanya dia temani aku :)
Tukar hp baru? boleh tapi nak free je. hahaha.. Iphone boleh?

No comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.