Friday, January 28, 2011

Adat Bila Nak Buat CONTEST


Salam.
Selamat petang. Hari ini rasa nak tulis something yang aku rasa penting kepada penganjur contest.
Korang yang berhajat nak buat contest. Tak kiralah contest "beruk paling handsome" sekali pun. Jom datang dekat-dekat baca apa yang patut. Aku ini nak kata pernah buat contest memang tak pernah. Tapi join contest tu memang pernah..Ga memang berlambak aku join tapi itu bukan kisah aku nak kepoh kat sini. Kepada sesiapa yang nak cuba buat contest untuk memeriahkan blog korang baguslah. Mungkin ini cara terbaik untuk tarik reader dan follower ke blog korang. Tapi jangan asyik fikir untuk tambah follower dan reader semata-mata, hakikatnya contest yang korang buat macam KURENG je. Seolah-olah melepaskan batuk di tangga je. Silap haribulan orang boikot korang punya blog sebab kekurangan profesional korang dalam menganjurkan contest. Betul tak? Korang jangan fikir orang lain buat contest..eh aku pun nak buat juga. Itu adalah SALAH!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2Ks5rgK5kPiKeMSz5e9_HG9dJ1XbAgMTkJlHRSC1WCYkLZPzAi3lbfWRECxOL84TRtsruXGOKPnF5BvHcWNRKq814kTfeYc6E2EXQWf_h-KMI8YcVn_hgqPWUiZdBgSxA31O4T10/s1600/judge.jpg


1. Pemilihan Pemenang

Dalam menentukan pemenang ada beberapa cara yang digunakan oleh penganjur. Tak kira la cara apa sekalipun. Di sini aku nak bagitahu antara cara popular yang digunakan oleh penganjur contest dalam memilih pemenang.

Undian
Undian sebenarnya tidak sesuai untuk contest. Melainkan contest blog paling popular. Kalau blog paling popular memang relavan la korang nak buat undian. Sebab reader yang perlu pilih blog siapa yang paling popular dan gojes. Tapi kalau setakat nak buat contest kucing paling comel memang tak sesuai langsung nyah!. Undian sebenarnya tidak sesuai untuk contest. Sebab kemungkinan ada unsur penipuan yang akan dibuat oleh peserta. Contohnya, peserta sendiri yang undi atau sebagainya. Lagipun penyertaan pembaca untuk mengundi pun ciput je. Jadi macam tak adil la untuk mengangkat sesuatu blog itu sebagai pemenang. Selain itu, tidak adil untuk blogger yang baru sebab blogger baru semestinya follower pun sedikit, reader pun tidak tahu kewujudan blog itu dan sewaktu dengannya. Yang tengelam akan terus tengelam dan yang timbul akan karamkan yang tengelam. Betul tak? Korang faham tak apa yang aku tulis ni? Ok aku kasi faham. Contohnya, blogger popular bertanding dengan blogger hingusan yang tak sampai 100 follower..sudah semestinya yang blogger popular tu yang menang. Walaupun blogger hingusan itu  lebih baik karyanya/penyertaannya dari yang popular. Faham?


Juri
Cara pemilihan dengan mengunakan juri aku rasa memang sesuai sebab di pilih oleh penganjur sendiri. Tapiiiiiiiiiiii..kenapa panjang sangat tapi tu ? Mai sini aku habaq kat hang. Kadang-kadang juri ini pilih bulu. Nak yang sebulu dan yang serumpun dengan dia. Maknanya di sini dia pilih pemenang bukan berdasarkan kriteria yang ditetapkan tapi sebab kawan-kawan dia je. Aku bukan nak mencemuh ke apa. Tapi ada blogger yang buat contest, yang pilih kawan-kawan dia juga. Bila check semula memang kawan-kawan rapat blogger dia juga pemenang walaupun ramai lagi yang memang selayakkan menang. Bila kita tengok hasil nurkilan contest yang dipertaruhkan oleh pemenang-pemenang contest yang dipilih juri bias/pilih bulu itu sebenarnya tak cantik mana pun, tak bagus mana pun ..dan bila dicompare dengan peserta yang lain banyak yang lagi tip top dan bagus. Jadi benda ini akan mengundang ketidakpuasan peserta yang lain. Jom aku bagi contoh lagi, korang minta kerja dan korang ada result gempaq+pengalaman. Tapi tup tup tup yang dapat kerja yang gagal 10 kali dalam exam dan yang paling mangkorr sekali bak kata orang Perak. Nampak sangat la ketidakadilan di situ kan... Pada pendapat aku la, kalau nak bagi kawan-kawan terdekat menang lebih baik tak payah buat contest..buang masa blogger lain je. Lagi bagus ko bagi free gift kat kawan ko tu…kan bagus.. Lepas ni jangan kecoh kalau orang tak nak join contest korang kalau korang buat perangai macam ni. Seelok-eloknya jujurlah dalam memilih pemenang. Dah adat pertandingan mesti ada yang kalah dan menang tapi kalau yang menang tu macam “hampas” memang la orang akan berbunyi tapi kalau yang terbaik itu menang. Orang pun senang hati.

Pemilihan Rawak
Pemilihan rawak atau cabutan bertuah ni memang tak sesuai untuk contest tapi sesuai kalau korang buat Give aways atau lucky draw. Nak buat pemilihan rawak pun boleh juga tapi untuk contest “ Siapa paling bertuah” hahaha. Walauapa sekalipun kejujuran amat penting. Jangan cabut-cabut nombor terkena blogger yang paling korang tak suka. Lepas itu korang mula nak tukar nombor lain..haa itu memang tak baik la korang buat macam itu. Yang penting JUJUR!

http://www.vees.com.my/cms/img_ed/Terms.gif

2. Syarat 

Kalau korang nak buat contest ni kena la bagi syarat yang jelas untuk peserta menyertai dengan jayanya. Contonhnya, apa kriteria yang korang akan pertandingkan untuk menang contest korang. Kalau korang buat contest blog paling  serabai. So apa kriteria serabai yang korang maksudkan..  Contohnya, korang buat blog senyuman paling comel. Tiba-tiba blogger ni letak gambar dia bertiga dengan rakan-rakan. Tapi korang reject sebab dia bergambar dengan kawan dia. Di situ Nampak sangat korang tak professional sebab syarat penyertaan tak dinyatakan dengan jelas apa yang korang pertandingkan… Kalau aku terkena macam itu..aku blahh je. Confirm lepas ni tak join lagi contest korang. Hahaha kan padan muka. Selain itu, nak bagi syarat tu kena la berpada-pada. Ohh mentang-mentang engko anjurkan contest sukati kepala lutut ko je ye nak bagi syarat yang merepek. Contoh syarat merepek, kena promote blog korang selama sebulan atau buat sticky entry/entry melekat berbulan-bulan lamanya. Apa ingat DIVA ke kena buat macam itu. Kalau korang terdetik nak buat macam itu. SINI aku sound “HENTIKANLAH”..itu meyeksa namanya. Kalau korang itu diva popular yang ada berjuta follower mungkin boleh demand tapi AKU TAKKAN JOIN LA WOI..


http://www.treehugger.com/daylight-saving-time-costs-billions.jpg 

3. Masa

Kalau korang nak orang join contest korang kena la bagi masa yang dinamik. Contoh dalam dua-tiga bulan untuk penyertaan. Kalau korang bagi seminggu atau dua minggu sudah tentu penyertaan pun sikit.  Lepas itu jangan la terlalu lama sampai setengah tahun ke atas. Nanti basi pula contest korang melainkan korang bagi BMW , Mac Notebook dan seangkatan dengannya. 


http://www.swintalk.com/wp-content/uploads/2008/05/swintalk_gift_trolly.jpg

5. Hadiah


Hadiah untuk contest ni ikut kepada kemampuan penganjur juga la. Tak kisah la korang nak bagi apakan.. Tapi tips dari aku, kalau korang nak orang berpusu-pusu join contest korang apa kata bagi hadiah yang “baik punya”…ala macam laptop apple sebijik ke..confirm tak payah di tag aku akan join dengan muka tak malunya..muahaahaha!. Tak kisahlah hadiah apa..janji korang ikhlaskan. Jangan bagi hadiah merepek taik ayam tahi itik dah la.

http://voice-software.org/wp-content/uploads/2009/01/promote-software.jpg

6. Promote

Haaa ini paling penting. Kalau korang nak ramai lagi yang join contest korang tolong jangan berat tangan untuk pergi blogwalking ke blog orang lain. Kena la promote sikit. Kalau rasa tak nak iklankan kat TV atau surat khabar kena la rajin cik kak oii.. Aku cadangkan korang pergi ke Blog Larian untuk mencari blogger-blogger untuk di blogwalking sebab kat sana berlambak-lambak link blog yang sudi diterjah. Kalau korang hanya mengharap blogger datang join contest korang dengan sendirinya memang susahlah. Lepas itu kena la rajin-rajin promote kat Facebook, Twitter dan seadik-beradik dengannya.

Sekian Wassalam…

p/s : Kalau ada tips lagi. Rajin-rajinlah kongsi ye.. Tak rugi kongsi. Hanya orang kedekut je yang haloba nak share opinion. Komenlah..penat aku perah otak buat entry ini..haa..kalau ada yang terasa dan terkunyah cili api tu..sorry ye sebab aku tak tuju kat sesiapa. Jangan marah nanti cepat menopause .

Sumber Gambar : Google
SHARE:

16 comments

  1. ada lagi dah buat contest tu lawat lah peserta walopun sekali jgn bagi alasan ramai perserta pulak ! dah tu kalo malas nk jenguk perserta buat apa buat contest kan!

    ReplyDelete
  2. @puanbee

    Amat-amat setuju dengan cadangan puan bee..kepada yang anjurkan contest diharapkan melawat la blogger yang join contest ye.

    ReplyDelete
  3. hehe..
    betol 2 betol..
    tp sy xprnh lg join mne2 contest ;)

    ReplyDelete
  4. banyak betul input berguna yang akan saya guna pkai..

    kalau tak keberatan saya harap anda join contest pertama saya..Harap penyertaan saudari akan memeriahkan contest saya..

    http://fiarcacoutura.blogspot.com/2011/01/contest-bergambar-saya-sayang-kawan.html

    Harap diberi sokongan..:)

    ReplyDelete
  5. suke la komen farah ni..
    lg satu dorg ni kne la update slalu blog dorg tu..
    janji nk umum pemenang ari ni, skali smpi ke mnggu depan x umum2 lagi..
    lainlah korang ade reason yg baik punyer..

    ReplyDelete
  6. hoho , ceq first time buat GA . takut jugak . adakah GA ceq ada sebab2 yg farah tak nak join ek ? huhu

    ReplyDelete
  7. @tomatokering :)

    cik farah tak tahu la..tomato buat GA..insyaallah nanti akan mjoin :)

    ReplyDelete
  8. Miss Farah,xde masalah pun contest itu di buat mcm mane pun.ia bergantung kpd kretiviti blogger tu.skiranya awk rasa kontest itu tidak sesuai dgn awak,buat apa nak join..Contest ada untuk memeriahkan dunia blogging sahaja...so it up to u..Terima kasih =)

    ReplyDelete
  9. @Faisal

    saya hanya memberi pendapat je..tak bermaksud nak mempekecilkan mana2 blogger..

    ReplyDelete
  10. gudluk

    datang buat spotcheck
    tok pilih 10 blog tercantik

    jangan lupe vote saye
    kat kump 2 no 28

    undilah b4 10mac2011
    thanks

    ReplyDelete
  11. Hoyeah!!! Aku suka entri yang berbentuk luahan hati macam ni.. Baru la tahu macam mana selera orang yang nak jadi peserta contest.. Haha..

    Aku pun tengah mencari cara terbaik untuk buat contest sebab tak lama lagi blog aku bakal buat lagi satu kontest.. Hehe..

    Regards,
    www.umarfaruq.com

    ReplyDelete
  12. sy suke sgt dgn blog awk..thnks for tips..sy plan nak wat contest gak ni..tp masih dlm perancangan..sape nak menang produk mary kay, ce bg idea..hikhik

    ReplyDelete
  13. hahaha susah juga kan, takut pula nak bwat contest..

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH