Thursday, February 24, 2011
Dah langgar..engkau lari!!
Assalamualaikum.
Tadi aku ada lah dengar kes langgar lepas itu lari..ala langgar lari. Memang mendidih sangat dengar tu. Rasa nak bagi penampar dan nak tendang-tendang je muka pelanggar lari tu sampai hancur. Wahhh ganasnya aku..Ayah aku pun ada juga orang langgar dia..lepas itu lari. Nak gelarkan spesis ini binatang tapi manusia. Tapi dikalangan manusia memang ada BINATANG.
Kes 1
Benda ni terjadi kat ayah aku. Masa tu aku praktikal dalam dua tahun yang lalu. Tiba-tiba ada saudara aku datang ambil sebab selalunya ayah aku yang ambil. Dia kata ayah aku kena langgar. Memang terkejut lah dan tak sabar nak balik. Bila sampai rumah aku tengok kepala ayah aku berbalut dan kena 7-8 jahitan. Sedih sangat. Kaki dan tangan luka juga tapi alhamdulilah tak ada kecederaan dalaman. Ayah aku kata masa tu dia bawa motor tiba-tiba dia dirempuh oleh motor dari belakang. Yang dia perasan budak tu main handset dan terus lari. Plat motor dia tak perasaan sebab dia terus pening dan pitam. Nasib baik ada orang tolong. Darah kat kepala memang banyak keluar sampai tuala yang ayah aku bawa basah. Baju dia pun penuh kena darah. Budak sial tu pulak lari bukan nak tolong. Dah langgar terus lari. Alhamdulilah ada orang kat situ tolong.
Kes 2
Kes ni budak kampung aku juga kena. Dia pergi dengan kawan di ke bandar tiba-tiba ada kereta rempuh mereka dari belakang. Dah rempuh terus lari jugak. Budak tu memang teruk juga kenanya. Muka dia tergilis kat jalan raya. Kaki tangan memang luka juga. Tapi nasib baik tak patah kaki-tangan. Korang faham-fahamlah kalau dah muka terhempas kat jalan. Memang teruklah..gigi depan patah. Gusi bengkak. Tangan luka dan banyak sisa tar masuk dalam daging. Memang azab aku tengok. Korang dapat bayangkan tak masa nak cuci luka yang bercampur sisa jalan tar tu. Teruk wei. Nak makan pun budak tu tak boleh. Sebab gusi dan mulut luka. Atas muncung dia pula hancur dan terpaksa tampal dengan daging lain untuk elokkan. Bertapa azabnya dan terinayanya orang yang dilanggar oleh pemandu yang macam hanjing!!
Kes 3
Ini memang kes terbaru yang paling hangin aku dengar. Ceritanya begini, ada pakcik tua dan anak perempuanya naik motor tiba-tiba datang sebuah kereta melanggar dari belakang. Dengan tidak rasa bersalahnya pemandu kereta berkenaan telah melarikan diri tanpa rasa simpati untuk menolong orang yang dilanggarnya. Mungkin nasib pemandu yang melanggar itu kurang baik sebab ada jiran sebelah rumah pakcik tu nampak dan mengejar pemandu yang tak beretika itu.. Tup-tup memang dapat kejar la pemandu tersebut. Dan yang amat mengecewakan pemandu yang tak berakhlak itu adalah seorang GURU dan perempuan. Memang elok kena lempang la orang macam ini tapi nasib baik ko tak kena lempang, kalau aku yang kejar memang kena penerajang la...kuatnya aku muahaha silap-silap aku yang kena.. Ok fine, tapi yang aku tak boleh terima sikap orang kampung yang menyalahkan isteri pakcik yang dilanggar itu memarahi cikgu perempuan itu. Boleh pula orang kampung kata " Ala langgar sikit takkan sampai nak maki-maki orang"..Nasib baiklah orang tu tak cakap depan aku, kalau tak orang tu aku maki cukup-cukup!! ( berani ke Cik Farah oii? ) Dengar sini bahaloll ( bukan korang ye :O ) Jangan kerana dia itu PEREMPUAN dan status baik sebab dia CIKGU korang boleh menutup busuk dia sebab konon langgar sikit? Kalau dia itu BAIK dan bersahsiah bagus kenapa dia LARI lepas langgar? Kenapa kena kejar dan kena ugut baru nak kembali ke tempat kejadian? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Ohh sebab dia CIKGU ye? dan sebab pakcik tua dan anak perempuan dia MISKIN dan TIADA TEMPAT DIMATA masyarakat ye? Sebab CIKGU berbakti kepada masyarakat ye? ( maaf ye cikgu-cikgu, bukan anda yang dituju tapi cikgu pelanggar lari yang aku tuju!! ) weii dengar sini dia jadi cikgu pun sebab diberi GAJI kalau tak bergaji HARAMMM nak jadi CIKGU. Masyarakat sekarang ni nak mandikan orang mati pun demand..nak duit bukan ikhlas kerana ALLAH!! Aku memang emosi kalau penjenayah yang disokong bukan mangsa yang mendapat keadilan. Yang mulut bahalol kata " Ala langgar sikit takkan sampai nak maki-maki orang" engkau itu hati hanjing ke? Sebab tak mati engkau boleh kata sikit ye..ohh kalau mati barulah "langgar banyak"..Diri sendiri tak kena bolehlah cakap, kalau kena mungkin ko pun boleh belasah cikgu tu sampai mampus..itu baru kena maki sikit pun nak kecoh!!! Engkau ingat dengan RM50 itu banyak sangat ke cikgu tu nak bagi konon nak lepas diri. Memanglah pakcik dan anak perempuannya cuma luka-luka sikit. Tapi kalau badan dah terhempas kat atas jalan raya..bukan effect kejap tu juga..mungkin esoknya melarat bengkak-bengkak!! Tak kena memanglah boleh cakap macam-macam. Memanglah perbuatan memaki orang tu tak baik tapi kalau nama je cikgu sekolah berasrama penuh tapi otak bahlol tak ada akhlak sebab langgar orang macam langgar anjing ( orang pun tak sanggup langgar binatang ) memang kena bagi "ubat" pedas sikitlah..sebab tak faham bahasa yang elok kena bahasa kasar. Orang kampung pula nak salahkan isteri pak cik tu konon marahkan cikgu tu. Memang patut kena makan "cili api" je cikgu tu. Ini ibarat perompak merompak tapi tuan rumah masuk lokap? Betul ke macam tu..? Kononnya rumah korang kena rompak tapi korang pula kena salah tak jaga keselamatan elok-elok. Padahal semua dah safety cuma perompak yang nak jugak merompak korang. Dalam soal ini perompaklah yang kena hukum..tak tahulah kot korang pula sanggup nak masuk penjarakan..
Kes Video di atas
Video kat atas tu aku ambil kat youtube..tak ada kena mengena kes 1 sampai 3 ni. Aku nak juga senaraikan banyak kes nanti kot macam pegawai penyiasatlah pulakan.. Kes yang aku tulis ni ibarat macam video kat atas tu juga tapi video tu memang kejam sebab orang macam tak peduli je nenek tu. Kalau dah kena macam itu korang masih nak salahkan siapa? salahkan jalan sebab sempit ye? muahahaha lu fikirlah dengan kepala hotak jangan dengan bontot..boleh?
kak . .
ReplyDeletecne nak letak vid u tube tu?
@tulips etu chinta..
ReplyDeleteambik embed kod je..pastu paste dlm entry
haihh..ape nak jadi pelanggar zaman skarang nie..
ReplyDeletesian ayah awk :(
@syairahmohdanuar
ReplyDeletemereka semakin kurang ajor :(