Friday, March 18, 2011

Susahkan Bila Kita Susah..Maka Susah juga orang nak TOLONG!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIrrbHEwMNkz7hyphenhyphen95EB40Rub2IYFhKKf2lR8UGf_0g3K3sgKGC8NpWcOaxvwzEJNy8bevPG1UX32JXOtYWEzSaYEfVfkp1rIZLwdUJq7kItKP1LyYT8A0tk8IIX8TtpcvYVsxTL3NKEmg/s320/terlampau-penting-diri.jpg
Engkau basah pun ada aku peduli! Asalkan aku ada payung dah la..


Assalamualaikum..
Lama rasa tak update blog secara bersungguh-sungguh cuma entry-entry cincai sahaja, ala-ala short note sebagai pesanan untuk my reader. Seperti yang sedia maklum 13 Mac 2011 aku ke Penang untuk uruskan hal Masters aku. Memang tak planning untuk pergi dalam masa terdekat ni tapi pemohonan Master untuk UKM dah buka jadi aku ambil peluang ini untuk dapatkan tandatangan pensyarah untuk aku apply Masters. Jadi aku terpaksalah ke USM Penang untuk ambil tanda tangan pensyarah. Masa aku pergi Penang ini memanglah amat sesuai sebab cuti sekolah..sekurang-kurangnya boleh juga aku bawa adik aku sebagai teman. Maklumlah dia tak pernah pergi Penang..dan sebagai peransang untuk dia belajar bersungguh-sungguh untuk STPM tahun ini..agar dia boleh melanjutkan pengajian ke IPTA.

Aku bertolak ke Penang hari Ahad..dan aku tahu pemohonan master dah open 11 Mac iaitu hari Jumaat..memang terburu-buru la nak planning bagai. Nasib baiklah tempat kerja aku tu half day hari Jumaat sebab boss ada hal so dapatlah beli tiket bus petang Jumaat untuk ke Penang 13 Mac tu.

Hari Jumaat tu memang sebuk la calling-calling kawan-kawan yang ambil Masters kat USM nak tanya macam-macam dan agenda terpenting mencari tempat berteduh sepanjang berada di Penang. Aku memang excited nak pergi Penang sebab aku amat rindu bumi Penang. Aku tanyalah kawan aku untuk nak tumpang bilik bagai. Tapi mereka yang ambil program Masters bawah ISDEV semua akan ke Medan Indonesia untuk tujuan penyelidikan, seminggu baru mereka balik Malaysia. Memang amat merisaukan aku sebab pertama pensyarah yang aku target nak minta isi borang penyokong semua bawah ISDEV dan kedua kebanyakan course mate dan ex roomate aku semua budak ISDEV. Then bagi emel dan call pensyarah lain untuk temujanji tersebut. Alhamdulilah ada seorang pensyarah bagi masa hari Selasa iaitu 15 Mac. Dan seorang lagi still tak reply emel dan aku call pun dia tak ada. Dan aku terpaksa meminta tandatangan/borang sokongan dari pensyarah yang "kurang digemari ramai"..mak aii memang teruk aku kena "hentam" dengan kata-kata bisa, ada masa aku cerita di next entry. Stop bab itu, aku nak cerita bab nak minta TOLONG yang SUSAH ORANG NAK TOLONG!!

Kawan aku yang nak pergi Medan itu ada la suggest kawan-kawan lain tapi mereka tak menetap kat USM dan amat jauh dari USM sebab mereka cikgu praktikal. Ada seorang itu pula dia balik kampung sebab cuti sekolah seminggu. Aku pun teringat course mate junior tapi kami sebaya dan dia kawan kepada kawan aku. Memang kami kenal cuma tak rapat. Firstly aku call dia tapi tak dapat. Lama sikit call baru dapat. Aku kenalkan diri aku bagai dan mengajukan hajat sebenar aku nak tumpang bilik sepanjang berada di USM. Suaranya macam nak tak nak je tolong aku.. "Tengoklah kalau ada, tak tahulah ada ke tak nanti"..biasalah hint kan..aku bukan budak-budak tak faham bahasa. Sebab dia sahaja pilihan yang aku ada terpaksa juga aku tebalkan muka bagi mesej sekali lagi dan mesej ini sebijik aku copy semula dalam hp aku.. " Assalam, hari Ahad ini Farah nak datang USM, harap dapat tumpang bilik ***. Sebab memang tak ada orang nak tumpang, kawan2 yang ambil Master semua dah pergi Medan..cuma nak tumpang bag dan barang je, tidur kat surau pun tak apa.." memang dia je aku nak harap sebab aku tak ada tempat nak tumpang. Separuh merayu aku kat dia tapi mesej aku langsung tak balas sampailah sekarang. Sedih sangat bila time susah tak nak tolong langsung tak dihirau. Aku cuma nak tumpang barang je sebab aku bawa laptop. Tidur kat surau hostel pun tak apa..aku tak kisah tapi dia macam tak ada perasaan je. Jangan risaulah aku ni bukan jenis paksa-paksa so aku fikir biarlah dia. Allah maha adil.. Aku faham engkau memang taknak bagi walau aku merayu atau terpaksa tidur di kaki lima sekali pun engkau memang TAK KISAH kan.. Inilah kawan yang PENTINGKAN DIRI..aku memang terasa sangat.

Tapi syukur alhamdulilah Allah memudahkan urusan aku. Aku teringat ada seorang kawan aku ambil TESOL. Dia praktikal berdekatan USM dan sewa Desasiswa Fajar Harapan ( hostel lama aku juga ), aku calling dia hari Sabtu dan dia kata dia di Perlis dan balik hari Ahad. Dan dia mengalu-alukan aku untuk tumpang bilik dia, kebetulan pula dia memang tak ada roomate so taklah menganggu sangat kehadiran kami. Lega sangat alhamdulilah..

Mungkin Allah nak tunjuk. Masa itu hari Isnin. Aku dan adik aku baru balik dari Komtar dan nak singgah kedai makan di hadapan USM dan aku ternampak budak *** lalu depan aku sambil bergayut handphone. Aku buat tak nampak tapi aku tahu dia nampak aku. Dia saja je jalan ke tepi-tepi seolah-olah macam nak melarikan diri dari aku. Kau takut ye aku sapa engkau untuk tumpang bilik engkau ye? Sorry la aku bukan jenis tak faham bahasa!! Nak larikan diri konon.. Baru minta tolong nak tumpang bilik dah sombong dan selfish kalau minta tolong yang lain hanya ALLAH je yang tahu!

Kalau suatu hari nanti engkau ditimpa kesusahan dan ingin meminta pertolongan tapi tak ada seorang pun yang ingin menghulurkan bantuan.. Apakah perasaan engkau? Manusia kebanyakan memang macam ini kan bila senang semua suka tapi susah semua buat tak kenal..tak apa ALLAH ada..DIAlah tempat meminta pertolongan..

Yakinlah bahawa, sekiranya kita memudahkan urusan orang lain nescaya Allah memudahkam urusan kita.
SHARE:

6 comments

  1. biasalah....ramai orng yang macam ni..so bersabar la..wahat comes around..will definitely goes around..kan.s0 watch out...

    ReplyDelete
  2. hm.mmg adat berkwan kn farah, bkn semua kwn kita bleh tlg kita time kita susah..xper, biar lah org buat cmna pn kat kita, Allah itu Adil jnji, kita cuba menjadi kwn terbaik utk semua :))

    ReplyDelete
  3. eh, kenapa tak perasan ngan entri ni..dah lama baru nampak..cuainya aku.

    hmm.

    orang macam tu, belum layak untuk dipanggil kawan atau rakan...nak dipanggil sahabat jauh sekali.

    cuma layak disebut sebagai KENALAN saja. Memang takde feeling langsung la..dia peduli apa kita susah ke, kebulur ke...bukan masalah dia.

    kalau dia dengar berita kita dah mati pun, dia akan buat muka selamba dan padamkan nombor kita dari hp dia je(tu pun kalau ada la)..

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH