Dah tidur?
Huhh belum lagi..sebab ada tugasan nak buat lagi so rehat sekejap dengan menaip blog.
Terapi aku adalah menaip blog sebagai medium untuk meluahkan perasaan? Nak luahkan kepada siapa lagi kalau tak kepada korang yang baca blog aku ni. Ada ke orang baca blog aku ni.
Bestnya kalau banyak buku macam ni. Larat ke baca? or buat pekasam? |
Hari ini telah menghabiskan duit dari purse merah menyalaku sebanyak RM 102.40
Serius bukan memborong baju, shawls, kasut, perfumes dan bukan make-up tapi BUKU. Yes aku dah jatuh cinta kepada buku sekarang ni. Kalau ada je buku ilmiah yang berkaitan dengan sarjanaku memang cepat-cepat merembat. Tadi singgah ke Penerbit UKM, rembat dua biji buku. Tengok purse ada RM80 sahaja then nasib baik pilih buku berharga RM 40 dan RM30 je. Tapi kerana keistimewaan beli di UKM, di kedai buku Penerbit UKM maka dapatlah diskaun mengikut tahun buku. Hanya membayar sebanyak RM52 sahaja. Masing-masing telah di potong sebanyak 30% dan 20%. Sangat berbaloikan. Di situ aku telah menjimatkan duitku sebanyak RM 28. Jadi hargailah masa korang jadi student. Tak rugi beli buku. Sebab dia ILMU. Apa guna duit PTPTN, MARA, MYBRAIN, dan biasiswa atau zakat yang kita dapat tapi guna untuk beli HP baru, bag baru dan benda "kehendak" yang bukan tujuan untuk belajar. Kan itu namanya TIDAK AMANAH!
Memang dari dulu, sejak aku degree duit pinjaman aku tak usik nak beli barang brand berbentuk kehendak seperti hp baru, beg brand and other tapi prefer beli buku, fotocopy bahan study, yuran pengajian and kolej of course lah dan benda-benda belajar yang lain serta keperluan harian. Nak shopping sampai kering duit ptptn memang selalu ingatkan diri sebab kita bukan sahaja pemegang amanah ibu bapa tapi orang lain jugakan. Nak gunakan duit ptptn untuk shopping tu boleh, tapi kenalah berpada-pada, jangan sampai ikat perut tak makan, buku tak mampu beli.. Ada juga rakan yang sanggup guna semua duit ptptn semata-mata nak beli Blackberry? Isk kan itu dah lain..
Lepas itu, masa berjalan nak pergi tunggu bas ke pusanika balik ke kolej kediaman ada jualan buku dari penerbit UPSI dan rembat lagi dua bijik buku. Nasib baik dah keluarkan duit dari ATM. Dapat diskaun 20% cuma bayar RM 50.40 sahaja. Harga sebenar? sila kira sendiri ye. Memang berbaloi kalau pergi pameran buku sebab kita dapat diskaun. Kalau beli kat kedai biasa sudah tentu harga pun tetap je kan.
Free gift as cenderahati dari penerbit UPSI. |
So, warga UKM sila serbu kat foyer FSSK ye sebab esok last pameran tu. Bermacam-macam buku dari pelbagai penerbit universiti ada. Terjahlah. Dapat diskaun lagi dan dapat cederahati. Kat Pusanika pun ada sampai 2 Disember 2011 ( kat situ macam-macam barang ada jual ).
OK baii, nak buat kerja ni. Bebanan belum selesai.