Skin Care Kecintaan: Olay White Radiance

Assalamualaikum.

Lama tak update blog. Rindu kat blog tapi sekarang tengah pulun siapkan tesis. Doakan ye kawan-kawan. Aku ngah stress ni kena update blog. Memang nampak macam "eh kau busy kau boleh update ye'..tapi ni adalah terapi, lepas ni kita continue mengadap tesis sampai pagi sambil minum kopiko yehaaaaa. Tangan sakit asyik taip tesis tapi nak juga taip aka menulis blog.

Sebenarnya lama nak update about skin care ni. Reader banyak tanya guna skin care apa. ewahh-ewahh muka tak la macam telur dikupas tapi ramai yang tanya so kita wujudkan dalam segmen my review collection ni.

Sebenarnyakan..sebenarnya kannnnnnnnn aku dah guna Olay almost 10 years tau. Sejak di bangku sekolah menengah lagi tauuuuu. Korang boleh baca SINI..SITU...SANA..

Entry ni agak panjang juga tapi tak sepanjang tesis aku yang berjela-jela...sampai semput nak baca.

Aku just nak share pengalaman aku guna Olay, sebab dia sesuai dengan aku. Dah 10 tahun ye..so memang dah berumah tangga batu lah hahaha.

Aku guna Olay sejak di bangku sekolah menangah lagi. Masa tu jerawat pasir banyak giler kat dahi aku..dah la jenis gatal tangan asyik nak picit je..lama-lama terus banyak..dengan jerawat awal remaja lagi..huwaaa tapi tak la serius..cuma ayah dan mak aku akan bising bila tengok aku ni asyik cungkil jerawat je, dah la stail cungkil dengan besi..nampak ngerikan hahaha..

Masa balik sekolah tu tengok ada something atas almari dalam bilik aku..dannn ruapanya si Olay ni. Inilah dianya packing masa memula aku pakai.

Sumber: Google

Masa tu tutup dia color hitam lagi. Lepas tu aku tanya mak aku, ni siapa punya?? mak aku cakap "pakai la mak belikan, lepas ni pakai cream ni je"...wahh bestnya sebab aku tengok mak aku memang pakai Olay sejak muda lagi..terus menurunkan rahsia kecantikannya pada aku. Kalau dulu mak aku selalu belikan yang 100 gram tu..dan boleh tahan hampir 8 bulan tau..kalau pakai hari-hari non stop dalam 6 bulan gitu..setahun pun boleh tahan..betapa jimatnya pakai Olay yang 100 gram..memang mahal juga time tu tapi berbaloi la. Lepas pakai ni dengan setia alhamdulilah masalah kulit muka jerawat hilang..licin ja..chewahh tapi kalau bulan mengambang tu seketul dua tu memang normal la..nak dia cepat surut gosokkan cream malam or day cream kat jerawat tu lama-la, esok pagi insyaallah surut punya.

Sebenarnya Olay ni banyak jenis skin care ada total white, natural white, white radiance dan macam2..tapi aku lebih sesuai white radiance..memang harga agak mahal berbanding natural white tapi it very work for me. So kena pilih yang sesuai ya!

Kali ni aku nak review new Olay White Radiance. Dah sebulan pakai yang new punya..dia sama je macam yang lama tapi dia dah up gradekan bahan dan new packing. Kebetulan masa tu Olay aku dah hampir empty so terus mengeluarkan bajet untuk skin care, tapi nevermind sebab boleh tahan 6 bulan lebih for cream day/night  and 1 bulan lebih for pencuci. So sangatlah berbaloi-baloiiii!




Memula aku beli Olay White Radiance Advanced Whitening SPF24 (day cream) kat Watson..harga dalam RM 44 something kot untuk 50g..lupa pula. Lepas tu kan, dalam bulan 12/2013 tu aku pergi Giant nak cari syampu dannnnn tengok ada offer giler-giler dalam RM36 someting for all Olay cream dan serum..wahhh memang sales giler-giler so terus beli cream malam iaitu Olay Radiance Advanced Fairness Night Cream dan Olay White Radiance Advanced Whitening Serum. Takkan nak lepaskan sales ni..dah la tinggal sekotak je night cream so rembat je la..dan tertarik dengan serum juga. Banyak penjimatan tau! Beli jangan tak beli sebab dah last day time tu lepas tu back to normal harga RM 48 pulak...

Olay White Radiance Advanced Whitening Serum

Aku pakai serum ni sebelum pakai apa-apa cream kat mula. Memang best giler sebab meresap dalam kulit dengan cemerlangnya..kulit rasa macam segar sangat dan lembut dan cerah semulajadi secara sekata. Aku pakai sekali sehari je sebab nak jimat..memang syok giler time letak kat muka!
Fungsinya mencerahkan kulit secara semulajadi dan sekata. Yang penting kulit jadi putih pinky bukan putih mayat hidup! 

9.9/10 for u!




Olay White Radiance Advanced Whitening SPF24


Ini cream harian atau day cream dan ada SPF24. Sebelum pakai cover face/foundation aku akan tempek serum dan day cream ni dulu. Dia lebih kepada pelembab muka..hasilnya aku punya cover face lebih tahan lama, tak bercapuk kalau letak bedak tapi lepas korang apply kat muka biarkan dia meresap dulu seketika baru letak cover face ye.. Sangat suka!!!

Teksturnya sangat halus dan mudah meresap kat muka. Kalau nak nampak natural tak payah letak coverface cuma pakai bedak je lepas apply ni!..serius liang roma makin kecil dan kulit muka I halus je!

9.9/10


Olay Radiance Advanced Fairness Night Cream

 Aku ni sangat pemalas nak apply cream malam tambah-tambah kalau time busy..tu pasal cream malam aku ni susah nak luak hehehe..tapiii kalau rasa bulan mengambang dan ada seketul dua cik jerawat so aku akan pakai cream malam sebab lepas aku tonyoh2 kat muka cream malam cerawat pun malu nak kembang kat muka dan terus layu..amazing!!! tapi tenyehhh lama-lama tang jerawat tu ye.


Memang work sangat! Lepas korang tenyehh kat muka esoknya memang rasa nak cakap kat cermin ajaib "siapakah paling cantik di Malaysia"..dan jawabnya adalah kak Mahh..hahaha

Lepas bangun tidur mesti rasa berseri-seri je..muka lembut dan halus dan cik jerawat pun mengecut hehehe..memang sangat suka!

9.9/10


dan ini semua set lengkap aku:


Pencuci pulak memang benda wajib ada untuk pencuci muka aku. Aku prefer pakai cream cleanser sebab dia tak berbuih/tak bersabun..kulit memang cerah semulajadi..ulang sekali lagi cerah semulajadi ..pink cerahh bukan putih mayat ye! ngeri tengok orang pakai skin care putih keterlaluan macam zombie!

Apa yang TAK BEST!

Dari segi harga aku tengok yang ada yang MAHALLLL untuk kategori white radiance..teringin pakai yang Olay White Radiance CelLucent sebab nampak bagus tapi dah rm99 sekotak..terus cancellll.
Bau olay dari dulu sampai sekarang sama je..rasa jemu tapi tak apalah asalkan kualiti tip top aku tak kesah. 
Korang kena setia, kena pakai dalam jangka masa yang lama bukan seminggu pakai terus jadi snow white..memang takkan lah..so kena setia dan sabar! 

9.9/10 untuk semua produk di atas. 


No edit-edit with camera 360 ye..


tak edit jugak!


Lagi tak edittt..saja buat muncung ni sebab macam cmelll je..padahal....


v





v





v























v
















v


dan.kat bawah baru edit macam iklan2 skin care tu.



Inilah yang muka setulus salju with 360 camera. 

jangan terperdaya dengan effect camera 360 ye!

ok bye!


p/s: Ini sekadar perkongsian untuk my reader, kulit kita ni berbeza-beza so kena pilih skin care yang sesuai dan paling penting jangan tukar-tukar skin care..kena setia baru tahu hasilnya. Pilih lah skin care yang selamat dan kukuh di pasaran tak kira mahal atau murah yang penting bagus untuk kulit muka korang. Aku guna Olay sebab aku rasa sangat serasi..korang jangan ikut aku kalau rasa tak sesuai tau, Pilihan di tangan korang..kang jangan salahkan aku kalau korang pakai Olay terus jadi katak puru plak..so pilih yang bagus untuk kulit korang dan bergantung kepada kemampuan juga.



Jom Shopping di Alwani Baby Land


 Asslamualaikum.

Lama tak update blog.
Kali ni nak kenalkan kepada ibu-ibu di luar sana..bakal-bakal ibu tentang Eve Love Flexi Breastpump. Ini khas untuk ibu-ibu di luar sana untuk sediakan stock susu kepada anak-anak. So jom kita tengok apa specialnya Eve Love Flexi Breastpump.

Eve Love Flexi Breastpump.










Eve Love Flexi Breastpump

Harga:RM599

Breastfeeding is nature’s health plan. It’s a mother’s gift to herself, her baby and the earth. While there is no doubt that breastmilk is the ultimate food for babies, successful breastfeeding can be a challenge especially for working mothers.
Eve Love FLEXI Breastpump is our newest breakthrough. FIRST BREASTPUMP IN THE WORLD POWERED BY POWERBANK!  It liberates nursing mothers giving them freedom to pump discreetly anywhere and anytime without having to be near an electric outlet. Using the two-phase expression technology, it resembles baby’s natural sucking rhythm, hence helps maintain good breastmilk supply. A pump that allow mothers to multitask while pumping, attractive and lightweight; the Eve Love FLEXI Breastpump is definitely a small investment that goes a long way throughout your breastfeeding journey.

Special Features:
1. Double Pumping: Stimulates higher Prolactin Level. Get more milk in less time!
2. Compact & Lightweight: Less than 400g. Easy to carry around.
3. Dual-Phase Expression: Stimulation Phase followed by Expression Phase. Mimics baby's natural sucking rhythm.
4. Breastshields paddings: To provide comfort while pumping.
5. Various Suction Level (10 Levels): To Cater to mother's comfort during pumping and efficacy of emptying breasts.
6. Memory Button: To remember Suction Level that mothers are comfortable with.
7. Various Power Source Methods: 
FIRST BREASTPUMP IN THE WORLD TO BE POWERED BY POWERBANK.
                          Fully Charged Powerbank can last up to 15 times 30 minutes pumping sessions.
                          Also optional power source like 4AA Batteries & Adaptor.
8. LCD Screen Showing Light , Time & Suction Level.

Items Included:
o 2 pads for breastshield
o 2 breast shields
o 2 body connectors
o 2 Eve Love Storage Bottles
o 2 tubes
o 4 tube connectors
o 1 connector for double use
o 2 valves
o 2 membranes
o 1 motor body
o 1 adaptor
o 1 Instruction manual
o 1 Warranty Card
     FREE GIFT:
o 1 PUMPING BUSTIER
o 1 POWERBANK (with 1 powerbank adaptor & 1 powerbank connector line & 1 connector from powerbank to breastpump motor)

 Susu Kambing MiQaLicious

 
Susu kambing asli


Susu kambing perasa coklat

Susu Kambing MiQaLicious yang diperkaya dengan 8 pemakanan sunnah.

Kelebihan Susu Kambing MiQaLicious untuk anak anda :
  • Sesuai bagi anak anda yang alah pada susu lembu.
  • Membantu menguatkan daya ingatan.
  • Kalsium yang tinggi membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.
  • Sangat mudah hadam. Amat sesuai bagi anak yang ada masalah sembelit.
  • Merawat masalah kahak dan asma.
  • Merawat ekzema.
  • Sangat sesuai diminum untuk anak yang kerap demam selsema.

8 pemakanan sunnah adalah :
  • Habatussauda - Meningkatkan sistem imunisasi (daya melawan penyakit).
  • Delima - Kaya dengan vitamin A, C dan E yang boleh mengelakkan demam dan selsema.
  • Kurma - Mengandungi kalsium yang sangat tinggi dan memelihara sistem saraf.
  • Zafaran - Menyembuh 1001 penyakit, menghilangkan keletihan dan masalah kemurungan.
  • Buah Zaitun - Bertindak sebagai penambat zat makanan serta membaik pulih perut.
  • Kismis - Mencerdaskan minda dan mengubati penyakit lupa.
  • Buah Tin - Kaya dengan Omega 3 dan Omega 6.
  • Madu - Menguatkan antibodi.
Harga Perisa Asli  Harga Perisa Coklat
WM - RM42.90 + RM8 (Pos) WM - RM44.90 + RM9 (Pos)
EM  - RM47.90 + RM8 (Pos) EM  - RM49.90 + RM9 (Pos)


Kalau nak tanya detail, nak beli nak infomasi terkini boleh terus contact:


Hubungi Kami

Bandar Bukit Puchong
Malaysia

Nur Kasih Pati Prun

Assalamualaikum.


Serius aku cakap aku tak pernah menonton filem Nur Kasih setakat entry ini di publish. Sebab tak minat..jauh sekali meminati dutanya..sorry to say ye.

Aku beli Nur Kasih Pati Prun ni pun sebab saja nak test power hahaha..Ok, sebenarnya begini, oleh kerana kat Guardian stock Inner Shine Pati Beri dah habis cuma prune camu-camu je ada..memang nak test yang camu-camu tapi hanya untuk 6 botol harga nak dekat RM40 terus tak sanggup nak beli sebab mahal ya ampunn..kang terketar-ketar tangan keluarkan duit!..lepas tu terus la try yang nur kasih pati prun..mana le tau kot bagus ke apa..ok beli je.

1 kotak mengandungi 6 botol Inner Shine pati berry.
1 botol 42ml.
Harga dalam RM20 something yes lagi murah dari cik Inner Shine Pati Berry untuk 1 kotak (6 botol) ni.

My Review:
 Yang BEST:
-Harga murah sedikit.
-Segala sisa toksin keluar dengan jayanya sebab aku baru try 3 botol je wei terus tercery berry tapi sekali je..baunya ya ampunnnnn bau toksin tau, lepas tu berminyak-minyak eyekkkk rasa jijik pula kan.
-Perut rasa flat je tau..suka!
-Badan rasa "ringan" je.
-Sangat baik untuk nyahkan segala toksin dalam badan korang sebab toksin ni lah penyebab utama supplement yang korang amalkan itu tidak berkesan so buang toksin dulu tau.
-Aku yang pernah makan jenama %#@!*!* untuk buang toksin tak macam aku rasa makan yang nur kasih pati prun ni tau...maknanya pati prun yang ini lagi hebat la ye.


Yang TAK BEST:
-Masa mula-mula aku minum aku rasa tak sedap! dan dalam fikiran aku.."patutlah murah sebab tak sedap"
-Tak berapa rasa pati sebab macam mix gula banyak sangat..manis sangat dan terpaksa teguk air kosong lepas minum pati prun ni.
-Agak cair dan tak berapa nak pure.

Kesimpulan:
Kalau rasa makan banyak supplement tapi tak berkesan juga better korang beli pati prun ini bagi buang toksin dulu, minum je 2x sehari or lebih. Dari segi rasa memang aku tak suka tapi dari segi keberkesanan ini aku sangat suka! Untuk minum sebulan sekali pada aku memang bagus (if tak mempunyai bajet besar for supplemant). Cubalah! pada aku memang berkesan pada korang aku tak tahu! itu tanggungjawab memasing kang terjadi apa-apa itu bukan tanggungjawab aku tau! I cuma share sahaja!

 rating 9/10

Kat mana nak beli?
Watson dan Guardian atau farmasi-farmasi lain. Supermarket maybe ada kot!

 Korang ingat, korang je boleh buat duck face, I pun boleh tau!

ok bye!


 Nak review free? click here!

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH