Assalammualaikum.
|
Masa Uteh sakit :( |
Permulaan sedih awal tahun 2018, Uteh kucing kesayangan sakit batu karang atau FLUTD.
Mula-mula memang dalam dua kali sebelum ini Uteh ada masalah nak kencing.
Mungkin permulaan nak jadi batu karang. Jadi aku ikut tips bagi dia minum rebusan air lobak putih yang telah dikisar. Selepas itu memang elok. Selepas 6 bulan jadi semula penyakit Uteh ni dan dia dah memang tak boleh nak kencing langsung.
2 Januari 2018
Uteh asyik memerap je nak asingkan diri. Badan Uteh makin lemah dan tak banyak bergerak.
Lepas itu, aku bawa Uteh pergi Klinik Haiwan.
Tapi kos dia RM700 untuk proses keluarkan batu karang tu.
Memang agak terkejut.
Aku cuba cara lain bawa dia ke Pejabat Veterinar pula.
Uteh dapat suntikan dan diberi ubat.
Cas untuk suntikan RM5 tapi...
keadaan Uteh makin teruk, makin lemah, langsung tak boleh berjalan. Perut kembung.
Mak dah menangis tengok kucing kesayangannya.
Alhamdulilah ayah dan mak support untuk kos perbelanjaan Uteh.
Aku terus bawa dia ke klinik haiwan swasta.
Sedih sangat tengok keadaan Uteh yang lemah.
Memang bajet RM700 besar (tambah-tambah waktu ekonomi sekarang) tapi nyawa kesayangan ini tak boleh dibeli.
Masa hantar kat klinik, pembantu itu cakap harapan Uteh 50%-50%.
Seeloknya dia cakap jangan bawa pergi cucuk sebab takut melemahkan badannya lagi (kesan ubat).
Tapi benda dah jadi, memang berdoa agar Uteh selamat dan panjang usia.
Uteh ditahan wad selama 8 hari. Dua kali jugalah aku pergi melawat. Risau sangat dan sedih. Paling sedih adalah mak akulah sebab Uteh selalu berkepit dengan dia.
|
Kali kedua melawat Uteh. |
Alhamdulilah, masa mula-mula melawat Uteh hanya boleh tengok melalui sangkar dia je. Masa itu, dia dalam proses rawatan lagi. Tengok dia dah boleh duduk lega rasa hati.
Kali kedua melawat alhamdulilah Uteh dah boleh berjalan dan ceria.
Mak aku pun rasa gembira sebab Uteh dah semakin sembuh.
Terima kasih kepada doktar dan pembantu klinik yang menjaga Uteh selama 8 hari ni.
Termasuk ubat dan makanan khas royal canin urinary so 1 kg cas keseluruhan RM753.50.
Ubat Uteh untuk 5 hari. Jenuhlah aku nak memberi makan ubat. Tapi nasib baik dia jenis boleh telan juga walau dipaksa-paksa. Kalau Dodi, bagi ubat cacing pun mengelupur macam kena histeria.
Sekarang ni Uteh on off letak dalam sangkar sebab dia sibuk nak keluar rumah. Dia ni jenis kalau keluar rumah payah nak panggil balik. Naik tercabut tekak panggil barulah dia balik rumah.
Budak gemuk ni dah 2 kali curi keluar dari rumah.
Tunggu betul-betul sihat baru boleh berjalan-jalan ye.
Sekarang ni dah aktif sikit tapi masih tak betul-betul sihat. Kena pantau bab makanan, minuman dan kencingnya.
Doktar bekalkan Uteh Urinary So Royal Canin untuk Uteh (1kg) tapi si Dodi dan Mimi suka sangat curi makan.
Oleh sebab Uteh kena makan makanan khas, aku kena cari makanan khas untuk Uteh di Pet Store.
Memandangkan Royal Canin tak ada stok terpaksa beli jenis Nature Protection. Fungsi sama juga macam Royal Canin, khas untuk batu karang.
Harga pun meriah juga, 2 kg RM72.00.
Memandangkan dulu aku suka beli makanan jenama komersial (makanan yang senang dapat kat pasaraya) jadi aku ubah untuk beli makanan yang baik (tanpa perwarna) untuk kucing-kucing aku yang lain.
Kakak aku cadangkan jenama Happy Cat-Minkas sebab dia bagi kucing dia makan jenama ini je dan elok. Cari kat pet store stok habis pula. Penjual tu cadangkan Dormeo's Long Hair. 10 kg RM130
Dormeo's Long Hair ni bukan sahaja untuk long hair, short hair pun boleh makan. Harap sangat lepas ni Bulu Mimi, Dodi. Tommy dan anak-anaknya lebih cantik.
Sekarang Dodi dah jadi bestfriend aku. Suka berkepit je, tidur pun nak tidur sama-sama. Kuat cemburu tengok aku dengan Uteh.
Sekarang ni memang nak cari makanan premium untuk kucing, insaf dah beli yang komersial (jenis berwarna/tinggi garam) sebab akan memberi kesan pada kesihatan kucing. Biarlah beli makanan yang mahal sikit asalkan kucing sihat. Cuma sekarang ni nak cari yang berpatutan, maksudnya makanan bagus tapi harga "dalam bajet" sebab kucing aku ada 15 ekor.
Setakat ni tengah servei-servei yang 18 kg punya.
StarPro
Buttons n Bows
Bagus ke?
Memang nak cari yang 18kg je ni sebab kucing banyak.
Jadi kalau korang ada cadangan makanan kucing yang baik dan berpatutan boleh cadangkan pada aku ye. Yang mahal sangat macam Royal Canin dan Orijen janganlah cadangkan. Kering kontang aku nanti.
PERKARA UNTUK ELAKKAN KUCING DARIPADA TERKENA BATU KARANG ATAU FLUTD.
1. Jangan bagi makanan yang berwarna dan tinggi kandungan garam. Elakkan beli makanan kucing komersial yang banyak dijual di pasaraya dan kedai-kedai runcit.
2. Kena sediakan air bersih untuk kucing. Selalu ganti air minuman dia sebab kucing ni cerewit kalau ada bulu atau objek lain dalam air minuman dia, dia tak nak minum. Kalau jarang minum, mudah kena batu karang walaupun bagi makanan premium.
3. Litter box/ kotak najis kena selalu bersih sebab ada jenis kucing yang tahan kencing kalau kotak najis dia kotor. Kena rajin buang najis dia selalu. Mungkin sekali 2 atau 3 kali dalam sehari. Tengok kepada keadaan kotak najis.
Sumber: Veterinar
APAKAH TANDA-TANDA AWAL KUCING ITU MENGHADAPI MASALAH BATU KARANG INI?
- Simpton awal yang boleh dilihat sekiranya kucing anda mengalami masalah batu karang ini adalah Sukar untuk meneran ketika membuang air kecil,
- Mengeluarkan suara seolah-olah menangis ketika kencing,
- Amaun kencing yang sedikit (kencing tak lawas),
- Membuang di luar kotak najis
- Kerap menjilat organ kemaluannya,
- Kadang kala kencing berdarah ,
- Terasa sakit apabila disentuh di bahagian bawah badan,
- Tiada selera makan atau tidak mahu minum,
- Tingkah laku lain daripada biasa
CARA-CARA MERAWAT KUCING BATU KARANG
Tradisional
Seeloknya aku tak cadangkan. Tapi kalau keadaan mendesak boleh cuba.
- Kisar lobak putih dengan secawan air, rebus sampai mendidih. Biarkan sejuk. Tapis dan masukkn dalam picagari. Bagi dia minum. Memang dia akan mengeliat sebab rasa lobak putih tu tak sedap dan berbau.
Bawa pergi Vet
- Jika ada tanda-tanda seperti di atas, kena bawa pergi vet sebab kalau peringkat awal doktar akan bagi ubat sahaja. Jadi kos tidak terlalu mahal. Tapi kalau dah tahap kena masuk wad dan kena flush batu karang tu memang kos rawatan antara RM 500 hingga RM 1000 atau lebih bergantung pada keadaan kucing. Jadi kalau tingkah laku kucing korang pelik kena cepat bawa pergi vet. Kalau dibiarkan terlalu lama boleh meragut nyawa.
Apa-apa pun bab makanan dan minuman si comel ni memang kena jaga. Tak kiralah korang ni jaga kucing kampung ke, kucing pekan ke, kucing oversea ke...mesti kena jaga sebab kos rawatan kucing ni lagi mahal berbanding manusia.
Seeloknya elakkan bagi makan makanan yang berwarna-warni, tinggi garam dan komersial. Cuba cari yang tidak berwarna. Manusia pun kalau makan jajan yang berwarna dan masin pun senang kena penyakit inikan pula kucing yang makan makanan itu sahaja kan.
Cuba bagi ayam rebus dan ikan rebus kepada kucing untuk keperluan nutrisi mereka. Jangan campur garam pula dalam ikan dan ayam tu.
Sekarang ni Uteh masih kena makan makanan khas untuk batu karang. Dia kena makan dalam masa 2 bulan tapi seeloknya jika kucing ada sejarah batu karang kena berterusan bagi jenis "urinary formula s". Jadi lepas ni makanan Uteh berbeza dengan kucing-kucing lain. Tak sanggup sejarah berulang kembali. Semoga sihat sentiasa ya Uteh!
SHARING IS CARING!
Jangan lupa bagi cadangan makanan kucing yang bagus pada Cik Farah ye.
p/s: Selepas setahun Uteh pergi selamanya. Sakit batu karang dia kembali dan dia tak dapat diselamatkan.