Jangan Guna Handphone semasa di "charge"

Assalamualaikum..gambar ini aku dapat dari emel.. Rasa bertanggungjawab untuk dikongsi bersama agar dijadikan tauladan di masa akan datang. Tapi tak nak peduli pun tak apa..dah kena jangan kecoh plak ye.



 
Nasib baik tangan je kena kalau nyawa melayang...itu memang dah ajal la kan..
Tapi malang tak berbau..mencegah lebih baik dari mengubati.

Pesanan khidmat masyarakat ikhlas dari cik fara!

Susahnya nak jumpa artis popular..dah jumpa kena "pang" plak!!!

Assalamualaikum..
Aku nak share pengalaman aku jumpa someone untuk borang penyokong Masters.
Sebenarnya aku dah plan nak jumpa pensyarah tersebut tapi mereka ada buat kajian di Indonesia..so batalkan sahajalah hasrat hati itu. Lepas itu aku buat temujanji dengan seorang pensyarah ini. Dia pernah ajar aku masa aku tahun satu di USM. Mula-mula rasa bimbanglah tapi bila melangkah masuk ke bilik dia..hilang segala debaran dan sebagainya. Dia amat-amat peramah dan menyambut baik kedatangan aku. Alhamdulilah dia bagi markah terbaik untuk borang sokongan itu. Dan bagi semangat untuk aku belajar lagi untuk ke peringkat PHD.. Memang aku respect cara pensyarah itu melayan anak didiknya. Rasa amat dihargai sangat.. Thank doctor..

Lega hati aku selepas dapatkan borang penyokong dari pensyarah berkenaan. Cuma tinggal satu lagi yang perlu diisi oleh pensyarah lain. Aku memang nak target pensyarah fov aku untuk isi borang berkenaan ..almaklumlah semua subjek dia aku dapat A..tapi kita merancang Allah yang menentukan. Dia sangat busy..nak tunggu jadual dia tak busy aku kat Penang pun bukannya lama sangat. Aku pun cadang nak ambil pensyarah lain untuk isi borang penyokong. Memang aku akui kebanyakan pensyarah fov aku semua pergi Indonesia dan cuti untuk penyelidikan.

Aku terpaksalah ambil dia walaupun aku tahu..mungkin aku kena "bernanahkan telinga dan hati" untuk jumpa dia. Call dan nak buat temujanji pun tak dapat..so aku pergi je office pusat pengajian aku. Masa nak melangkah masuk aku tengok dia tengah bersenang-senangan membaca surat khabar. Aku masuk dan memperkenalkan diri aku serta hajat aku. Dia just tengok aku dan baca surat khabar dia. Aku seolah-olah bercakap dengan tunggul..memang sungguh angkuh dia!!..aku bagi tahu lagi nak dia tolong isi borang..dia kata ada buat temujanji ke?..aku kata aku dah call tapi tak ada..jadi aku pun cari dia..boleh pulak kata "why me?" kenapa saya yang kena isi?..aku bagi tahulah dia pernah ajar aku..3 subjek dia pernah ajar aku sepanjang aku di USM.. Aku bagi dia tengok sijil ijazah aku bagai..sepanjang perjumpaan itu dia asyik mendengus je macam tak puas hati aku ganggu dia, padahal dia cuma baca paper je. Dia kata aku tak beradab sebab jumpa dia macam itu je. Aku call dia tapi tak jawab..emel tak ada respon..salah aku ke? Dia ingat aku ni tak ada kerja ke kena tunggu berbulan-bulan untuk dia jawab semua emel dan call aku? Kalau dia tengah busy atau meeting ker..memang la aku biadap sebab redah jumpa dia..tapi dia tengah bersenang-senang lepak kat tempat sambut tetamu sambil baca paper dan goyang kaki..aku pun minta izin dia. Senang cerita kalau tak nak isi..cakap awal-awal..tak perlu berdengus-dengus. Aku memang terasa gila bila berhadapan dengan orang macam ini. Lepas itu cerewet pula tu nak tahu maklumat pengajian aku untuk masters kelak..kononya nak proposal..apakah ini? Jelingan dia tu memang kecut perut juga..dia bagi markah pun tak sebaik pensyarah pertama yang aku jumpa ( memang terbaik giler pensyarah yang pertama tadi ).. Lepas itu boleh pelekehkan kos yang aku nak ambil nanti..konon tak bagus sebab bukan research .. Suka hati akulah aku nak ambil research atau course work..sebab aku yang nak belajar dan itu memang minat aku.

Akhirnya dapat juga tanda tangan dan borang sokongan dari dia walaupun telinga hampir bernanah dan hati semakin membengkak..Nak kata dia pensyarah terbaik pun tak juga cuma pensyarah biasa je. Pensyarah yang first aku jumpa lagi terbaik sebab dia pensyarah kanan dan pernah jadi timbalan dekan tapi dia cuma pensyarah senior yang cuma ada masters sahaja. Aku bukan nak merendah-rendahkan dia cuma sikap dia sahaja yang membuatkan orang "tidak selesa" dengan dia. Dia seolah-olah angkuh dengan student dia. Memang kebanyakkan budak kos aku berasa "kurang selesa" dengan dia sebab sikapnya yang begitu. Dia patut mengalakkan student dia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bukan memberi layanan yang kurang sopan takhala memohon sokongan dia untuk melanjutkan pelajaran. Walaupun adik aku tak pernah kenal dia..tapi adik aku sendiri boleh mengetahui sikap dia melalui caranya. Segan juga aku..sebab mungkin adik aku fikir "ohh orang-orang berpendidikan tinggi ( mean golongan pro ) memang sombong ye" lagi pun dia pensyarah aku..kalau korang di tempat adik aku pun akan berkata sedemikian. Padahal hanya kerana nila setitik rosak susu sebelangga.. Pernah juga suatu ketika, aku dan kawan aku dilantik untuk uruskan kelas tutorial di bawah kelolaan dia. Dia sendiri suruh kami datang jumpa dia untuk penerangan yang lanjut...kami datang..bila kami masuk bilik dia, boleh dia tanya kenapa? lepas itu marah-marah kami pula..dan paling tak boleh blah dia cakap " you have to go!!"..kami terkesima..masa tutorial pula marah kami sebab tak bincang dengan dia tajuk seterusnya..padahal?? memang cakap serupa keling..tapi ada keturunankan..?? Agsimen..of course semua pelajar kena buat semula sebab dia tak puas hati..padahal semalam cakap lain esok lain pula yang dia nak!!...sabar jelah..tapi itu semua 1001 pengalaman yang mengajar aku erti hidup!!

Borang-borang Master yang siap diisi berserta salinan sijil.

Tak jamin sampai esok..lusa, tulat..

Untuk pengetahuan semua aku apply di UKM..untuk Masters Sains Pembangunan.. Aku harap sangat permohonan aku berjaya. Sekiranya diizinkan Allah...insyallah bulan 9 tahun ini aku akan bergelar student.. Teringin sangat nak study ni!! Semangat sudah berkobar-kobar.

Bila Pi Penang...Duit pun Melayang-layang..

Assalamualaikum..
Jarang acap kali mengupdate blog..nampak sangat aku ni PEMALAS hahaha..BW pun dah jarang.. Sorry ye semua. Almaklumlah aku kan busy hal negara..ok stop..sebenarnya aku nak ngomel pasal kerakusan aku bershopping dan bajet pun mungkin lari.."mungkin"..tapi tak rasa apa-apa pun. Aku ni kalau nak shopping memang tak boleh ditahan-tahan, tambah-tambah kalau aku nak sangat memiliki barang tersebut sungguh pun ia hanya kehendak. Aku pula bukan jenis shopping je memanjang tapi kalau sekali shopping memang pulun habis then lepas itu aku memang tak mahu shopping dah..cuma window shopping je..melainkan harga yang ditawarkan memang turun seperti hujan..jadi haruslah aku meyopingkan diri aku ni.

Pada 13 Mac iaitu minggu lepas aku pergi Penang untuk mendapatkan borang sokongan Master, 5 hari kat sana beb!!. So dikesempatan itu perlulah berjalan-jalan..tempat wajib bagi aku adalah shopping mall.. Itu memang tempat kesukaan aku walaupun Penang banyak tempat menarik. Aku tetap sukakan shopping mall sebab ia berhawa dingin yakni bersesuaian dengan aku yang beriklim sejuk ni. Tempat yang aku berkesempatan lawat ialah Perangin Mall, Queen Bay Mall dan BJ Mall..haa hambik kau semua Mall!!

Benda pertama yang aku beli adalah KASUT. Aku ni memang minat kasut tapi terlalu memilih sebab kaki aku ni terlalu sensitif. Kalau korang nak tahu 4 pasang Kasut aku beli masa kat Penang. Kasut pertama aku beli kat Perangin Mall in Parkson. Lama giler aku pilih yang mana sesuai untuk aku. Maklumlah kaki aku ni terlalu memilih..so kena berhati-hati. Aku tengok ada buat sale 50% so kenalah beli *alasan*. Cadang nak beli Crocodile sebab memang ngam dengan kaki comel aku hehehe..tapi design dia sama je macam yang pernah aku beli. Aku lebih suka kasut yang comfort. Akhirnya aku pilih Carlo Rino.. Walaupun nampak "tua" tapi bila pakai amat selesa. Yang penting kaki aku selesa. Korang nak cakap apa..aku tak pahduli!

Motif aku beli kasut ini sebab nak gantikan kasut Crocodile aku yang dah lusuh itu. Kasut ini untuk travel je. Maklumlah kalau travel kena berjalan jauh..kalau berjalan jauh tak boleh pakai kasut yang menyakitkan kaki..maka kena pakai kasut "orang tua" untuk keselesaan bersama. Harga asal RM118..dan aku cuma get RM59 sahaja..murahkan..? memang berbaloi-baloi. Sesuailah dengan taraf aku yang tak bergaji..baru je seminggu kerja!! hahaha...

Kasut kedua bermotif nak bawa pergi kerja. Kalau pergi kerja kenalah pakai kasut murah-murah sebab tempat kerja aku bukan hotel 5 bintang tapi saya suka kerja saya sementara tunggu nak continue study!! Aku beli kat My Din Komtar je. Harga murah sangat cuma RM16.90..murahkan?


Kerana gila juga kasut..dan terpergi ke My din cawangan yang lebih besar iaitu di BJ Mall..memang serius aku tak tahu BJ Mall dah buka cawangan My DIn yang terbesar di Penang!! kalau aku tahu aku tak pergi My Din kat Komtar..aku pun terbeli kasut ala-ala sweet..gold gitu..terbelikah?? Sebenarnya sebab kaki aku sakit berjalan tak berhenti..jadi carilah sandal.


Tapi memang kaki aku terlalu memilih..dia tak nak kasut murah..maka lagilah sakit dan melecet..akur..pakai semula kasut crocodile lusuh aku semula yang disimpan di dalam bag..then kasut ini terpaksa diperuk ke dalam bag!!padan muka..siapa nak kasut ini? hanya sekali pakai sahaja ye kawan-kawan. Kasut-kasut jenis ini sesuai untuk jalan sambil lenggang lengguk sahaja.

Nak cukupkan empat isteri maka terjadilah empat pasang kasut dibeli di Penang. Masa itu aku tak perasan kasut crocodile lusuh aku dah nazak. Masa itu jalan-jalan nak pi Queen Bay. Risau gila kot kasut terputus di tengah jalan..maka kenalah beli kasut. Kalau nak balik semula ke hostel..mak aii maybe aku berkaki ayam! So kali ini kena beli slipper yang lembut dan sesuai!! Sebab aku kena gunakan slipper itu sepanjang berada di Penang..cari-cari aku pilih NIKE!!..haa hambik..walaupun selipar tapi.. Mampuslah kena marah kalau mak aku tahu..asyik beli KASUT je!!

http://www.nike-sandals.com/images/nike-free-slippers/nike-free-slippers-1.jpg
Memang sangat-sangat selesa. Besesuaian dengan jenama dia, warna pun pink, suka sesangat!!! Puas hati..kasut crocodile aku terpaksa di kebumi ke dalam tong sampah..good bye!! Walaupun kasut crocodile itu murah..that mean tak berharga beribu-ribu macam kasut berjenama tapi sesuai dengan kaki aku.. Tapikan kasut crocodile aku tu banyak sangat kenangan..:'( terutama sekali aku bawa dia masa pi umrah.

Benda lain aku beli wallet dan bag!! berhabis lagi!! then gelang silver idaman aku..barai dompet aku macam ni. Tapi PUAS!!


Dompet ini sale 50%, aku memang suka RED dan PINK..aku pilih RED. Walaupun orang kata kalau guna wallet RED ..BOROS..mitos je tu,,kalau dah boros BLACK pun boros jugakkan.. Aku cadang nak beli wallet black pink tapi after diskaun 50% pun harga pun still sakit so aku choice GIOSSARDI. Harga asal RM120 dan potong 50% engkau kira la..berbaloi! tak kisah berbaloi atau tidak janji aku nak!


Sebenarnya banyak juga barang-barang aku borong..malas nak tempek semua. Maklumlah Parkson buat sale..takkan tak mahu kalau barang brand harga ratus-ratus dapat diskaun 50% sampai 70%.. Nasib baik belum gaji lagi kalau tak lagi giler-giler shopping. Bukan hari-hari pun sekali sekala je kan..nasib aku duk kampung separa pekan kalau tak keluar duit membuak-buak. Cukup-cukuplah cik Farah oii..kawal nafsu sikit..muahaha..

Ok mau tidur sebab esok kena kerja..daa selamat malam!!

Susahkan Bila Kita Susah..Maka Susah juga orang nak TOLONG!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIrrbHEwMNkz7hyphenhyphen95EB40Rub2IYFhKKf2lR8UGf_0g3K3sgKGC8NpWcOaxvwzEJNy8bevPG1UX32JXOtYWEzSaYEfVfkp1rIZLwdUJq7kItKP1LyYT8A0tk8IIX8TtpcvYVsxTL3NKEmg/s320/terlampau-penting-diri.jpg
Engkau basah pun ada aku peduli! Asalkan aku ada payung dah la..


Assalamualaikum..
Lama rasa tak update blog secara bersungguh-sungguh cuma entry-entry cincai sahaja, ala-ala short note sebagai pesanan untuk my reader. Seperti yang sedia maklum 13 Mac 2011 aku ke Penang untuk uruskan hal Masters aku. Memang tak planning untuk pergi dalam masa terdekat ni tapi pemohonan Master untuk UKM dah buka jadi aku ambil peluang ini untuk dapatkan tandatangan pensyarah untuk aku apply Masters. Jadi aku terpaksalah ke USM Penang untuk ambil tanda tangan pensyarah. Masa aku pergi Penang ini memanglah amat sesuai sebab cuti sekolah..sekurang-kurangnya boleh juga aku bawa adik aku sebagai teman. Maklumlah dia tak pernah pergi Penang..dan sebagai peransang untuk dia belajar bersungguh-sungguh untuk STPM tahun ini..agar dia boleh melanjutkan pengajian ke IPTA.

Aku bertolak ke Penang hari Ahad..dan aku tahu pemohonan master dah open 11 Mac iaitu hari Jumaat..memang terburu-buru la nak planning bagai. Nasib baiklah tempat kerja aku tu half day hari Jumaat sebab boss ada hal so dapatlah beli tiket bus petang Jumaat untuk ke Penang 13 Mac tu.

Hari Jumaat tu memang sebuk la calling-calling kawan-kawan yang ambil Masters kat USM nak tanya macam-macam dan agenda terpenting mencari tempat berteduh sepanjang berada di Penang. Aku memang excited nak pergi Penang sebab aku amat rindu bumi Penang. Aku tanyalah kawan aku untuk nak tumpang bilik bagai. Tapi mereka yang ambil program Masters bawah ISDEV semua akan ke Medan Indonesia untuk tujuan penyelidikan, seminggu baru mereka balik Malaysia. Memang amat merisaukan aku sebab pertama pensyarah yang aku target nak minta isi borang penyokong semua bawah ISDEV dan kedua kebanyakan course mate dan ex roomate aku semua budak ISDEV. Then bagi emel dan call pensyarah lain untuk temujanji tersebut. Alhamdulilah ada seorang pensyarah bagi masa hari Selasa iaitu 15 Mac. Dan seorang lagi still tak reply emel dan aku call pun dia tak ada. Dan aku terpaksa meminta tandatangan/borang sokongan dari pensyarah yang "kurang digemari ramai"..mak aii memang teruk aku kena "hentam" dengan kata-kata bisa, ada masa aku cerita di next entry. Stop bab itu, aku nak cerita bab nak minta TOLONG yang SUSAH ORANG NAK TOLONG!!

Kawan aku yang nak pergi Medan itu ada la suggest kawan-kawan lain tapi mereka tak menetap kat USM dan amat jauh dari USM sebab mereka cikgu praktikal. Ada seorang itu pula dia balik kampung sebab cuti sekolah seminggu. Aku pun teringat course mate junior tapi kami sebaya dan dia kawan kepada kawan aku. Memang kami kenal cuma tak rapat. Firstly aku call dia tapi tak dapat. Lama sikit call baru dapat. Aku kenalkan diri aku bagai dan mengajukan hajat sebenar aku nak tumpang bilik sepanjang berada di USM. Suaranya macam nak tak nak je tolong aku.. "Tengoklah kalau ada, tak tahulah ada ke tak nanti"..biasalah hint kan..aku bukan budak-budak tak faham bahasa. Sebab dia sahaja pilihan yang aku ada terpaksa juga aku tebalkan muka bagi mesej sekali lagi dan mesej ini sebijik aku copy semula dalam hp aku.. " Assalam, hari Ahad ini Farah nak datang USM, harap dapat tumpang bilik ***. Sebab memang tak ada orang nak tumpang, kawan2 yang ambil Master semua dah pergi Medan..cuma nak tumpang bag dan barang je, tidur kat surau pun tak apa.." memang dia je aku nak harap sebab aku tak ada tempat nak tumpang. Separuh merayu aku kat dia tapi mesej aku langsung tak balas sampailah sekarang. Sedih sangat bila time susah tak nak tolong langsung tak dihirau. Aku cuma nak tumpang barang je sebab aku bawa laptop. Tidur kat surau hostel pun tak apa..aku tak kisah tapi dia macam tak ada perasaan je. Jangan risaulah aku ni bukan jenis paksa-paksa so aku fikir biarlah dia. Allah maha adil.. Aku faham engkau memang taknak bagi walau aku merayu atau terpaksa tidur di kaki lima sekali pun engkau memang TAK KISAH kan.. Inilah kawan yang PENTINGKAN DIRI..aku memang terasa sangat.

Tapi syukur alhamdulilah Allah memudahkan urusan aku. Aku teringat ada seorang kawan aku ambil TESOL. Dia praktikal berdekatan USM dan sewa Desasiswa Fajar Harapan ( hostel lama aku juga ), aku calling dia hari Sabtu dan dia kata dia di Perlis dan balik hari Ahad. Dan dia mengalu-alukan aku untuk tumpang bilik dia, kebetulan pula dia memang tak ada roomate so taklah menganggu sangat kehadiran kami. Lega sangat alhamdulilah..

Mungkin Allah nak tunjuk. Masa itu hari Isnin. Aku dan adik aku baru balik dari Komtar dan nak singgah kedai makan di hadapan USM dan aku ternampak budak *** lalu depan aku sambil bergayut handphone. Aku buat tak nampak tapi aku tahu dia nampak aku. Dia saja je jalan ke tepi-tepi seolah-olah macam nak melarikan diri dari aku. Kau takut ye aku sapa engkau untuk tumpang bilik engkau ye? Sorry la aku bukan jenis tak faham bahasa!! Nak larikan diri konon.. Baru minta tolong nak tumpang bilik dah sombong dan selfish kalau minta tolong yang lain hanya ALLAH je yang tahu!

Kalau suatu hari nanti engkau ditimpa kesusahan dan ingin meminta pertolongan tapi tak ada seorang pun yang ingin menghulurkan bantuan.. Apakah perasaan engkau? Manusia kebanyakan memang macam ini kan bila senang semua suka tapi susah semua buat tak kenal..tak apa ALLAH ada..DIAlah tempat meminta pertolongan..

Yakinlah bahawa, sekiranya kita memudahkan urusan orang lain nescaya Allah memudahkam urusan kita.

Cik Farah di Penang!!

Assalamualaikum..semalam aku dah sampai Penang. Alhamdulilah ada kawan yang baik hati tumpangkan bilik..nak harap manusia yang sorang tu huhhh mampus tepi jalan pun tak mahu ambil peduli!! Ramai juga yang bagi komen..sorry la aku tak reply cuma aku publish je emel tu..yang nak exchange banner tu insyaallah aku akan ambil ye..nanti aku godek-godek semua.. Aku busy sangat sekarang ni. Entry pun ketot-kotot je. Esok kena jumpa pensyarah untuk borang penyokong Masters.. Di kesempatan di Penang ni kenalah habiskan masa dengan bershopping hahaha... Rindu rasanya bumi Penang walaupun cuacanya ala-ala padang pasir! Ok da... jumpa lagi!!..next tutorial akan di update!!

Manusia Memang Begitu

Assalamualaikum.. Hati aku rasa amat sedih kerana sikap segelintir manusia itu.
Bila kita senang berlari-lari meminta mendapatkan kita tapi kita cuma nak minta tolong sikit mula menjauhkan diri dan buat tidak peduli. Sedih sangat sikap orang macam ini walhal saudara seIslam. Pertolongan itu bukan melibatkan duit pun..terlalu kecil tapi mereka tetap tidak peduli..melibatkan nyawa...memang jauh sekali. Tapi kalau dia yang meminta pertolongan selagi tidak diturutkan, selagi itu dia akan terus memaksa. Manusia oh manusia. Aku percaya kalau kita memudahkan urusan orang lain dengan tujuan baik insyaalllah Allah akan meringankan dan memudahkan urusan kita..

Thank My Follower..dah 1000+ Follower

Assalamualaikum.
Terima kasih sebab follow blog cik farah,,
Komen2 nanti cik farah reply ye..busy sangat sekarang. Cik Farah pun dah kerja dan next week nak ke Penang sebab nak apply Masters

Dah dapat kerja!! esok boleh mula..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhogGw_gqrnNY9iUkqM6spgDfm0VSp1CcR32HV3uUzjyvinuf4tKf1f4tvW9KXkHXXpd-t0W7EQZ6lll3RZMcF3WeLdvwaa5BWbLZ5viCM0yhrOA_Ph8nh-WqkCPpdJeKR8FkhUE2-yMGOW/s1600/kerja.jpg
Assalamualaikum. Alhamdulilah dapat juga kerja walaupun hanya kerja kerani biasa. Memang susah nak dapat kerja tambah-tambah kalau tinggal dalam area pekan separa kampung macam aku ni. Kena berhijrah di kota metropolitan baru boleh dapat job. Sementara tunggu kerja tetap dan hajat untuk continue Master rasanya elok aku kerjakan. Walaupun cuma kerani di sebuah syarikat kecil tapi ia tetap kerjakan. Mula-mula ingat masuk kerja hari Isnin tapi big bossnya suruh datang esok sebab nak traning aku untuk kerja-kerja akaun dan bagai. Dia kata hari Isnin busy so esok kurang busy..jadi ON jelah. Berdebar jugalah sebab ini first job aku selepas konvo. Selama ini hanya jadi suri rumah separuh masa membantu mak je. Nampaknya masa berblogging aku terpaksa dikurangkan lah...sebab aku kerja Isnin hingga Sabtu..waktu office hour pukul 8pagi sampai 5 petang. Alhamdulilah boleh membuang tabiat buruk aku yang suka tidur lepas solat Subuh tapi paling lambat pun bangun semula pukul 8 pagi gitu.. Rumah aku dengan tempat kerja pun tak jauh. Gaji pun oklah sekadar timba pengalaman..

Sekurang-kurangnya aku adalah duit poket sendirikan..taklah asyik nak minta duit dengan mak dan ayah je.. Lepas ni kalau korang minta tutorial tu kena la sabar menunggu sebab aku bukan macam selalu asyik lepak depan lappy sebab aku dah ada tanggungjawab lain iaitu KERJA. Sekarang ni tengah fikir nak pakai baju yang mana..hahaha overkan aku? Kejap lagi kena la cari baju dan iron sebab esok kena awal..

Ok la sampai disini sahaja..nanti kita jumpa lagi insyaallah..

p/s : Walaupun graduan..jangan memilih kerja..ambil sebagai pengalaman. Sekarang ni majikan inginkan pengalaman..semoga Allah memurahkan rezeki. Amin..

Minah Tudung yang ........

Assalamualaikum. Akhir-akhir ini berbagai jenis tudung yang dijual dipasaran tapi bukan salah tudung, yang salah ialah PEMAKAI TUDUNGNYA. Tak salah nak berfesyen tapi kena la tahu batas-batasnya. Jangan orang nak bertudung dia bertudung tapi alur bontot pun orang boleh tengok. Bertudung tapi saiz cup bra pun orang boleh tahu, baju pulak layak bagi nangka je pakai. Contohnya gambar-gambar yang aku ambil dari Cik Google ni

http://img220.imageshack.us/img220/4366/tudungseksi.jpg

 Fesyen kain halal haram. Bila melangkah haram dan bila tutup halal..tapi memang salah fesyen macam ini. Kalau nak pakai fesyen kain halal haram ni cuba la guna kain dalam yang tidak menampakkan betis gebu anda ( better gunalah kain dalam berwarna hitam ). Nanti  kalau korang pakai macam ini terus buaya terkam. 

http://h-3.abload.de/img/11tf8o.jpg

 Ini pulak aku tak faham la kenapa dia tanpa segan silu pakai seluar macam ini, nampak pulak seluar dalam. Adakah lebih baik anda tak payah pakai apa-apa clear je mata orang tengokkan?. Dia ni perasan atau tidak? Dah tahu legging tu nipis dan menampakkan semua celah melah anda kenapa dipakai dikhalayak ramai? Pakai depan suami cukuplah kak oiii..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgoPKczUWxq5emNyD-wQJsu8-m1Tr8xso6jYs_7zBVPPXuvDcq5OOTW_T2g2p8TDRCJn9cwOMtmVCYfetNrTzhRwUV1hkK6IxYGeb18-65Ju02mvy2JbW2-y7Zn-Rez8FdFPMnr9KkvM4/s1600/bogel+7.jpg

Fesyen macam ini membuatkan aku malu je tengok, tambah-tambah kalau depan mata aku. Dahlah seluar bawah pusat baju pula atas pusat jadi keluarlah dan tersembullah benda yang tak sepatutnya. Jadi mata pun menjadi juling bila melihatnya. Ibarat pakai tudung tapi tunjuk punggung.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5AbU5o2-2PAy4ZMM0utcBmW8urrciqvkn7WSAKK52dDfJf2WmS9MrK7X33A_t2WMmhMhBL4fOgEQwfo4VlFkiaJVPpmTj7MYjTnR_-kIxpxzDxdp5Agqxnn-Oqe0QC6Q_2lzPIEvdGSs/s400/bogel+6.jpg

Kadang-kadang mereka memang suka fesyen ini sebab nak tunjuk jenama seluar dalam yang beratus-ratus. Apa ke jadahnya begini? Korang bila nak keluar tengok pakaian dulu depan cermin. Tonggenglah punggung tu dulu nampak lurah ke tak..kalau nampak segala kerak-kerak punggung kalian silalah pakai baju yang labuh. Bukan cantik fesyen macam ini. HODOH!!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcWb6-kyOAnPNvuy3_Nf2DJUqY7uzAJUmU1BQ0CJVzq-O9sd44CDbzbxPM_rcpJO-LhUi0Y8FwkKBPq9Yb-K5hWCS6f_QEPeQgxvKyVQ6Rt00k8vA_LiHXa7ifgENDM3FCJgVOX_UZp88/s1600/bogel+1.jpg
 Fesyen macam ini memang acapkali aku tengok tambah-tambah majlis perkahwinan. Pengantin pun kadang-kadang mengenakan fesyen macam ini. Belum lagi bagi suami tengok orang lain dah merasa puas tengok. Kalau nak pakai fesyen baju lut cahaya ni silalah pakai inner. Pada pandangan aku memang BURUK la wei. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBb9GxYMEdO1nN91Z4vYkK2uY1StCnhc8qRLscrPeNnu-VMK8Vvzf0KgvAthseKvCGvjaBy_RqYLXr_srASaHEZNbQGyzCgymnp4vLkEzeQan1iYQsO_kUioQYDZgL-R5ii75_x1FMwdM/s1600/bogel+10.jpg

Aku pun tak tahu motif apakah yang ingin diketengahkan oleh wanita ini? Lebih baik engkau cabut je tudung tu sebab mungkin ia lebih nampak "sopan" sikit dari begini. Ayah, ibu, cikgu dan masyarakat sila terangkan apa itu aurat wanita? nanti anak-anak anda cuma tahu rambut sahaja perlu ditutup tapi yang lain bukalah seluas-luasnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnhxB9Jw7ewxsjNurVOWdkayHoX8L7hkvD6YBBP7_81MH9Zc3hW3g5bP70abwQQ0WMJXCzjH2h-FMHy7-waGKjkMwzW8XXDp9CJccLskHfmo91_bAch5453IVxMkLRg7nKM1uHPPGR-mM/s1600/bogel+4.jpg

Fesyen macam ini cukup digemari oleh muda mudi masa kini. Nak ikut perkembangan fesyen la konon? Contoh, pakai baju masuk dalam seluar..apam balik pun orang boleh image. Lepas itu yang menghodohkan lagi wanita bertudung bila pakai baju tapi baju luar singlet yang berbentuk cup bra. Nak jadi superman ke? ( lepas ini pakai spender di luar ye..kan nak ikut fesyen sangat..haa hambikk kau )

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijiCXlYeIQVKC7vl18hzIDlvObxbSS_mcBH-a7V-XW5SBm8Yy6ejbEthjv35I_UYgTVhoVwC3QlIPZulC4unQdI0gYt17N2CGEBquuMT4sE7rgVosT7A-5_gtUy_wSpFPNUFwbMbIm3Cg/s1600/bogel+3.jpg


Ini adalah fesyen ekor kuda. Nak tunjuk rambut baru lepas buat rawatan rebonding ke? Pakai jari pun bolehkan?...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTzq0xJSeIZMMfS8Y4wq_SyVYm3Y6WtvcZtZcLUepFNIWA_pMl-2NWGZSNtFIry_705hpqMma611Fkbjd4wMw04nOBQa_7TPXdCJTRc4KOxKPohqwX5GB-13SV2yZxOAwvG3_Ar6rP6yY/s1600/bogel+8.jpg

Bersukan tu tak salah tapi pakaian yang dipakai oleh si pemakai itu yang salah. Kalau suka sport pun janganlah tiru pemain football? Tapi aurat lelaki kan dari pusat ke lutut? Pakai la seluar panjang la adik oii..kalau tak ada mari sini akak bagi kain batik ye..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYb5spC77_-iFbX1ls3ykeXjAYjKAuHCGfRWm_MuljK59Z_bQdcU7OtMyOO-R-oyJa9-4OhOeRUpqDylfnoq08YSFCz1Xj_NmKB_N_8O1z1dx034qdqIc2sE90UcJnZLmTkpmDAs8wSkY/s1600/bogel+5.jpg

Entahlah..tak tahu nak kata apa..lu fikirlah sendiri!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicfVvTom_wnnNTi5biNQULOHW52pdV4n0txwPa6cuSHv5uvqbXmrZrn2_bxu93ZErTomzmYrzsoHUEGhub4cmoc-PoJrVyHp2t2jedkkjqJP3l6buR4jQpR8h8RZMygdsN6UrVfwZ_l8k/s1600/bogel+9.JPG

Bestnya usung anak dan isteri. Tapi sebelum keluar rumah tu cik abang kenalah tegur dulu pakaian isteri. Kalau dalam bilik tak apalah. Isteri anda tanggungjawab anda..isteri tak menutup aurat anda kena tanggung. Isteri anda perhiasan anda bukan perhiasan orang lain. SO ingatlah!!

Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah kemana. 

Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:

i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.

ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.

iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki

v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut  perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia. Bila ditegur tak pakai tudung..mereka akan jawab "ala perempuan bertudung pun bukannya baik"..memang tak dinafikan tapi menutut aurat adalah perkara WAJIB. Meraka yang bertudung litup tapi akhlak buruk itu urusan dia dengan ALLAH SWT bukan urusan kita nak persoalkan semua itu hanya Allah yang boleh menghakiminya. Kewajipan mesti ditaati bukan dipersoalkan. Artikal Credit to TRO diolah oleh Miss farah.


Sila click pada gambar untuk lebih besar


http://farm4.static.flickr.com/3059/3054886538_c7d1550c29_o.jpg

Makan Zakar Lelaki 18SX Budak-budak jangan tengok

Assalamualaikum. Gambar ini aku dapat dari emel..Loya tekak aku tengok benda ni..rasa nak muntah la wei..apa-apa pun layan gambar ni tapi budak-budak tak usah tengok. Jangan tiru perkara macam ini!!



Ni la makanan yang paling jijik iaitu zakar lelaki.Tapi sejauh manakah kebenarannya?Ada ke manusia nak makan kemaluan lelaki? Bila dilihat, mungkin ia hanya hasil sentuhan photoshop.Tapi bila tengok betul-betul, zakar ni macam betul la pula.Tapi yang pasti, kesahihan gambar ni masih belum dibuktikan lagi.

 
Kalau macam inilah gayanya golongan lelaki kenalah berhati-hati kerana anda mungkin terkorban..

Sejuta Cinta Miss Farah ?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4x9LXx8VMMhEmhsBKjWpAE3GUzUGsKQY9Bq8saUUJPv05j5dgjWdA6wg-Aq_BxY-0OBDJZQKrx5e76J7_HNIhH0hhO27WJabaPKOvZA7hFrfP1bndQYXcFjekjtEnXBLB_x53T8gqRJY/s400/Sejuta+Cinta+Marshanda+Poster.jpg


Assalamualaikum apa khabar?
Korang tengok tak Sinetron: Sejuta Cinta Miss Farah? opss Marshanda? Ramai juga yang suka slot sinetron itu di TV3 termasuk mak dan ayah aku. Aku ni tak berapa minat cerita Indon tapi tumpang dua kaki jugalah tengok sebab mak ayah aku tak miss tengok hahaha.. Tapi bila aku perhatikan semula cerita Indon ni macam "tak ada modal" je..cuma action je lebih tapi jalan cerita antara drama-drama dia sama je. Mesti berkisar percintaan antara dua darjat, anak tertukar dari kecil, orang miskin jadi kaya, berebut harta, hilang ingatan, berebut jantan/betina dan sewaktu dengannya. Dan last cerita memang dah boleh agak dah. Macam kurang idea je. Sorry lah kalau aku kutuk slot sinetron ni. Yang aku nampak dia boleh tarik penonton sebab action je macam cerita tamil hahaha.. Tapi yang paling kontangnya idea pereka sinetron ni mesti anak tertukar dari kecil atau anak dibela orang lain lepas dah besar rupanya anak orang kaya le konon. Cuba korang bandingkan semua cerita mereka seakan-akan sama je macam dah tak ada idea je nak buat cerita. Memang dari segi persembahan nampak bagus tapi kualiti tu aku rasa macam kureng mungkin kekuatan mereka dari segi OST atau lagu thema. Aku bukan nak kutuk tapi cuma nak bagi pendapat peribadi. Setiap orang mesti ada pendapatkan so korang jangan marah. Tadi aku cari-cari saja nak tengok episod akhir cerita Sinetron: Sejuta Cinta Marshanda, so terjumpalah web ini yang share link untuk tengok cerita SCM di youtube. Kalau korang minat nak tengok jom ke SINI Semua episod ada..dari awal sampai akhir. Korang tengoklah sampai lebam. Aku cuma tengok episod akhir je saja nak tahu endingnya..dah agak dah endingnya...

ok bai...

Tutorial 48 : Cursor Bergerak dengan Perkataan

Assalamualaikum. Apa khabar my reader? Hari ini terasa rajin memenuhi permintaan tutorial dari kalian. Nampaknya 3 kali berturut-turut asyik buat tutorial cursor je. Ok kali ini aku nak buat tutorial cursor bergerak dengan perkataan ala-ala cursor terbang. Korang mesti ada tengokkan blog yang buat cursor macam ini. Bila korang gerakkan cursor automatic perkataan pun turut bergerak-gerak macam main layang-layangkan. Korang nak tak main layang-layang dalam blog? Kalau nak jom cuba tutorial mudah bebeno ni. Tengok gambar di bawah kalau tak dapat berfantasi apa yang aku kata tu.

Step yang senang perlu dibuat sebelum wujudnya benda alah di atas ini. Jom-jom..

1. Sign in blogger > Design > Add Gadget > Html/JavaScript
2. Copy code di bawah dan paste ke dalam Html/Java Script

<style type="text/css">
/* Circle Text Styles */
#outerCircleText {
font-style: normal;
font-weight: normal;
font-family: 'verdana';
color: #FF0080;
position: absolute;top: 0;left: 0;z-index: 3000;cursor: default;}
#outerCircleText div {position: relative;}
#outerCircleText div div {position: absolute;top: 0;left: 0;text-align: center;}
</style>
<script type="text/javascript">
;(function(){
var msg = "CURSOR SANGAT CANTIK";
var size = 24;
var circleY = 0.75; var circleX = 2;
var letter_spacing = 5;
var diameter = 10;
var rotation = 0.4;
var speed = 0.2;
if (!window.addEventListener && !window.attachEvent || !document.createElement) return;
msg = msg.split('');
var n = msg.length - 1, a = Math.round(size * diameter * 0.208333), currStep = 20,
ymouse = a * circleY + 20, xmouse = a * circleX + 20, y = [], x = [], Y = [], X = [],
o = document.createElement('div'), oi = document.createElement('div'),
b = document.compatMode && document.compatMode != "BackCompat"? document.documentElement : document.body,

mouse = function(e){
e = e || window.event;
ymouse = !isNaN(e.pageY)? e.pageY : e.clientY; // y-position
xmouse = !isNaN(e.pageX)? e.pageX : e.clientX; // x-position
},
makecircle = function(){ // rotation/positioning
if(init.nopy){
o.style.top = (b || document.body).scrollTop + 'px';
o.style.left = (b || document.body).scrollLeft + 'px';
};
currStep -= rotation;
for (var d, i = n; i > -1; --i){ // makes the circle
d = document.getElementById('iemsg' + i).style;
d.top = Math.round(y[i] + a * Math.sin((currStep + i) / letter_spacing) * circleY - 15) + 'px';
d.left = Math.round(x[i] + a * Math.cos((currStep + i) / letter_spacing) * circleX) + 'px';
};
},
drag = function(){ // makes the resistance
y[0] = Y[0] += (ymouse - Y[0]) * speed;
x[0] = X[0] += (xmouse - 20 - X[0]) * speed;
for (var i = n; i > 0; --i){
y[i] = Y[i] += (y[i-1] - Y[i]) * speed;
x[i] = X[i] += (x[i-1] - X[i]) * speed;
};
makecircle();
},
init = function(){ // appends message divs, & sets initial values for positioning arrays
if(!isNaN(window.pageYOffset)){
ymouse += window.pageYOffset;
xmouse += window.pageXOffset;
} else init.nopy = true;
for (var d, i = n; i > -1; --i){
d = document.createElement('div'); d.id = 'iemsg' + i;
d.style.height = d.style.width = a + 'px';
d.appendChild(document.createTextNode(msg[i]));
oi.appendChild(d); y[i] = x[i] = Y[i] = X[i] = 0;
};
o.appendChild(oi); document.body.appendChild(o);
setInterval(drag, 25);
},
ascroll = function(){
ymouse += window.pageYOffset;
xmouse += window.pageXOffset;
window.removeEventListener('scroll', ascroll, false);
};
o.id = 'outerCircleText'; o.style.fontSize = size + 'px';
if (window.addEventListener){
window.addEventListener('load', init, false);
document.addEventListener('mouseover', mouse, false);
document.addEventListener('mousemove', mouse, false);
if (/Apple/.test(navigator.vendor))
window.addEventListener('scroll', ascroll, false);
}
else if (window.attachEvent){
window.attachEvent('onload', init);
document.attachEvent('onmousemove', mouse);
};
})();
</script>


3. Sebelum SAVE tukarlah benda-benda ini dulu ye.

Verdana untuk jenis font.
#FF0080 untuk warna tulisan yang aku buatkan ni warna pink.
CURSOR SANGAT CANTIK gantikan dengan perkataan korang ye.


4. Lepas itu save SAVE dan tengok hasil yang terjadi.

Kalau nak cantikkan lagi cursor boleh cuba Tutorial 47 dan Tutorial 46
Nak tukar warna font boleh tengok code coding kat SINI.

P/s : Dah cuba tutorial ni janganlah malu-malu nak komen. Daaa

♥ Quizzes Tyme by MiSs WuNny ♥

Assalamualaikum. Kali ini nak buat kuiz yang di tag oleh Miss Wunny. Thank ye thank ai.. Syarat-syarat di bawah :



Introduction
Hye all...arini cy nk wat satu permainan y bertajuk 'Quizzes Tyme"

Visions & Mission 
Lebih mengenali para blogger n mendapat kenalan baru ^^v

Ingredient
Dlm Quizzes Tyme,cy akan bg 1o soalan n jawab la soalan tu dgn jujur ye...

Cara-caranya
1. Follow blog MiSs WuNny..but its up to you laa..kalo xmo pn xpe..ikut seikhlas ati la ye...

2. Bwat 1 entry y cm cy bwat ni..ambikla gmba entry ni n link kn ke blog cy..bkn ape..spy sng kwn2 kite nk join..jgn lupe mention name cy skali spy senang cy nk bace jwpan2 kowg..bwat y very simple pn bleh...

3. Ambik soalan y diberi n jwb la dgn seikhlas hati...=)

4. Tag sekurang2nye 3 owg fren tok kite same2 bkenalan ngan dowg...pastikan dowg tawu

5. Kalo da join,wajib tinggalkn link kt my comment

Sekian..itu sahaja syarat2nye

*****************************************************************************
The Quizzes

1. Nama penuh kowg sebijik mcm dlm i/c n surat beranak?
    : Nama saya Nurul Farahana binti Mohamed Idris

2. Ape erti disebalik name tu?
    : Nurul : Cahaya
    : Farahana - Kegembiraanku

3. Name kelas kowg mase darjah 1 n ddok sebelah sape??
    : 1 Melur kot..lupa pula duduk sebelah siapa..siapa ye?

4. Ape tabiat "wajib' y ade dlm diri kowg cmpi skarang?
    : Tabiat apa ye..hari-hari kena cium kucing saya kot hehehe.

5. Kenapa tabiat tu wajib pulak?
    : Rasanya tak ada tabiat yang kalau tak buat mengigau dalam tidur hehehe.. Tapi sekarang gilakan blogger!

6. Ape barang y kowg idam2kn tok dpt sebelum raye ni???
    : Handphone dah dapat cuma nak laptop Apple  je. Ada sesiapa nak hadiahkan.?

7. First tyme gg kowg patah mase umo bape??gg y mane?
    : Lupa la tapi masa umur 5-6 tahun kot. Paling takut ke Klinik Gigi..grrr

8. Sweet memories dgn boyfwen/gurlfwen/bestfwen? ( choose 1 )
    : Boyfriend? Masa dia bagi teddy special untuk saya. Teddy tu dibuat pada tarikh hari jadi saya. Kat teddy       tu ada tulis tarikh dia di buat. Comel dan saya masih simpan lagi.
    : Bestfriend : Saat study kat USM amat gembira student life. Dan paling happy pergi bercuti kat terengganu       sama-sama. 
 
9. Bile tarikh kowg stat wat blog ni?Syg x blog kowg?Sbb ape??
    : 11 April 2010 tapi aku dah import entry-entry dari blog hamster aku yang aku create tahun 2009. Sudah          semestinya aku sayang belog aku sebab tu la beria belajar coding nak edit blog sendiri. Suka menulis.


1o.Berikan markah kowg tntg quizzes ini.. ( 1markah - 5markah )
     : Bagi 4 markah. Nanti ada tag mengetag boleh la tag ai lagi ye.
 
Boleh tak tag semua orang?  

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH