FANTABULOUS MASK AND SCRUB REVIEW.

 24 jam sticky post


Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat yang berbahagia.

Happy sangat sebab dapat tajaan dari Le Chantique Shope.

Kali ni aku nak cerita pasal hal kecantikan ni, marilah dengar..korang tak nak cun melecun ke??

Sebenarnya aku memang menitikberatkan hal kecantikan..terutama sekali kulit muka, bila tumbuh seketul jerawat mesti rasa tak puas hati, membelai jerawat tu sampai pecah..sampai berdarah..akhirnya tuttt ada parut. Walaupun parut tu tak berapa nak nampak tapi hati still risau. Asyik nak membelek-belek je..bila parut tu dah kering picit lagi..akhirnya ada tinggal kesan kat muka.

Yes! aku perlukan skin care untuk rawat wajah aku yang tak berapa nak macam telur dikupas tu chewahh.. Nak pergi spa buat facial mahal pulak, dah la sekali buat je lepas tu kena datang lagi. Aku tak sanggup sebab aku kan student..semua duit dari pa and ma je hahaha.

Jadi aku perlukan skin care yang murah, mudah dan boleh buat berulang secara sendiri.

Pernah juga dengar FANTABULOUS MASK AND SCRUB tapi belum pernah cuba. Tapiii aku sangat bersyukur sebab di beri peluang untuk cuba Fabtabulous mask dan scrub, dannn aku sendiri dapat rasakan bestnya produk ini dan korang juga mesti cuba!


Mari aku kenalkan produk best ni!

Ini adalah set penuh Fabtabulous mask dan scrub, diletakkan dalam uncang ini untuk memudahkan korang bawa ke mana saja.



Dalam set ini ada:

1. Facial scrub
2. Facial masker
3. Berus - untuk masker
4. Mask kapas kosong (5keping)- diletakkan lepas korang letak masker kat muka, kalau tak nak guna pun boleh jugak!

Facial scrub

1. Langkah pertama korang perlulah menggunakan facial scrub. Ambil, 1-2 kali picit sahaja.
2. Sapu pada 4 penjuru Muka, kemudian ratakan
3. Sapu/tenyeh/tonyoh secara lembutdi seluruh muka.
4.Gosok smpai gosok biji2 tu hilang, kemudian cuci dgn air dan lap bg kering. Aku lebih prefer lepas tu basuh dengan pencuci muka dan keringkan.


Facial Mask


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjm39P6XbM7WyPFiMvzwDTdGuJ4RYVcf_0GqeMGWhB2CrKeWN897YCmXOdPtZbLMEsl8lc8aqe9UoOuuErIYC27ZWF8SD0CguqIfEQ6wCv41RZRdWU3DkzHyB-FJNIXADiMNCWJrLfD9yEt/s1600/images.jpg

1. Lepas siap keringkan muka korang, korang kena bancuh mask. Ingat jangan bancuh dulu, kang kering pulak mask tu, bila betul-betul nak pakai baru bancuh, kalau boleh slowkan kipas, sbb takut mask cepat kering dalam bekas.
2 .ambil 1 sudu teh masker, skit ja...tambah air sikit,gaulkan smpai dapat bancuhan yg pekat


3.sapu pada wajah guna brush untuk memudahkn anda, start dari dagu, naik ke pipi kanan,hidung dan dahi...ulangkan step yg sama pada sebelah kiri....klo ada baki bleh disapu layer kedua untuk ratakan mask. Kalau nak tepek mask kosong tu pun boleh, tak nak tepek pun tak apa. Tiada sebarang paksaan hehehe.

Please jangan lari, ok..hahaha

4.tggu 30 minit atau smpai masker kering, dilarang bercakap @ gelak...apa-apa sahaja pergerakan wajah akan menyebabkn kedutan, so sebulan pakai mask make sure anda dlm keadaan santai..
5. cuci,pakai toner, serum,krim malam/siang (depends waktu mana anda buat facial ok), aku cuci dengan toner je.

Dah siap di cuci dan pakai toner. Rasa macam snow white je haha.

Close up lagi, rasa sangat bersih dan nyaman..




Langkah mudah untuk mendapat kulit cantik dan sihat, serius aku suka!!

Komen aku: 

Facial scrub- Serius best sangat bila pakai. Semua kotoran kat muka rasa macam keluar, kulit jadi lembut dan licin. Dan paling best lembab ke kulit dan tidak mengeringkan! bau pun sedap!

Facial Mask- Bila pakai ni ala-ala pakai bedak sejuk je. Muka rasa sejuk je. Lepas tu rasa macam segar gila. Bukak je mask ni, liang roma jadi halus..kulit bersih mulus!

Aku suggest produk ni untuk korang yang mempunyai banyak jerawat kecik-kecik, parut jerawat, noda-noda hitam dan sangat penting untuk korang yang memang nak cun kan muka tu! Serius sekali guna dah rasa best, tak sabar nak guna lagi hehehe!

Nak tengok lagi keistimewaan dan lebih testimoni, jom ke:



Takkan nak muka je macam snow white?? badan tak nak ke??





Jadi trylah AURA WHITE, mana tau esok-esok bangun dan putih berseri. 



Cun kan Obuse lip tint ni, nak dapatkan secara percuma?? beli pun boleh, borong pun boleh??

percuma 1 candy lipt tint - beli aura white atau treenea vcoa
percuma 2 candy lipt tint - beli set myracles beauty
(sementara stok masih ada)


detox foot patch 15 pasang rm30 free pos to sm (ss tambah rm5)
black mask 20 keping rm 30 free pos to sm (ss tambah rm5)





Nak tahu lagi lanjut dan nak dapatkan produk ni sila serbu:


Le Chantique Shope

atau hubungi: 6012-2292739



Pentingnya Bag Organizer.

Assalammualaikum..

Lama tak tulis entry peribadi sebab busy dengan hal peribadi. Busy dan stress dengan tugasan pengajian. Hope boleh lakukan dengan berjaya.


Aku ni tak la terlalu organizer sangat tapi aku suka barang aku tersusun rapi sedangkan aku juga suka sepahkan barang, lepas sepah kemas balik lepas tu sepahkan semula..itulah aku. Aku runsing kalau keadaan macam serabut so aku perlukan keadaan yang tersusun dan kemas baru ada mood nak buat kerja. Kalau bilik macam tongkang pecah aku akan cuba take time untuk kemaskan dan cuba untuk nampak tersusun agar tak menganggu mood aku menulis tesis. Kadang-kadang kalau aku suka tengok video kat you tube tentang room tour, suka tengok mat salleh ni punya bilik yang sangat organizer semua tersusun.

Ok, entry kali ni bukan nak cerita pasal room tour, kalau room cantik menarik bolehlah tapi kalau biasa-biasa tak usahlah haha..
Kali ni nak cerita pasal bag organizer.

Kenapa ye bag organizer ni? penting ke??


Yes sangat penting pada aku kalau kita pakai jenis beg shoulder tu yang besar dan tiada poket-poket tu.
Sebab semua barang akan bercampur aduk dalam bag, jenuh nak mencari kunci, hp, lipstick dan macam-macam. Kadang-kadang sampai habis orang call baru jumpa hp, sangat leceh. Lepas tu mesti hp cepat calar sebab bercampur aduk dalam bag.
Macam ni:

Serabut kan, kadang-kadang teraba-raba nak cari purse sebab nak bayar kat kedai. Hoi kau pergi mana wahai purse???


Susahkan nak cari semua tu, rasa nak keluarkan semua dalam bag tu. Where pen? where my spex? where note? where where where...bencikk.



Cari punya cari aku jumpa juga bag organizer ni dengan harga yang berpatutan. Tak sanggup nak beli online sampai RM70-RM100. Paling murah dalam RM20 tak termasuk pos. Tapi aku beli kat POPULAR cuma RM15.90 sahaja. Murahlah dan berbaloi. Aku pilih warna dark green sebab tak mudah comot. Kang warna pink nampak comot pula..dah tak comel :) Macam-macam colour ada, korang pilihlah.


Macam nilah rupanya, banyak poket dan boleh letak macam-macam. Suka sangat!


Kalau korang pakai beg macam aku ni, bag organizer sangat efektif untuk digunakan.


 
So tak lah pening nak meraba-raba dalam bag tu kan. Mudah je nak ambil barang. Macam-macam boleh letak. Dan memudahkan korang nak tukar-tukar handbag, tak payahlah nak punggah semua barang dan tukar bag, nanti kot ada barang yang tertinggal pula kan. Dengan bag ni korang just angkut beg ni masukkan dalam handbag korang. Senang! dan jimat masa.


 


Tersusun dan kemas. Lepas ni tak lah aku kelam kabut nak mencari barang dalam bag.


Masuk je bag organizer tu dalam handbag korang dan siap!!

Tak perlu pening kepala lagi lepas ni. Suka sangat!



Ok baiii!

Ada barang menarik nak review secara PERCUMA?






Cuci mata kat WNE Closet.

Assalamualaikum wbt.


Kesibukan masa membuatkan kita tak ada masa nak pergi shopping ke luar..dengan kerja, tugasan dan kerja rumah berlambak..
Jadi pendekatan paling terbaik adalah shopping online, jimat masa, jimat tenaga dan sangat mudah! tak perlu bersesak-sesak kan..

Sekarang ni memang trend satin cotton and border lace. Memang cun gila la kalau buat baju kurung pahang, moden dan biasa guna satin cotton with lace. So korang nak cari satin cotton and lace yang berkualiti? Jom serbu WNE Closet.





SATIN COTTON
REQUEST BOLEH DIBUAT UNTUK WARNA YANG ANDA INGINKAN SELAIN DI DALAM GAMBAr..
-sangat lembut berbanding english cotton
-senang di'iron' berbnding english cotton
-tidak licin seperti kain satin biasa
-tidak kecut selepas dicuci
RM 90 UNTUK 4 METER



Macam-macam color ada, boleh buat pilihan :)
 



BORDER LACE
 BORDER LACE EXCLUSIVE MAYA SILK FOR HARI RAYA :)
BORDER LACE EXCLUSIVE MAYA SILK MAYA SILK
-REQUEST BOLEH DIBUAT UNTUK WARNA YANG ANDA INGINKAN SELAIN DI DALAM GAMBAR-
-1meter = double layer
-lace yang nipis dan senang diiron
-kualiti tinggi tidak mudah koyak
-sesuai untuk digayakan dengan pelbagai jenis kain
RM35/METER


 Memang tengah trend fesyen lace-lace ni, pasti cunlah kalau korang pakai.
Macam-macam warna lace ada, pilihlah mengikut kesukaan hati anda!
Dah bergaya cun melecun mesti nak kulut cun melecun, putih beseri sesuci embun pagi...so jomlah try produk ini pulak!

PINKISH PRODUCT
DAPATKAN KULIT PUTIH PINK HANYA DENGAN RANGKAIAN
PRODUK PINKISH BEAUTY
HALAL
ADA KELULUSAN KKM
DETAILS PRODUCT NIE BLEH TGK DALAM PAGE
 
FACEBOOK: WNECLOSET

Glutathione Soap,  GOLDEN COLLAGEN GEL, BB CREAM dan Gel glutathione collagen,
 Antara testimoni:

FANTABULOUS SKIN CARE
anda dah ada daily skincare tp still mencari2 product sampingan utk dipakai bg menghilangkan jerawat halus, white head, black head, mengecilkan pori2 terbuka, menggebukan kulit, melicinkan kulit ala2 showwhite gittew??? anda perlukan scrub utk membuang segala kulit mati dan kotoran degil yg lekat dimuka?kami ada PEARL SCRUB utk anda. anda perlukan masker utk menegangkan kulit muka menggebukan muka? kami ada MIRACLE 4 IN 1 MASK. dlm set FANTABULOUS ada scrub n mask yg super awesome.kesan boleh dilihat seawal pertama kali menggunakannya ;) PM US NOW TO ORDER..dpt free berus masker n topeng lg tauuu.. ;) khusus utk mereka yg feeling2 nk jd snow white..ahahaksss mcm iolls laa~~ ;P p/s; after using u will noticed ur face will b much cleaner, the skin tone evened and fairer, the pores shrank and the best part is, ur skin will not be as oily anymore. The skin also feels smooth..baby skin uolls..x nak ker?hik
RM60/set


Banyak lagi produk yang best-best yang perlu korang cuba di WNE Closet.
Like fan page dan PM beliau untuk pembelian dan sebarang pertanyaan :


WNE Closet

Dah tempah baju ke?

Assalamualaikum semua,

Selamat pagi! Bulan 7 ni kita akan meyambut Ramadhan, dan lepas tu raya datang lagi. Jadi apa kata kita prepare awal-awal untuk persiapan hari raya. Tak best tau kalau prepare last minit, kang ada yang tak dapat pakai baju baru hehehe.

Jadi kali ni aku nak ajak korang shopping raya kat online shop yang menyediakan kain pasang dan tudung. So korang tak payahlah bersesak-sesak nak bershopping kat lautan manusia yang bikin pening kepala tu.


Kain pasang ni ada lace sekali. Cun kan..sekarang ni memang tengah in fesyen lace-lace..so cepat rembat satu!


Ini aku suka, cun kan??

Sebenarnya banyak lagi, korang tengoklah kat KOLEKSI CINTA RAFF, pasti jatuh cinta!
Kalau korang nak beli kain cotton + border lace tu pun boleh, nak beli asing-asing pun boleh atau just nak beli border lace pun boleh!
Selain itu, dia ada jual tudung juga, banyak pilihan yang cun-cun dengan harga yang sangat berpatutan! Untuk tudung pulak semua dari material yg high quality dan ade sesetengah tudung brand Nur Kasih, so jom tengok tudung kat bawah ni:

Ini adalah jenis tudung: TUDUNG FULL CUP CORAK

TUDUNG FULL CUP CORAK
 Cantikan, ala-ala Fareeda tapi harga sangat berbaloi.


 TUDUNG JULIANA NURKASIH SAIZ XL
 Tudung ni labuh, cantik. 



TUDUNG SUFIEY NURKASIH SAIZ L



TUDUNG NUHA NURKASIH SAIZ M


Sebenarnya, banyak lagi koleksi tudung dan kain pasang kat online shop beliau. Korang pilih je mana yang disukai. Jangan lupa LIKE sekali fan page tu tau.

Kalau nak tahu detail pasal tudung dan kain pasang tu boleh ke:





Email : koleksicintaraff@gmail.com
h/p no: 0193081825

My Review: Live Luxe by Jennifer Lopez perfume.

Assalamualaikum.

Bertemu kembali kita dalam segmen My Review Collection.

Kali ni nak review perfume juga. Ahh tak kira, dah memang addicted so review je.

Second perfumes original yang aku beli adalah Live Luxe by Jennifer Lopez. Semua ni terpengaruh dengan Best Celebrity Fragrance la. Live Luxe by Jennifer Lopez ni merupakan Best Celebrity Fragrance tahun 2009. So terus je beli yang ni. Sebab dah dapat Best Celebrity Fragrance...
so kenalah memilikinya sebotol kannn.. Perfumes ni jenis eau de parfum (EDP)

Kotak dia macam Diva. Of courselah sebab J.Lo kan hehehe.


Botolnya pun sangat cantik. Aku suka sangat. Seharusnya lepas ni kena letak semua botol-botol perfumes yang dah kosong dalam almari kaca gitu. Buat koleksi.


Review bau :Pada pendapat aku, bau dia macam bau biasa-biasa je, bau-bau kebanyakkan perfumes yang ada di pasaran..bau dia macam Ralph Ralph Lauren for women (blue color), Escada Rockin' Rio 2011 dan ala-ala bau perfumes brand yang jual kat Watson dan Guardian. Tak 100% bau dia sama tapi lebih kurang macam tu jugalah. Bau dia sangat-sangat segar lebih kepada fruity, dan aquatic (selalunya kalau aquatic memang bau fresh). Bau dia lebih kepada buah melon, peach dan pear serta sedikit bau bungaan. So kalau yang suka perfume lebih kepada fresh dan buah-buahan ini adalah perfume terbaik untuk korang. Bila korang tengok botol, perfumes ni dah hampir setengah digunakan. Aku lebih suka pakai perfume ni ke library, fakulti dan kuliah sebab dia bagi mood segar pada aku.
Ketahanan: Ketahanan sederhana, pada my skin 3-6 jam sahaja. So kena selalu spray la. Kalau fresh selalu spray banyak kali pun tak apa kan :)
Rate: 7/10
Kategori rate: Love, Like, Dislike


Boleh dikatakan perfumes kesukaan buka kecintaan. Rasanya kalau dah empty perfume ni aku tak repeat beli lagi. Maybe boleh cuba perfume lain yang lagi fresh kot.

Kebaikan:
Make me better mood and fresh in early morning.

Keburukan:
Bau biasa-biasa dan not lasting.



My Review: Fantasy by Britney Spears Perfume.

Assalamualaikum.

Selamat petang semua!

Ini adalah first segmen untuk My Review Collection. Aku wujudkan segmen ni bukan sahaja nak bagi pengetahuan kepada korang tentang barangan dan produk kecantikan tetapi bagi idea untuk pilih some brand. So sekurang-kurangnya korang bolehlah cuba berdasarkan review yang aku tulis. So kalau nak try some produk bolehlah godek-godek blog aku ni hehe. Manalah tahu, produk yang aku pakai ni serasi dengan korang tapi ni semua berdasarkan pengalaman aku, kalau jadi effect kat korang bukan di bawah tanggungjawab aku tau.

Kali ni aku nak review pasal perfumes. Aku ni memang addicted kat perfumes. Tapi sekarang stop to buy perfumes. Just pakai apa yang ada, semua still banyak. Paling banyak guna pun suku je. So kena perhabiskan semua tu dulu baru beli ye.


Sebelum ni aku just pakai perfumes yang jual kat farmasi, gred perfumes dan pati perfumes tu.

So terasa nak beli original. Perfumes antarabangsa pertama original aku beli adalah Fantasy by Britney Spears perfume. Sebelum aku beli, aku search dulu tentang perfume ni. Ramai bagi positif review. Terus sambar. Paling penting perfume itu perlu mempunyai ketahanan yang lama dan wangi di hidung aku hehehe. Perfume ni jenis eau de parfum (EDP).


First sekali, aku terpikat sebab banyak review positif tentang perfume ni. Lepas tu color perfume ni adalah color kesukaan aku dan botol pun cantik.

Botolnya sangat cantik dan cute. Ada batu-batu permata lagi like Swarovski crystals, nampak mewah.

Review bau : Bau dia manis macam Icing, sugar, cotton candy, white chocolate. Rasa macam nak makan je.Sweet dan fruity. Kalau korang ni pengemar perfume yang manis-manis inilah perfumes yang perlu korang pilih.
Ketahanan: Mempunyai ketahanan bau yang panjang. Ketahanan pada my skin dalam 7-12 jam and more. Serius kalau sembur pagi sampai ke malam masih ada bau lagi.

Rate: 9/10
Kategori rate: Love, Like, Dislike



Boleh dikatakan perfumes ni adalah My signature fragrance.
Adakah aku akan repeat beli kalau perfume ni habis? Of course aku akan repeat beli sebab perfume ni sangat menjimatkan.


Yang pasti pilihlah yang original untuk mendapat nikmat sebenar memakai perfume. Hehehe.

Kebaikan:
Sesuai sekiranya korang pengemar bau-bau manis. Long lasting!

Keburukan:
Bila manis sangat rasa melekit pula hehehe.


Hadiahkan tersayang dengan Choc Empire.

Pening ni..pusing..

Sebab tak tahu nak pilih apa untuk hadiahkan yang tersayang.

Apa ye, yang membuatkan orang tersayang terseyum gembira..

Sesuatu yang cantik dan unik..

Bosan pula asyik bagi bunga je..tak bestlah bunga..nampak cantik, wangi dan akhirnya layu..

Tapiiiii kan best kalau dapat something hadiah yang bukan sahaja comel, cantik tapi boleh di makan. Sudah tentu tak membazir kan :)


So apa kata hadiahkan mak, kakak, adik, isteri, girlfriend dan sesiapa sahaja yang tersayang coklat dari Choc Empire. Sudah tentu orang yang dapat hadiah tu terharu dan sangat happy!

Macam-macam colour kesukaan korang boleh pilih..



Bukan sahaja cantik tapi sedap di makan. Yummyy, serius sedap sebab aku dah rasa!!


Cfirm senyum sampai telingga dapat jambangan bunga ni...lepas tu boleh mimpi-mimpi lagi :)


Hari-hari pun boleh bagi Coklat ni kat ibu korang pasti tersenyum riang.



Kawan-kawan yang nak bertunang dan nak kawin..pening fikir apa nak kasi??..hahhh ni mesti lagi best!


Nak buat hantaran kawin, hantaran tunang pun cun sangat ni. Nak bagi jambangan untuk kawan-kawan yang dah konvo pun bagus juga.




Rambang-rambang tak mata korang??


Nak yang lagi best dari gambar di atas??


Nak design sendiri??



Kalau dah jatuh cinta..apa lagi serbulah:

Facebook Page: Choc Empire
Twitter: Adda Sa'adah

No telifon: 012-9489152 (Adda)

P/s: Lepas ni bukan je senyum sampai telingga tapi senyum sampai lena :)



My Review: Nutrimetics Magix Lip Colour.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni nak review Lipstick pula. Dalam banyak-banyak lipstick, Nutrimetics Magix Lip Colour nilah lipstick paling aku suka dan dah berulang-ulang kali beli sejak aku buat degree kat USM lagi. Dalam 7 tahun dah guna lipstick ni dan tak pernah putus dalam simpanan walaupun aku ada lipstick lain. Still setia sangat.

Inilah dia lipstick kesayangan aku. Dulu packaging dia lain, warna putih sekarang warna gold.

Harga retail RM 18.00 

Sangat murah dan berbaloi-baloi.


Nutrimetics Magix Lip Colour ni sebenarnya ada tiga color iaitu purple, oren dan hijau. Aku lebih suka warna purple dan oren sebab color dia terang. Kalau warna hijau macam tak pakai lipstick sebab terlalu natural.


Nutrimetics Magix Lip Colour ni mengandungi vitamin E dan pelembab, memang tak menghitamkan bibir malah bibir akan kemerahan kalau tak pakai lipstick. Macam dia merawat bibir kitalah sebab ada vitamin E kat dalamnya. Bibir aku ni sangat sensitif kalau pakai sebarangan lipstick akan menyebabkan mengelupas dan berdarah. Dulu ada pernah beli jenama yang best-best tapi hampa..tak tahan, bibir jadi lebam dan mengelupas. Terus kasi kat adik. Rugi je beli lipstick tu sebab boleh beli 3 batang Nutrimetics Magix Lip Colour.

Korang jangan rasa gelabah tengok color ni sebab dia akan bertukar color bila kita letak kat bibir kita. Warnanya bergantung kepada body chemistry korang. Macam kat bawah ni, tapi color dia tak 100% jadilah sebab aku sapu kat tapak tangan, tapak tangan kan lebih kasar berbanding kulit bibir.




Lavender ni lebih kepada purple kemerahan.
Sunflower lebih kepada warna pink merah.

Pada aku kedua-duanya sesuai dengan aku dan best sangat. Pada aku sunflower lebih pekat berbanding lavender.


Ketahanan: Ketahanan sangat panjang. Selepas makan pun still masih lekat lagi kat bibir lagi.
Rate: 10/10
Kategori rate: Love, Like, Dislike


Serius, ni lipstick kegemaran aku sepanjang masa. Kalau korang mengalami masalah bibir sensitif, bolehlah try Nutrimetics Magix Lip Colour ni. Harga pun murah, kualiti pun bagus.

Boleh dapatkan kat semua cawangan Nutrimetics seluruh Malaysia.

Kebaikan:
Long lasting, colour smooth je, dan paling penting menjaga bibir anda.

Keburukan:
Bekas lipstick ni perlu diperbaiki sebab color kat bekas lipstick ni pudar. Nampak tak cun pula.



Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH