Assalamualaikum,
Selamat malam semua.
Nampaknya hujung minggu sampai Deepavali terpaksa terperuk di kolej je. Tak kemana-mana. Tak per, buatlah kerja kau yang mengunung tu janganlah ditangguh-tangguh. Okey, kali nih bagi tips aka rahsia kecantikan. Kau cantik ker nak bagi bagai tips tu? aku kesah.. Yang penting aku nampak muda dari usia aku kan..awet mudalah tu. Budak umur belasan tahun pun panggil aku adik? so korang mesti jelesskan sebab umur aku 20+ tapi masih nampak fresh and gojess ( ok just joke bukan riak tapi ini adalah benar belaka ) hahahaha.
Sebenarnya aku adalah pengguna yang
sangat setia. Memang elok buat calon kekasih sebab aku setia. Eh tetiba pulak. Masa aku zaman sekolah lagi aku guna produk Olay. Itu pun mak aku yang suggest sebab dia adalah pengguna Olay yang tegar..tu sebab mak aku awet muda jerr. Dia belikan dan aku still pakai sampai sekarang. Sebelum aku menempek sebarang make-up atau bedak di atas muka comel aku nihh, aku pastikan menempekk benda ini terlebih dahulu,
Aku pakai benda alah ni sejak form 5 lagi. Kesan dia bukan pakai hari ini kau terus nampak kesan esok. NO is NO bukan yer.. Paling awal mungkin dalam 3-6 bulan. Dia bertindak secara perlahan-lahan tapi sangat smooth dan licin okeh. Aku pakai 2 versi yang di atas dan bawah :
Aku beli selang seli, kadang-kadang beli Olay whitening Cream spf 19 dan kadang-kadang di atas. Sebenarnya sama je, cuma yang spf 24 lebih kepada pencerahan dan tahap spf yang lebih tinggi. Tapi bezanya, yang spf 19 murah sikit manakala spf 24 kau fikirlah sendiri ( takkan semua nak bagitahu ). Harga dalam rm35 ke atas, lupa plak tapi nak dekat rm40 la. Murah dari yang lain dan sangat berbaloi.
Sekarang aku stay guna Olay juga, tapi lebih kepada total effect, al maklumlah dan 20+ tahun.
Sangat berbaloi sebab lengkap dengan foundation sekali. Cadang nak beli yang ini tapi kopakk pula duit aku nanti .
creamnya sahaja dah dekat 70 hengget huhuhu. Belum lagi yang lain yang beratus tu hohoho..Tunggu aku ada duit berkepok-kepok dulu eh.. hahaha. Tapi memang produk ini baguslah.
Itu pasal aku still muda tu, macam belasan tahun je kan.. naik lif sila tekan sendiri..tapi ramai juga tolong tekankan (peribahasa baru, yang otak pick-up je faham muahaha )
Okey, ini cuma tips aku je, kalau korang cuba produk ini dan mendatangkan mudarat
bukan di bawah tanggungjawab aku..itu semua koranglah yang bertanggungjawab. Sebab bukan semua jenis kulit boleh ngam dengan some product. So beware lah. Kang sopak kulit muka jangan nak saman aku lak.. yer.. hahaha.
Walaupun Olay ni produk biasa-biasa tak se gah SK 2, The Body Shop, dan sewaktu dengannya tapi dia mempunyai keistimewaan sendiri. Yang pakai sahaja tau. Tapi korang kena tau Olay ni produk pharmacy, diuji beberapa kali. Tapi the key to success kenalah setia guna. Jangan guna kejap tukar itu ini sebab nak hasil cepat. Korang tak usah percayalah produk-produk yang dalam masa singkat sahaja dapat memutihkan, menegangkan, mengebukan dan macam-macamlah. Semua itu BOHONG dan ada KESAN SAMPINGAN. So, berhati-hati ye. Yang paling penting keserasian produk berkenaan dengan kulit korang. Kalau mahal macam mana pun produk tu tapi hasil HAMPAS tak payah lah nak berlagak guna produk harga beribu raban tapi ZERO.
Kawan aku guna Nevea je tapi kulit putih gebu mulus..sebab produk tu sesuai dengan dia tapi kalau aku pakai tak tahulah kesannya kan.. hahaha.
Ok, tapi aku tetap setia dengan Olay sebab dia berkesan dengan kulit aku. Ada juga try produk lain,konon nak sokong barangan buatan Malaysia tapi hasilnya..oh hampa. So kembali pada pakwe lama si Olay.
ok terima kasih kerana sudi membaca, bai.
P/s: Ada sesiapa nak sponser produk Olay kat aku?