Ramai juga yang tanya, aku pakai produk apa? ( maybe kulit mukaku cantik kot huhuhu..perasan )
Jawapannya..Olay..Aku tetap setia dengan Olay dari dulu sampai sekarang!
Tak silap aku hampir 7tahun aku hanya mengunakan Olay.
Olay White Radiance Cream Cleanser merupakan produk yang aku paling setia.
Aku pernah juga nak tukar produk lain sebab bosan asyik pakai produk pencuci muka yang sama je! Tapi hasilnya amat mengecewakan kulit mukaku gatal-gatal dan tumbuh jerawat..
So aku kembali kepada Olay White Radiance Cream Cleanser.
Tak tahu la..mungkin produk itu je yang sesuai dengan kulit aku.
Kulit muka aku ni tak kisah kalau pakai bedak, cream, foundation sebarang jenama.
Tapi kalau pencuci muka memang sensitif..hanya Olay White Radiance Cream Cleanser sahaja yang sesuai dengan aku setakat ni.
Tapi aku amat bersyukur kerana produk ini murah, senang nak cari dan berkesan dengan aku, kalau kita guna produk kecantikan yang mahal-mahal pun tak guna juga kalau tak berkesan betul tak?!
Sebenarnya produk ni, mak aku yang suruh aku guna sebab dia kata masa muda-muda dulu dia guna berkesan..tak ada jerawat..kulit licin dan halus..sampai sekarang ok lagi kulit mak.
Mula-mula dulu aku pakai cream dia je..Olay white radiance uv whitening cream SPF 19
Then lepas Olay mengeluarkan wajah baru. Dari Olay white radiance uv whitening cream aku tukar kepada Olay white radiance intensive cream SPF 24 uv protection. Tak banyak beza cuma harga up sikit dan SPF pun up lagi..Tapi tetap sama dan berkesan.
Aku juga ada mencuba Olay white radiance night whitening cream. Tapi aku ni jenis malas nak sapu cream malam-malam kat muka. Masa mula-mula beli memang la rajin. Bila dah masuk 2 minggu guna rasa malas dan kadang-kadang terlupa. Lepas itu jadi stock tak pakai sampai lama-lama then buang! sebab tak elok pakai barang yang dah lama open! So lepas tu aku tak nak beli cream malam cukup la cream biasa ( harian ) itu pun kadang-kadang pakai, kadang-kadang tidak! ( kalau keluar je pakai )
Untuk pelembap muka aku guna Olay moisturizing cream. Aku suka sebab muka aku sentiasa fresh look! Pelembap ni amat bagus untuk kulit..Perlu pakai sebelum make-up!
Sekarang ni aku dah jarang pakai cream Olay tapi pencuci muka aku tetap setia..tak boleh tukar dah! Aku pakai Elianto Miracle BB Cream SPF 25 PA+ sebab dia lengkap dengan Oil control, moisturizing dan brightening..boleh dikatakan foundation lengkap la !harga pun boleh tahan..
Then aku guna Anglefit Maybelline..so sweet sangat! Setakat ni 2 faundation aku guna..tetap puas hati..nak lagi up kena tunggu kerja dan pegang duit sendiri..hehhehe..
So, apa-apa produk kecantikan ada keistimewaannya tersendiri. Kita sebagai penguna perlu menilai baik buruk..Kalau anda dah jumpa produk yang sesuai dengan kulit anda janganla tukar yang lain hanya kerana pengaruh iklan. Mungkin produk itu baik untuk orang lain tapi tak sesuai untuk kita. Jenama itu penting dan kena ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, kalau ada halal logo pun lagi bagus. Mahal atau murah bukan terletak kepada status produk atau kebanggaan tapi produk yang berkesan dan sesuai dengan kita adalah produk yang terbaik. Tak guna kalau harga beribu-ribu tapi tak ada kesan! betul tak?
betul..interesthing..
ReplyDeletehi...saya google pasal olay white radiance and jumpa blog u...by the way, saya ada kulit yang amat super sensitive. mandi pun kena pakai sabun khas coz i have eczema...then, dulu pernah try olay whote radiance, tp sample free yang majalah cleo bagi..besar jugak dalam 30ml. amazingly, kulit uka tak kuar eczema and jeratwat, in fact putih secara semulajadi..then I changed to other product mahal sikit, sebab time tu konfiden. tgk2 macam2 masalah kuar... then now, produk tuh dah habes,i am back to olay white radiance,
ReplyDeleteRegards, NC
ributdiotak.blogspot.com