Tempahan Template dari Deja Vu Dihatiku II

Assalamualaikum,

Sangat busy sekarang ni, sampai tak sempat nak update blog, blog dah berhabuk-habuk dah.

Template terbari dari Blog Deja Vu Dihatiku II.

Jom skodeng:


Untuk real sila ke Blog Deja Vu dihatiku II.


Doodle muslimah tu aku ambil daripada freebies doodle Wan Hazel yang super cute doodlenya. Credit for him.

Then, kalau berminat boleh PM aku and emel okey sebelum tempahan ditutup :)



Tutorial 138 : Buang empty sidebar.

Assalamualaikum,

Hari ni online guna lappy lama, jangan buat hal lagi sudah. Kena belai-belai sikit baru dia manja. Ok kali ni nak bagi tutorial simple. Kalau dah pro tu tak usah lah refer tutorial ni ye. Sebelum aku bagi step untuk buat tutorial ni aku nak terangkan tentang tutorial ni. Aku pun tak tahu nak letak tajuk apa, so ini tajuk yang sesuai.

Empty sidebar tu macam sidebar yang kosong di sidebar korang, macam ada lompang-lompang yang nak kena penampar. Sangat burukkan? tak cantik dan macam bersepah-sepah. Perkara ni berlaku kerana korang add gadget di sidebar tersebut, jadi dia akan kelihatan "empty" sebab dia tak ada title sidebar. Memang sesetengah widget tak perlu letak title dan dibiarkan sahaja sebagai HTML/JavaScript. So itu bukan masalahnya tapi, cee korang tengok gambar di bawah :


Merujuk kepada gambar di atas, sidebar korang akan jadi macam ini sekiranya korang tak meyusun page element korang dengan betul dan tersusun. Benda ni sebenarnya tak ada apa-apa kesan dan tak menjejaskan blog korang tapii blog korang akan nampak macam serabut dan kelam kabut. Sangat semak samun kann?? So aku ada jalan penyelesaian yang mudah dan senang. Jom ikuti step by step dengan berhati-hati.

1. Sign in blogger > Design > Page Elemants


Pada Page Elemants itu korang akan nampak HTML/JavaScript di sidebar korang ( tak kirala kanan atau kiri sidebar) 

HTML/JavaScript yang korang rasa menyemak tak cun tu ubah/letakkan nya di bahagian footer (bahagian bawah sekali di Page Elements korang) seperti gambar di bawah.


Ubah atau tarik semua tu ke bahagian bawah sekali (footer) dan SAVE sahaja.Dan lihatlah blogmu itu!


Senangkan?? Nak copy tutorial? silalah credit for me :) Bye!

Result Semester ini.

Assalamualaikumn..

Semalam berpusu-pusu kawan-kawan seperjuangan yang excited nak tengok result. Alhamdulilah kepada yang mendapat result gempaq. Ada yang sudi share is caring ada yang sembunyi-sembunyi. Tapi ada aku kesahh?? hahaha.

Result semester ni alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi. Walaupun kecewa tak dapat 4.00 tapi tetap bersyukur. Belum cukup usaha, berdoa dan tawakal la tu so kena cuba yang terbaik untuk semester hadapan untuk thesis dan satu lagi subjek. Kena betul-betul usaha kuat kali ni. Nak juga tukar pinjaman kepada biasiswa.

Jom share result tapi tak mau bagi penuh hehehe. Sayakan blogger so kenalah share pada kekawan. Result semester lepas memang tak best tapi alhamdulilah semester ni dapat cover, dan harap thesis dapat A aka 4.00 doakan ye wahai reader kesayangan.



Tekalah result aku dapat bape? heheh saja blurkan kalau open semua of courselah korang tahu? Dekan List? tunggu dan lihat hehehe. Tapi still rasa muram sebab target tak capai iaitu 4flat. Kalau untuk master 3.75 (untuk 12 unit ke atas sahaja) di UKM, untuk degree 3.65. Tahniah pada yang berjaya.

Walau berapa pun result kita adalah keberkatan. Kalau result bagus tapi atas usaha orang lain pun tak guna juga. Kenalah usaha sendiri. Begitu juga kalau result bagus atas "usaha pelik" so..korang faham-fahamlah. Result or PNGK semua tu cuma atas kertas je, bukan bermakna best result adalah pandai. Tengok kita bawa diri, kalau best result tapi kerja pun tak boleh nak buat, bila orang tanya terblur-blur, IQ zero pun tak guna juga.

Tapi janganlah bila aku cakap macam tu korang fikir malas nak study. Result juga satu pakej dalam masa yang sama kayakan minda korang dengan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Betul tak?

P/s: Alhamdulilah lulus dan layak meneruskan pengajian. Doakan kejayaann CIk Nurfarah ye. Aminnn.. Lepas ni ada rezeki boleh continue PHD pula. aminnnnnnnnnn.

Mak selalu cakap, kita jangan bongkak dan sombong, terima teguran dengan hati terbuka walaupun taraf pendidikan kita tinggi. Jangan jadi bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut.

Best ke Blackberry

Amalan tahunan adalah menukar HP baru. Memang amalan tahunan pun.

Dapat green light daripada ayah for new HP. Tapi tengah mimpikan blackberry. Best ker???

Samsung memang aku tak ada nafsu nak pakai. HTC memang dalam tangan, Nokia tak ada model kecintaan, Sony Ericson of course rasa kejemuan, Iphong tak sanggup nak minta mahal-mahal silap-silap kena beku peruntukan aku.

So apakah jenama yang rasa nak diguna pakai. Ting ting ting adalah si bery hitam menjadi fokus utama tak pon ipad or tab. Mak aii dah bagi betis nak peha pulak budak ni.

Ok, sebenarnya aku minat BlackBerry Bold 9790, sangat elegen tapi bajet over 1k. Tak maula minta mahal sangat dengan ayah. Kesian ayah aku, duit lebih boleh masuk bank huehuehue..



Sebenarnya aku suka jenis hp yang macam ni aka macam E72 aku tu, yang ada button. Sangat suka dengan handphong begitu terasa mudah untuk berSMS. Tak berapa cintakan touch screen walaupun cik HTC Rhym aku tu si touch screen.

Lagi satu, aku dengar bebelan dari kawan-kawan bahawa bery hitam ini cepat habis beteri? bateri cepat panas??

Satu lagi habit aku memang tak suka cas bateri selalu. Sebab si E72 aku ni seminggu baru habis bateri. So ketahanan bateri sangat aku pentingkan untuk gajet kesayangan aku!

Semua itu bisa difikirkan dengan waras sama ada HP atau terus zasss dalam akaun aku. huehueheue. Yang penting dapat presenttt..

p/s: hari tu termimpi memiliki bery hitam ni tu pasal tetiba nak beli je. Kalau nak beli kena pastikan bukan touch screen.

English Cotton.

Assalamualaikum semua.

Hari ni result master keluar, alhamdulilah. Harap boleh tukar dari pinjaman ke biasiswa. So usaha kena gigih ler..Kepada kekawan yang dapat best result tu alhamdulilah yer..betul ke kalau DL kena 3.75 for master? tapi alhamdulilah. Result aku? rahsialah..

OK, sebenarnya aku dah lama nak cari cotton english untuk buat baju kurung, masa membeli belah di Jalan TAR hari tu, that mean sebelum balik cuti, mak aii orang macam semut api punya kemain ramai lagikk. Tak larat dan tak sempat nak memilih dan mencari cotton english idaman. Cadang nak beli yang belum siap, dan nak tempah jahit tapi tak jadi lah pula.

Seriusly suka kat design english cotton yang rose vintage, tambah-tambah colour kecintaan iaitu PINK.


Tapi, aku lebih prefer corak rose yang kecik-kecik. Almaklumlah aku ni besau, kalau dah besau, kenalah pakai corak kecik molek baru lah comel lote.



Masa kat gedung Aalia ada juga english cotton tapi coraknya tak berapa dicintai so tak beli pong.

Maybe lepas raya kot nak merembat untuk dipakai ke kuliahan. Better beli dah siap ke belum? kalau belum dalam RM60 4meter, upah dalam rm 30, tapi susah sekarang ni nak cari orang buat baju. Kalau upah kat kedai standart dalam rm50-70. Better beli dah siap kot dalam rm100 huhu.

Ok, bye.


Doodle Pertamaku

Assalamualaikum,

Nak tunjuk cket hasil tangan yang baru cuba conteng-conteng melukis doodle. Sebelum ni ada conteng-conteng juga tapi burukk giler, kali ni pun hudoh juga tapi lebih baik kot daripada yang dulu tu huhuhu.

Terasa sangat jeless tahap maksima melihat doodle-doodle yang comel lote yang dilukis oleh kekawan lain :'( . Nak juga melukis, taraaa nilah hasil doodle tak comel, muka ala-ala nakal nak kena pelempang.


Mata saya sangat besarr
kening saya sangat lebat
mulut saya sangat besar
pipi pun bambam..


bye!!


p/s: Nak try lukis doodle lagikk. Ajarlah saya ye, kaliankan dah terror. 


Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH