Assalamualaikum..
Alhamdulilah dengan nikmatnya. Baru selesai mandi dan menjamu selera.
Selalunya kalau tak ada kuliah aku makan sekali sehari je, alasan nak diet dan jimat tapi sebab ada nasi kerabu aku turun juga pergi beli sebab membuatkan ku rasa nak lagi bila makan nasi berkenaan. Dulu, masa kat USM memang makan 2kali sehari, kalau kelas pagi memang ambil sarapan dulu, maklumlah roomate is my BFF friend juga, semua sekepala..so duduk bilik memang rasa heaven dan tak bosan langsung. Rindu kat engkaulah Faridahhh..my fov BFF. Tapi sekarang ni semua buat hal sendiri, pergi cafe sendiri, makan sendiri dan totally sendiri sebab roomate busy dengan hal sendiri. Bawa hal masing-masing je. So, aku pun kena juga bawa hal sendiri kan.. Kadang-kadang rasa sangat sunyi je. Tapi itulah namanya berdikari, ye dak? takkan nak mengharap kawan je. Sedih :'(
Berbalik kepada tajuk di atas, nasi kerabu kat kolej pendeta zaba memang sedap. Mula-mula tengok macam tak sedap, hati langsung tak teringin tapi bila dah rasa memang sedap sama macam nasi kerabu pasar malam sungai dua kat USM. Jangan menilai buku hanya dengan covernya kan. Macam tu juga dengan manusia, kau lihat di baik, dia sopan santun, dia alim tapi hipokrit semata-mata, dialah paling nates hahaha. So tak kenal maka tak cintakan?
Rupanya tidaklah mengiurkan tapi sedap wehh.
Mungkin kalau dapat kolej lain semester depan, aku still datang makan nasi kerabu kat zaba juga kot. Hehehe.. Apa-apa pun kolej pendeta Zaba best cuma jauh je dari fakulti je. Kat sini semua ada, kedai asas sampai dua ada, kedai photocopy dan print pun ada dua, cafe banyak pilihan, makanan sejuk panas pun ada, semua ada! Kau pilihlah sampai pengsan hehehe. Dan paling penting udara nyaman..
Ok sampai disini sahaja karangan untuk hari ini. Jom solat dan lepas ni kena perah otak buat tugasan. Bye korang!
Tugasan dah siap? hehe....
ReplyDeletetesting
Deletetak berani nak makan nasi kerabu ni..takut warna nya.hihihi
ReplyDeletesalam..kakak :) sy bru lgi dlm blog ni..criter sl nsi kerabu mmg best sbb sy pon ske nsi krbu...hehehehhe...anyhow,blog kakak cntik. :)
ReplyDelete