Wednesday, January 11, 2012

Lega selepas habis exam :)

Rasa nak melancong di Hawaii.


Assalamualaikum kawan-kawan semua.

Hari ni boleh la bersorak sambil menari say lega dan happy sebab exam dah habis untuk semester ini. Lepas selesai exam tadi, terus balik ke kolej dan perut lapar dan apa lagi makan berjemaah bersama teman tersayang Mira dan Dayah. Muka memang lain sebelum dan selepas exam hehehe. Lepak-lepak kat cafe dan naik ke bilik. Selesai semua perkara bagai lepas Magrib terus tertidur. Mungkin mindaku terlalu penat memerah petang tadi so agak kepenatan di situ hehhee.

Sedar-sedar dari tidur pun tadi dapat calling dari mak su. Sangat buruk perangai lepas magrib terus terlelap hahaha. Ni pun menguap juga ni haha, mata minta rehat le tu. Tapi nak blogging juga sebab rindu kat blog untuk menulis.

Esok kena basuh kain sebaldi penuh, dan repair agsimen field work. Lusa hantar dan next week bolehlah balik rumah jumpa family tercinta. Bercuti selama sebulan. Seronoknya!
Dan bolehlah mengupdate blog hari-harikan :)

Ok bai korang, yang belum habis exam selamat berjuang. Malam ni boleh tidur dengan mimpi indah tanpa perlu termimpikan diri ini tengah study hahaha.
SHARE:

6 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH