Tuesday, July 16, 2013

Review Bedak Arab Kokuryu Super Summer Cake.

Assalammualaikum,

Sekarang aku sangat busy dengan hal pengajian aku. Bersungguh sangat busy sampaikan hal blog pun tak terupdate. Harap maaf ye penaja-penaja sekalian.

Kebusy an aku ni menyebabkan aku susah nak bersiap lama-lama. Contohnya, kalau nak pergi library atau keluar...mesti take time nak bermake-up. Sangat lecehhh! Kena pakai cream muka, kena pakai foundation, kena pakai bedak...touch up lagi..memang take time. Keadaan sekarang yang memerlukan aku bertindak cepat dan tangkas..tak boleh berhabis masa untuk make-up muka depan cermin lama-lama..kekadang semua nak ekspress...so aku pilih Kokuryu Super Summer Cake ( Bedak Arab).


Kokuryu Super Summer Cake atau bedak Arab ni didatangkan dengan span yang sangat best. Serius bila sapu kan muka smooth je.


Inilah rupa bedak arab tu. Beratnya 50 gm. Memang tahan lama. Setahun pun boleh tahan tau.


Pilihan warna adalah orange blush.



Nak pakainya sangatlah mudah. Ok ini cara aku, dan cara ini menyebabkan bedak arab ni lagi smooth je.

1. Of course sebelum make-up korang basuh muka dulu kan?. Basuh muka dulu dengan pencuci muka korang.
2. Sekiranya korang pakai toner, boleh terus pakai toner. Biarkan toner kering di muka.
3. Ambil span yang disediakan, basahkan dengan air dan perah. Span tu dibiarkan basah, jangan terlalu basah atau terlalu kering ye.
4. Calitkan span basah itu kat bedak arab korang dan sapu sehingga rata di muka. Ala...macam sapu bedak compact biasa la tu.
5. Hasilnya muka gebu berseri-seri.


Jom tengok hasilnya, mesti terpegun kan..





Hasil calitan daripada bedak arab macam pakai make-up branded tapi just pakai bedak arab je.


ini hasil dari tuan blog.




Serius, aku sangat puas hati hasil daripada memakai bedak arab ni. Memang tahan lama sangat dan yang best makin lama pakai makin berseri-seri. Tak melekat kat tudung. Kalau dah agak-agak span tu belasah banyak kali guna dan bau pun masam-masam korang just letak sabun kat span basuh dan simpan je. Span kembali harum..memang tahan lama span tu tau!








Ketahanan: Dari pagi sampai petang still melekat kat muka lagi.
Rate: 7/10
Kategori rate: Love, Like, Dislike

Kebaikan:
Long lasting, jimat, isi dalam padat, 3 in 1, cepat!

Keburukan:
Bekasnya macam bedak-bedak fesyen lama, kalau kulit kering korang kena pakai make-up base or losyen, dan tak kena pastikan span tu sapu betul2 kang nampak bercapuk.

P/s: Bedak Arab ni, ada yang original dan ada yang fake, kalau nak original pastikan beli di  Le Chantique Shope
SHARE:

No comments

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH