Wednesday, October 9, 2013

Review Essenseri: Kalau nak berseri kenalah pakai ESSENSERI.

Assalamualaikum..

Lamaaa sangat tak update ye..berhabuk kena cuci blog ni hehe..

Kali ni aku nak share dengan korang tentang produk kecantikan yang memang nak bagi korang cantik berseri-seri.

Kalau tengok kat pasaran serum mist for skin ni memang mahal, sampai beratus-ratus. Mesti rasa nak pitam kalau beli tambah-tambah kalau student macam aku ni..mengharapkan pa and ma sahaja yang menghulurkan so kenalah cari produk yang harga berpatutan dan semestinya berkesan dan berkualiti!


Kali ni aku nak perkenalkan kepada korang yang tercari-cari skin care untuk kulit muka korang..

set lengkap Essenseri yang sangat best!

click image for read!

Sekarang aku sudah memiliki 4 set Essenseri Skin care yang sangat best!..dan nak share dengan korang hasil setelah seminggu penggunaan set essenseri ni. Serius sangat best!!!

Tapi sebelum aku review keberkesanan produk ni mai sini aku bagitau apa itu Essenseri ni, sebab mungkin ada yang belum pernah tahu.

 Essenseri merupakan produk penjagaan kulit yang ringkas, mudah dan pantas berkesan, diformulasi daripada bahan-bahan aktif dari alam semulajadi pada tahap peratusan yang tinggi. Kesemua bahan-bahan aktif yang terkandung didalam produk-produk Essenseri merupakan inovasi terbaru dalam teknologi sains kosmetik yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat yang mempunyai lebih daripada 50 tahun pengalaman bersama didalam industri kesihatan dan kecantikan. Produk-produk Essenseri juga bebas daripada bahan beracun dan bahan yang kasar kepada kulit.

Ini adalah set lengkap my Essenseri:

1. ESSENSERI SKIN RENEW FACIAL CLEANSER (PEMBERSIH MUKA) RM18
2. ESSENSERI ACNE REDUCTION SERUM MIST (SERUM SEMBURAN) RM29
3. ESSENSERI AGE DEFYING SERUM MIST (SERUM SEMBURAN) RM29
4. ESSENSERI EXTRA WHITENING SERUM MIST (SERUM SEMBURAN) RM29


 ESSENSERI SKIN RENEW FACIAL CLEANSER (PEMBERSIH MUKA)

Aku pakai pembersih muka ni 3X sehari iaitu pagi, tengahari dan malam.
Bau pencuci muka ni tak ada bau, cuma bau segar je.
First time pakai tu, rasa macam pencuci ni menyerap ke dalam muka, rasa macam dia cuci muka secara keseluruhan.. Best! rasa macam bersih giler kulit muka, guna sedikit je pun dah memadai..so boleh berjimat kan hehe.. Lepas pakai rasa segar, kotoran macam bedak, cream yang melekat kat muka memang licin keluar dan kulit rasa lembut je lepas pakai :) Langsung tak mengeringkan kulit.



ESSENSERI EXTRA WHITENING SERUM MIST (SERUM SEMBURAN)

Setiap kali lepas cuci muka aku akan pakai extra whitening serum mist ni, sembur sambil tutup mata agar tak masuk dalam mata. Memang tone kulit rasa lebih sekata..dan rasa lebih putih bersei-seri hehehe..serius just sembur dan ratakan guna jari..rasa sangat lembut dan melembapkan kulit mukaku.


ESSENSERI ACNE REDUCTION SERUM MIST (SERUM SEMBURAN)

Kalau waktu bulan mengambang ni, mesti ada jerawat yang timbul, seketul atau berketul-ketul hehehe..so hari tu ada jerawat seketul ni dengan beraninya menghinggap ke wajahku..terus guna acne reduction ni...sembur dan ratakan dengan jari..alhamdulilah esoknya semakin surut dan hilang dari wajahku hehe..pori-pori pun makin mengecil. Memang kena ada ni, sebab kalau jerawat ada je kena sembur dia cepat-cepat supaya pi jauh-jauh. So spare yang ni untuk waktu-waktu jerawat menyerang tau!


 ESSENSERI AGE DEFYING SERUM MIST (SERUM SEMBURAN)

Ini fungsinya untuk meningkatkan pengeluaran kolegen agar kulit muka sentiasa remaja..terasa macam belasan tahun pulak. Age defying serum ni aku guna time nak tidur, masa nak masuk tidur ni..aku terus sembur dan ratakan dengan jari..rasa segar je. Bangun pagi tengok kulit makin shining je..lembutt sangat!


 Inilah set Essenseri yang aku miliki. Saiznya yang kecil ni memudahkan aku untuk travel ke mana-mana..letak dalam handbag pun senang..lepas cuci muka terus sembur..wahhh segar je. 


Kulit muka rasa lebih sekata dan lebih segar :) Selepas seminggu penggunaan Essenseri.


Ini bukan gambar edit guna camera 360 or sewaktu dengannya, just guna hp cabukk samsung camera bahagian hadapan je hehehe..


Kalau nak tengok gambar edit, nahhh gambar kat bawah ni 

v




v





v



Yang ini memang guna Camera 360..nampak sangat fakenya!

hahahah!!


Ingin memiliki dan nak tahu maklumat lanjut tentang ESSENSERI?

Jom terjah 

FACEBOOK: ESSENSERI

P/S: Cepatlah terjah kot-kot ada special offer untuk korang!

SHARE:

3 comments

  1. Assalamualaikum . datang dari page Essenseri untuk follow . . hee kita pun guna Essenseri :)

    ReplyDelete
  2. Salam sis,

    Terima kasih for this awsome product review:) Produk Essenseri ini sememangnya mudah, ringkas dan insyaAllah berkesan!

    Untuk yang berminat, boleh order melalui Teraju Sari Beauty (agen online Essenseri) untuk harga DISKAUN. WA/SMS 013-3592675 atau PM inbox www.facebook.com/TerajuSariBeauty Terima kasih!

    Teraju Sari Beauty
    WA/SMS: 013-3592675
    Facebook: www.facebook.com/TerajuSariBeauty
    Instagram: @terajusaribeauty
    Email: terajusaribeauty@gmail.com

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH