Lama tak cerita hal belajar kat UKM ni ye.
Alhamdulilah 7/2/2013 aku berjaya hantar tesis Sarjana aku dengan jayanya. Berakhirnya pahit manis seorang pelajar masters di UKM. Kawan-kawan yang masih berperang dengan tesis tu aku doakan korang berjaya menyiapkan tesis dengan cemerlang.
Kalau nak cerita pengalaman tu, memang banyak mengajar aku tentang kehidupan dan paling best dapat banyak ilmu baru semasa proses buat tesis.
Pada 22 Januari 2014 adalah tarikh keramat iaitu tarikh aku VIVA master. Memang kecut perut juga nak tunggu tarikh tu...hampir 1 jam setengah kena viva so memang wahhhh (sendiri rasa baru tahu perasaan tu)..lepas tu aku kena summit pembetulan sebelum 29 Jan 2014, dan full Jilid pada 7 Feb 2014 (kena hantar kedai 4 Feb untuk tempahan jilid). Jarak masa tu memang singkat, masa tu aku dah tak macam kehidupan normal...tak tidur mengadap tesis..makan pun megi je sebab malas nak pergi cafe (konon nak save time untuk betulkan tesis)...minum kopiko dan nescafe memang dah jadi tabiat aku sebab tak nak tidur..mata macam panda tau.. Memang sangat tekanan tapi aku kena sangat motivasikan diri time tu sebab nak kejar date..huargggg!!
Memang sangat2 mencabar untuk edarkan 384 borang soal selidik pada responden..2 bulan take time buat benda ni.
Lepas tu aku cuba untuk memotivasikan masukkan dalam SPSS semua benda ni, cuba untuk memotivasikan diri untuk terus key in data semua ni..menangis rasanya, nasib baik turun field work beberapa kali so bila dah dapat je borang soal selidik yang dah siap di isi terus key in dalam SPSS..naik juling bijik mata tau huhuhu..
Memang badan agak menyusut time tu sebab makan yang segera macam bubur ni..makan pun tak ikut time..dan pasti kopiko teman sepanjang masa sebab mata ni kena tahannnn..
Laptop dan printer time ni memang sangat berjasa. Cik pinky lappy aku ni langsung tak off..kesian giler kat dia..cuma aku "sleep" kan dia je bila aku pun sleep hahaha...
Lepas final draff SV aku suh hantar untuk di viva pulak..memang kecuttt perut.
Masa ni aku kena print 4 salinan draf for viva...bayangkan tesis aku masa tu dalam 210x4= 840 pages kena print so nasib baik ada cik canon terus printkan memang super jimat..tak la kopak duit aku nak print..sebelum2 ni pun masa nak tunjuk draf pd SV guna cik canon..memang super jimat buat ink luar...
Muka happylah konon nak summit tesis for viva tapi!! masih risau juga sebab nanti tak pasal2 kena "tembak" dan "bomm" atom sekali dengan soal jawab viva hahaha..
Masa viva tu memang jenuh berdas-das kena tanya..walaupun rasa macam nak pengsan tapi alhamdulilah boleh jawab..memang cuakkk gilerr..rasanya normal masa viva kalau kena das-das peluru berpandu (soalan2)..itu baru sikit kalau buat PHD or jadi pensyarah yang kena bentang kertas kerja lagilah tekanan..kann, so pengalaman ini sangat bernilai pada aku sebagai seorang pelajar sarjana di UKM..hidup kalau tak ada cabaran ibarat main games hack unlimited coin lah kan hahaha...
Alhamdulilah, tesis aku berjaya dijilid dan di hantar pada 7 Feb 2014 lepas, status sekarang Konvokesyen / Tamat Pengajian. Tunggu konvo bulan 9 ni je..insyaallah.
Sekarang ni aku tengah fikir nak cari kerja yang sesuai dengan jiwa ragaku..aku terpaksa tolak 2-3 job sebab alasan2 tertentu..bukan memilih tapi memang kena pilih..(orang yang berada di situasi aku je yang faham kan) nanti next entry aku cerita kenapa kerja perlu memilih...
Sambung PHD?? aku tak fikir lagi nak terus sambung sebab aku nak kerja kerja kerja..lagi penting kerja hoiii banyak dah duit melabur nak juga merasakan mak dan ayah duit gaji aku ni hoiii..
Sekarang ni aku rehat dulu kat kampung, masuk bulan 4 barulah kita mula bekerja ye..hehehe..
Aku ucapkan banyak2 terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang memberi tunjuk ajar pada aku..
Terima kasih tak terhingga kepada ayahanda dan bonda tercinta sebab beri sokongan tak henti-henti, mendoakan aku, beri bantuan kewangan (buat master ni memang banyak kena pakai duit bukan macam degree tau) dan memahami aku.
Sahabat dan kawan-kawan juga tak lupa, banyak jasa korang tolong aku nak siapkan tesis ni..sayang korang semua semoga dapat kerja best-best, cepat jodoh dan murah rezeki.
Hanya Allah sahaja dapat balas jasa kalian.
Dah macam penghargaan dalam tesis pulak kan hehehe.. Ok, korang good luck kepada rakan seperjuangan Master Sains Pembangunan dan kawan-kawan yang lain. Kuatkan semangat!
Bye!
p/s: sorry lambat update sebab cik blog selalu kena tinggal.
wah bestnyer hbs master! kte ada planng nk smbg master tp keje dulu la at least sthun dua..congrats sis!
ReplyDeleteassalamualaikum..cik farah..saya memang suka baca blog cik farah..fanatik gitu..hik3 selalu amik tutorial cik farah..memang berguna sngat pada saya yang baru2 nak blaja blogging nih.. ada masa cik farah follow saya ya..saya join site cik farah tu tapi xbleh xtau plak nape..
ReplyDeletelaaa, akak belajar kat UKM ke... taktahu pon, rasa macam pernah nampak akak kat FSSK.. dah lama follow, baru tahu.. hehe ^_^
ReplyDeleteJom visit & follow blog saya di http://mommysuci.blogspot.com
ReplyDeleteJom visit & follow blog saya di http://mommysuci.blogspot.com
ReplyDeleteGenuinely no matter if someone doesn't be aware of then its up to other people that they will assist, so here it takes place.
ReplyDeleteHere is my page bongs
I'm gone to tell my little brother, that he should also visit this blog on regular basis to take updated from most up-to-date news update.
ReplyDeleteFeel free to surf to my webpage ... augustow szybka gotowka
Congrats..dah tak sanggup nak sambung blaja lg walaupun kwn2 puas pujuk buat master sama2..hehe
ReplyDeleteCongrats..dah tak sanggup nak sambung blaja lg walaupun kwn2 puas pujuk buat master sama2..hehe
ReplyDeleteBest bila dah dpt master....
ReplyDeletebila kenang balik masa tulis tesis... huhu...
segala pengalaman yang tersurat dan tersirat =)
Untuk yang bakal menghantar tesis. Jom hantar tesis =)
electronic cigarette, electronic cigarettes, ecigs, electronic cigarette, e cigarette, smokeless cigarettes
ReplyDeleteawk ambk mix mod ke? dpt hbskan brp sem? sv sy mnx sy tkar mode c ke mode b.. sy cuak skit kna wt thesis n viva ni. cam xyakin leh buat
ReplyDeleteas.sala,..klau x hnatar projek akhir apa kesan dia ye
ReplyDeletenak tahu apa kesan klau x hantar projek akhir
ReplyDeleteTak boleh menamatkan pengajian dan kena repeat semula...
DeleteHi miss, saya bakal menyambung pengajian sarjana by thesis di UKM juga. Nak tahu, bilik seorang itu kena tanya time walk in kolej ke? Bercadang mahu tinggal di kolej sahaja bagi memudahkan kerja. Harap sudi membalas, terima kasih :-)
ReplyDeleteSalam,saya nk Tanya kalau sambung master di ukm, thesis dalam English atau bahasa melayu?
ReplyDeleteBoleh pilih sama ada BM or Bi tapi tengok fakulti juga.
Deleteشركة كشف تسربات المياه بالدمام
ReplyDeleteشركة كشف تسربات المياه بالجبيل
Novasino Casino Review - Play at Our Own Online Casino
ReplyDeleteNovasino gri-go.com is a หาเงินออนไลน์ Swedish brand that specializes in online casino games. There are thousands of online slots in different 카지노 languages and players from all over the Rating: nba매니아 3.4 · w88 Review by Novasino