Thursday, March 23, 2017

Tonik rambut yang berkesan - Aily Hair Tonic

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Lamaaaa aku tak buat segmen review kat blog Cik Nurfarah yer..
Untuk segmen ni aku guna kata ganti diri aku yer..mudah nak berkomunikasi dengan korang.


Kali ni aku nak share barangan yang aku pernah guna, berkualiti bagus dan berkesan pada aku.
Memang susah juga nak cari produk ni sebab tak sepopular produk penjagaan rambut  lain tapi kalau dah tahu keberkesanannya memang tak cari yang lain, mana tahu korang tengah mencari jenama tonik rambut yang bagus, so review aku ni sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk servei-servei produk bagus.

Macam mana aku boleh berkenalan dengan tonik rambut ni ye?.. Dulu masa zaman UKM aku suka juga buat rebonding rambut. Walaupun bertudung tapi stay juga nak rebonding, untuk kepuasan sendirikan. Masa tu aku ada masalah rambut gugur dan kelemumur, jadi memang akan buat rambut jadi makin menipis sebab dah banyak rambut gugur. Lepas tu, akak yang kat salon tu suggest la tonik rambut ni, mula-mula macam malas je nak try tapi sebab fikirkan kelemumur makin menebal so try je,.alhamdulilah seminggu pemakaian dah nampak hasilnya, rambut dah tak gugur lagi, masalah kelemumur pun dah tak ada. Memang teruskan pemakaian je. Tapi yang sedihnya, tonik rambut aku ni hilang tak dapat dikesan, mungkin terlupa letak atau terhilang sendiri.

Agak sukar juga nak cari tonik rambut ni, tapi korang try cari kat kedai-kedai jamu atau salon rambut. Masa tu aku beli kat salon kat Ampang. Sekarang ni aku order online je, kat online shop, kat lazada pun ada juga, cuba korang try search kalau nak cari ye. Harga ada yang tawarkan RM18, 20, dan 25..masa kat salon tu dia bagi harga RM25. Kandungan setiap botol ada 100ml.

Harga memang berpatutan dan kesannya sangat memuasakan. Sebelum ni ada juga try tonik rambut jenama lain tapi macam tak ada perubahan pun.

Macam mana nak guna?
-Basuh rambut korang dengan syampu dan bilas.
-Keringkan kulit kepala, biar macam lembab-lembab separuh kering dan letakkan tonik pada kulit kepala.
-Boleh pakai hari-hari. Kalau rambut dah ok boleh jarakkan penggunaan sebab fungsi dia akan melebatkan rambut juga.

Lepas tu tengok perubahannya, memang bagus.
Pada rambut aku memang ada perubahan, terutamanya dapat mengurangkan kelemumur dan boleh menghapuskan kelemumur juga, lepas tu mengalakkan pertumbuhan rambut baru. Lembut je rasa rambut.


Bau?
Dia bau-bau  tonik yang rasa beragin tu..nyaman je..

My Review

Yang BEST:
-Murah
-Berkesan untuk kelemumur dan kulit kepala gatal
-Melebatkan rambut
-Rambut jadi lembut

Yang TAK BEST:
-Susah nak cari
-Mungkin bau dia ada orang kurang senang. sebab bau dia "tonik sangat"


rating 9/10

yang penting aku pakai berkesan..

sekian itu sahaja untuk review kali ini. Masih berfikir untuk membuka segmen review berbayar atau tidak sebab aku agak busy!. Ok bye 😚



Risau dengan keguguran rambut/garis rambut yang surut?
 Jangan risau lagi! Milikilah keyakinan tiap-tiap hari dengan Toppik!
Toppik Hair Building Fibers – Atasi penampilan rambut gugur dalam hanya 30 saat!






Terdapat pelbagai faktor menyebabkan keguguran rambut. Bagi mereka yang pernah menggunakan produk-produk pertumbuhan rambut atau anti–gugur rambut pasti mengalami keadaan ini di mana rambut yang baru agak lambat untuk tumbuh dan rambut baru yang tumbuh terlalu lemah dan mudah gugur. Berikut adalah penyelesaian anda untuk menutupnya!

Toppik Hair Building Fibers
Ianya diperbuat daripada microfiber keratin yang ringan dan semula jadi. Dengan tenaga elektrostatik, Toppik Hair Building Fibers mempunyai daya tarikan magnet yang kuat terhadap rambut anda dan tidak akan sama sekali tanggal meskipun dengan gaya hidup aktif. Fiber-fiber ini akan kekal pada rambut anda sepanjang hari! Bukan itu saja, setiap fiber adalah unik, maksudnya rambut anda akan nampak lebih tebal dan semula jadi selepas penggunaan.






Sesuai untuk semua
Ia bukan lagi satu impian untuk mempunyai rambut yang lebat dan menarik. Tapi hanya dalam 30 saat? Cepatnya! Hanya taburkan Toppik Hair Building Fibers pada kawasan rambut jarang dan anda akan kagum dengan hasilnya! Fiber-fiber ini yang diperbuat daripada keratin organik mempunyai protein yang seiras protein rambut manusia semula jadi. Ianya tidak akan menghasilkan reaksi alergi ataupun kegatalan/kekeringan kulit kepala. Ini disebabkan oleh bahan-bahan Toppik Hair Building Fibers yang organik; tiada bahan kimia atau bahan tambahan yang berbahaya, tidak seperti produk yang lain. Semua jenis rambut sesuai untuk penggunaan produk ini.







Selamat untuk kegunaan harian
Toppik Hair Building Fibers boleh dipergunakan setiap hari tanpa sebarang kesan sampingan. Ianya juga boleh diguna selepas rutin rawatan gugur rambut anda tanpa gangguan. Selain itu, ianya kalis air peluh, air hujan, dan juga tahan angin sepanjang hari. Walaupun tahan air, Toppik Hair Building Fibers senang dibersihkan hanya dengan syampu. Ia amat mudah digunakan dan cepat bertindak untuk mengembalikan kelebatan rambut anda. 






Sementara menunggu rambut anda tumbuh balik, jom guna Toppik! Anda tidak akan kecewa dengan keputusannya! Cubalah Toppik hari ini! Kunjungi laman web https://toppikmalaysia.com/shop/ untuk melihat produk-produk Toppik, dan temui apa yang kami tawarkan. Untuk pertanyaan lanjut, sila lawati halaman FAQ Toppik Malaysia di https://toppikmalaysia.com/faq/. Ikutilah kami untuk maklumat lanjut tentang promosi dan banyak lagi!

Laman web rasmi: toppikmalaysia.com
Facebook/Instagram/Youtube: toppikmalaysia


SHARE:

10 comments

  1. Thanks for share this valuable post!!! It is really great job.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis.. saya dh lama cari tonik untuk rambut.. saya ada masalah rambut gugur.. mmg lama dh cr tonik cm gini.. sis juai ka.. saya nak beli.. hihih

    ReplyDelete
  3. Baru nk cuba...sbb harga murah berbanding dgn harga tonic yg lain...

    ReplyDelete
  4. boleh beli dengan saya tonic aly hair.....0132550879...dah lama jual produk ni...atau di web www.laiabeauty.com

    ReplyDelete
  5. rasa nak beli kat lazada, tapi takut tiruan xpasal2 rambut gugur teruk lagi ke kan. adoi

    ReplyDelete
  6. Waahh nice tips !! btw kalau korang rambut gugur kan boleh pakai balm rambut ni saya dah pakai alhamdulillah rambut tak gugur dah & rambut makin lebat hahah


    tgk kat link bawah ni
    https://www.petuarambut.com/

    ReplyDelete
  7. Ohh tak tahu pulak kalau selalu rebond rambut ni, rambut senang gugur. Mungkin ni salah satu punca kot. Tapi tips ni sangat membantu :)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih sis atas perkongsian.Saya terus beli ni.

    ReplyDelete
  9. It's really amazing article. thanks for sharing.

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH