Wednesday, January 17, 2018

Uteh Kena Batu Karang FLUTD.

Assalammualaikum.

Masa Uteh sakit :(

Permulaan sedih awal tahun 2018, Uteh kucing kesayangan sakit batu karang atau FLUTD.
Mula-mula memang dalam dua kali sebelum ini Uteh ada masalah nak kencing.
Mungkin permulaan nak jadi batu karang. Jadi aku ikut tips bagi dia minum rebusan air lobak putih yang telah dikisar. Selepas itu memang elok. Selepas 6 bulan jadi semula penyakit Uteh ni dan dia dah memang tak boleh nak kencing langsung.

2 Januari 2018
Uteh asyik memerap je nak asingkan diri. Badan Uteh makin lemah dan tak banyak bergerak.
Lepas itu, aku bawa Uteh pergi Klinik Haiwan.
Tapi kos dia RM700 untuk proses keluarkan batu karang tu.
Memang agak terkejut.

Aku cuba cara lain bawa dia ke Pejabat Veterinar pula.
Uteh dapat suntikan dan diberi ubat.
Cas untuk suntikan RM5 tapi...
keadaan Uteh makin teruk, makin lemah, langsung tak boleh berjalan. Perut kembung.
Mak dah menangis tengok kucing kesayangannya.

Alhamdulilah ayah dan mak support untuk kos perbelanjaan Uteh.
Aku terus bawa dia ke klinik haiwan swasta.
Sedih sangat tengok keadaan Uteh yang lemah.
Memang bajet RM700 besar (tambah-tambah waktu ekonomi sekarang) tapi nyawa kesayangan ini tak boleh dibeli.

Masa hantar kat klinik, pembantu itu cakap harapan Uteh 50%-50%.
Seeloknya dia cakap jangan bawa pergi cucuk sebab takut melemahkan badannya lagi (kesan ubat).
Tapi benda dah jadi, memang berdoa agar Uteh selamat dan panjang usia.
Uteh ditahan wad selama 8 hari. Dua kali jugalah aku pergi melawat. Risau sangat dan sedih. Paling sedih adalah mak akulah sebab Uteh selalu berkepit dengan dia.

Kali kedua melawat Uteh.

Alhamdulilah, masa mula-mula melawat Uteh hanya boleh tengok melalui sangkar dia je. Masa itu, dia dalam proses rawatan lagi. Tengok dia dah boleh duduk lega rasa hati.
Kali kedua melawat alhamdulilah Uteh dah boleh berjalan dan ceria.


Mak aku pun rasa gembira sebab Uteh dah semakin sembuh.
Terima kasih kepada doktar dan pembantu klinik yang menjaga Uteh selama 8 hari ni.

 Termasuk ubat dan makanan khas royal canin urinary so 1 kg cas keseluruhan RM753.50.


Ubat Uteh untuk 5 hari. Jenuhlah aku nak memberi makan ubat. Tapi nasib baik dia jenis boleh telan juga walau dipaksa-paksa. Kalau Dodi, bagi ubat cacing pun mengelupur macam kena histeria.

 Sekarang ni Uteh on off letak dalam sangkar sebab dia sibuk nak keluar rumah. Dia ni jenis kalau keluar rumah payah nak panggil balik. Naik tercabut tekak panggil barulah dia balik rumah.


Budak gemuk ni dah 2 kali curi keluar dari rumah. 


Tunggu betul-betul sihat baru boleh berjalan-jalan ye.

Sekarang ni dah aktif sikit tapi masih tak betul-betul sihat. Kena pantau bab makanan, minuman dan kencingnya.

Doktar bekalkan Uteh Urinary So Royal Canin untuk Uteh (1kg) tapi si Dodi dan Mimi suka sangat curi makan.
Oleh sebab Uteh kena makan makanan khas, aku kena cari makanan khas untuk Uteh di Pet Store.
Memandangkan Royal Canin tak ada stok terpaksa beli jenis Nature Protection. Fungsi sama juga macam Royal Canin, khas untuk batu karang.


Harga pun meriah juga, 2 kg RM72.00.

Memandangkan dulu aku suka beli makanan jenama komersial (makanan yang senang dapat kat pasaraya) jadi aku ubah untuk beli makanan yang baik (tanpa perwarna) untuk kucing-kucing aku yang lain.

Kakak aku cadangkan jenama Happy Cat-Minkas sebab dia bagi kucing dia makan jenama ini je dan elok. Cari kat pet store stok habis pula. Penjual tu cadangkan Dormeo's Long Hair. 10 kg RM130


Dormeo's Long Hair ni bukan sahaja untuk long hair, short hair pun boleh makan. Harap sangat lepas ni Bulu Mimi, Dodi. Tommy dan anak-anaknya lebih cantik.

Sekarang Dodi dah jadi bestfriend aku. Suka berkepit je, tidur pun nak tidur sama-sama. Kuat cemburu tengok aku dengan Uteh.

Sekarang ni memang nak cari makanan premium untuk kucing, insaf dah beli yang komersial (jenis berwarna/tinggi garam) sebab akan memberi kesan pada kesihatan kucing. Biarlah beli makanan yang mahal sikit asalkan kucing sihat. Cuma sekarang ni nak cari yang berpatutan, maksudnya makanan bagus tapi harga "dalam bajet" sebab kucing aku ada 15 ekor.

Setakat ni tengah servei-servei yang 18 kg punya.
StarPro
Buttons n Bows
Bagus ke?

Memang nak cari yang 18kg je ni sebab kucing banyak.
Jadi kalau korang ada cadangan makanan kucing yang baik dan berpatutan boleh cadangkan pada aku ye. Yang mahal sangat macam Royal Canin dan Orijen janganlah cadangkan. Kering kontang aku nanti.

PERKARA UNTUK ELAKKAN KUCING DARIPADA TERKENA BATU KARANG ATAU FLUTD.

1. Jangan bagi makanan yang berwarna dan tinggi kandungan garam. Elakkan beli makanan kucing komersial yang banyak dijual di pasaraya dan kedai-kedai runcit.
2. Kena sediakan air bersih untuk kucing. Selalu ganti air minuman dia sebab kucing ni cerewit kalau ada bulu atau objek lain dalam air minuman dia, dia tak nak minum. Kalau jarang minum, mudah kena batu karang walaupun bagi makanan premium.
3. Litter box/ kotak najis kena selalu bersih sebab ada jenis kucing yang tahan kencing kalau kotak najis dia kotor. Kena rajin buang najis dia selalu. Mungkin sekali 2 atau 3 kali dalam sehari. Tengok kepada keadaan kotak najis.

Sumber: Veterinar

APAKAH TANDA-TANDA AWAL KUCING ITU MENGHADAPI MASALAH BATU KARANG INI?

  • Simpton awal yang boleh dilihat sekiranya kucing anda mengalami masalah batu karang ini adalah Sukar untuk meneran ketika membuang air kecil, 
  • Mengeluarkan suara seolah-olah menangis ketika kencing,
  • Amaun kencing yang sedikit (kencing tak lawas), 
  • Membuang di luar kotak najis
  • Kerap menjilat organ kemaluannya, 
  • Kadang kala kencing berdarah , 
  • Terasa sakit apabila disentuh di bahagian bawah badan, 
  • Tiada selera makan atau tidak mahu minum,
  • Tingkah laku lain daripada biasa

CARA-CARA MERAWAT KUCING BATU KARANG

Tradisional
Seeloknya aku tak cadangkan. Tapi kalau keadaan mendesak boleh cuba.
- Kisar lobak putih dengan secawan air, rebus sampai mendidih. Biarkan sejuk. Tapis dan masukkn dalam picagari. Bagi dia minum. Memang dia akan mengeliat sebab rasa lobak putih tu tak sedap dan berbau.

Bawa pergi Vet
- Jika ada tanda-tanda seperti di atas, kena bawa pergi vet sebab kalau peringkat awal doktar akan bagi ubat sahaja. Jadi kos tidak terlalu mahal. Tapi kalau dah tahap kena masuk wad dan kena flush batu karang tu memang kos rawatan antara RM 500 hingga RM 1000 atau lebih bergantung pada keadaan kucing. Jadi kalau tingkah laku kucing korang pelik kena cepat bawa pergi vet. Kalau dibiarkan terlalu lama boleh meragut nyawa.

Apa-apa pun bab makanan dan minuman si comel ni memang kena jaga. Tak kiralah korang ni jaga kucing kampung ke, kucing pekan ke, kucing oversea ke...mesti kena jaga sebab kos rawatan kucing ni lagi mahal berbanding manusia.

Seeloknya elakkan bagi makan makanan yang berwarna-warni, tinggi garam dan komersial. Cuba cari yang tidak berwarna. Manusia pun kalau makan jajan yang berwarna dan masin pun senang kena penyakit inikan pula kucing yang makan makanan itu sahaja kan.

Cuba bagi ayam rebus dan ikan rebus kepada kucing untuk keperluan nutrisi mereka. Jangan campur garam pula dalam ikan dan ayam tu.

Sekarang ni Uteh masih kena makan makanan khas untuk batu karang. Dia kena makan dalam masa 2 bulan tapi seeloknya jika kucing ada sejarah batu karang kena berterusan bagi jenis "urinary formula s". Jadi lepas ni makanan Uteh berbeza dengan kucing-kucing lain. Tak sanggup sejarah berulang kembali. Semoga sihat sentiasa ya Uteh!

SHARING IS CARING!

Jangan lupa bagi cadangan makanan kucing yang bagus pada Cik Farah ye.

p/s: Selepas setahun Uteh pergi selamanya. Sakit batu karang dia kembali dan dia tak dapat diselamatkan. 

SHARE:

19 comments

  1. assalamualaikum..
    cuba bagi dia minum ionized water..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih utk info. Sangat berguna.

    ReplyDelete
  3. boleh try bagi brand Burp. Takda pewarna. Garam lagi kurang. Meat content pun tinggi dr nasi. saiz paling besar 12kg. Tapi x semua kedai ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PlzPbg nama hospital yg awk buaf opration tu bole kucing sy pon bru je kena kencing berdarah risau jugaj Selasa sy baru hantarhke vet.. Bole tau tak kt mna hospital nya ni nmbr sy 017_7458646 urgent

      Delete
    2. Klinik Haiwan Kampar, Perak

      Delete
  4. Alhamdulillah Uteh dah makin sihat. Memang tak ternilai rasa tanggungjawb menjaga kekucing ni. Biar jumlah RM macam mana pun, tetap usahakan juga. Hari ini meow sy bakal surgeri. Mohon doa dari semuanya agar bertambah lancar proses nanti.
    Fyi. saya pun minggu lalu cari Starpro tp takda stok di tempat satu-satunya kedai yang berjual. Disebabkan dah bajet RMxxx utk 18kilo, sy ada jumpa yg mgkn boleh sis pertimbangkan. 1)Brand: Vitalplus 18g 2)Brand: Maxi 20kg

    Harga pun lebih kurang (at least dkt Sabah ni around RM200+-.)

    *Vet saya kata pewarna dalam makanan komersil bukan 100% penyebab kucing sakit. Even pengguna royal canin pun boleh kena masalah saluran kencing tersumbat jika meow tak mengamalkan minum air secukupnya. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas cadangan saudari, semoga kucing sis sihat dan selamat.

      Delete
  5. Akak, kucing sy baru operate batu karang jugak 3 hari lepas. Tapi dia tak nak makan and minum, kena paksa sebab nak bagi dia ubat. Nak tanya akak, uteh akak dulu lepas operate tak nak makan minum jugak tak ? Kalau sama jgk, proses recover makan minum macam biasa ambik masa berapa hari ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Rasyid ni baru je kena. Tapi maybe esok atau lusa baru boleh bawak balik.

      Tgh survey makanan urinary tu..yelah kucing ada 14 ekor..mana pulak diaorg tau tu makanan khas Rasyid.mmg main sebat je la nanti.

      Susah la hati ni. Diaorang makan blackwoods selama ni. Tp mungkin la Rasyid ni kurang minum air.bekas pasir tu pn kena rajinkan diri lagi nak plak kucing ramai.

      Problem dia bila kerja luar kawasan. Hmmm encek suami tau la dia..tak sama la dgn kita ni menelek bekas pasir tu.

      Delete
    2. Hi boss, berapa ringgiT kena cas operation untuk batu karang ni?

      Delete
  6. Kucing sy baru bwk g hospital..doc cakp kene batu karang..50-50 jugak..hmmmm

    ReplyDelete
  7. Asalam. Trmksh dgn cr ini dot membantu sedikit tekanan yg melanda kak skrg ini.kak ada seekor kucing kacukan parsi.mulanya kak tk tau mslh yg dihadapinya semakin hari semakin rumit bila kak dpti ada darah dlm airkencingnya.dan baru baru ini kak dapati kencingnya tdk lawas. Seperti. Menahan rasa kesakitan .dan baru baru ini dia mengalami kencing tanpa disedari .sewaktu tidurnya pun dia trkencing.separuh badannya sentiasa basah dan brbau air kencingnya ..kak kesiankn dia.skrg kak agak binggung bercmpr tmrisau.ini baru petama Kali kak hadapi mslh srperti ini.kak harp dpt berkongsi dgn semua sahabat.cara dan rawatan nya.trmksh

    ReplyDelete
  8. Kucing saya (baby)pn sama kna batu karang smlm bru discharge dr klinik seminggu kna warded rm 625...skrg alhamdulillah beransur sihat tp masih lemah lg...

    ReplyDelete
  9. Kucing sy jojo pun kena bt karang ,mula2 bwk keklinik beli ubat je.nmpk ok makanan urinary tu jojo x nk mkn jd bg makanan yg dia suka mula blk lgsg x kencing.bwk blk ke klinik doc kata bt flushing ,bius separuh bwk blk dlm 2jam nmpk ok.tp amal blk makanan biasa jojo mula blk x blh kencing.kesian sgt cr vet yg btl2 ada doc pengalaman.25hb 5 mak wad ,doc kata kena bt fluad ,hr ni nmpk ok tp kena belikan makanan urinary so utk jojo.kos mmg dlm rm500.makanan dlm rm 120 utk 2kg.harap jojo blh sihat lps ni.mula nya terkejut jgk dgr kos tu.tp terpaksa tabahkan hati sicomel.harap2 lps ni jojo x kena lg dah bt karang.

    ReplyDelete
  10. Saya nak tanya mcm mana nak bersihkan bahagian kemaluan kucing jantan yg terkene batu karang...saya takut nak bersihkan sbb takut terkene bahagian jahitan n takut kucing saya rasa x selesa ..dah 3 hari kucing saya discharge dri klinik n saya tak tahu nak bersihkan kemaluan dia tu mcm mana

    ReplyDelete
  11. Saya nak tanya mcm mana nak bersihkan bahagian kemaluan kucing jantan yg terkene batu karang...saya takut nak bersihkan sbb takut terkene bahagian jahitan n takut kucing saya rasa x selesa ..dah 3 hari kucing saya discharge dri klinik n saya tak tahu nak bersihkan kemaluan dia tu mcm mana

    ReplyDelete
  12. Kucing sy pun sama kena batu karang🥺dh bwk g klinik buat flushing.lepas sbulan mcmtu jadi balik ,kucing susah nak kencing berak.pdahal sy bg mkan RC urinary juga.dgn duit tak brapa nak ada blum gaji ,mati akal dh sy😭 doakan kucing sy cepat sembuh tau tq🙏🥺

    ReplyDelete
  13. Salam.. kucing sy pun byk. Kes terbaru ni pun sama mcm awk.. so skg awk dah tukar kepada brand apa? Button and bows ok ke? 😅

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH