Thursday, February 1, 2018

Review Garnier Micellar Cleansing Water (Pink)

Assalammualaikum.
Lama tak buat review collection untuk blog kesayangan ini.
Semestinya aku akan review produk yang memang best dan pernah aku pakai.
Kalau tak best memang aku tak review, so duk diam-diam jelah.

Kali ni aku nak review Garnier Micellar Cleansing Water (Pink).


Memandangkan make-up remover aku dah habis. Aku pun serveilah produk baru untuk make-up remover yang bagus. Aku memang tak suka make-up remover jenis berminyak sebab rasa tak selesa walaupun mampu menanggalkan kotoran dan sisa-sisa make-up.
Kebetulan Guardian ada buat promosi untuk Garnier Micellar Cleansing Water,
iaitu harga asal RM29.90 terus dapat offer price dalam RM20.70 maka memang aku tak lepas peluang untuk mencuba Garnier Micellar Cleansing Water ni.
Walaupun kulit aku normal, aku lebih suka pilih jenis sensitive skin.


Review Garnier Micellar Cleansing Water (Pink)
Even for sensitive skin
Harga asal untuk 400ml : RM 29.90

Untuk 400 ml boleh guna dalam 200 penggunaan atau lebih.

Kandungan:
G901672,C10-18 Triglycerides,Hydrogenated Coconut Oil,Behenyl Alcohol,Rhus Succedanea Fruit Cera / Rhus Succedanea Fruit Wax,Cera Microcristallina / Microcrystalline Wax,Sorbitan Palmitate,Cetyl Palmitate,Copernicia Cerifera Cera / Carnauba Wax,C12-18 Acid Triglyceride,Myristyl Myristate,Hydrogenated Castor Oil,Stearalkonium Hectorite,Alumina,Propylene Carbonate,Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate,[+/- May contain: Mica, CI 77491, CI 77492, CI 77499 / Iron Oxides, CI 77891 / Titanium Dioxide, CI 15850 / Red 7, CI 77742 / Manganese Violet, CI 19140 / Yellow 5 Lake, CI 15850 / Red 6, CI 45410 / Red 28, CI 15850 / Red 7 Lake, CI 77120 / Barium Sulfate, CI 75470 / Carmine],(F.I.L. B170320/2)


Wajah semasa make-up


Wajah selepas remove make-up

Sisa-sisa make-up yang telah ditanggalkan


Review aku secara keseluruhan:

Apa yang best?
- Tak perlu bilas
- Tidak berminyak
- Tak ada bau
- Boleh guna sebelum cuci muka atau selepas cuci muka. (Kalau aku terlupa nak cuci make-up sebelum cuci muka dengan pencuci muka, aku masih boleh gunakan Garnier Micellar Cleansing Water ni dan tak perlu bilas)
- Dapat menggalkan segala kotoran dengan sangat baik.
- Sesuai untuk keseluruhan muka: muka, mata dan bibir
- Menjimatkan-pakai sikit pun dan boleh bersihkan muka

Apa yang tak best?
- Harga mungkin agak mahal sikit
- Jangka hayat produk yang pendek. Boleh tahan 6 bulan sahaja selepas pembukaan (seperti yang ditunjukkan di belakang botol). Selepas 6 bulan pembukaan botol, mungkin kena tukar baru atau tak boleh dipakai. Kena habiskan dalam tempoh 6 bulan.

Rating: 8/10

Aku nak bagi sedikit info tentang pembersih make-up/makeup remover

KENAPA make-up remover PENTING?

Kulit muka kita terdedah kepada pelbagai kotoran. Kotoran daripada udara, sentuhan dan juga sisa daripada produk kosmetik yang digunakan. 
Sekadar mencuci sahaja tidak mencukupi. Mencuci tidak dapat menanggalkan kotoran yang melekat pada liang pori-pori kulit muka. Jika tidak dibersihkan dengan betul mulalah kotoran akan terkumpul di dalam liang pori-pori dan menyebabkannya tersumpat. Apabila tersumbat timbullah masalah JERAWAT!

KEBAIKAN Make-up Remover
  • Menyingkirkan sisa kosmetik/alat solek yang telah digunakan
  • Membersihkan kotoran/habuk yang melekat pada permukaan kulit muka
  • Membersihkan pori-pori dengan lebih efficient agar tidak tersumbat
  • Mengurangkan risiko pembentukan jerawat, blackhead atau whitehead
  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati. Ini secara tidak langsung merangsang proses pembentukan sel-sel baru
  • Membantu kulit untuk bernafas dengan lebih baik kerana pori-pori tidak tersumbat.

WAKTU yang SESUAI menggunakan make-up remover

Sebelum tidur
Untuk menanggalkan segala kotoran yang melekat atau sisa alat kosmetik yang digunakan pada waktu siang.
Gunakan make-up remover sebelum mencuci muka.

Selepas bangun tidur
Untuk menanggalkan minyak (sebum) dan peluh yang keluar pada permukaan kulit semasa tidur malam.
Gunakan make-up remover sebelum mencuci muka.
Dulu aku fikir kalau tak pakai make-up tak perlu makeup remover tapi itu adalah tindakan yang salah kerana makeup remover ni bukan sahaja berfungsi mencuci makeup  tetapi dapat membersihkan kotoran yang melekat di muka seperti habuk-habuk dan kotoran lain yang boleh menyebabkan jerawat.
So wajib ada 1 make-up remover untuk penggunaan korang.

Ok bye.

*Review ini bukan review berbayar. Testimoni ini adalah pengalaman peribadi penulis, sekiranya terdapat kesan negatif penggunaan produk ini, penulis tidak akan bertanggungjawab.
SHARE:

8 comments

  1. Ramai kata bagus. Tapi baru baru ni ada issue guna micellar yang wane pink. Muka dia boleh breakout? Betul ke? Maybe depends dengan org tu jugak rasanya kan. Apa apa pun, good sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, depends pada orang.Mungkin mereka tak sesuai.

      Delete
  2. betul,best sebab nina BARU TRY SEBULAN :) HAHahaa

    ReplyDelete
  3. yang ni memang best..dah guna dalam 3-4 bulan gitu alhamdulillah kulit ok x sakit or x kering. so ni salah satu mende wajib bawak kalau travel gi mane2... hihihi

    effect tu utk kulit setiap orang maybe lain2.. :)

    ReplyDelete
  4. memang suka dengan makeup remover garnier ni

    ReplyDelete
  5. Hai sy pun guna juga Garnier Micellar Cleansing water ni.. mmg best pakai tp dalam masa yg sama sy risau juga nak teruskan sbb baru baru ni sy ada nampak review pasal ingredients dalam Garnier micellar cleansing water ni "Polyaminoprophyl Biguanide" tak bagus utk skin kita sbb boleh mengakibatkan kanser. Im not very sure about it. Anyone yg tau pasal ni tak? takut pula nak teruskan tapi sy still lagi pakai even dah tau sbb mmg best Garnier Micellar cleansing water ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kena tukar dengan produk lainlah hihihi. jenama simple pun org cakap bagus.

      Delete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH