Thursday, May 17, 2018

Pengalaman ke PBAKL 2018


Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini 1 Ramadhan 1439 H. Selamat menjalani ibadah puasa kepada umat Islam seluruh dunia.
Hari ini baru aku sempat nak update blog. Maklumlah busy 😏




Kepada peminat buku mesti akan tau tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) setiap tahunkan.
Kali ni PBAKL 2018 membawa tema 'Lakaran Karya Merentas Peradaban Bangsa' yang menemui orang ramai pada 27 April 2018 hingga 6 Mei 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Aku juga tak ketinggalan untuk turut serta memeriahkan PBAKL2018. Tapi terpaksa memilih tarikh akhir untuk ke sana pada 6 Mei 2018.Alhamdulilah dapat juga menjejaki kaki ke PBAKL 2018 buat kali pertamanya. Sebelum ni walaupun belajar di UKM tapi aku tak pernah pergi. Masa belajar lebih suka beli buku penerbitan universiti dan pinjam buku perpustakaan je. Sememangnya masa tu aku bergelumang dengan buku akademik je. Novel-novel ni memang tak baca. Habis belajar barulah boleh baca banyak jenis fiksyenkan. 😜
Ambil kesempatan ke PBAKL sebab dalam masa yang sama temankan adik ke HKL untuk check-up di sana pada hari seterusnya.

Bertolak dari Perak pada pukul 7.00 pagi dan sampai dalam pukul 9.45 pagi. Terus aku cari parking kereta yang berdekatan dengan hotel yang ditempah. Memandangkan check-in mesti selepas 2.00 petang kami terus cari grab untuk ke PWTC. Hotel pun dekat je dengan PWTC, Presscott Hotel Medan Tuanku.

Alhamdulilah cepat je dapat grab car. Terus bertolak ke PWTC dan sampai dalam pukul 10.00 pagi. Perjalanan mengambil masa 5 minit sahaja.

Nampak je macam tak ramai orang tapi belum masuk ke dalam lagi. Macam semut orang kat dalam tu.

Dari rumah memang dah senaraikan tajuk buku dan penerbitan yang akan kami cari. Banyak jugala wish list buku yang nak beli..terlebih beli pun ada juga 😁.
Mula-mula aku pergi ke penerbit Prolog Media. Sebab memang dah senaraikan buku untuk di beli.
Siapa tak nak offer 3 novel RM 50. Memang takkan dapatlah kalau tak ada offer macam ni kan.

Aku beli 7 buah novel. Lega dapat kumpul novel Prolog Media. Suka genre Prolog Media punya novel. Total RM140. Missing page tu special so harga RM40 sebuah. Sampaikan adik aku pun beli juga. Jadi koleksi novel PM ni hampir lengkap.

Novel Prolog Media yang dibeli semasa PBAKL 2018

Termasuk 6 koleksi yang ada kat rumah. Ada 13 semuanya. Nasib baik adik ada beli tajuk lain boleh lah pinjam baca :)



Lepas tu terus pergi ke penerbit alaf 21. Selaku peminat Ramlee Awang Murshid memang teruja nak beli semua buku dia. Sebab ada diskaun dan ada kupon diskaun khas untuk PBAKL2018 sahaja. Beli juga la dua buah buku beliau.

Kalau ikutkan hati nak sambar semua buku yang ada kat dalam tu.
Tapi limitkan beli dua buah buku beliau iaitu Banja Manggala novel terbaru beliau dan Raudhah. Terpaksa sambar 2 je sebab ada banyak senarai lain lagi yang nak kena beli.

Masa ni memang kami bertuahlah sebab lepas je beli, RAM datang untuk tandatangan novel terbaru beliau. Apa lagi kami beraturlah nak ambil sign penulis kesayangan.

First time jumpa Ramlee Awang Murshid. Nak bagitahu ni, saya dah kumpul semua novel siri Laksamna Sunan tau, tapi cakap dalam hati jelah 😌.



Tak lepaskan peluang untuk bergambar sekali. Serius sangat happy.

Lepas tu, terus ke penerbitan Melur Jelita. Lama dah nak cari I Love You Stupid versi pertama, asyik tak ada je kat kedai buku. Alhamdulilah kat ada kat booth Melur Jelita.
Kak Melur Jelita sangat ramah dan mesra melayan peminat beliau. Suka sangat tengok Kak Melur.


Ambil kesempatan untuk bergambar dan minta sign beliau. Sebelum ni ada beli novel beliau My Precious Iris tapi ramai cakap kena baca I love You Stupid dulu, jadi novel My Precious Iris kena hold dulu. 

Awak suka saya tak? Insyaallah dalam wish list juga nanti. 



Bahu pun dah makin berat dengan buku-buku. Nasib baik bawa beg sandang kalau tak mau tercabut tangan bimbit buku semua tu.


Serius masa ni dah penat. dengan sandang beg yang penuh, kiri kanan tangan bimbit plastik buku. Tapi puas hati sebab dapat beli buku kesukaan.



Inilah hasil sambaran di PBAKL2018. Kalau ikutkan hati memang nak beli lagi tapi nampaknya bajet tidak mengizinkan untuk aku terus menyambar buku-buku itu. Ini pun dah over bajet. Hampir RM 300 terbang hari tu. Macam tak sedar diri pun ada 😱.

Tapi aku ni kalau bab buku aku tak berkira, kalau beli handbag memang aku berkira sebab handbag pakai setahun pun dah mula nak rosak, so handbag jangan beli mahal-mahal sebab tak berbaloi.

Ok, aku nak bagi tips sikit sebelum korang pergi ke PBAKL.

1. Buat senarai buku yang korang nak beli.
2. Senaraikan nama penerbitan, tempat, nama/nombor booth penerbitan tersebut. Sebab kat PWTC ni luas, nanti tak la huru-hara korang nak mencari booth yang banyak tu. Jangan anggap korang macam shopping kat MPH atau Popular tau.
3. Bawa tunai yang mencukupi. Ikut bajet koranglah tapi aku nak bagitahu awal-awal, bawa duit lebih sikit sebab kemungkinan korang akan over bajet. Peminat buku akan jadi gila kalau ke pesta buku ni. Mesti nak beli lebih punya!
4. Gunalah pengangkutan awam. Nak naik train ke, teksi ke, uber ke, grab ke atau apa pun. Macam aku, aku suka naik grab. Korang install je aplikasi grab. Senang, terus dia hantar depan pintu masuk PWTC. Tak payah nak menapak jalan kaki bagai. Nak naik kereta sendiri? Kalau rasa suka bergelumang dengan kesesakan dan kepayahan nak cari parking. Silakan.
5. Bawa beg yang sesuai. Aku lebih suka beg sandang belakang sebab senang bergerak. Kalau korang nak borong banyak elok bawa beg roda atau troli. Sebab keadaan yang sesak kat dalam tu memang payah nak membimbit beg dengan tangan.
6. Isi perut kenyang-kenyang dulu baru best nak mencari buku, kalau dah kebulur memang boleh membuat mood tu merundum ditambah pulak dengan kebanjiran manusia di tempat itu. Kat dalam PWTC ada juga restoran tapi kalau weekend memang padatlah, nak lagi jimat sila beli kat gerai-gerai di luar bangunan PWTC.
7. Bawa anak-anak kecil? Kat tempat sesak macam tu lupakan hasrat nak menolak stroller anak kau. Tak sesuai nak bawa ye.

Ok itu sahaja coretan daripada aku. Pengalaman aku ke PBAKL 2018 memang sangat seronok. Sebab korang boleh beli buku dengan harga yang special, boleh dapatkan pelbagai jenis buku yang ada dan boleh jumpa dengan penulis buku kesayangan korang (pastikan cek jadual penulis yang available dengan masa korang  pergi). Insyaallah kalau ada umur yang panjang, kelapangan dan rezeki nak juga pergi ke PBAKL 2019 pula.

Ok bye. Selamat berpuasa. 😉
SHARE:

18 comments

  1. Bestnya cik farah. Memang syok sgt kalau dapat pergi pbakl. Macam2 buku ada.

    ReplyDelete
  2. buruan gabung dan daparkan bonus lebarannya DI SINI AJA

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum awak.nak tanya,masa awak pergi pbakl 2018 ni,tarikh dan hari apa ya?sebab dapat jumpa penulis kan.sebab setahu sy penulis tak turun setiap hari,betul tak?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari terakhir PBAKL, selalunya hujung minggu penulis akan turun atau kena tengok jadual penerbit bawah penulis berkenaan.

      Delete
  4. Wow! excellent blog post. I am intersting. Thanks for sharing with us.

    image manipulation service

    ReplyDelete
  5. MWPOKER ADALAH AGEN POKER TERBAIK DAN TERPERCAYA, ANDA BISA BERMAIN POKER ONLINE,
    QQ, CAPSA SUSUN, SITUS JUDI ONLINE POKER YANG MENYEDIAKAN PERMAINAN SEPERTI POKER ONLINE,
    CEME KELILING, DOMINO BET, BANDAR CEME, BANDAR BLACKJACK, BANDAR CAPSA, CASINO WAR, SAM GONG
    DAN YANG TERBARU ADALAH LIVE POKER SERTA JUDI CAPSA.
    DAFTAR SEKARANG JUGA !!!
    DI MWPOKER AGEN POKER ONLINE INDONESIA TERBAIK DAN TERPERCAYA!

    SITUSMW POKER MENYEDIAKAN BERBAGAI GAME DENGAN 7 PERMAINAN GAME JUDI ONLINE DALAM 1 WEB
    - Texas Poker
    - Domino Bet
    - Bandar Ceme
    - Capsa Susun
    - Ceme Keliling
    - Super Ten
    - Omaha

    **** BONUS TERBESAR REFERRAL 15% UNTUK SEUMUR HIDUP *****

    HANYA DI http://WWW.mwoke.cc

    KELEBIHAN DI SITUS MW POKER ADALAH :
    PROMO MWPOKER
    *Bonus New Member 30%
    *Bonus Deposit Harian 10%
    *Bonus Turnover up to 0.5% setiap minggu
    *Minimal Deposit hanya 10.000
    *Minimal Withdraw 20.000
    - Pelayanan 24 jam setiap hari
    - Di dukung transaksi : BCA - BNI - MANDIRI - BRI

    Contact kami :
    Line : mwpoker
    Wa : +855 69 303626

    AYO TUNGGU APA LAGI!! AYO SEGERA BERGABUNG DAN DAFTARKAN DIRI ANDA BERSAMA KAMI DI http://mwoke.cc/
    JANGAN SAMPAI KESEMPATAN MENANG ANDA TERLEWATKAN.

    ReplyDelete
  6. perkenalkan situs yang anti rungkat dan anti badai di menangkan oleh situs Vodka138

    ReplyDelete
  7. perkenalkan situs yang anti rungkat dan anti badai di menangkan oleh situs Vodka138

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH