Wednesday, April 8, 2020

Review My Burberry Blush

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Lamanya Cik Farah tak share tentang perfumes.

Kali ini nak share tentang perfume baru.

My Burberry Blush.




Serius baunya memang kategori yang aku suka.
Bau romantik, sexy dan jenis tertinggal kat belakang.
Sebelum ni memang aku jenis gila perfumes.
Tapi yang tak syok kebanyakkan stock perfume aku dulu tertinggal dalam kotak masa aku nak pindah rumah sewa (KL) balik ke Perak. So sejak tu aku dah malas nak beli original perfume (that mean designer perfumes just like burberry, gucci and ect) aku just beli inspired dan perfume kat drug store je.

Tapi kali ni nak juga sebotol perfume original.

Aku beli jenis tester.
Sebab jimat half duit berbanding new in box.
Tester unit ni baru jugak, kotak tak buka lagi tapi tester unit ni jenis yang kotak putih biasa jadi tester kat mall-mall. Ada juga yang kata jenis tester unit ni, baunya lagi best dari new in box. Tapi kualiti sama je cuma kotak je beza.

Aku lebih prefer beli tester unit berbanding reject original. New in box lagi best but bajet kena masyuklah hehehe. Tester unit half harga lebih jimat.



Uihhh cantik botol dia.
Bau pun wangi..
floral..rose-rose gitu,,





Selalunya kalau aku blind buy maksudnya kalau aku tak pernah hidu lagi perfume tu. Aku suka baca review kat https://www.fragrantica.com/perfume/ sebab daripada situ kita dapat baca komen-komen orang tentang perfume tersebut dan boleh tengok main accords bau nya.


 Memang main note perfume ni memang kategori yang aku suka.
Aku memng suka bau-bau floral rose.



 Comel je kan macam Cik Farah juga eh perasan.

Banyak juga wishlist nak perfumes ni tapi nak perhabiskan koleksi inspired perfume tu dulu. Ada 3 botol lagi.

Kepuasan pakai original berbanding aspired perfumes ni memang berbeza.
Walaupun bau seakan sama tapi kepuasan tu lain, bayangkanlah kalau perempuan tulen dengan perempuan tiruan, sama di luaran tapi berbeza..hahahaha..

Bila yang original ni tengok botol pun dah menawan, lasting dia lebih lagi dan paling penting bau dia memang original 100%.

Ketahananya bergantung kepada body seseorang. Macam aku kalau pakai jenis floral, rose dan vanilla memang lasting sangat tapi kalau jenis fruity, fresh dan manis tu kurang pada aku walaupun pada orang lain lasting tapi bila aku pakai fantasy britney spear memang lasting but still by jennifer lopez tak lasting. Boleh baca review sebelum ini.


Review bau : Bau dia manis macam bunga-bunga tapi rose dia tu memang menyerlah. Tak terlalu bau rose sangat sebab dia leih fresh.Bau dia macam dah lama-lama memang sedap je. Jenis tertinggal kat belakang, jenis macam bau dia syoklah. Sesuai untuk dating dan rasa romantik je.
Ketahanan: Mempunyai ketahanan bau yang sederhana. Ketahanan pada my skin dalam 6 jam.
Rate: 9/10
Kategori rate: Love, Like, Dislike

Boleh dikatakan perfumes ni adalah My signature fragrance walaupun tak lasting tapi bau dia enjoy sangat.
Adakah aku akan repeat beli kalau perfume ni habis? Of course aku akan repeat beli sebab perfume ni memang best baunya.
SHARE:

5 comments

  1. Wangikan . Tengok packaging botol pun nampak menarik tu

    ReplyDelete
  2. Perghh harga dia pun boleh tahan jugak. Saya pun memang jenis gilakan perfume. mungkin habis pkp ni nak gi cari perfume baru bagi dapat bauan baru hahaha. https://www.youtube.com/watch?v=AFgnRpzz8h0

    ReplyDelete
  3. bau rose, sedapnya. salam ramadhan sis~~ =)

    ReplyDelete
  4. Online Casino No Deposit Bonus Codes 2021 - CasinoWow
    The best 코인카지노 no deposit bonus codes for 2021. ➤ CasinoWow Free Spins ✓ Claim up to €100 bonus + 100 free spins ✓ No deposit bonus codes 2021.

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH