Hamsterku Melahirkan Anak!!!

Salam..
Aku nak share sikit berita gembira tentang kelahiran hamster terbaruku..
Walaupun blogku lewat update tapi aku nak share gak...huhuhu..
Hamsterku Demok selamat melahirkan baby2 dia pada 29/11/2009
Anak2nya semua berjumlah 8ekor...
wah banyakkan..keluarga bahagiala katakan..huhuhu...
Jantina hamster aku 5jantan dan 3 betina..semua comel2...
Masa aku update blog ni mereka dah berusia sebulan 2hari tau..dah makin meningkat dewasa dan comel...Ni semakin menbesar tapi belum celik mata lagi..huhuhu..dah pandai makan sendiri tau..Ada 3 ekor yang bulu macam ni ikut bapak dia yang comot tu...Yang ini la anak2 hamsterku yang comell....Ni masa umurnya beberapa hari..mybe dalam seminggu...

Ni gambar Demok masa mengandung...

Demok bersama anak2nya yang comot...

Sedih Debu dan Demok sakit...

====> ni yang warna hitam2 ni DEBU
=====> yang tompok2 ni DEMOK
  • Tanggal 2/9/2009 Debu macam sakit je..Demok pon sama jugak menunjukkan tanda2 sakit...
  • Badan Debu macam lemah je..tapi Demok masih aktif lagi..
  • Aku tak tahu tentang penyakit mereka sebab aku pun tak ada pengalaman dalam penjagaan hamster ni..
  • Tanda2 mereka sakit..mereka macam cirit air je dan nampak lemah..
  • Tidak tahu apa sebabnya mereka jadi macam ni...sedih sangat..
  • Moga mereka cepat sembuh dan aktif selalu..

Combo dan Combi bercuti ke Terengganu..

=====> sangkar baru Combo dan Combi
  • Bercaya atau tidak, hamster aku ni ( Combo dan Combi ) pernah bercuti ke Terengganu selama seminggu???
  • Jawapanya..ya..aku bawa mereka bersama semasa aku dan kawan2ku ke rumah sahabatku di Terengganu.
  • Aku bercadang nak bawa Debu dan Demok sekali tapi memandangkan banyak barang yang nak dibawa dan sangkar mereka terlalu besar dan ada kawan yang sanggup tolong jagakan..terpaksa la aku tinggalkan dia kat hostel. Sedih juga berjauhan dengan mereka berdua.
  • Aku bawa dalam bekas kecil ( milik asal Debu dan Demok ).
  • Risau juga nak bawa Combo dan Combi ni balik sebab perjalanan jauh dan duduk dalam jam berjam2 lamanya.
  • Tapi alhamdulilah mereka sihat dan tak ada masalah.
  • Sepanjang kat Terengganu ayk teringat kat Debu dan Demok..mcm mana la dia sekarang ek..
  • Pagi Ahad aku tiba kat Penang, tak sabar nak tengok Debu dan Demok...
  • Wahhh terkejut!! mereka dah besar dan gebu je..comeelll sangat...rinduuuuuuuu....

Istana untuk Debu dan Demok

=====> ni sangkar lama dia..
====> ni sangkar baru mereka..comel x??
  • Hamster memerlukan tempat yang sesuai untuk hidup..
  • Mereka memerlukan sangkar yang selesa dan dilengkapi dengan alat permainan seperti roda posing untuk beriadah..
  • Masa aku mula2 beli Debu dan Demok aku hanya letak dalam bekas kecil, lepas tu aku tengok mereka macam tak selesa dan memerlukan persekitaran yang luas, aku buat pelaburan untuk membeli cage atau sangkar yang sesuai untuk mereka.
  • Sangkar cute tu berharga RM27, yang berwarna ungu.
  • Aku pilih istana dua tingkat untuk Debu dan Demok. Dalam cage tu ada rumah kecil, roda pusing, botol minuman dan bekas makanan..Mereka asyik naik turun je ke tingkat atas..cute sangat mereka..hehehe...
  • Mereka amat gembira bila dapat rumah baru..habis setiap penjuru mereka jelajahi.
  • Haaaa lupa pulak nak bagitahu pasal Combi dan Combo,aku beli mereka lepas beli cage baru untuk Debu dan Demok.
  • Mesti orang tertanya2 kenapa aku beli mereka, sebab utama Debu dan Demok ni dua2 betina..so nak merasa jugak ada cucu..huhuhu..so aku beli Combo dan Combi.
  • Lepas ni aku cerita tentang perjalanan Combo dan Combi ke Terengganu..

Gelagat Debu dan Demok



  • Memang best sangat pelihara hamster ni sebab mereka lucu dan mencuit hati. Kawan aku Faridah dan Yong pun suka kat mereka.
  • Aku ni kurang pengalaman memelihara hamster ni..maklum la hobi baru sebab sebelum ni aku hanya bela kucing je. Tapi aku bela kat kampung..mak dan ayah yang jaga mereka.
  • Hari kedua aku bela Debu dan Demok mereka semakin lincah sekali. Tapi Debu ni kuat mengigit..mangsa pertama kena adalah kawan aku Yong..mejerit2 dia..pastu aku plak then Faridah.
  • Semua orang dia nak gigit jari tapi dia gigit tak sakit cuma kita rasa terkejut la..tapi kelakar hahahaha....
  • Pastu, aku dan kawan2 aku jarang nak pegang Debu sebab takut dia mengigit..
  • Aku terdorong untuk mencari info tentang hamster...maklumla tak ada pengalaman..
  • Mereka berdua jenis campbell hamster...
  • comelkan!!!

My HaMSTER...


Hamster..binatang yang belum pernah aku pelihara..
Tapi entah mengapa pada 10 Ogos 2009 aku terdetik untuk memiliki sepasang hamster yang comey..
Bermulanya, aku dan kawan2 aku pergi ke Syarikat Rapid Penang untuk membuat kajian luar.
Selepas kami selesai meminta kebenaran, kami singgah di sebuah pasar yang berhampiran di Syarikat tersebut..rakanku Faridah menjerit bila ternampak ada orang menjual pet dan di antaranya sekumpulan hamster yang comel dan cergas.
Aku tertarik hati untuk memilikinya, banyak kali juga aku fikir sama ada ingin membeli atau tidak..
Fikir punya fikir, aku pilih sepasang yang mencuit hati..yang berwarna kelabu dan putih bertompok hitam.
Aku namakan mereka Debu dan Demok..
Aku pilih mereka sebab mereka cute sangat..
Mereka berharga RM5 seekor..so, 2ekor RM10...temasuk bekas kecil dan makanan serta habuk kayu aku habiskan sebanyak RM15.
Aku bawa balik ke hostel dengan menaiki bus, kesian jugak mereka tp nasib mereka sihat waalafiat..

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH