Kebimbangan

Lagi beberapa hari lagi aku kena mengikuti ujian bertulis SPA untuk Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.
Kebimbangan ini sebab aku belum bersedia. Tadi google tentang itu..mak ai susahnya..
Tolongla pada sesiapa yang ada pengalaman. Amat susah nak kerja kerajaan sekarang.. Ya Allah murahkan rezeki hambaMU ini..

Tiket panggilan UJIAN

Mood study pun tak ada..tapi risau! 
KPLI keputusan ujian adalah minggu depan.
Kalau dapat panggilan KPLI..mungkin delima juga sebab tarikh exam adalah sama..
Moga-moga KPLI delay tarikh..

KPLI datang lagi!

KPLI atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah datang lagi...Pendaftaran 11/10/2010 sampai 24/10/2010. So pada siapa-siapa yang belum lagi membeli no. pin..pakat2 la pergi BSN ( Bank Simpanan Nasional ) tak mahal cuma RM6.00 je!
Aku pun memcuba nasib, moga rezeki itu milikku!
Sebelum ini aku pernah mencuba..just dapat panggilan ujian mtest..tapi tidak dapat temuduga sebab mungkin tak cukup syarat ( masa tu aku masih belajar, final year) 
Mendapat panggilan ujian masa tu memang amat gembira..
Ujian mtest tu..fulamak memang sukar kerana masa yang diberikan sikit je dah la soalan pun mencabar kepala otak!!
Tapi amat memberi pengalaman berharga buat aku!
Pendidik atau guru memang pekerjaan yang aku minat!
Masa mula-mula nak masuk universiti aku ada apply pendidikan..
Ujian aku lepas, then aku dipanggil untuk temuduga..tapi terkantoi..aku redha je maybe masa tu bukan rezeki aku..sebab aku dah cuba sebaiknya ( ada hikmah disebaliknya )
So sekarang ni mencuba lagi dan lagi...
Moga Allah murahkan rezeki hambaMu ini..mendapat pekerjaan ini! Amin..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhg_aRK0BMAx2iTEW3NgfNErcK1xh7I41TZV-LrUQ527AJPlmDDEc90gO-2sxJY2LdWBqT-ELZb0jbbAfZpHgBKLx4H4aqJoq15kaaQ06pt-Y_4Yx56UrW8Kcfukn0j7mtRw1DcD7olVWdf/s1600/cikgu%2004.jpg

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH