Kek sedap dan murah untuk di tempah - area Kampar

Assalammalaikum.  Selamat tahun baru Islam..semoga kita lebih baik dari sebelum ini.
Hari ni nak ajak korang tempah kek snow cheese kek dan red velvet.  Kalau beli kat kedai confirm mahal tapi hari ni korang boleh menikmati kek snow cheese kek dan red velvet dengan harga yang lebih murah.
1 kilogram snow cheese kek RM40 sahaja
1 kilogram red velvet kek Rm55 sahaja
Free cod kawasan Kampar Perak sahaja atau kawasan berdekatan.
Yang pastinya korang takkan menyesal tempah kek ni sebab sangat SEDAP SANGAT!!!
Kalau korang nak tempah boleh terus contact my sister.
Shida
No telifon- 0105694590
Facebook : Ida Yushida
Snow cheese cake
Red velvet cake

Usia yang makin bertambah :)

Assalamualaikum dan selamat pagi.

1 Mei 2012. Hari pekerja, hari ulang tahun kelahiranku juga. Terima kasih kepada semua yang wish birthday aku di handphone dan Facebook. Terasa diri ini semakin tua pula selepas genap umurku 2# tahun. Harap semakin baik dari dulu.

Hari lahir ku ini, tak ada something special pun. Kalau di rumah boleh buat makan-makan, potong cake. Tapi di sini makan buku je yang makin penuh atas meja ni. Hehehe.. Maybe next week sambut dengan something special? Nak secret recipe juga hahaha... # kek biasa pun tak perr :')

Nah kek special aku bagi korang..................tengokk jer.



# ada sesiapa nak belanja kek? huhuhu...

Buat Kek je tahun ni.

Assalamualaikum semua!

Tadi shopping barang dapur untuk raya. Shopping barang-barang kering jer. Termasuk biskut raya. Malas nak menempek buat biskut.. sorang-sorang plak tu membuatnya. hahaha.. kalau nak buat, kena buat waktu siang..malam dah malas sebab perut pun dah kenyang haha. Jadi seperti hari raya yang lepas-lepas ( ala bulan tak raya pun sama ) aku buat kek dan muffin sahaja.. Mak saudara aku pun dah booking suruh aku buatkan kek untuk mereka. Sedap kot kek yang aku buat tu hahaha..

Dah lama juga ketuhar ni tak bekerja. Dulu selalu buat kek. Al maklumlah baru beli ketuhar. Tiap kali balik kolej mesti buat kek untuk kawan-kawan. Sampaikan buat pizza sekali. Bukan pizza segera yer tapi piza buatan sendiri. Tapi serius la, buat pizza lagi rumit berbanding buat kek sebab pizza ni kena tunggu tepung naik, kena perap, kena buat sos, kena gentel, topping dan banyak kerja hooii..tapi bila makan sangat la sedap ( naik lif kena tekan sendiri yek ) sampaikan adik saudara aku kata boleh bukak kedai pizza sendiri hahaha.. Tak kuasa aku sebab it just suka-suka..jangan sebut pasal pizza lama-lama..perut aku nih macam dah nak menjerit :)

@sumber google

cutenya cake ni !

teringin nak buat cup cake yang comel-comel..tapi macam ne???tulun ajar.. :)

Aku akan start buat kek Sabtu ni.. oh yes!




Muffin Oh Muffin!

Muffin dan kek lebih kurang sama..
Aku memang suka sangat buat muffin..
Masa mula2 buat tu memang la tak berapa nak jadi..lembik la dan terkeras la..macam2
Belajar dari kesilapan merupan pelajaran yang amat bermakna..
Akhirnya aku berjaya buat kek dan muffin..
Dulu masa balik ke USM, mesti bawa kek buatan sendiri...
Aku nak share pengalaman buat muffin..sedap!


Nak buat kek ni mesti ada telur!
Amat penting, kalau tak ada..jadi lempeng.





Tepung memang kena ada, campur dengan baking powder, soda bikarbonat!
Bahan2 kena ikut sukatan..



Gula dan majerin ( + mix susu cair )kena pukul sampai kembang, then letak telur dengan tepung berselang seli..letak esen vanila..pukul sampai kembang ( berkrim )



Masukkan kertas muffin ke dalam acuan..siap untuk dibakar 180 darjah cel..
selama 15-20 minit..





Yehaaa...dah siap muffin ni..kalau rajin buatla cream kat atasnya atau kuah coklat dan tabur coklat rice..sedap!
Enak dimakan, sedap dirasa!!



P/s nak resepi? next time aku update..tapi kalau ada permintaan la..!






Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH