Sunday, June 5, 2011

8 Ciri Lelaki Aku BENCI!



Assalamualaikum dan selamat petang...
Ramai sangat orang isi borang untuk aku semak borang melamar..semuanya FAIL! hahaha..
Tak adalah tipu jerrr...
Of courselah dalam dunia ni semua perempuan nak lelaki yang baik dan boleh melindungi mereka. Ce ceta siapa pompuan yang nak lelaki jahat macam Firaun? Kalau ada tu mesti ada wayar putuskan..meh sini aku sambungkan biar berfungsi semula. Kali ni aku nak senaraikan ciri-ciri..that mean imej luaran yang paling aku tak suka tentang lelaki. Kalau dalaman sememangnya aku nak yang beriman, baik, penyayang dan semua positiflah.. Tapi tak semuanya perfect dah namanya manusia mesti ada cacat cela tapi paling penting dia boleh membimbing aku ke jalan yang diredhai Allah.. Tapi imej juga perlu di ambil kira..kalau teruk sangat pun tak larat juga sebab kita akan hidup bersama dia.. Ohh lelaki je nak demand ye..tak aci-tak aci!!

Antara CIRI-CIRI  LUARAN yang paling aku BENCI melihatnya adalah :

http://4.bp.blogspot.com/-w7g-ZPjabE4/TYA3Pd3oSiI/AAAAAAAAAtM/laKZGqR_8kk/s400/Selekeh.jpg
1. SELEKEH

Aku memang tak suka lelaki selekeh. Tak handsome tak apa asalkan kemas dan nampak smart. Contohnya kalau bermisai kenalah kemas ni umur belum 30 dan nampak macam 50 tahun.. Tua sebelum usia. Kalau berpakaian perlulah kemas ni macam "orang tak betul tepi jalan" ha..kan tak betul.. Ni muka berdaki..leher hitam penuh daki..geli aku tengok.. wekkk!! Rambut pulak macam tak reti nak jaga..serabai..cantik lagi rambut hantu kak limah balik rumah!



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpXwKf8h5Rvn5U8oLxcNDHI-7kVVD2FsEmXOggjzVKm0VaKRHDqAKgxAGA5hnrDIE28CqZKzuhffEs0JwHFUIoFsRHjtaGAJKKGdz0PY9tUlkJOEfwlFCEBqFL0J8hVINBg8bWI39FjILo/s1600/260zq87.jpg 

2. RAMBUT PANJANG DAN BERWARNA

Handsome tak abang kat atas tu? hahaha..ok itu hanya gambar hiasan je tak ada kena mengena dengan dia cuma contoh je. Aku rasa sangat semak tengok lelaki rambut panjang macam pontianak. Kalau dijaga dengan kemas tak per..macam uztaz Akill Hay..tapi rambut jela orangnya uhh bukan ye! Lepas itu macholah konon warna-warna rambut.. Pada aku not my tease la lelaki yang suka warna rambut. Melainkan rambutnya memang semulajadi warna sebegitu. Lagi satu kalau lelaki or perempuan warnakan rambut sah ker bawa sembahyang?? syukur jela dengan rambut yang Allah kurniakan ..


3. PENGOTOR

Berkhasiat tak gambar di atas? Kalau berkhasiat sila sedut ramai-ramai.. Wekkk serius aku rasa nak muntah kalau tengok lama-lama. Korang elok tengok masa tengah makan atau minum ye baru berkhasiat..kahkahkah.. (gila keji ).. Lelaki yang aku rasa tak suka sesangat ialah pengotor..macam kat atas tu la..pas tu kuku panjang hitam macam bertahik je jerkkkk!..terutama lelaki yang simpan kuku kat jari kelinking..macam macho je tapi poyo hahaha.. setahu aku yang suka simpan kuku panjang kat jari kelinking ni suka simpan santau, dia akan letak santau kat dalam kuku dia dan tiup melalui kuku dia.. tapi kesahihannya tidak pasti. Lepas itu aku tak suka lelaki yang suka meludah merata-rata..jijik mak tengoknya nyahhh!! Tapi aku memang benci lelaki pengotor..jijik nyahh!!

http://fitness.bf-1.com/wp-content/uploads/2010/05/shorts01.jpg

4. BERSELUAR PENDIK

Korang tengok seluar je..jangan tengok benda lain. Gambar mungkin ada unsur luzahh sikit tapi cuma gambar hiasan je..jangan fikir apa-apa. OK fine.. cam gini ceritanya..mata aku memang tak berkenan dengan imej lelaki yang berseluar pendik..apa kau ingat kau macho ker? sorry la..kalau aku date dengan pakwe aku dan dia pakai seluar pendik..confirm aku cancel date..memang tak berkenan aku tengoknya..sorry ye baii.. Sebab tak suka.. korang fikirlah..aurat lelakikan..kalau lelaki tu pun tak tahu tang mana aurat dia..macam mana lah nak membimbing kita yang serba kekurangan ni.. @_____*

http://img148.imageshack.us/img148/1852/hiphoppants.jpg



5. FESYEN PELIK-PELIK TAHI AYAM TAHI ITIK

Lu ingat lu handsome ke..bila lu pakai seluar macam ni. Serius wa cakap lu macam hampas la!..hahaha.. Fesyen macam ini rasa macam menucuk-cucuk je bijik mata aku..rimass beb..



http://4.bp.blogspot.com/_Uk3t3x0_HOQ/TB9HNnI4Q4I/AAAAAAAABKU/rzaGZ8zWXOk/s1600/merokok.jpg

6. PEROKOK

Aku tak suka perokok..1 sebab kesihatan. Taknak la jadi janda muda-muda hahahha..( tapi itu kuasa Tuhan ).. Lepas itu membahayakan diri aku. Mereka ada "pelindung" iaitu puntung rokok tu tapi kita yang menyedutnya memang terus sedut sampai ke peparu..betul tak? Baunya asap yang berkepul-kepul memang meyesakkan nafas. Kalaulah lelaki itu memang akan jadi gila babi bila tak hisap rokok memadailah jangan hisap depan aku. Pada pendapat aku perokok kenalah menghormati orang yang TIDAK merokok. Kalau kau dah rasa nak mampus sangat tak dapat hisap rokok tolong pergi jauh-jauh ok..( ganas ayat ).. Ni nak gosip sikit ni,,ada le seorang lelaki tak berotak..sedap-sedap je dukung babynya sambil hisap rokok. Aku rasa dia ni jenis bapak tak berakal..kalau nak mati awal pun jangan la jadikan anak sebagai mangsa. Nasib baik aku tak mencarut depan kau bai! 


http://4.bp.blogspot.com/-lNF_GTfXdvQ/TWEh0IYMSII/AAAAAAAAAgs/H5mWpELHahY/s400/Bau%2Bbusuk.jpg

7. BERBAU

Kalau bau wangi tak pe la..ni bau busuk aka hangit.. Yang paling tak tahan bau badan. Dah tahu bau badan lagi busuk dari kambing pe hal tak tahu jaga kebersihan. Pakai la deodoran ke pewangi ke..yang penting kena kerap mandi. Tapi janganlah mandi-mandi kerbau semakin mandi semakin teruk wekkk! Lepas itu bau mulut..aku rasa nak tutup hidung je bila bercakap dengan someone bau nafas yang busuk tapi rasa tak sampai hati so tahan nafas je.. Gosoklah gigi dan pakai penyembur mulut..baru lah segar kalau nak jimat makanlah singam..

http://4.bp.blogspot.com/_1j-4FbQNqN4/Sy4z34g8cPI/AAAAAAAAAME/anXI6Lr1fcM/s400/lelaki+anting2.jpg

8. LELAKI BERGELANG, BERANTAI DAN BERTINDIK

Serius aku cakap lelaki yang berantai just like dog.. Anjing maybe comel berantai tapi kalau lelaki berantai langsung tak comel tapi hudohhh.. Kalau si David Beckham ni tak apa la sebab dia bukan muslim,,,nak rantai emas pun tak kisah. Ini muslim..pastu megah pakai rantai emas..tak ada kemaluan betul la..Tapi walau apa sekali pun aku memang tak suka spesies lelaki berantai, bergelang dan bertindik...


P/S Cukuplah 8 je ciri-ciri yang aku tak suka..kalau ikutkan hati nak senaraikan seratus lapan ploh ciri..kang melampau-lampau pula kang kannn..

Credit picture from GOOGLE
SHARE:

2 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH