Saturday, June 18, 2011

Tips Berhati-hati Sebelum Beli

Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu..
Kali ini aku nak kongsi tips beli produk tak kiralah makanan, kecantikan atau barangan lain.
Korang mesti rasa excited tengok sales something contohnya produk kecantikan.. Mesti rasa nak terkam bila ada diskaun sampai 70%-80% atau beli satu percuma satu..dan macam-macamla yang rasa nak pulun semua.. Bila ada sales giler-giler macam ini of course la korang tak senang duduk pasti nak men shoppingkan diri tak kira dah cukup bulan ke, tengah bulan ke atau tak datang bulan hahahaha...

Tapi perlu diingatkan bahawa korang jangan main beli je..korang taramm je semua itu tanpa berfikir panjang..korang kena tengok..

http://images.mylot.com/userImages/images/postphotos/2128825.jpg
Tarikh Luput

Ini kisah benar. Aku sendiri yang lalui tapi nasib baik aku pengguna yang berhemah. Ada la satu akak ni pengedar produk A*** dan buat sales la. Dia kata nak habiskan stock sebab nak buat order baru. Memang la teruja sebab dia bagi potongan half harga dan ada some barang dia bagi percuma kalau beli sesuatu produk. Aku ni memang minat kat koleksi eye shadow dan perfume dia. Tetiba dengan ketajaman mata aku, aku tengok expired datenya sudah terbabas selama 2 tahun.. Terkejut aku.. Kerana aku ini jenis yang suka menjaga air muka orang maka aku taknak lah sound dia depan-depan pelanggan kang mencurah pasir ke periuk nasi orang pula kenn. So aku cuit-cuit kawan aku bagi hint supaya blah dari situ. Aku cuma cakap " Nanti saya datang lagi ye kak" saja nak cover. Begitu juga ada satu produk antarabangsa from Korea. Dia memang ada butik dia. Aku memang suka BB cream dan lipstick dia. Then satu hari dia buat sales 70 % but not all product la. Aku pun tarik la kawan aku pergi jenguk kedai tu tapi bila tengok expired date dah lepass la.. Terus je caauu cin caauuu.

Sebenarnya bukanlah semua kedai atau penjual menjual barangan luput tarikh maybe ada sesetengah je shop yang berbuat sedemikian. Apa-apa pun sebelum korang beli produk, korang kena la rajin tengok TARIKH LUPUT dan TARIKH DIKILANGKAN sebab korang boleh agak produk ini dah "basi" ke belum. Korang jangan ingat makanan je ada tarikh luput, produk kecantikan dan produk pengguna lain pun ada tarikh luput juga so berhati-hatilah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrLcv3ANg17XLV0gVtNTFVfYnh1b68VIFh1XnNE8OWN129aiR6nEdZCNmZWVqZfGgsm8amNjRhqnt2QHlXjnSOSwU4oOvGfuVUS1iuTp0W_lRqbp_Sy0tmOe4n18XyLypi17wNQHHxC9c/s1600/Committed+to+Quality+Seal+Final.jpg


Kualiti

Kadang-kadang tu bila some produk itu murah maka mencurah-curahlah manusia membanjiri tempat tu tapi korang kena tengok kualiti dulu. Korang kena buat perbandingan antara satu produk dengan produk lain sebab kang main beli je tak sempat sehari terus musnah punah hahaha. Tak semestinya produk mahal sahaja berkualiti, apa-apa pun kena pandai memilih. Biarlah berbaloi-baloi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiox81gjYZcFerjZcNYoYBVxUjknJ3ADcMx1R4UL5xi6VAARbS45m_JRfUkErv_oUd1JDWkagqW7it1KSEu7T3KqadhFAC7Xi4tpCP7iHDBwd-TpHrQdyh1trPkvRNFi44btM-KWra16lzr/s1600/banner_low_price_guarantee_3.gif

Harga

Harga ini memang berbeza-beza. Kalau korang bawa duit berlori-lori tak apa la nak shopping tanpa batasan sampai pengsan pun tapi kalau yang bajet kenalah ikuti tips aku ni. Contohnya, korang nak beli laptop jangan main beli je, korang kena server dulu kedai-kedai yang lain. Sesetengah kedai tu ada yang cekik darah. Kang terbeli kedai yang cekek leher korang kang kan dah menyesal. Jadi sebelum beli kena rajin-rajin server ye!

http://cdn.purseblog.com/images/louis-vuitton-neverfull.jpg
Original ke?

Aku akui korang mungkin tak mampu beli beg LOUIS VUITTON original yang mencecah puluhan ribu dan ratusan ribu hengget tu, jutaan hengget pun ada kenn. Tapi kalau korang nak beli..korang belilah. Aku lebih baik simpan ketat-ketat duit tu untuk masa depan kenn. Walaupun beg itu "macam orang tua" tapi harganya memang boleh beli benda lain yang lagi berbaloi-baloi. Handbag pun dah 300ribu. Kalau korang dah kaya raya sangat sampai duit pun tak tahu nak humban ke mana tu lain cerita la kan.. Aku lebih rela beli beg LV RM40-60 yang local punya hahaha.. tu pun lebih baik aku beli brand lain yang ori kenn.. Tapi produk-produk macam itu tak kisahlah korang nak beli yang original ke non-original ke sebab itu ikut citarasa korang. Tapi produk lain seperti kecantikan dan makanan korang WAJIB beli yang original. Kang tersalah makan kang koma pulak kat hospital. Salah siapa? Apa-apa pun tengok dulu cap mohor dan pengedar yang sah!.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhByvxFy3tug9ilgnt-9ddSID7H9KPDEgnFaYJFLZ8qvMS8RZkWctyeOq4gMR0iFKqLBSpFMB4odnQx8NXPlcyKc3jPGGUpIjXp-AQUMpGg-uQ-sg91Hxij40bNfDTSjrUAU3FWm7j6k5Q/s1600/research.jpg

Buat Research dulu.

Aku bukan suruh korang ambil Masters atau PHD tapi aku suruh korang buat research je. Contohnya, korang nak beli kereta baru dan korang rasa sangat lah tak tahu nak buat pilihan atau korang nak tahu sangat kereta apa yang terbaik untuk korang. Terlebih dahulu korang kena tanya some else yang ada pengalaman, pendapat kawan-kawan dan kena la bukak internet try cari-cari berkenaan dengan jenama yang korang nak beli. Kalau positive feedback its ok, korang beli lah tapi more negative dari positive janganlah korang sesaja nak beli kenn. Karang nyesal pulak.Kadang-kadang promote je lebih tapi indah khabar dari rupa.


Apa-apa pun korang kena jadi pengguna yang bijak. Korang ada hak sebagai pengguna. Kalau ada salesman or salesgirl paksa-paksa korang beli produk atau perkhidmatan mereka korang tumbuk je mereka ehh salah tu kang kena masuk mahkamah pula kan.. Korang kenalah tegas menegakkan hak korang sebagai pengguna. Ayat paling manis " Saya tak berminat" kalau mereka tak faham juga " Saya tak nak beli" juga tak faham  "Awak tak faham bahasa ke? nak aku cakap Afrika" haha..kalau tak faham juga janganlah korang tunggu lagi..blah je la. Pahduli apa sama mereka kan.. Tapi aku masih ingat apa yang akak roomate aku cerita dulu. Pensyarah dia beli air soya masa bulan Ramadhan. dan penjual tu kata soya ni pure. Lepas berbuka dia rasa macam soya tu lebih banyak air dari soya..esoknya dia bawa air soya tu ke gerai tu..haa hambikk kau kena lecture dengan pensyarah tu.. Jangan semua orang korang boleh tipu kalau terkena dengan orang macam itu habiss la..hahaaha.. Tapi apa yang dia buat itu is right sebab itu hak dia walaupun benda itu nampak remeh.. Hak tetap hak.. So jangan sesuka hati je nak menindas kang kena lenyek pulak baru tahu.

Ok. sampai sini je entry aku. Apa-apa pun jadilah pengguna yang bijaksana.

ok daaa..


( Gambar from Google )
SHARE:

4 comments

  1. lepas baca entry ni, pasni kene brhati2 beli produk kosmetik. tak penah pon tgok expired date. hehe

    ReplyDelete
  2. tadi baru aje lalu dpn kedai LV dkt Suria. security ketat gile sampai 2-3 pengawal bersut hitam jaga :0

    ReplyDelete
  3. @AmyZana

    Harga lebih mahal dari emas dik..hehehe..kena la kawal ketat metat..nak masuk pun susah kalau just window shopping je :)

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH