Thursday, July 7, 2011

Aku dan USM ( Part 2 )

Assalamualikum..
Mak ooii baru nak update untuk part 2 dah berkurun lama dah kan.. Tapi hati still nak update sebab hati tiba-tiba rindu zaman belajar, zaman gedik-gedik dengan kawan-kawan..sedih bila tetiba wujud perasaan rindu ni :(. Kalau korang tak baca lagi part 1 sila la clik SINI

Pertama kali menjejaki di bumi Minden, Pulau Pinang rasa bermacam-macam perasaan, rasa happy, takut, berdebar, sedih dan macam-macam bercampur baur tapi kena tabahkan hati untuk menuntut ilmu.

Masa hantar aku first time pergi USM mak, ayah, paksu, maksu, sepupu. Dua bijik kereta juga pergi sana. Selepas habis taklimat dan urusan pendaftaran bagai. Aku pun kenalah letak barang bagai kat hostel aka kolej. Aku di tempatkan di Desasiswa Fajar Harapan.

Memang best Fajar Harapan sebab dia kawasan yang strategik.. iaitu kedudukan di tengah-tengah USM. Senang nak ke dewan kuliah, dewan exam, pintu gate dan all the best walaupun tak sebesar Desasiswa RST. Masa first year aku roomate dengan teman sebaya iaitu Dayah dan Syida. Masa tu 3 orang sebilik.

Masa orentasi aku jumpa dengan budak ini, dia nampak garang tapi bila dah kenal dia sangat sweet. Kami still together dari first year sampai last year.

Masa ini gambar kami tengah nak pi kelas Dr. Sundramoorthy. Walaupun tak berapa center capture this photo but it so special for me.. First year at USM. Love and miss her so much..my BFF.

Lagi? Banyak benda nak share dan jadikan kenangan dalam my lovely blog ini. Korang tunggu part 3 ye..

K bye!
SHARE:

4 comments

  1. saya bakal masuk usm. dpt juga tau ckit2 keadaan sana :D

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Universiti APEX (Accelerated Programme For Excellence) telah ditubuhkan selaras dengan hasrat murni Kementerian Pengajian Tinggi untuk mewujudkan IPT yang setanding dengan universiti terbaik di dunia. Kalau sis nak tahu lanjut boleh buat carian dan lawati laman web usm..panjang lebar nak terang sebab dia mempunyai ciri2 tertentu yang boleh dikategori dalam uni apex.

      Delete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH