Wednesday, December 28, 2011

LaTahzan. Insyaallah Saya Tidak Bersedih Lagi.

Assalamualikum,
Korang mesti rindukan aku sebab lama tak update blog?
Rindu ler tu hehehe..
Ok, sebenarnya aku busy sangat dengan tugasan. Ada 2 agsimen kena hantar dan lepas tu ada exam ler pula. Kali ni nak ucapkan thank kepada Mr. H sebab bagi kita buku ni, dia memang ulat buku..suka pergi kedai buku dan kita pun sama. Ok, buku tu bertajuk La Tahzan, iaitu Jangan Bersedih Setelah Kesulitan Pasti ada Kemudahan.


Thank banyak-banyak, lepas habis exam kita akan habiskan baca buku tu. Macam tahu je aku ni cepat sedih, cepat tension dan cepat marah hahaha..sememangnya dia yang jadi mangsa. Ok akan cuba jadi yang baik, akan cuba kawal perasaan jika tertekan dengan pengajian. Insyaallah aku tak bersedih dengan perkara remeh. Dan menjadi insan yang lebih memahami :) Aku belum lagi baca buku ni cuma selak-selak tengok kandungan. Buku ni macam motivasi untuk tidak bersedih dengan apa masalah yang berlaku dalam dunia ni. Lebih kepada keagamaan dan mendidik jiwa. Sangat best dan kalau korang ni tengah sedih, bermasalah, tension dan kalau happy pun eloklah kita baca buku ni. Banyak hadis dan surah yang boleh kita amalkan. So La Tahzan sayang! Tak rugi beli buku macam ni.

Dan memang hajat semalam nak beli kamus. Kamus sosiologi khas untuk pengajian aku. Kamus ni memang susah nak dapat di kedai buku khasnya kat Malaysia ni. Kena order dari oversea baru boleh dapat tapi tak mustahil. Ada juga kedai buku yang jual tapi tak semua, so kena pandai carilah. Sangat sesuai untuk bidang Sains Pembangunan dan Sosiologi. Harga asal RM49.90 sebuah dan dapat diskaun, cuma RM45 sebuah.



Memang susah juga nak cari semalam, sebab kamus kat situ macam-macam ada. Tapi alhamdulilah ada 2 buah yang terakhir memang rezekila. Aku beli untuk kawan aku sebuah, dia pesan. Nasib baik ada 2 lagi..memang nasiblah :) Kalau tak kena pusing KL cari kamus ni. Tak semua kedai buku ada kamus ni ye. So, sesiapa yang ambil bidang Sains Pembangunan dan Sosiologi, cepat-cepatlah dapatkan kamus bagus ini. Amat terhad!

Muka happy dapat La Tahzan dan kamus idaman hahaha. Tak ada motifkan? Ok next entry nak update pasal field work 2 hari 1 malam di Melaka. Kena kumpul semua gambar, baru best uploadkan? Kepada Mira dan Dayah, tunggu saya kumpul semua gambar nanti saya bagi kat korang ye. Ok, kerja banyak ni. Nak teruskan usaha dengan senyuman. Bai! La Tahzan !
SHARE:

2 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH