Sunday, December 4, 2011

Tips Teman Sebilik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Otak memang nak menulis blog sebab kurang rasa kefokusan pada buku ilmiahku.

Kali ini nak bagi tips pada korang dan juga diri ini.
Selalunya, bila student life semestinya kita ada teman iaitu roomate.
Roomate adalah kawan sebilik dan insan yang paling dekat dengan kita. Sebab dialah insan yang sebilik dengan kita, yang kita tengok hari-hari. Celik mata je mesti orang yang first kita tengok mestilah roomate. Tapi kadang-kadang mungkin antara kita tidak puas hati dengan roomate kerana sebab-sebab tertentu. So, jom kita ikuti tips ini untuk bahagia bersama roomate sampai habis semester dan boleh continue next semester.


1. Jangan Buat Bising.
Kita kena tahu bahawa kita berkongsi bilik so kita kena alert la tentang tindakan kita. Sebagai warga IPTA atau IPTS seharusnya kita kena ada kewarasan untuk berfikir dengan rasional. Contohnya, kalau roomate tengah study tolong off radio, lagu, drama dan bunyi-bunyi bising yang boleh mengganggu beliau. Kalau rasa korang nak enjoy dengan lagu, drama, radio korang belilah headset, handfree, atau earphone. Sumbatlah dalam telingga korang, dengarlah sampai habis volume pun tak apa sebab korang yang dengar dan tidak mengganggu orang lain tapi mulut silent la. Begitu juga roomate tengah solat atau tidur. Please respect la!


2. Hormati Hak Peribadi.
Sebagai sorang roomate kenalah hormati hak peribadi roomatenya. Jangan kacau meja, katil, almari dan barang peribadi roomate macam handphone, laptop. Benda-benda itu sangat peribadi. Jangan kelebek semua benda roomate korang kot silap-silap makan penampar atau penumbuk berdas-das.


3. Jangan Ambil Barang Sesuka Hati.
Nama pun berkongsi bilik jadi bukan bermakna korang boleh kongsi segalanya hak roomate korang. Adik-beradik sendiri pun nak guna barang minta kebenaran dulu, bukan ambil je ni kan pulak roomate. So, nak pinjam apa sekali pun kenalah minta kebenaran. Bukan buat macam harta sendiri je kan. Istilah roomate berkongsi bilik sahaja bukan berkongsi segala-galanya. So kena faham. jangan sebab nak advantage sendiri take advantages pada orang lain.



4. Sayangi Roomate Anda.
Kalau hidup beroomate ni kena lah take cara roomate korang. Bukan bermakna jadi "busy body" tapi sekurang-kurangnya ada sifat tanggungjawab antara satu sama lain. Dah la kita hidup berjauhan dengan family maka kitalah orang paling dekat dengan roomate bertindak sebagai "penjaga" roomate kita. Kalau roomate korang sakit, janganlah biarkan dia. Ambil la berat sikit, jangan langsung tak ambil peduli seolah-olah terlalu kejam. Kita kena alert dengan roomate kita. Mungkin hari ini hari dia, entah-entah esok hari kita pula. Kenalah saling bertolak ansur.


5. Layanlah Roomate Sebagai Kawan.
Kadang-kadang maybe korang dapat roomate yang korang tak pernah kenal sebelum ini. Mungkin korang ada geng korang sendiri jadi korang kenalah layan dia sebagai kawan bukan orang asing. Kenalah ada masa dengan roomate korang untuk mengekalkan keharmonian korang dengan dia. Benda simple ialah makan bersama-sama, maybe kenkangan kuliah dan masa membataskan korang makan together tapi hujung minggu takkan tak boleh. Tak payahlah berpuak-puak. Okey?



6. Kena "Sensitif".
Sensitif di sini bukan korang perlu touching je sampai berbaldi-baldi nak menangis. Korang kena la alert dengan mood roomate korang. Time dia tension, moody janganlah tambahkan lagi beban dia. Kena saling memahami. So kena alert la ye. Kalau selfish duduklah dalam hutan jadi kera sumbang!


7. Jangan Buat Perkara Yang Tidak Disukai.
Contohnya, janganlah panggil kawan-kawan korang masuk bilik korang buat macam pasar je. Sememangnya akan menganggu. Jangan pinjam barang roomate seolah-olah macam harta sendiri. Dan paling penting perkara yang kita kurang senang, semestinya kita tak suka orang buat benda tu kat kitakan. Jangan pentingkan diri!


Kalau korang rasa masih tak ada kesefahaman dengan roomate korang, pindahlah bilik lain agar perkara yang tidak diingini tidak terjadi. So hidup bermasyarakat kena saling hormat menghormati, barulah bahagia. Senag-senang duduk single room je. Suka hati koranglah nak buat apakan.

baii!
SHARE:

12 comments

  1. tips yang bagus. :)

    mmg kena jg hbgn dgn roomate.
    tp i ad problem dgn roomate skrg.
    smpai masing2 xtido kat bilik dah :'(

    ReplyDelete
  2. tapi kan sis... camne lau roomate tu selalu je moody... xkan kite kene lyn mood die je...huhuu

    ReplyDelete
  3. huhuhu.tau2 ja ...mmg slalu ade mslh ngn roomate..x sekepala..sorag kata A, sorng lagi kata B..png2

    ReplyDelete
  4. as long kita pandai jaga diri,menghormati..tak de masalah rasanya.insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. good tips.. mhon kbnran tuan empnya beLog nk amik tips nie.. nti creditkn kpd beLog cik Nurfarah ^^

    ReplyDelete
  6. @MaYa MustWany

    Tapi yg xbest, xtau mhormati..bising bila roomate study

    ReplyDelete
  7. kita faham diorang tapi diorang xfaham kita.. sedih sangat2.. cuba baca luahan hati hana nie

    http://onitsukahana.blogspot.com/2011/04/saya-sayang-roomate-saya.html

    http://onitsukahana.blogspot.com/2011/09/sahabat.html

    bila hana baca entry nie balik.rasa sedih sangat2.

    ReplyDelete
  8. nice tips..sy da lme la berrum8 rum8 ni n yup, all the things that u've wrote is right dear.haha eventhough y bising pon slalu sy juger but imma type of person who always try to build a good bond w my rum8..xbest gado2 kn..tq 4 sharing! =))

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH